WARDAHKU................

Wednesday 31 March 2010

7 macam pahala yang dpt dinikmati slps mati

Alhamdulilah...setelah sekian lama tidak dapat membuka blog sendiri, akhirnya berjaya juga..rupa-rupanya, discovery channel yang menjadi punca masalah yang tak berkesudahan ni


Alhamdulillah!!!!!!!!!Berita gembira buat adikku!!!! setelah bertahun lamanya kita menunggu. Alhamdulillah, jangan lupa sujud syukur, dik....dapat juga biasiswa dari jpa belajar kt Mesir sesudah 2 tahun berlalu dan menjadi pengembara di bumi Mesir, bumi anbia..alhamdulillah....im so so happy....semoga lepas ni, adik xtertekan lagi...boleh jgk kita ringankan beban mama n abah...im so happy for you...rs nk p mesir n hug u!! usaha yang penat lelah tu, tidak sia-sia...syukur beribu kali syukur....tahniah dik...congrates!!

Hari ni, ingin nak berkongsi dua hadis yang diriwayatkan oleh Anas R.A dan Abu Hurairah R.A.

7 Macam Pahala yang Dapat dinikmati Selepas Matinya.

Dari Anas r.a berkata bahawa ada 7 macam pahala yang dapat diterima sesudah matinya.

1) Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan untuk beramal ibadat di dalamnya

2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum darinya.

3) Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada yang membacanya

4) Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya

5) Sesiapa yang menanam tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung

6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh yang mempelajarinya.

7) Orang meninggalkan anak soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8) yakni anak yang selalu diajari ilmu quran maka orang yang mengajarnya akna mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda " Apabila mati seorang anak adam itu, maka terhentilah amalannya melainkn 3 perkara:

1) Sedekah yang berterusan yakni amal jariah yang dilakukannya dahulu
2) Ilmu yang berguna yang diajarkan dan diamalkan oleh orang
3) Doa anak-anak yang soleh untuknya

Thursday 25 March 2010

Words for My Friends







MuHaMmAd HaMoOd

--- Asalam - o - Alikum ---






Some Words For My Friend
The old man turned to me and asked
"How many friends have you?"
Why 10 or 20 friends have I,
And named off just a few...





He rose quite slow with effort
And sadly shook his head
"A lucky child you are
To have so many friends," he said





But think of what you're saying
There is so much you do not know
A friend is just not someone
To whom you say "Hello"





A friends a tender shoulder
On which to softly cry
A well to pour your troubles down
And raise your spirits high





A friend is a hand to pull you up
From darkness and despair...
When all your other "so called" friends
Have helped to put you there





A true friend is an ally
Who can't be moved or bought
A voice to keep your name alive
When others have forgot





But most of all a friend is a heart
A strong and sturdy wall
For from the hearts of friends
There comes the greatest love of all!!!





So think of what I've spoken
For every word is true
And answer once again my child
How many friends have you???





And then he stood and faced me
Awaiting my reply
Softly I answered
"If lucky...... one have "I"

"You!!!!"
A best friend is the shoulder you can cry on.
When you are alone,
They keep you company.
When you are sad,
They cheer you up.


They have the trust you are looking for.
When you have a problem...
They solve it.
When you need to talk...
They will listen.




And best friends have a love that can't be explained.
It's unimaginable!
How great God is
just when you expected nothing
He gives you the biggest something




when you think life seems so stressful
and there's none to care when you feel depressful
He's there in your heart to ease the pains
and also there with you when it rains




You must be wondering why I'm saying all this
It's because God has put my heart at ease
by giving me a friend like you
that's always there when the day is blue





True lovers are those who care without hesitations, who remember without limitations, who give without expectations and who love even without communication ...... hamud2k2@...




