WARDAHKU................

Wednesday 31 December 2008

Friday 26 December 2008

muhasabah hijrah

salam alaik...sudah puas cuba memfokuskan diri utk baca buku..baru sampi bab neural tissue ni..jauh lagi perjalananku nk menghabiskan semua bab...

tapi, tangan terasa gatal utk menulis..hati bagaikan melonjak-lonjak suh tulis la apa-apa yang boleh ditulis....

Hari ni, tanah air digemparkan dengan sebuah blog yang direka utk menghina nabi..maka keluarlah berita buletin utama tv3 26 december 2008...maka, merata-rata kt blog2 memberi komen soal manusia ni...tapi macam2 la plak spekulasi...no tepon tu kedai kreta la,macam2 la..yang pasti org yang menulis blog tersebut,tak tau la nk ckp cmna..xdak ayat mahupun perkataan yang mampu diucapkan..dah la tak lama saja lagi nk menyambut awl muharam tahun 1430 H......

sebut ja pasal maal hijrah ni, tak terlepas kita dari menyingkap sejarah junjungan mulia memperjuangkan sebuah penghijrahan utk umat islam...maka teringat sebuah nasyid yang aku suka sgt dgr zaman tadika dulu...bercakap pasal tadika ni..seawal usia 4 thn, aku p tadika arqam..xingt sgt pun apa yang belajar kt situ..yang aku ingt, kt situ baca muqaddam dan makan bihun goreng dalam talam...lepas lebih kurang setahun lebih kt situ, aku pindah lak ke tadika PRASIS kt perlis....dua tahun duk sni..dan aku xtau la kenapa, kenangan and ajaran ustazah aku kt sni melekat sebati dalam jiwa aku smpi sekarang...ustazah yang mengajar aku kt situ namanya ustaza Nurain...

believe it or not, ustazah tu, smpai sekarang kenal aku...huhu...walaupun dia ajar aku zaman tadika dlu...aku rs sbb diri ini sangat la nakal..berlari sana sini..ingat lagi, sbb ada sorg budak laki ni saja ja tarik tudung aku, aku berlari mengejarnya satu tadika, dapat ja, aku bg sepakan terunggul kt budak ni..huhu..betapa ganasnya diriku ini..sungguh aku tak percaya..kesian budak tu..ingtn ustazahterhadap aku membuatkan aku xjugak lupa padanya..sebelum fly ke manchester, aku p tadika aku tu balik,nk berjumpa dgn ustazah nurain..tp xdak org kt rumah..



antara yang paling aku ingt, nasyid2 dr soutus sofwa ni selalu dipasang..seperti hypnotize aku hafal semua nasyid2 ni..tiap2 pagi,sebelum kelas mula, kami akan nasyid beramai nasyid Di Pondok Kecil..lepas tu bila rehat dan time makan, lagu praise be to Allah,Jam tujuh dan jugak adik2 aku salu dipasang..juga sebuah nasyid tentang guru....kerana kenangan ini,membuatkan aku mengoogle soutus sofwa...lalu aku menemukan sesuatu yang mungkin ramai dh tau,tapi aku yang xtahu menahu lagi..

soutus sofwa bwh arqam jgk,mcm nada murni...kalau nk diingtkn, mmg byk nasyid2 yang best ni pelopor dia org2 arqam...tak dinafikan, nasyid2 dari arqam atau nama barunya rufaqa' mmg sgt menyentuh hati...namun kebanyakan nasyidnya tidak lah menyelewengkan aqidah..tapi, ada juga antara nasyidnya, yang mungkin bw maksud lain kalau diperhalusi...insyaAllah soutus sofwa tidak begitu..contoh nasyid2 soutus sofwa ialah maal hijrah, akhlak mulia,adik-adikku sayang, praise be to Allah dan banyak lagi...dan juga, banyak antara nasyid2 kumpulan arqam ini dinyanyikan semula oleh kumpulan nasyid kini seperti raihan,rabbani dan sebagainya...

nampak gayanya, jauh benar topik yang nk diulas terulas...namun...niat di hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mama dan abah yang telah membesarkanku dengan penuh kesabaran,kesusahan dan juga kasih sayang yang tidak terhingga....terima kasih kepada ustazah nurain yang telah banyak memulakan corak hidupku sebagai seorang kanak-kanak dulu..ustazah, tabahlah menghadapi dugaan hidup yang menimpa dirimu.....



sempena maal hijrah yang xlama lagi ni, ingin rasa berkongsi dengan semua petikan dari kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali




Ketahuilah bahawa manusia di dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada tiga

Pertama: Orang yang mencari ilmu untuk menjdikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat.Maka orang ini termasuk dalam golongan beruntung.



Kedua: Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan yang segera(dunia) dan mendapatkan kemuliaan,pangkat dan harta benda,sedangkan dia sendiri menyedari hal ini dan merasakan di dalam hatinya akan kejahatan keadaan yang sedang di alaminya dan kehinaan maksudnya.Maka orang ini adalah berada di dalam golongan yang berbahaya.Jikalau dia mati sebelum sempat bertaubat,maka dibimbangi ia akan mati dalam keadaan su-ul khatimah kemudian urusannya terserahlah kepada kehendak Allah(kalau mahu dimaafkan atau diseksa).Tetapi kalau mendapat taufik sebelum matinya lalu dia bertaubat dan sempat mengamalkan ilmu yang dituntut dan sempat pula membuat pembetulan terhadap apa yang tercedera dan tercuai.Maka bolehlah dia dikumpulkannya bersama golongan yang beruntung,kerana bertaubat daripada dosanya sama seprti otang yang tidak berdosa.


Ketiga; orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang dituntut sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya.Dia menggunakan ilmu yang dituntut itu untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut keuntungan dunia.Walaupun demikian,dia masih terpedaya lagi dengan sangkaannya bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah kerana dia masih lagi pada zahirnya menyerupai ulama.Dia bercakap seperti percakapan para ulama dan berpakaian seperti pakaian para ulama,pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak haloba dalam menghimpunkan kekayaan dunia.Orang seperti ini termasuk dalam golongan bina,jahil dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat tipis harapan untuk ia bertaubat kepada Allah kerana dia telah menyangka bahawa dirinya trmasuk dalam golongan orang yang baik.Pada hal ia telah lupa akan hadis Rasulullah SAW


"Selain daripada dajjal ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada dajjal.Lalu ada orang yang bertanya:Apakah itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Mereka ialah Ulama Su' yakni ulama yang jahat"



Ya Allah, ampunilah kami ya Allah,yang dalam sedar malah dalam tidak sedar melakukan banyak dosa padaMu...ampunilah kami.......

wallah hu 'alam...

Thursday 25 December 2008

Jesus-christ:God or Apostle part 1-7

salam alaik...alhamdulillah, i managed to upload these videos..ive already upload the first part of this debate..you can check my previous post regarding this topic.ive got 7 part all together..but, this time i will only upload just the first 3 parts. InsyaAllah, the rest will come afterwards.

Again, ths is a debate held in manchester, at roscoe building between a muslim speaker and a christian speaker. The speakers were given time to speak. after that, each speaker were given a chance to ask each other 3 questions each. and after that, the floor got the opportunity to ask question to any speaker. unfortunately, i didnt record the Q&A session due to technical error.

The speaker in white shirt is christian while the speaker in black jubah is muslim.
part 1,2,3 is from a christian speaker
part 4,5,6 is from the muslim speaker

part 1



part 2




part 3






part 4




part 5




part 6



part 7

fi lailatin min al layali

bermula dengan pencarian video sebuah nasyid yang memukau hatiku



khas utk sahabatku yang ditimpa sebuah dugaan..bersabarlah..renungilah bait-bait nasid ini...

في ليلة من الليال
لست أدري ما اعتراني
ظلمةٌ تغمرني يا رب

Di suatu malam dari sekian malam,
Aku tidak tahu apa yang terjadi padaku,
Kegelapan menyelubungi diriku, wahai Tuhan.


الأرض ضاقت والسماء
وقلبي ما عرف الضياء
والدمع بات يبكي يا إلهي


Bumi dan langit ku rasakan sempit,
Hatiku tidak menjumpai cahaya,
Dan air mataku sentiasa bercucuran, wahai Tuhanku.


عصيت والذنب كبير
وإني في حزني أسير
مقيد بالذنب يا رب

Aku ingkar dan dosaku bertimbun,
Sesungguhnya aku di dalam penjara kesedihan,
Dirantai oleh dosa-dosaku, wahai Tuhan.


فهل يستحق يا إلهي
العفو مجرماً
مقرٌّ بالذنوب يا إلهي

Akan layakkah, wahai Tuhanku,
kemaafan diberikan kepada si pesalah,
yang sering berbuat dosa, wahai Tuhanku?


أنت الذي خلقتني
رحمتني ورزقتني
دوماً يا رب قد كنت معي

Engkau yang menciptakanku,
Mengasihiku dan memberikanku rezeki,
Wahai Tuhan, Engkau sentiasa mendampingiku,


لكنني نأيت عنك
نسيت ما قد كان لك
وسرت في طريقي يا إلهي

Namun aku pula menjauhi-Mu,
Aku melupai apa yang ada pada-Mu,
Dan aku mengikuti jalanku sendiri, wahai Tuhanku.


واليوم يا رب أعود
من ظلمة خلف الحدود
فالقلب منكسر وطرفي حائر


Pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
daripada kegelapan di belakang sempadan,
Hatiku berkecai dan jalanku mengelirukan,


وأنا الغريق فلا أرى
إلا سواك لي منقذاً
لا ملجأ ولا منجى إلا أنت
يا إلهي

Aku yang kelemasan tidak melihat sesiapa
melainkan Engkau untuk menyelamatkanku,
Tiada tempat berpaling, tiada penyelamat kecuali Engkau, wahai Tuhanku!



firman Allah dalam satu hadis qudsi yang membawa maksud

" Aku di sisi mereka yang hancur hatinya kerana mengingati aku"


dan aku ingin berkongsi seuah kisah yang mungkin sudah ramai orang yang tahu....dan aku petik kisah ini dari kitab bidayatul hidayah yang telah dibawa oleh ibuku.(terima kasih,mama..terima kasih ua pada ustaz badaruddin, ustaz pengajian kami kt kodiang dulu kerana beliau juga menjdikan kitab ini salah satu silbus utk kami kupas bersama-sama)..kitab ini adalah karangan imam hujjatul islam imam ghazali. ..

Imam ibnu Al Jauzi menghikayatkan daripada Ahmad(saudara imam Ghazali r.a) yang menceritakan kisah kematian Imam Ghazali r.a.Berkata Imam Ahmad tersebut: Setelah terbit fajar hari isnin 14 jamadil awal 505 h, saudaraku(imam ghazali) berwudhuk dan terus sembahyang subuh.selepas sembahyangsubuh beliau berkata "bawalah ke sini kain kapanku" Lalu beliau mengambil kain kapan sambil berkata " Aku telah bersedia utk dtg memenuhi panggilanmu dengan penuh ketaatan dan kepatuhan" .Setelah itu beliau meghunjurkan kakinya menghadap kiblat dan beliau terus menghembuskan nafasnya yang terakhir utk memenuhi panggilan Tuhannya dengan penuh ketenangan....semoga Allah mencucuri beliau dengn rahmat yang luas dan semoga Allah memberi keberkatan kepada kta dgn ilmu yang beliau tinggalkan...


hujjatul islam.....imam Ghazali

adakah kita mampu bersedia sebegitu rupa utk menyahut panggilan Ilahi kpd kita???
astghfirullahha illallahha kana tauwaba.....

nape kene bc blog org?

Bismillah arrahman arrahim......

dah lama rasanya xmenulis sebarang entry...mama dtg manchester aritu....bersama kwn mama dan sepupuku...jd p jalan2 tgk apa yang ada kt negeri mat saleh ni...alhamdulillah, mama dh selamat smpi malaysia..

maka tinggllah aku sorg2 kt manchester ni..sunyi..sbb smua org balik christmas...oxford road yg mmg salu bz kosong..tmbh2 ari ni, 25 december....

maka kesunyian ni aku trima dgn sebuah berita ttg seorg sahabat baikku yang ditimpa masalah..betapa hidup kita ini, selalu disinggah oleh masalah....aku turut bersedih...lalu tangan ni pun mula la membaca blog2 yang wujud kt internet ni..dua blog yang aku bc, buat aku xberhenti menangis sgt2 ni..kagum aku dgn kwn2 ku yang hebat menulis..tulisan yang menyentuh hati pembaca..mengingtkan aku pada tuhan..

suatu masa dulu, aku tringn sgt, org salu ingtkan aku..ingtkanlah aku pd Allah...tp, waktu tu, aku mcm hilang dr mereka.....bila aku hampiri, lain jd nya...aku mahu kwn yg salu bckn aku ayat al-quran..yang salu ingtkan aku ttg kisah2 sahabat..yang menjawab persoalan aku, bukan sj dgn logik akal, tp dgn janji-janji Allah..sbb aku rs tenang sgt bila mcm tu...dulu, kt smapl, aku rs sgt hepi..xtaula, kalau pengalaman smapian len berbeza ngn aku, tapi apa yg aku dpt, adlh plg best dlm hidup kt smapl....tp bila kuar, bila aku rs tandus dgn belaian rohani, aku cuba mencari..tp,dipendekkan cerita, len jdnya...dlm kata lain, aku hilang mereka dr byk segi....

aku mula hanyut dgn dunia..dgn alam kolej kononnya...byk benda yang aku menyesal selama hidup aku....dan pd hari ini..aku sedar....kita xboleh manjakan diri..jgn tunggu apa yang kita nk dtg kpd kita..dan kita xleh jdkan alasan utk xberbuat apa-apa ...kalau ada sesapa yang pernah rs apa yang aku rs...aku ada cadangan yang baik utk korg..

andai kata, ada suatu ketika, korg rs sedih, kosong, ada yang xkena ngn hati, nk bgtau kwn2 rs serba xkena..xleh la nk expect semua org nk layan kita...bacalah, dan carilah blog sahabat2 ...mungkin dpt membantu..xbyk, sedikit pun jadilah...ada peringtn2 dan kisah2 yang mereka tulis, tak pun, kalau diorg copy paste pn, xkesah la, yang mengingtkan kita ttg sesuatu yang simple je, tp kita sering lupa...moga Allah merahmati kalian...

jd jawapan kepd nape kene bc blog org pd aku....kalau dlm list, yg plg top sekali ialah, mengingtkan diri pd Allah aka muhasabah la....jd,cr la blog2 yang suit your need...sbb, xsemua org mempunyai kemahiran yang sama..ada org suka menulis isu2 yang tertentu..begitu jgk org lain...

oleh itu, aku nk berkongsi apa yang aku dpt ari ni ngn semua org...oleh kerana entry ni dh pjg berjela..aku tulis kt entry baru lah ye....
salam alaik

Thursday 11 December 2008

Jesus-christ:God or Apostle part 1





a debate was held, last night between a muslim speaker and a christian speaker. the debate was a blast!!! eventhough ive got some sort of blister after the ice skating riadhah with my adik2 usrah, but all of us went to the talk right after that.alhamdulillah, i felt so great to be among the participants,to watch and witnessed such a smashing and faith strenghtening debate especially for muslim.




there were also a lot of christian that went to the debate.i would like to upload the video here, to share with other people.Do witness the undeniable greatness of Allah!!!do witness the truth of Islam and how the christian misinterpret alot of things even from the very beginning of the translation of the injil...


Praise be upon Allah,alhamdulillah..i would like to write a lot of things about the debate last night. but i dare say that, you will feel so move when you watch it yourself. Unfortunately, i wasnt able to record the question and answer session, which i believe and all of my friends agreed were tremendous!!but, i've already ask kak hanis to find the video.


So,all my friends, lend me your ears for a once in a while valuable chance to listen to such beneficial debate to strengthen our iman..the video comes in several parts. both speaker are honourable speaker that always been debating about islam and christian.

the debate was held in roscoe bulding,university of manchester.
the first speaker is from the christian.and the next speaker is muslim.believe me, you will find out something really interesting in this debate when the revealation happenned!!!

Bismillah.....ikuti part berikutnya nanti....part 1: the speaker is the representative from the christian.



Thursday 4 December 2008

Tragedi Natrah


Pulanglah Natrah - Al-Wadi

Salam alaik..Terasa tangan ingin benar menulis isu ni..terime kasih kpd sahabat sy sbb sebut psl perkara ni dlm blog dia..dulu tahu la ttg Tragedi Natrah ni..Namun tidak pernah pulak cari dgn sedetail-detailnya psl cerita disebalik tragedi ni..dan xberkesempatan nk tanya sesipa..Jadi sy amik masa jugak la study psl kisah ni


Banyak blog2 yang menulis berkenaan kisah ni..malah ada buku yang ditulis berkaitan tragedi ni..Selepas membaca dan berfikir ttg kisah ni, dan bila dah phm betul, br rasa nk menulis berkenaan tragedi ni.....Namun sepanjang mencari bende psl ni, ade beberapa khilaf la mengenai fakta natrah..namunkebanyakannya mempunyai sumber yang sama iatitu satu artikel yang pernah ditulis dalam majalah Dewan masyarakat



Kisah ini bermula dengan kelahiran seorang bayi perempuan pada tanggal 1937 24 Mac di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau
Maria Huberdina Hertogh
.Lahirnya bayi ini dalam keluarganya yang berketurunan Belanda dan beragama kristian. Namun Allah telah mengtakdirkan satu kisah hidup yang pjg utk kanak-kanak ini mungkin sebagai pengajaran kepada kita semua generasi kini, ujian utk generasi laludan perjuangan org Islam pada ketika itu, dulu, kini dan selamanya.


Namun pada Disember 1942 atas desakan hidup pada ketika itu, Bertha telah diserahkan kepada Che Aminah Mohamad ketika berusia 5 tahun.Ayah Bertha, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh pada ketika itu telah ditawan oleh tentera Jepun.Kerana bimbang akan keselamatan keluarga mereka, ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya. Siapakah Che Aminah yang telah dipilih oleh Allah utk ini utk memberi kasih sayang kepada seorng kanak-kanak dan menghadapi sebuah lembaran hidup yang penuh dugaan dan menguji keimanan?


Beliau,Che Aminah Mohamad atau Mak Minah hanyalah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Hiduplah Mariaatau Bertha bersama sebuah keluarga Islam ini, dan diberi nama yang indah, Natrah..Tentunya, Che Aminah mahupun Natrah tidak akan pernah terfikir, bahawa di hadapan mereka, ada takdir yang menuggu kedatangan..


Pada 15 November 1945,atas dasar kasih sayang yang telah terikat, Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura . Ini kerana pada ketika itu, penduduk Singapura, Melayau, tanah Melayu, Indonesia, semuanya benci pada bangsa kulit putih yangtelah datang menjajah tanah air mereka..Mereka benci pada bangsa-bangsa ini.Kerana risaukan keselamatan Natrah, maka Aminah membawa Natrah ke tempat yg dirasakan selamat pd ketika itu utk melindunginya.



Allah itu Maha Mengetahiu setiappercaturan alam.Dan siapalah kita sbg hambanya utk melawan takdirNya..kerana setiap yang Allah jadikan pasti ada hikmah dan rahsia tersembunyi disebalinya.Makapada 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah.Pada ketika itu, Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.


Desas desus mengatakan bahawa Natrah berada di Kemaman pada Ogos 1949 berdasarkan maklumat yang diberikan kepada Andrianus oleh polis Semarang

Disangka panas sampi ke petang, rupanya hujan di tgh hari..September 1949 menjadi saksi, detik mula, sebuah keperitan dan juga perjuangan org Islam. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

Sarjan Hertogh telah membuat satu musihat pada 12 April 1950 yang telah membuatkan Che Aminah membawa Natrah ke Singapura



Pada 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura



24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura

28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.


Alhamdulillah, pada28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill. dan dibawa bersamanya. Kerana takut peristiwa ini berulang, pada 1 Ogos 1950, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor iatu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah. Beza fizikal org putih, org arab dengan org melayu adalah sgt ketara.Mungkin genetik dan jugacara pemakanan turut mempengaruhi..Malah dalam Islam asalakan sudah baligh, maka di halalkan.Namun ada segelintir golongan yang memang suka mencari hal dengan umat Islam..


2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.


12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.

12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.


15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.

25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.



1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.


26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.


20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.


15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.


3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.


25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru danpeguam , hidup mewah.


16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.


1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans


1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.


15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.


Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda......


Maka yang di atas adalah rentetan peristiwa Natrah..kalau anda semua google, boleh jumpe segala senarai peristiwa..Ada salah satu peristiwa yang menarik berlaku ketika org2 Melayu melakukan rusuhan Narah pada 12 Disember 1950, seorang pegawai polis terlibat.Ada yang mengatakannamanya inspektor Taha, ada yang berkata nama inspektor Salleh..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Namun ibrah yang perlu diambil ialah, ketika rusuhan itu berlaku, seorang lelaki yang mengetuai rusuhan itu bernama Karim Ghani telah ditahan oleh seorang pegawai polis.Namun Karim Ghani melaungkan sesuatu yang telah menyentap hati pegawai polis tersebut yang juga beragama Islam.."Aku dorg Islam..dan kau juga org Islam.aku dtg utk menyelamatkan aqidah seorang kanak-kanak yang menyebut LAILAHAILLAH...Adakah kau juga yang menyebut LAILAHAILLAH nk menghalang aku??Maka halanglah aku, aku akan tetap pergi!"


Maka pegawai polis tersbut terus berkata" aku bersama-sama kamu" maka berlakulah tembak-menembak pada ketika itu dgn tentera british..18 org telah gugur syahid..manakala beratus-ratus org cedera


Dalam kita menempuhi bulan ini,jomlah kita sama-sama menginsafi kejadian yang telah berlaku berpuluh-puluh tahun dahulu.. namun, peristiwa ini, menjadi titik tolak utk kita berfikir sebenarnya tentang banyak perkara.. Apa itu aqidah? bagaimana nk pertahankanaqidah? Bagaimana nak kukuhkan aqidah sendri?Bagaimana kita nak berhadapan dgn org-org yang mmg berencana utk memusnahkan kita?

Kisah Natrah ini juga mengingtkan sy ttg satu artikel yang prnah sy baca iaitu lontaran fitnah yang dahsyat yg sy pnh baca. Artikel itu menghina Nabi SAW sbg seorang phedophile kerana mengahwini Aisyah yang berumur 9 thn.Astaghfirullah!!!Semoga Allah mengampuni manusia yang berkata begitu...Apa yang Islam gariskn dan halalkan sebenarnya bayak hikmah dan kebaikan disebaliknya...Mungkin isu ni, sy tulis dlm separate post.


