Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana sumbunya
Kau hilang ghaib kusangka kau benci
Kiranya sengaja nk menduga
Berakit-rakit ku ke hulu
Berenang-renang ku ke tepian
Bersakit-sakit aku dahulu
Bersenang denganmu kemudian
Kutanam pinang rapat-rapat
Supaya senang puyuh berlari
Sabarmu sayang satu azimat
Dalam marah kutahu kau peduli
Anak enggang di kayu tinggi
Terbanglah ia dek patahnya ranting
Segunung maaf sejambak hati
Kerana diriku buatmu runsing
Dedicate to: insan yg sgt bermakna dlm hidupku...semoga Allah menguatkan hati dan jodoh...kekal abadi selamanya.....Allah saja yg dpt membalas segalanya
words, are the most closest thing to my heart......
1 comment:
aiyooo...sabar ler syg oi.. tak lama dah tu.. kui3
Post a Comment