WARDAHKU................

Wednesday 30 September 2009

Freshers Camp 2009


Here We Come Again!!

After 1 year of awaiting
2009 is the time

With the mission to find the new Lord Mancunian
in the battle of survival
within the new century

Pick up your weapon

Bonding, Breaking,Boosting

Bonding the friendship
Breaking the ice
Boosting the spirit





The test of strength
The test of survival
The test of intelligence
The test of teamwork

ARE YOU DARE TO TAKE THE CHALLENGE

Inviting All The Freshers to participate
Freshers Camp 2009
9-11 October
Beaudesert Campsite

Speacial appearance: Ustaz Erfino and Pak Tam

MSD Director and Education Attache will be also joining us

Registration: nurdalila sahidan
mainmind9@yahoo.com
07842309835



Tuesday 29 September 2009

Sambutan Raya MCOT 09



Jemputan Ke Sambutan Raya MCOT buat julung kalinya

Tempat : Moss Side ( Dekat dgn asda hulme)
Tarikh : 3 Oktober 2009
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 pagi - 3.00 petang


Main menu kita adalah nasi tomato dan ayam masak merah

Makanan tambahan turut disediakan seperi nasi impit, kek coklat dan sebagainya..kalau nk tahu, meh la datang raya MCOT....


bolehla sesiapa kalau nk bawa makann tambahan utk semue orang..

akan ada sesi fotografi nnti jugak...dtg tau...jgn xdtg

Tuesday 22 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri: Rusholme???



Eid Mubarakkk!! Hari raya kali ni, jatuh pada hari ahad kalender Islam.. 2-3 hari sebelum raya, ada sorang orang british tanya, " When is your eid?" Maka waktu tu, anak bulan pn belum boleh dilihat lg..jd jwpnnya " not sure yet.have to wait till saturday to know" peningla kepala orang putih nih...macam mana xtau? oleh itu, 5 minit perbualan seterusnya berkisar bagaimana kalender islam ikut peredaran bulan instead of matahari dan apakah itu yang dikatakan sebagai anak bulan...

ingt tau, anak bulan tu bukannya bulan sabit...anak bulan, rupanya bulan tapi kecikkk sgt...xdpt nk dilihat dgn mata kasar..sbb tu la, org gune teropong nk tgk anak bulan....

Gamabr kt atas tu, adalah suasana selepas solat raya di masjid mc dougal, manchester...org yang datang masyaAllah ramai...bdk2 kecik pn ramai sgt2...mmg bising sgt2...agak frust jgk la sbnrnye...kt sebelah org puampuan, mak cik2 tu, asyik bersembang je....time khutbah, lps bg salam..mmg xketahuan dgr la apa yang imam kata...

right after solat raya, rombongan di atas, pn p la open house pada hari tu..hari tu, kami trima 4 jemputan open house...jalan2 bersama adik2 junior yang baru sampai.....kesian diorg..akak2 ni bw jalan2 jauh smpi ke cheetem hill...





apa yang menyedihkan hati, adalah suasana pada malam tersebut...ada golongan yang beraya pada hari isnin...mlm tu, mula lah aktiviti xsenonoh yang memalukan imej org Islam..sampai org mat saleh yang bukan islam pn kate xberani nk keluar rmh, bising sgt la, xselamat la...sy as org islam ni pn rs geram, rs nk ketuk2 je.....bayangkan, jalan rusholme, dan jgk oxford road yang pjg berjela tu, boleh jammed..bukan sbb apa, diorg sj, bw keluar keta diorg yang canggih-manggih tu byk2 atas jalan..lps t, bunyi2 kan hon sepajang duk ats jalan smpi pkl brapa pagi tah...sambil mngibar2 bendera negara mereka....we are talking about muslim over here tau....ni semua, org2 yang berhijrah ke UK...xcukup dgn itu, ANAK2 MUDA ISLAM, berpeleseran kat ats jalan raya, buat bunyi bising...minum arak pn ada.....

nk menambah bahana lagi, ada la pulak fun fair yang dibukak khas untuk sambut eid.....haishhh...rs sakit kepala ngn budaya pelik golongan2 ni..ada ka sambut eid dgn p fun fair!!!ada jgk rs nk p bakar ja fun fair tu....bukannya apa, mmg mengganggu keadaan seki=eliling...bygkn, org kafir pn kata bising memeka..maluuuu....diorg mesti ingt, ooooo,mcm ni rupanya org Islam sambut hari raya...sy mmg anti sambutan raya golongan ini..buat maluu org Islam saja...

setiap kali mlm eid a, polis terpaksa tutp jalan rusholme ni, supaya xmembahyakan org, n biar kalo nk sesak jalan, sesak kt sni ja..kalau time christmas n, xdak la smpi mcm ni...maluuuu..sgt maluuu

terasa sgt, even raya kt malaysia semakin hambar thn demi thn, sekurang2nya, sy rs lg bahagia dgn sambutn kita...

sayang seribu kali sayang.....apakah ini budaya? wajarkah budaya seperti ini diteruskn? apakah ini cara mereka menyambut hari yang mulia? org yang memandang turut berasa jengkel terhadap mereka...perlukah? perlukah diteruskn amalan mcm ni...

apakan daya, cuma hati yang mampu menegur...nk bukak pintu kete, atau nk turunkn tingkap keta pn xberani..mampu menjerit geram kt dlm keta je, dgn tabiat buruk ini.....ni lah satu bende yang sy nk sgt berubah.....

wallah hu a'lam..