Moga-moga kisah ini dapat menjadi pengajaran kepada diri kita..insyaAllah

Monday 1 December 2008

Raya Haji



Assalamualaikum dan salam sejahtera... .

Diharap semua ahli keluarga MCOT berada dalam keadaan sihat sejahtera; mental, fizikal dan emosi. Berikut merupakan pengumuman aktiviti yang akan dijalankan oleh Exco Kerohanian, insyallah...


************ ********* **
Sambutan Raya Aidiladha
Se-Manchester
************ ********* **


Tarikh: 8 Disember 2008
Waktu: 1900 - 2100
Tempat: Barnes Wallis Underground

Aturcara:

Takbir
Sharing session: "Aidiladha"
Makan (supper)



Dengan segala hormatnya, kami menjemput dan mempersilakan ahli keluarga MCOT untuk menghadiri program ringkas ini atas semangat untuk meraikan perayaan kedua terpenting bagi umat Islam.


Wednesday 26 November 2008

Girls Get Together: BEST!!!





Alhamdulillah...berjaya jugak wat girls get together...Best~!!

Terime kasih kpada AJK2 merangkap sahabat2 yang byk membantu!!

Mula-mula ade yang p swimming...so, yang nk p swimming lh p swimming..yang len, mmbantu kitrg memasak nasi ayam utk dinner tu..so, acara basically start pkl 6.30 kt tempat berenang-renang...

Bile semua dh smpi kt 27 East Grove, smua dah lapar sgt2...Maka semua telah menjamah nasi ayam dengan penuh selera....tapi lupa laamik gmbr nasi ayam nk ltak kt sini..

Kemudian, acara pun bermula dgn penerangan aktiviti, penerangan dari tuan rumah dan juga penghulunita....so, sbb masih ada yg belum mengenali each other, taaruf ringkas pun, dijalankan...ramai rupnye adik2 first year ni...hehe...lps abis taaruf, kita semua diingtkan bhw, erti sbuah hidup itu, adlah pada memberi..jd, kene memberi penuh participation to make this event a success.

lps tu, pembahagian group pun dilaksanakan...hehe..nasibla korng..sy yg letak korng dlm group2 tu...kemudian, setiap kumpulan pun compete dgn each other.dengan permainan yg dinamakan PIRAMIDA..sorii ye kalau soalan tersush..hehe..jgn marah..xpe2, menguji pengetahuan am sikt....tp, bestnye, time main tu..hehe...kelakar sgt2..macam2 gaya ada..mmg kreatif dan hebat2 belakan la korng ni...tahniah diucapkan...

lepas tu, men tukar-tukar hadiah...semua org kene wat bulatan..then ada 5 hadiah akan di pas dalam bulatan dengan iringn muzik..dan bila muzik berhenti, hadiah tersebut adalah miliknya..tetapi, die kene jawab soalan yg ditanya berkenaan dgn pemberi hadiah trsbut...secara tidak langsung, game ni, dpt buat kite kenal dgn lebih dalam lagi kwn2 kite....disamping, bst dpt hadiah!!oleh sbb kite semua ada dlm 27 org, maka kene wat 5 round la pusing hadiah..hehe...sgt2 enjoy!!

Then, lps tu, ramai2 tgk movie..kak afni, kt bilik atas, producer lord of the ring..kitrg kt bwh pulak tgk bridgt jones diary..tapi sebenrnye, yang lagi 5 org ngn sy kt bwh tu, dah sedap lene dlm duvet..tv yg tgk diorg..lagipun, dh pk 12 mlm..letih agaknye semua org..hehe...

esok pagi, bgn qiyam, dan solat subuh..kemudian, baca mathurat dan tazkirah subuh.....cerita yg Teh cerita tajuk di, "3 brownies".... best!!

Lps tazkirah, sy telah mengerahkan semua org, utk wat karipap dan juga masak nasi lemak..semua org dgn bersungguh2 blajar wt karipap..ada bakat2 terpndam adik2 ni....bolh buat mniaga nnti...

lepas je semua siap, kitrg pn mkn2, then tlg kemas2 balik rmh tuan rumah...kemudian kitrg pn ramai2 la balik..


Ucapan teristimewa: buat tuan rumah, kak hanee, kak afni, kak naimah and shahirah kerana bg pinjam rmh...
juga kepada sahabat2 yg membantu menjayakan Girls Get Together ni....semua Ajk2 yg telah menjalankan tugas dgn baik
Juga paling istimewa kepada semua para peserta yang telah hadir dan bergembiran bersama-sama

dalam kegembiraan yang kita kecapi ini, ada sesuatu yg lebih manis lagi, iaitu silaturrahim......semoga, kita leh gather lagi nnti!!

ps:// gambar2 lain tidak boleh diupload di sini..cume boleh dilihat oleh females sahaja.

Nantikan iklan seterusnye, mengenai GIRLS SOUTH BOUND TRIP

MCOT FOR ALL

Saturday 22 November 2008

Friend and tears


Yesterday's tears build a river,

Washing the soul of its pain,
Cleansing the heart and mind
Like a gentle sweet spring rain.

Sometime, somewhere,somehow, you feel like you gonna cry a river. And the throat aches from the tears shed. and sometime, you rather be alone then people coming lend their hand. It is not because you are selfish, or you hate them.But because, you just want to be alone...

But sometime, it is hard to find a real friend. A friend that really understand you the way you want them to be. The one that meet your expectation.The one that knows when to listen and when to speak.Thus, you end up mingling with yourself. It is just because, we often expect more from people.We expect people to understand us, to know what we want deep in the heart, to suit our emotional needs. But, do we do the same thing, the other way around?

with life's twist and rolling, we cant never determined what the future may hold.The only guarantee is that nothing will stay the same. And expecting changes is a good preparation.
If by some chances that we never ever manage to get what we really want in life, isn't it worth enough if appreciate what we've already own right now.

People might have different opinions and stand about this. Some people believe that we have to get as many friends as we could, as friendship is the most important thing in our life.But for me, it is not the matter of how many friends you have, 10, 20, or 50,it is how you can give something to your friends and how the relationship is about. A friend is someone that can pull you out when you are in darkness and despair when all 'the other' put you into it. A friend is someone that can listen but not judging you. Friend is someone that can say no, when you are wrong. It is not about everyday conversation, always togetherness but knowing even you are separated by time or distance, that there is someone, who remembers you, who cares for you and hoping the very best for you.


so, it is not easy to find a real friend. and it is also, not easy to become one. that's why, in this life, in this life, its not fair to expect too much from other people because people has flaws. You and me, we have flaws. Sure, sometime, our judgment was driven by our emotional perceptions.So, train yourselves this several things :

1) Forget what people did bad to you
2)Remember what people did good to you
3) Forget what you did good to people
4) Remember what you did bad to people

so that, we can always aware, we are not the perfect person, so do everyone else. And that what friends are for.

In my life, friends come and go..Some of them stay. For good or bad reasons. But for me,once they become my friend, they will always be mine..No matter what happened. be it good or bad. because friends will leave something to you. even it is hurt, or meaningful, whether big or small, they sure leave something in your heart. that's the beauty of friendship.
So it's up to you, how to lead and sail the ship. The choice is in your hand.

Just remember, Allah has promised us, whoever ties the bond of two people whose being a part(not literal meaning) , heaven will waits for them. Whoever loves their friends because of HIM, heaven is the best place for them..

Sayangilah makhluk TuhanMu di bumi, nescaya kau akan disayangi oleh mereka di langit- hadis

Cintailah Yang Maha Esa, kerana dirimu, tidak akan kecewa



TWO FRIENDS

TWO FRIENDS
A story tells that two friends were walking
through the desert. During some
point of the journey they had an argument, and
one friend slapped the other one in the face.


The one who got slapped was hurt,
but without saying anything, wrote in the sand:

TODAY MY BEST FRIEND
SLAPPED ME IN THE FACE.



They kept on walking until they found an oasis,
where they decided to take a bath. The one who
had been slapped got stuck in the mire and
started drowning, but the friend saved him.
After he recovered from the near
drowning, he wrote on a stone:

TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE.



The friend who had slapped and
saved his best friend asked him,
"After I hurt you, you wrote in the

sand and now, you write on a stone,
why?" The other friend replied "When someone
hurts us we should write it down in sand where winds
of forgiveness can erase it away. But, when someone

does something good for us, we must engrave
it in stone where no wind can ever erase it."


LEARN TO WRITE YOUR HURTS IN THE SAND
AND TO CARVE YOUR BENEFITS IN STONE.



They say it takes a minute to find a special person,
an hour to appreciate them,
a day to love them,
but then an entire life to
forget them.



Do not value the THINGS you have in your life..
But value WHO you have in your life!

Thursday 20 November 2008

selama abadi

Indahnya tiap bahasa yang dinukilkan
Dan aku tahu, mereka yang menyintai bahasa
Selalunya, hati itu sunyi........

Mula-mula aku xphm..dan sekarang aku masih lagi xphm..Rasa teringin berlari ke tempat yang tenang..melihat indahnya alam..menghidu wanginya buana.





Subhanallah...ingin ku berbaring kat sni.!!1


Kat mana ek tmpt yg dekat ngn manchester ni, yang boleh aku pergi dan menikmati keindahan ini selain peak district.huhuhuh..Indahnya ciptaan Allah...


Aku ingin mencari sebuah pendirian.Aku inginmenjadi seorang manusia yang bermatlamat.aku tahu, aku byk tewas dgn emosi.aku mahu jadi insan yang kuat.yang bila jatuh tersembam mampu bangun dengan sendri. yang bila kecewa, dpt berdiri tegak dan berkata pada diri sendri, apakah aku perlu membazir masa melayan kerenah jiwaku?apakah aku perlu mengisi tiap ruang kepentingan diriku..Come on la, dalila....apa tujuan kau hidup??Bukankah ada perkara yg lebih penting dr apa yang kau impikan dalam hidup ini.Dalila, sedarlah, kau telah dihinggapi penyakit 'Wahan' Cintakan dunia dan takutkan matiiii.....Sedarlah dalila, hidup kau janganlah kau persiakan. Apa sahaja yang telah kau sumbangkan pada Islam.Ciputt saja. Dalam umur makin meningkat, kau masih lagi melebih-lebihkan nk enjoy hidup dunia??masih lg nk berseronok-seronok???unbelievable!!!

Bangun!!Bangun dari tidurmu, dalila!!Bangun!!Buang penyakit wahan!buang dan lempar jauh-jauh...Tidakkah kau masih ingt, zainab al-ghazali...seksaan yg dia terima, ketika dalam penjara, kerana dikatakan peberontak disebabkan beliau ahli ihkwanul muslimin. Tiap ari, ada org yg dihantar utk merogolnya....tidakkah kau ingt, dia keluar dr penjara, tanpasebarang putus asa. Malah terus membakar semangatnya menegakkan Islam. mengapa perlu kau merasa lemah dgn ujian yg ciput cuma...

Adakah kau masih berfikir, "xmengapalah, ada org lain yg boleh buat kerja ni..org lain byk lg"Astaghfirullah......Nyahkan jauh-jauh fikiran itu, dalila.Sesungguhnya itulah pemikiran org hanya tahu mencari alasan..carilah alasansebanyak-banyak di dunia ini, nescaya Allah akan mencari alasan dgnmu di akhirat kelak..nk ccm tu, dalila???

bangunlah,dalila.sayangi diri sendiri..sayangi saudara Islamyang lain...hidup kita yg sebenarnya bukan di dunia ini..ini cuma tempat ujian utk kita mengecapi bahagia sebenar di akhirt kelak....
Bila kau merasa lemah, dalila, renunglah keajaiban ciptaan Allah kembali. Ingtalah apa matlamat kita. Jangan mudah berputus asa dgn dugaan mahupun bala yang menimpa..kerana setiap bala yang datang itu adalah rahmat kecuali neraka...








Dan mentari itu pelan-pelan berlabuh..Tinggallah kenangan utk kudakapi..
Dan kubiarkan diri ini tenggelam dalam ketenangan yang aku impi..selama abadi

Friday 14 November 2008

Trouble is a friend

play the song below..n enjoy

Lenka - Trouble Is A Friend - Lenka


Trouble will find you no mater where you go, oh oh.

No Matter if you're fast no matter if you're slow, oh oh.
The eye of the storm and the cry in the morn, oh oh.
Your fine for a while but then start to loose control.

Chorus 1:
He's there in the dark,
he's there in my heart,
he waits in the winds
he's gotta play a part.
Trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh.
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh.
He sees what I see and he knows what I know, oh oh.
So don't forget as you ease on down the road.

Chorus 1

Chorus 2:
So don't be alarmed if he takes you by the arm.
I won't let him win, but im a sucker for his charm.
Trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. Oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel.
And how I try to make him leave; I try.
Oh Oh I try!

Chorus 1

Chorus 2

Oh, Oh.

tenang yg panjang

Serpicahan kaca itu bersepai atas tanah gersang
bingit bunyinya ke hujung dunia
luka jari-jari yg bersentuhan

dalam ketenangan raut wajah, tersimpan seribu satu rahsia abadi
mengapa hidup ini terlalu payah utk dihadap
ada pelbagai tafsiran yg tersembunyi
dan ada secebis kekuatan yg menyuruh terus berdiri dan berlari

namun pabila hati itu sudah lelah
maka jatuh terkulai mencium tanah
tiada derapan kaki berlari
tiada kudrat utk berdiri lagi
menitis dan mengalir air mata jernih
menangisi warna kehidupan

waktu itu, membuatkan aku merindui malam-malamku yg indah
dan mata terpejam merasai dingin mlm
aku bukan manusia gagah
yg mampu melihat dunia dari bermacam kaca mata
aku bukan manusia hebat yang mampu berkata walau dalam duka

kerana aku hanya seorang perempuan yang berjiwa sempit
kaca mataku, kaca mata hati
aku memandang dunia dengan hatiku
aku mengangumi sesuatu dgn penuh hatiku
aku menangisi sesuatu dgn hatiku
aku menyintai sesuatu dgn hatiku
aku mungkin insan yg masih mundur
yg hanya tahu mendahulukan perasaanku
dan aku melihat kegembiraan itu dr benda-benda yg kecil

maka aku menjadi terlalu ingin mengecapi apa yg hatiku ingini
namun, aku belum cukup kuat utk menempuh jalan itu
tak pernah semudah yg aku harapkan

kerana dalam hidupku,
aku cuma mahu hidup bahagia dalam segala erti
salahkah aku mengejar bahagiaku

belum kutahu, lama manakah lagi hayatku
belum kudapat setiap yg aku ingini
andainya semuanya sudah terlambat bg ku nnti
aku harap bahagia ku impi hadir pd insan-insan yg aku sayangi

Ya Tuhan, aku hidup dalam jalan yg panjang
Tersungkur aku pd dugaanMu, Tuhan
Sungguh aku xmampu bertahan lg dalam emosi yg menikam jiwa
aku tidak mahu membinasakan sesiapa
dan aku ingin bertemu dgn bahagia yg selamanya
Tuhan, hadirlah dlm jiwaku
Berikanlah cintaMu pdku
aku dalam ketandusan pengharapan
katakanlah padaku yg aku masih lg di perjalanan
Berikanlah kekuatan utkku kembali berlari dan berjalan
Wahai Tuhan, Engkau sentiasa di sisiku
Namun aku sentiasa melupakanMu
berikanlah keyakinan dalam hatiku..
Agar aku bisa bersama malamku


dan aku ingin terus terbang tanpa mengepakkan sayap
aku ingin terus melayang di langit yg biru
aku ingin sebuah tenang yang panjang
agar air mata ini mengalir sejuk di pipi

Thursday 13 November 2008

homesick.....

Wahhh, dah lama xbercerita.......

hmmm...banyak sgt cerita sedih,menarik yg berlaku spjg ni.....

mula-mula...adik...ish2...adik pengsan lagi....risau sbnrnya...apa sbnrnya yg xkna ngn badan dia ni..dlu time kt sekolah pn byk kali..masuk hospital then kluar..tp doktor pn xtahu sbb apa...tp bila duk rmh ok pulak....ni, kt mesir, jd lg sekali...tp yg plg sedih sekali, diorg xphm apa yg doktor ckp...bila webcam ngn adik, nmpakla bibir yg bengkak dan pucat....adik stress sgt ka ni?? risau aku sbnrnya.....satu-satunya adik aku ni.....insyaAllah, akak nk p kt adik nnti...sampi sekarang, masih lg xtahu apa sbnrnya problem dia...

Abah.....abah br lps wat pameran incinerator dia kt dewan 2020 kangar...aku dpt dgr, suara happy abah....baru aku tahu, time abah masuk paper ari tu, dia mmg xbg org ltk nama dia dlm petikan..kali ni, raja perlis dtg, menteri pn dtg, ketua polis smua...dtg melawat dan melihat pameran abah......aku doakan abah berjaya...moga-moga, ni dpt buka ruang yg lebih besar utk abah..sbb aku tau, abah bertungkus lumus, bekerja keras dah lama sgt...dah lebih 10 thn...mungkin ni rezeki dia br nk smpi...akak doakan Allah mudahkn jalan abah..semoga, penat lelah, susah pyh abah dlu, terbayar akhirnya......abah kna bertawakal dan redha dgn setiap cubaan yg dtg.....im proud of u, no matter what....

Mama......mama tgh p kursus yg paling lama yg pnh didengar..8 ari..siap kna buat syarahan, buat lakonan, buat exam, buat public speaking...dahsyatnya...jd pensyarah pn, kna buat mcm time sekolah dlu jgk kn..huhuhu...dlm 8 ari ni, jd ulcer pulak kt dlm mulut...kesian mama...ssh nk mkn...mama, sabar ya......betui ka ,mama???/cerita yg mama cerita tu??nnti akak akan selidik dgn lebih dlm...dun wori.....semoga mama happy selalu......


ni,utk adik2 kecikku yg ramai,dh kluar result upsr ya..........aiman,anas and amirul...mcm mana exam?aizat,amir, abby, cmna??cekeliu???kudit ok?hmmm....rindu kt semua....semoga ketemu lg..

Sunday 2 November 2008

kasih mengashi kerana Allah

Tahap kasih sayang sesama manusia

1) Kasihkan seseorang sbg khadam
2) kasihkan seseorang seperti mengasihi diri sdri
3) kasihkan seseorng lebih dr mengasihi diri sdri


seseungguhnya, tahap yg ketiga itu lebih dimuliakan Allah....

kita perlu mengasihi seseorg kerana Allah.....kalau kita xmengasihi seseorg itu kerana Allah, walaupun di dunia ni, die mungkin suke sgt berkwn ngn kte, sbb kte xpnh berkata tidak kpd die, walaupun ape yg dia buat slh, tp di akhirat nnti, dia akan jd musuh kita...

Dia akan mencari apa jua jln utk cr psl ngn kita...Dia akan slhkan kita, dan buat kita xleh masuk syurga....

oleh itu, ayuhlah kita, berkasih sama ada, dgn parents, ahli keluarga, saudara, kawan2 dan sebagainya, kerana Allah...supaya di akhirt kelak, kte terselamat....

Kalau kte sygkan seseorg tu, krn Allah, mesti kte nk ajak die kepd Allah, dn nk selamatkan die, dr kebatilan...biarlah kalau dia xsuka kita kt dunia ni, ckp kt kite mcm2, tp hanya kita dan Allah yg tahu, bhw kte syg die kerana Allah...dan kt akhirt nnti,kalau tibe2 die menuduh kte, Allah ada gn kita

wallahu a'lam

Friday 31 October 2008

kelip-kelip kusangka api

Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana sumbunya
Kau hilang ghaib kusangka kau benci
Kiranya sengaja nk menduga


Berakit-rakit ku ke hulu
Berenang-renang ku ke tepian
Bersakit-sakit aku dahulu
Bersenang denganmu kemudian


Kutanam pinang rapat-rapat
Supaya senang puyuh berlari
Sabarmu sayang satu azimat
Dalam marah kutahu kau peduli


Anak enggang di kayu tinggi
Terbanglah ia dek patahnya ranting
Segunung maaf sejambak hati
Kerana diriku buatmu runsing


Dedicate to: insan yg sgt bermakna dlm hidupku...semoga Allah menguatkan hati dan jodoh...kekal abadi selamanya.....Allah saja yg dpt membalas segalanya

words, are the most closest thing to my heart......

Thursday 30 October 2008

sedih itu, air mataku

Setiap kali aku teringtkan adikku...hatiku sgt tersentuh....lalu murahlah deraian air mata ini, melimpah .......

setiap kali aku teringt yang adikku bersengkang duit kt mesir, berbanding dgn keadaanku kt manchester ni, hancur luluhlah jiiwaku......


dia cuma boleh berbelanja bila mama masukkan duit....malah aku tahu, keadaan mama dan abah yg sedng suntuk dgn duit.....

msg yg baru dihanta oleh adik aku...." adik tgh jalan2 ngn kwn2 p cr buku..mama masukkan duit smlm"..........ayat itu, sepantas kilat memanah hatiku......maka, juraian air mata jatuh berlinang.....

hidup aku kt sni senang....dan kesenangn itu membuat aku rimas dgn duit yg ada....kasihan adik,mama, abah.....

dan aku br saja call mama td..abah tgh bertungkus lumus utk menyiapkan satu projek yg perlu dibw ke satu kilang di Meru esok hari..projek itu spttnya telah siap sehari yg lepas..namun kerana tidak cukup tenaga pekerja, abah terpksa buat sorg2 dgn sorg lagi pekerjanya...

aku sdri phm, dan menyaksikan betapa sushnya, nk cr pekerja yg betul2 mahu bekerja dan juga yg mahir..sbb projek yg abah buat ni, perlu pekerja berpengalaman..aku tahu, kadang-kadang, abah cuba utk membantu anak-anak kampun aku utk bekerja dgnnya..sekurang-kurangnya, taklah mereka lumba motor saja, hisap daun ketum saja...

namun, aku sdri xphm, kenapa la bdk melayu liat betul bekerja..alik-alik, yg rugi abah juga.....hancur luluh aku melihat kerasnya abah bekerja..sbb nk cr duit nk byr yuran adik kt mesir....selalu, projek yg nk dibuat perlu menggunakan modal yg byk..bila sudah siap, org yg perlu bayar, pula buat-buat byr lambat la apa la..cek kne tendang la...mcm2 la dugaan...sedihnya.....xkan mereka xpk, yg abah ada family yg nk kne tanggung......

sedihnya aku melihat pengorbanan mama.....kalau ada ja peluang nk wat kelas tambahan lebih dlu, mama mesti terima...sbb nk cr duit...then, ada saja peluang interview kt mana2, mama akan cuba, utk memajukan lg dri...kerja bertimbun-timbun.....

semua ini,menyebabkan aku mengimbau kembali kenangan ketika sekolah rendah dlu..tiap-tiap pagi sebelum mama p mengajar kt sekolah, mama akan buat apom...aku akan jual kt sekolah..mula-mula jual kt kwn2..tp kwn2 cm xuntung sgt..so, aku pun jual kt cikgu2..mmg laku betull.siap mintk resipi lagi...lepasjual apom, aku jual alat tulis..beli borong kt mydin, then jual kt sekolah...malah, aku pnh jygak jual nasi lemak...mintk order dlu ari sebelumnya, then p jual kt sekolah esok pg...

maybe sbb dr keciklagi aku duk meniaga,smpi sekarang, jiwameniaga tu subur dlm hati dan jiwaku...sesungguhnya, meniaga itu sgt dimuliakan dlm Islam...

