WARDAHKU................
Friday, 24 October 2008
malamku..langitku..
Andai bisa daku berbicara lagi.....
Biarlah segunung harap bergema kembali...
Andai mampu kupahatkan dalam langit yg meluas biru...
Ingin kucoretkan lukisan hidupku....
Dan bintang ingin kugapai..
namun bulan mula tertawa..
secebis pengalaman belum cukup menjadikan aku
menggapai bintang
Ada sesuatu yang masih hilang dalam perjalanan ini
ada yang masih belum cukup...
tapi manusia tak pernah akan sempurna..dan aku belajar utk tidak gentar dgn bayang-bayang sendri...
Baru kini aku mula faham apa kata-katamu, abah....
Rindunya aku pd mama dan abah....terkenang pd sebuah memori yang indah...bahagianya ketika itu...
tersenyum aku pada kenangan...dan kenangan itu acap kali datang singgah dalam fikiranku...alangkah bahagia andai dpt ku lihat kembali kenangan itu..
Sudah bertahun berlalu...dan hidup ini terlalu laju rasanya berubah..masa juga tak jemu-jemu meninggalkan aku..siang silih berganti..malam juga begitu...
sesak rasanya kadangkala, bila terperangkap dalam kenangan..kerana membuatkan aku rs ingin memberhentikan waktu dan pulang ke masa lalu...namun, hakikatnya...tiada siapa yg mampu....
namun, aku bersyukur, masa itu terus berlalu dan berlalu....aku bersyukur segalanya silih berganti...kerana sekurang-kurangnya, aku dapat menghargai saat-saat indah itu pada hari ini walaupun hanya sebagai sebuah kenangan...
dan aku bersyukur kerana aku masih mampu berkata utk hari ini, yg aku pernah ada kenangn yg terindah itu...
Masa lalu...pahit atau manis...sama ada terkesan atau tidak...bahagia atau duka....aku bersyukur aku pernah laluinya...
tergambar di fikiranku, sewaktu kecilku, dgn anak patung yg suka aku pegang upside down..jalan dan berlari bermain dgn mama dan abahku....tidak kusangka, aku telah jauh membesar dari dulu...dan aku pasti yg paling terasa ialah mama dan abah....depan mata mereka aku membesar..dari seorg kanak-kanak kecil, yg hanya tahu menangis, meminta, bermain...menjadi aku hari ini...
maka wajarlah, berat hati mama ku, utk mengizinkan aku mendirikan rumah tangga ku sendriri bila izin aku pinta...mungkin luluh hatinya, bila menyedari, aku akan memulakan hidup baru dgn seorg insan lain yg bukan dirinya....bagaimana, kalau aku seorg ibu nnti...apakah perasaan ku pula.....
namun, kasih ibu itu, tiada sempadan, tidak bertepi dan tidak ada ukuran...ibu mana yang tidak sayangkan anak....
tiba-tiba aku sedar, sebenarnya, hidup ini sentiasa perlu kita bersedia utk berpisah, bila-bila masa...kerana,kita semua pasti akan mati...andai kita sedih berpisah dalam keadaan kita hidup...terpisah dgn jarak, keadaan atau kehidupan..perlulah kita ingt, perpisahan yg pasti, tetap akan berlaku, iaitu mati....
sejauh mana pun, kaki kita ini melangkah..setinggi mana jua kita cuba melompat.....kita pasti akan kembali ke taman azali.....
biarlah rama-rama itu terus terbang..
biarlah ia terbang jauh..
biarlah ia terbang tinggi...
biarlah bunga itu terus kembang..
biarlah ia mekar mewangi...
biarlah kasih itu bersemi...
biarlah sayang itu kekal abadi...
biarlah hati berlagu rindu..
biarlah malamku indah seperti selalu..
seperti aku masih kecil dahulu...
tatkala aku mula mengira bintang di langit
bersama ayahku..dan ibuku...
tatkala aku mula belajar mengagumi cantiknya langitku..
dan malam terus sunyi dalam rindu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment