WARDAHKU................

Thursday 20 May 2010

Salam alaik....
Jualan mega datang lagi!!
Khas buat kaum muslimat....

Dari 14 Deramore Street, kami ingin menawarkan barangan keperluan muslimat
seperti brooches, handsock, tudung dan stocking
dengan harga berpatutan buat anda...

Berikut adalah antara barangan yang kami tawarkan


Tudung
  • bidang 55
  • warna-putih, biru, blueblack, brownish
  • harga-5 pds





Handsock
  • warna- brown, biru muda, biru cair, pink cair
  • mempunyai renda2 dihujungnya
  • harga- 1.50 pds each



Brooches
  • pelbagai warna dan design
  • ada yang berpasangan dan ada yang solo
  • range harga dari 50 pence ke 2 pds







Stocking
  • warna-hitam dan brown
  • knee high level
  • made in syrian



Andai anda berminat untuk
1) membeli
2) melihat dengan lebih dekat
3) menempah
4) bertanya dengan lebih lanjut

boleh hubungi :
nurdalila sahidan
no phone 07889458034
emel:mainmind9@yahoo.com
atau
facebook

boleh juga dtg ke rmh
14 Deramore Street, Rusholme, Manchester

free delivery service is provided
dalam lingkungan kawasan yang reachable by stagecoach atau magic bus sahaja


Monday 17 May 2010

Talbis Iblis: pengenalan


Salam alaik...kali ini, saya nk berkongsi tentang kitab baru pulak. kalau sebelum ni, sy pernah bercerita tentang beberapa kitab lain yang saya rs sgt bermanfaat untuk dibaca dan dijadikan rujukan.sebagai starter untuk kalian semua mencari salinan asal kitab tersebut dan menghadamkannya.yang sebelum ini telah saya tulis kt sini cuma cebisan-cebisan dan petikan kecil daripada kitab-kitab tersebut dan ulasan dari pemahaman saya sendiri.Antara kitab yang pernah saya ceritakan ialah Kitab syamail Tirmizi, Kitab Riadus solihin, kitab nasihat agama dan wasiat iman, Hidup Ibadat,Kitab Muhimmah, dan sebagainya lagi..sudah tak ingat. Ini cumalah perkongsian saja, dan sesungguhnya saya bukan lah orang yang layak untuk menafsir dan menterjemah apatah lagi syarah kitab-kitab ini.

Namun, selayang pandangan mata ini, rasanya, sangat rugi seandainya kita tidak cuba mengenali penulis-penulis Islam yang hebat di luar sana dan hasil tulisan mereka serta mendalami caband-cabang ilmu yang sangat luas.Penulis-penulis seperti imam ghazali, hasan al-banna, mustafa masyhur dan ramai lagi Masya Allah, tak mampu saya senaraikan semua di sini.

Namun suka saya memanjangkan pesanan Imam Tirmizi sewaktu membaca hasil tulisan atau buku-buku khususnya dan menunut ilmu umumnya, ilmu yang ditimba itu katanya, janganlah sekadar tujuan menuntutnya hanya sekadar menambah bilangannya, tetapi sebar luaskan, sampaikan kepada orang disekelilingmu dan ilmu yang baik itu, amalkan lah sebaiknya.



oleh itu kali ni saya teringin nak berkongsi kitab yang seterusnya iaitu kitab talbis iblis karangan Ibn al-Jauzi. sudah lama proses mencari kitab talbis iblis dalam bahasa melayu..penerokaan dunia siber yang belum mendapatkan hasil yang dicari. Namun yang terjumpa kitab terjemahan ke dalam bahasa Inggeris dan juga audio kuliah syarah kitab ini yang dalam bahasa melayu...di Manchester ni, mmg lah tak dapat nk jumpa buku-buku bahasa melayu dijual kt kedai-kedai.rasa juga dalam hati nk p bershopping di Pustaka Darussalam ke, Pustaka Aman ka..rindu tanah airku..Maka perkongsian ini adalah hasil bacaan dalam bahasa Inggeris. ps: kalau sesiapa da kitab ni dlm bahasa melayu, sy nkk!!


Lebih baik kiranya saya mula dengan pengenalan sedikit siapakan ibnu jauzi ini..ada yang menulis nama beliau dengan ejaan al jawzee ada juga menulis dengan ejaan aljauzi.kedua-duanya sama saja. nama sebenar beliau ialah Abdur Rahman ibni Alee ibni Jaafar Al Jawzee. Beliau dilahirkan di kota Baghdad pada kira-kira 1114CE. Beliau telah membesar dengan menuntut ilmu-ilmu agama daripada ulama-ulama tersohordi zaman beliau ketika itu antaranya ialah bapa saudaranya sendiri Muhammad Ibn Naasir al-Baghdaadee, yang merupakan ulama hadis, fekah dan arabic grammar.


Al-Jauzi menjadi ulama terkenal dan merupakan al-haafith di zaman beliau. Beliau mendalami ilu Linguistik, Sirah, Tafsir dan Fiqh. Malah beliau merupakan orang yang tertingi antara ulama-ulama mazhab hambali pada zaman beliau. Biodata lengkap berkenaan beliau boleh anda rujuk dalam kitab tersebut.


Kitab ini menceritakan tentang apakah dan bagaimanakah tipu daya iblis yang berlaku kepada manusia zaman ini, tanpa kita sedar atau dalam sedar. Bagaimana iblis menggunakan taktik kotor, memanipulasikan agama lagu menyelewengkan manusia. malah tiupan tipu daya tersebut dihembuskan ke minda-minda manusia yang pelbagai golongan. yang alim mahupun tidak.


Al-jauzi memulakan penulisan kitab ini dengan pengenalan. Dan untuk post ini, saya akan menceritakan tentang pengenalan dahulu yang .Bismillahhirrahmanirrahim....



Allah SWT telah menurunkan dan menganugerahkan kepada kita umat manusia, kitab yang suci lagi mulia yakni Al-furqan. Al-Furqan terkandung di dalamnya pesanan Alah, kalimah Allah, peringatan, kasih sayang dan cinta Allah, pengajaran daripada kisah-kisah terdahulu, nasihat dan tunjuk ajar yang mana haq yang mana batil, yang mana baik dan yang buruk serta undang-undang yang bebas dari rasuah dan kezaliman.


Anugerah yang hebat dianugerahkan kepada kita ialah akal. Akal serta kepandaian yang membezakan kita dengan binatang. Kerana akal juga lah ajaran Islam yang dibawakan oleh nabi Muhammaad SAW diterima dan disedari oleh umat sebelum kita. Namun oleh kerana ada perkara yang akal tidak mampu untuk memenuhi segala kemahuan setiap individu atas muka bumi ini, maka kerana itu, Al-quran diturunkan.



Kemudian sejarah hidup manusia bermula dengan penciptaan Nabi Adam (alaihissalam). Lalu bermulalah keturunan nabi Adam hidup di atas muka bumi ini dengan ajran dan peraturan yang telah Allah ajarkan kepada Adam. Sehinggalah Qabil telah memilih untuk mengingkari ajaran dan peraturan Allah ini dan memilih untuk mengikut nafsu dengan membunuh saudaranya sendiri yakni Habil.


Nafsu yang tidak terkawal telah memecah belahkan manusia kepada kaum-kaum atau kelompok-kelomok dan agama -agama tertentu dan telah menyesatkan mereka dan muncullah penyembahan berhala-berhala. Oleh kerana ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi bertentangan kehendak dan nafsu mereka, bertentangan dengan adat tradisi amalan mereka,maka mereka memilih untuk mengikut amalan sesat itu, mengikut nafsu dan mengikut pemimpin kaum mereka yang sesat. dengan ini, maka memanglah mereka telah memastikan diri mereka dalam kesesatan yang nyata serta memakbulkan hasrat Iblis laknatullah.


Nabi telah diutuskan untuk menyampaikan dakwah dan ajaran yang jelas lagi suci untuk umat manusia. Namun, bermulalah peranan syaitan untuk memutar belitkan ajaran yang cusi tadi, menimbulkan keraguan tentang ajaran tersebut, mencampuradukkan racun dengan penawarnya, menutup jalan yang lurus dan mencipta disekelilingnya jalan-jalan yang bercabang.dan begitulah kerja syaitan, menghasut manusia sehingga hari kiamat.

Ada antara manusia yang dahulunya memilih untuk menyembah berhala di dalam dan diluar kaabah. Ada golongan arab dahulu yang mengisytiharkan sesetngah binatang itu terlarang untu mereka seperi Saaiabah, seekor unta yang dibiar bebas memagut rumput, Bahheerah iaitu anak Saaibah (female offspring) yang telinganya mereka potong.Waseelah iaitu seekor kambing biri-biri yang telah beranak 7 kali. dan setiap kali melahirkan anak, akan melahirkan 2 ekor kembar betina.Haamm, a stallion camel yang disembahkan kepada Tuhan dalam certain rites.Mereka juga menanam ank perempuan mereka hidup-hidup serta menganiayai anak-anak yatim.

Oleh kerana itu Allah mengutuskan Nabi Muhammaad SAW untuk merawati dan membawa sinar iman dan Islam dan kasih sayang dan keadilan kepada mereka. Mereka hidup menerima Islam sesudah kedatangan Islam walaupun bukan semua yang menganut agama Islam. Namun pabila sesudah Nabi wafat,ramai orang yang berpaling yakni murtad dan telah berpecah belah lah manusia dan wujud la pelbagai ajran dan kefahaman dan agama.
Tipu daya iblis ini mudah tejadi apabila timbulnya the dark night of ignorence.

petikan daripada kata-kata Aljauzi

" i decided to warn people about satan's cunning strategies by pointing out his traps because the exposure of evils is a warning against falling into it. In Sahih Bukhari and Muslim, hadith related to Hudhaifah which he said "people used to ask Allah's messenger about the good but i used to ask him about the evil for fear of it catching hold of me" Abdullah Ibn Abbas juga berkata " By Allah, i do not believe there is anyone on earth today whom the devil would like to see dead more than me" Then people ask him why . He said "By Allah, when the devil makes an innovation in the west or east and a man carries it to me, i counter it with sunnah and it return to him as he sent it."

Consequetly i wote this book to warn people against the trial of devil.I sought to frighten them by removing the devil's mask and by exposing his evil tactics. And Allah helps everyone who is truthful and whose intentions are wholly sincere"

Waalahualam..ini cuma bahagian permulaan kitab ini. insyaAllah seandainya diizinkan Allah, sy terus ke bab seterusnya..

doakan sy lulus exam.....