Ala kulli hal.....aku berbangga dgn keluargaku..sewaktu aku menulis post ni, abah tgh sibuk dgn besi-besinya..adik tgh mencari buku...mama tgh buat kerja-kerjanya...dan aku...dalam hati...mendoakan kebahagiaan setiap mereka...dan aku mendoakan agar keimanan menjadi kekuatan mereka..kesabaran, ketabhan menjadi senjata mereka..aku mendoakankejayaan mereka dunia akhirat..

Ya Allah,kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku, malah lebih dr itu.....berikanlah kejayaan kepada merekadunia akhirat...Tunjukklah kepada mereka jalanMu yang lurus..Mudahkanlah segala urusan merekaYa Allah....

berikanlah jua padaku, sahabatku, guru-guru segala doa yg ku pohon...

aminnnnnn............


sedih itu, air mataku......

Monday 27 October 2008

One great friend of mine

utk sahabat yg sgt istimewa...halida........


terlalu byk pahit manis yg ditempuh bersama....kenanagn dan jasa lalu tidak dpt aku lupakan walau sebentar cuma...ucapan ribuan terima kasih utkmu.......
dan aku tahu, dalam melalui masa-masa sush sekarang, mesti ko pikul beban lg truk dr mata org lain yg hanya melihat...betul ckp ko, hanya ko ja yang lebih mngerti apa yg ko lalui dr org lain.....

dan walau apa pun yg aku boleh ucapkan, cuba ko sorg ja yg lebih tahu dan memahami....aku sgt bersimpati...dan jujur aku sgt sedih....nnti, kita xleh nk calling2 dh....tp, aku doa, dan harap ko tabah menghadapi ujian Allah ini...aku tahu, bukan mudah ujian ini utk dilalui...

kalau aku kt tmpt ko, belum tentu aku akan jd setabah ko......setiap satu yg jd, pasti ada hikmah dan rahsia di sebaliknya...ko kne salu yakin dgn janji Allah ni...mungkin jalan yg paling baik bg ko adlah di malaysia......bukan di sini..dan Allah jdkn hidup ko dgn crita ni, supaya pengalamn ko ni, menjdikn ko lebih dewasa dr sebelumya..dan dpt membantu siapa jua di masa hadapan.....

sungguh, byk sekali jasa dan kasih yg berikan kt aku..sejak zaman kolej..ko la tmpt aku tumpang menangis..adibah, syamira jugak..ko lah tempt aku mengadu nasib...tiap2 kali aku nangis korg mesti dtg pujuk aku..kalo aku xsehat, korg jugk yg tlg tgk2kn aku...tlg tapau mknn...masa kita bergelak ketawa bersama-sama dlu...aku sgt merindui masa-masa itu..

bersama korng, adalah satu-satunya kenangan yg aku mahu ingt dalam byk2 kenanagn aku kt kmb..aku xmau ingt yg lain..bersamakorg,adlah satu2nya kenangan manis yg aku rs waktu kt kmb....

ingt lg x waktu besday ko, aku yg tukang curah tepung kt ko....kitrg smua dah pakat2 rancng....happy time....bila time nk exam, kita smua tunggang terbalik study..dgn dahsyatnya....

yg aku plg xdpt lupa, waktu aku p teman ko n syamira bershoppng kt mid valley dr pkl 9 pg sampi 10 mlm takbalik2..sampi bsakit benar kaki aku..hehe..dahsyat betul korng ni bershopping.....


namun Tuhan lebih mengetahui apa perjalanan hidup kita smua selepas itu...segala yg kita rancng tak semestinya itu yg terjadi....dan ko, dieri ujian yg lebih oleh Allah..ingtlah selalu yg Alllah sayangkn ko...

tabahkanlah hatimu, halida....

keceriaan ko, happening, adlah sesuatu yg amat istimewa yg ada pd diri ko berbanding org lain.....aku doakan hidup ko di bwh redha Allah..aku doakan ko tabah dan bersemangt utk membina hidup baru...

jatuh sekali tak bermakna kita gagal...tapi kalau kita xbgn smula, dan teruskn perjuangn, itulah kegagalan sebenarnya..

aku sentiasa menyokong kotiap masa.....jgn lupakan diriku ini...

yang sentiasa mendoakan ko......sahabatmu...

Sunday 26 October 2008

buruk jadi sempadan

Hari jumaat yang lalu......

alamak, lecture then pbl back to back...mlsnya nk p lecture ni.......xpala...pegi la jugak..kan sudah azam baru xmahu miss mana-mana kelas lagi...walaupun dah pernah miss satu thn ni sbb lambt..huhuh....

sesampai saja kt university place....mata meliar mencari tempat....duduk la dgn member2ku......
lecture yg sgt2 la ngantukkorg kt depan dh telangkup tidur...amboi, sedapnya....
entah macam mana dan waktu bila, lecture pun abis..alhamdulillah..berjaya xtdo..oleh kerana tempt pbl ngn lecture hall tu jauh, maka cepat2 la bgn sbb xmahu lmbt lg...nnti dicatat xhadir lg...di pertengahan jalan nk p stopford building, maka, tercari-carilah satu bende yg sgt penting...benda yg selalu jd punca lambt selain sesat dlm bangunan.....ID CARD!!!mcm mana nk masuk building kalau xda id card ni!!tambh2 bas pass yg berharga 150 pds ada bersamanya.....HILANG!!panic sebentar.........ok,cool2.......apa2 pn, trus ja p stopford dlu...dh xsempt nk balik cr dh ni...

ha, dah sampai..satu lg masalah..cm mana nk masuk???maka berpusulah menyelit2...nasib baik..berjaya jugak masuk dalam keramaian org time tu...

abis japbl, trus p university place balik...nk dijdkan cerita....lecture hall tu sdg digunakan oleh org...dh 3.30 ptg ni...kna la tggu lg setengah jam...xlarat nk balik bilik lg dgn beg yg ada buku medic yg tebalnya Tuhan saja yg tahu.....

Alhamdulillah...abis pun diorg ni lecture..maka masuklah ke dlm hall tersebut mencari id card tersayang...namun..............

TIADA........mungkin ada org dah amik, dh bg kt reception desk...maka turunlah ke reception desk kt bwh..takde org...rasanya, pejabat belum tutup lg waktuni..mana p smua org...kacau bilau hati ni...

takpa2...patah balik ke stopford....tanya org kt sna..namun hampa...tapi dia suh p student service centre....kekuatan fizikal ku teruji seketika lps p mai p mai dgn buku berat ni..jadi, baliklah dlu ke bilik..solat dlu..moga diberi ketenangn......kemudian keluar balik ke student service centre.....

dengan penuh debaran,langkah kaki ni terus saja ke pintu automatik tu..tiba-tiba satu notis membuatkan ku terpana lagi....

STUDENT SERVICE CENTRE
Monday to Friday
9 am to 4 pm...

alamakkkk.........perlahan-lahan, aku angkat tgn utk melihat jam.....hatiku merayu,tlglahhh belum pkl 4......GEDEBAPPPPP 4.30...

adus....nasib yg sungguh tidak baik hari ni.....baiklah...last try la kt university place..aku mencari reception desk skali lg....takde org...ke aku silap reception desk..lebih baik aku tanya sape2...maka terlihat lah kau pd mak cik yg duk kt corner yg jual sourvenir......

"excuse me...do you know where is the reception desk for this building? i thought it suppose to be over there..but there's no one there"
mak cik itu pn menjawab... " why,my love?"
"it just because, ive lost my id card together with my unirider..i would to ask whether......." belum sempat aku nk abiskan ayat aku...mak cik tu memotong...

"Is this your id card?" sambil mengangkat id card tersebut.....
mata ku melihat gambar yg ada kt id card tu..SAh!!!!aku punya!! Alhamdulilallahh....
" Oh, My GOd, Ya Allah.....Thank you so much!!thank you so much..."separuh menjerit aku11..alhamdulillah...lega rasanya hati ni....

selesai satu kesah aku hari tu....

belum sampai 5 minit lps tu, satu lg kesah tragik terjadi.....

slps bahagia mendapat id card...aku pun berjalanlah ke bus stop dpn crawford house tu..nk amik bas p rusholme.....skali ada segerombolan manusia tgh duk berkumpul dpn pintu sebuah bas..semua org mcm xmau masuk...knape diorg xmau masuk ek?/

xpa la..aku pn dh penat nk pk...aku pn masuk, dan menunjukkn id card aku..masuk dan berjalan terus ke belakang bas..duduk kt tepi couple mat saleh ni...skali ada sorg lelaki...kulit gelap sket..pakai jaket yg ada hoodie...pakai sarung tgn yg nmpk jari tu..tgh tumbuk cermin kt tmpt nk byr tmbg tu tu...kt tmpt driver bus..sambil keluar laperkataan pelik.....gaya laki ni ganas abis...smua yg ada dlmbas..kaku...aku kecut perut...jgn la dia ni dtg tumbuk aku pulak....kt tingkt ats bas,org berlari2 turun bwh nk kluar bas....laki td kuar bas, dn tahan smua bas lain...masuk dan cari pasal..berderet2 bas time tu stop..n tutup pintu bas..aku dgr pak cik driver tu, menghubungi bas2 lain supaya tak benarkan lelaki yg memakai sweater putih berhodie, dan segala ciri-ciri lain utk naik bas diorg..sbb dia ni buat keganasan...

aku sempt berborak ngn mat saleh sbelah aku ni....

dia pun merungut psl socialbehavior yg mmg truk betul......

lega...terselamat..alhamdulillah......

yg paling menyentuh hati ialah,pak cik bas tu dh la tua........kesian dia....rs nk nangis ja....suka-suka hati saja nk tumbuk org...ish..ishh...menginsafi perangai anak-anak remaja zaman ini..maybe dia mabuk kut..tapi mabuk apa2 petang-petang ni...

yang paling pasti......yg buruk jadikan lah sempadan......

Saturday 25 October 2008

during the night

sudah pkl 3.45 pagi..tapi mata ni xrasa ngantuk..cuma rs penat sgt....dh day light saver dh..so,kna tolak sejam......
sedang kepenatan buat anatomy ni...jadi luangkan la sedikit a.k.a byk mase merubah2 design frenster n blog ni...

hmmm..pretty much so lonely in the morning...wonder what had happened to my blog actually..because the icon for coloured words was disappeared quite a long time...after some thing had happened while i was trying to change the setting...

turn up to be that all the words are in pink now...huhu..some people might cant stand it too much...but im okay...but i really miss some other colours as well...

how can i return them back...gimme back my colours...

there are few events and moments that i would like to write..but i guess, im not in the mood yet to put them into proper words..some times later perhaps..

it really is such a lame night though.. my neuroanatomy..my dissection...my pbl...my e4med....always waiting for me....very loyal...

i think, i should take a nap before subuh...then i should be up again..


see ya...

Friday 24 October 2008

Biarlah Rahsia

Malam yang tak lagi berbintang...dan langit yang tak lagi berawan....
Sayup deruan angin menyelak naskah silam.....Dan aku kembali mengenang cerita lama...yang terkubur sekian lama...

Aku punya sahabat......namun sayangnya, dia terkandas di pertengahan jalan....kerana cinta yang mengaburi mata...manusia rela berkorban segalanya...musnah sebuah kehidupan...hancur berderai menjadi serpihan kaca yang tidak berharga...maka mulalah berlari di seluruh pelusuk dunia..menatap dan menadah titip rasa......Aku mungkin tidak merasa apa yg dirasa..dan aku juga mungkin tidak pernah mengerti beban apa yg telah dilalui...namun, bunga kembali ke taman suci...

Aku punya seorang lagi sahabat yang aku kagumi...kagum aku dgn ketabahannya menempuh hidup yg sgt sukar...Perpecahan keluarga, kesushn hidup mengheretnya bekerja utk keluarga seawal usia 15 thn...seorg pelajar yg sgt cemerlang sejak kecil,disegani dan selalu dipuji....hilang putus tali....maka bertiup sang layang-layang tak berarah...dari satu tempt ke satu tempt dia pergi...mencari sesuatu sbg sumber menyara hidup...hujan mahu panas di harungnya......namun, aku selalu yakin, bahawa hatinya cukup lembut...seperti bayu yg bertiup di tepian pantai...pernah aku mendapat panggilan darinya ketika dia membawa anak saudaranya ke tepi pantai di pulau langkawi selepas pulang kerja....utk menenangkan jiwanya yg bergelodak menyala...maka, di sudut itu ketenagan yg ingin di carinya....pernah aku suatu ketika dahulu mengagumi dirinya..kerana ketabahan dan dugaan yg dilaluinya.....namun hati dan budinya, tetap lembut seperti dia yg pernah aku kenal dahulunya..

Terukir selalu di wajahnya senyuman yg bermakna...namun, seminggu sebelum aku berangkat dtg ke manchester setahun yg lalu, aku mendapat suatu berita..sungguh tak kusangka...inilah dugaan utknya....suatu kemalangan yg pernah berlaku pdnya sebulan sebelum itu telah menampakkan komplikasinya.....otaknya disahkan bergegar oleh doktor..membuatkannya menjadi insan yg lain dari dirinya....dia hilang kewarasan akal...lalu dimasukkan ke dalam hospital bahagia.....sedih....kerana dia sahabatku.....
kerana sebelum itu, aku tahu perjalanannya mencari sebuah ketenangan..mencari sesuatu utk hidup..dan aku tahu, dia tidak pernah merungut...Tuhan itu lagi Maha berkuasa...Aku yakin Tuhan lebih sygkan dirinya...buat kali terakhir, aku tak pernah sempat bertemu dgnnya lagi...aku mendoakan dirinya dan keluarga tabah menghadapi ujian Allah...

Dua org sahabat ini, sahabat yg sgt dekat dgn aku sejak aku kecil lagi...namun hubungn terputus tatkala kami mengikuti jalan masing-masing..namun persamaannya, kedua-duanya, menghubungi ku kembali, sebelum segalanya musnah kembali......

dan aku sgt kecewa..kerana tak mampu berbuat apa-apa utk mereka...aku bukan sahabta yg paling baik..dan aku juga buntu....sungguh aku menyayangi mereka...

semoga Allah bersama-sama mereka.....

akhir bicara...bait-bait rasa...aku simpan yang selebihnya dalam hati yg lara ini..biarlah ianya tetap menjadi rahsia selamanya.....