Saturday 20 March 2010

Secret of Different Sexes

salam alaik...semalam berpicnic bersama adik-adik usrah ku, timbul satu cerite menarik..thanks iman for sharing this with all of us.. i found this very interesting and eye opening..tambah2 lagi, sgt rs kahum dgn ciptaan Allah yang Maha besar.. docmentary ini telah ditayangkan di BBC channel suatu ketika..dan merupakan kajian beberapa golongan. kajian ini berkaitan dengan perbezaan gender laki dan perempuan, kenapa dan mengapa serta saintifik explaination berkaitan dengn nya..

satu lagi teori yang menarik ialah, panjang jari manis dan jari telunjuk boleh menunjukkan level of testosteron hormone during birth utk setiap manusia..dan ada fakta menarik berkaitan ini.dan ianya applicable to both man and woman..

utk tahu lebih lanjut, i strongly recommend to watch this video..Maha suci Allah....



Secret of Sexes part 1





Secret of Sexes part 2





Secret of Sexes part 3





Secret of Sexes part 4





Secret of Sexes part 5




Saturday 13 March 2010

Pintu Taubat Allah itu Luas




Bismillahhirrahmanirrahim...

sudah lama diri disibuk dengan mehnah dan tribulasi dunia ini...lama benar ada kesempatan untuk duduk dan menulis barang satu dua kata..Allahhu Akbar!! Apakah manusia ini sering kali leka dengan pelbagai urusan dunia yang terkadang ada saja yang sia-sia..

Namun, teringat tentang salah satu hadis antara hadis himpunan imam nawawi dalam bukunya hadith arba'in..hadis yang ke 42 : Allah mengampun segala dosa.


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ
اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاآَانَ مِنْكَ وَلاَ
أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ،
إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا
مَغْفِرَةً
[رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]


Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkanAku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau,andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.


Antara pengajaran hadis yang tercatat dalam kitab imam nawawi ialah

1) Luasnya rahmat Allah dan belas kasihan Allah yang tidak terbatas
2) Allah menjanjikan ampunan kepada sesiapa yang memohon ampunan daripada Allah dengan syarat tidak mensyirikkan Allah
3) Syirik kepda Allah adalah dosa yang sangat besar dan tidak akan mendapat keampunan daripada Allah
4) Bersangka baiklah kepada Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang lagi Maha Pengampun



Hadis ini seolah-olah Allah ingin memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman bahawa keampunan Allah itu sangat luas. Dalam masa yang sama bukanlah untuk menggalakkan manusia untuk terus menerus melakukan dosa.


Rahmat dan keampunan Allah sangat besar. Ada riwayat yang menyatakan sampai hari kiamat nanti pintu taubat akan terbuka untuk hambanya sampailah masa matahari terbit daripada sebelah barat. para ulama berbincang mengenai frasa 'pintu taubat ' inii dengan lebih terperinci. sebagaimana yang kita tahu, bahawa, peredaraan bumi, matahari, bulan telah menjadikan seolah-olah matahari kelihatan terbit dan tenggelam. Keluasan tempat 'terbit' dan 'tenggelamnya' matahari ini telah dikaji oleh para saintis sejak dahulu lagi. ukur lilit matahari dan sebagainya. Maka telah ditemui bahawa, ruang terbit dan terbenamnya matahari ini adalah seluas 40 ke 70 tahun perjalanan luasnya...betapa besarnya ruang ini. 'pintu taubat' dalam hadis di atas telah dikaitkan dengan tmpt matahari tenggelam dan terbenam. bolehlah kita sama-sama bayangkan bahawa luas dan besarnya rahmat Allah tersebut kepada manusia. bayangkan sudah berapa tahun kita hidup dimuka bumi ini, dan sudah berapa lama Allah memberi dan membuka pintu taubat yang luas itu untuk kita..


Ada ulama juga menyatakan bahawa, rahmat Allah ini ada 100. 1 daripa rahmat Allah ini, telah Allah turunkan dan berikan kepada sekian alam dan makhluk di dunia ini. dan 99 lagi Allah simpan. Lihat saja dunia ini, walau susah dan derita mana pun kita, kita masih ada kawan, keluarga, masih wujud manusia yang sayang-menyayang, yang saling membantu..masih ada ciptaan Allah yang indah seperti laut, langit yang memberi ketenangan kepda kita sewaktu kita kesedihan.. Bayangkan saja rahmat Allah yang masih Allah pegang, khas untuk hamba-hambaNya yang bertaubat.



