alhamdulillah...dalam kedinginan yang meratah setiap isi daging dan tulang, berjaya jugak aku meredah hari-hari istimewa yang berlalu dengan pantas sekali..hari raya aku di perantauan lagi...
lama benar rasanya tak menulisbarang sepatah kata di blog ni..maklumlah, banyak benar "open house" yang memanggil-memanggil untuk menikmati makanan percuma lagi lazat..:) tahniah kpd semua yang telah berjaya!!
bagaimana agaknya mama dan abah menyambut hari raya berdua sahaja tahun ini...moga-moga, selamat semua...
aku lemparkan pandangan ke luar jendela...menjadi saksi setia pada perubahan cuaca yang tidak dapat dijangka...panas disangka sampai ke petang..tapi rupanya hujan beserta angin dtg bertandang..namun tiba-tiba, matahari, malu-malu menyinarkan diri kembali...sedang memengan payung berlindung dari hujan dan angin, tiba-tiba semuanya ghaib dalam sekelip mata...
itulah bumi manchester...
masuk kali ini, sudah payung ke 4? ke 5? semuanya musnah di baham angin..sungguh dahsyat...
semester ini, sungguh mencabar..mencabar kekuatan akalku, fizikalku malah emosiku...dan aku telah berjanji untuk tidak mahu kalah dalam perjuangan ini....huh, tapi berat benar setiap cabaran dan dugaan yang mendatang...
tapi aku selalu yakin bahawa, Allah tahu yang aku mampu menghadapinya..maka dengan itu, aku yang menerimanya..
laluilah hari-hari dengan rasa gembira..
selamat hari raya aidilfitri
No comments:
Post a Comment