Dalam kita Riadatussolihin, ada disebut tentang satu hadis yang mahsyur yang dikira, ramai orang pernah mendengar petikan cerita ini. hadis ini merupakan hadis muttafakun alaik, bukhari dan muslim. cerita tentang pembunuh bersiri yang telah membunuh 99 orang dan mencari jalan taubat. cerita ini dikisahkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada sahabat-sahabat. dan peristiwa berkaitan pemuda ini berlaku sebelum zaman nabi lagi.


"Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi S.A.W bersabda, “Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang. Kemudian dia ingin bertaubat. Dicarinya seorang yang paling alim. Lalu ditunjukkan kepadanya seorang ahli ibadah. Dia menyatakan bahawa dia telah membunuh 99 orang. Adakah dia boleh bertaubat? Jawab ahli ibadah itu, “Tidak!”. Lalu dibunuh pula ahli ibadah itu. Kini jumlah orang yang dibunuhnya berjumlah 100 orang.

Kemudian dia mencari orang yang paling alim, maka ditunjukkan kepadanya. Maka beliau menyatakan kepada orang alim itu bahawa dia telah membunuh 100 orang. Apakah dia boleh bertaubat? Jawab orang alim tersebut, “Ya! Sesiapa yang berhajat bertaubat tiada sesiapa yang boleh menghalangnya berbuat demikian. Pergilah kamu ke suatu tempat (diterangkan sifatnya di mana terdapat orang-orang yang taat kepada Allah S.W.T). Beribadahlah bersama mereka dan janganlah kembali ke negerimu kerana negeri itu tempat penjahat.”

Maka orang itu pun menuju ke sana. Dalam perjalanan itu dia telah mati mengejut. Maka berlakulah pertengkaran antara Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Kata Malaikat Rahmat, “Dia datang untuk bertaubat kepada Allah SWT dengan sepenuh hatinya.” Kata Malaikat Azab pula, “Sesungguhnya dia belum pernah langsung melakukan kebajikan.” Lalu datang pula kepada mereka malaikat yang berupa manusia sebagai hakim antara mereka. Lantas hakim itu berkata, “Ukurlah antara dua negeri itu, manakah yang lebih dekat kepadanya, ia adalah untuknya.” Maka mereka mengukurnya dan didapati bahawa yang hampir kepadanya ialah negeri yang dituju. Lantas Malaikat Rahmat menyelamatkan rohnya.”.


Penghujung hadis ini memiliki beberapa jalan penamat yang berbeza daripada periwayat yang berbeza

riwayat 1
ada riwayat menceritakan bahawa jarak lelaki itu dengan kampung terbaik baik yang ditujunya itu cuma tinggal sejengkal lagi dan sudah kelihatan pintu gerbang tempat tersebut. maka malaikat rahmah mengambilnya

riwayat 2
dalam riwaya lain pula, diceritakan bahawa Allah telah memerintahkan bumi untuk melipat-lipatkan dirinya supaya jarah dari tempat kejahatan itu menjadi jauh manakala jarak dengan tempat kebaikan itu menjadi dekat

riwayat 3
ada yang mengatakan bahawa pemuda itu sampai ditengah-tengah antara tempat yang baik dan tempat yang jahat. Namun dada lelaki itu melebihi ke tempat yang baik


Begitulah bukti rahmat Allah yang tidak bertepi....Dalam hadis 42 imam Nawawi data ada petikan yang menyebutkan

يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ
yang bermaksud "Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu'

ulama berkata bahwa, andai dosa manusia ini dapat ditukarkan kepada bentuk fizikal nescaya segala himpunan dosa itu akan memenuhi ruang langit dan bumi ini. Namun Allah berkata bahawa, keampunan Allah itu malah lebih besar daripada itu..MasyaAllah..



marilah kita banyak-banyakkan beristighfar dan memohon ampun..bukan saja utk diri kita tetapi kaum keluarga kita...kerana andai kita memohon doa utk orng lain, malaikat akan mendoakan untuk kita 10 kali ganda...

wallahu'alam