Thursday 10 September 2009

dunia yang kecik saja

" R u alright?" tu la soalan yang sy asyik tanye nurse yang sy shadowing ari ni..

pkl 6.30 pagi dh keluar rmh bersama my clinical partner, shahirah..p hospital...mula2 p pakai bj kurung, sampai ward, baru tukar pakai scrub warne hijau tu, sbb undang2 kna pakai scrub kan....

Nurse yang sy shadowing, mmg sangat2 helpful...tp, sy nk crita sket, betapa banyaknya keja2 nurse kt hospital...awl pg lg, me and the nurse di beri briefing oleh seorang nurse lain yang bertugas shift mlm ttg patient2 yang ada dalam ward 3, cardiothoracic surgery and cardiac surgery high dependency unit kt MRI tu...hall way MRI mmg sunyi sepii...

Nurse yang sy shadowing, i call her Yyvone, mengalami indigestion sejak awl pg..tp, die ttp cool je, bertahan..xamik sebarang ubat...maka bermulalah rutin, kami berdua menjaga patient di bay B..

patient pertama " His name is Alan" i heard she said.. and i was busy looking at the patient chart when he suddenly ask, " r u a Malaysian?" so i look up at him, and answered, " yes i am" and then he continued, " r u a third year medical student? " sy jawab lg, " yes i am" dengan muka agak terkejut.. kemudian Yyvone pulak yang bertanya " How do you know that?"

Lelaki tersebut terus menjwab " im running the university.im make sure evrything that happenned" dengan muka terkejut sy terus membaca chart lelaki tersebut dengan tujuan mencari nama kedua beliau..Gilbert..Gilbert?? Alan Gilbert...?? Macm pernah kudengar nama ini, tapi di mana ya??

Ya Allah, my university dean yang terlantar atas katil, telah menjalani beberapa operation rupanya!! dan sy juga pnh meng "occupy" pejabat beliau, di barisan paling depan sekali sewaktu demonstrasi membela Gaza.. Barisan paling depan bagaimana?? sewaktu kami ceroboh pejabat beliau dan xmau keluar, beliau telah dtg bertemu kami semua, lebih kurang 50 org, dan ada seorang yang memegang pembesar suara untuk beliau bercakap kepada kami semua, and i was just sitting betul2 depan die...

alamakk, apakah reaksi yang patut daku buat....maka, sy pun terus tersenyum dan ckp, ' oh, my God,it's you, sir!!i am so sorry, because you look so different from the usual you" sambil tersenyum..." how are you feeling today?" tu yang dpt terkeluar dr mulut sy yang br terkejut jumpa org yang sy ceroboh pejabatnya, menjadi patient sy..huhuhu

maka, bermulalah, dari mulut ke mulut nurse2 di situ, bahawa, patient kt bed 1 ni, dean uni ..yang kagumnye, even die ni dean pn, xde pn special treatment yg die dpt..duk sebilik ngn 6 org lain..yang mcm2 jenis masalah..

Yyvone, trus mengajr sy mcm2...ttg borng2 yang berbeza, bila wat central venous puncture atau peripheral..ubat2 yang kami ulang alik p amik, utk bg kt setiap patient kt bay tu...lps tu, buat canula, masuk canula....bw patient p mandi...ada yang mintk tlg pilih tie yg sesuai dgn baju beliau sbb beliau nk keluar ke funeral ceromany kejap lg...taking their BP's and temperature..

make sure all the operation scar are fine, no complication or what so ever for each and every patient..semua patient2 ada parut operation kt diorg punya mediastenum, vertically..

how they have to use the towel as a cushion whenever they want to cough. sy yg tgk pn rs sakit...tp, pak cik2 pesakit ni, mmg suka la borak..hehe..

hectic, memg hectic, sbb nk make sure semua benda setel...tu lah keja nurse..dr A sampai Z..pastu, mkn tgh hari,lunch, atau kalo kt manchester, mereka panggil mkn tgh hari as dinner, org yg serve mknnn masukkn dlm mangkuk..so, sy capai blue dress, then angkut tray2 bg mknn kt patient..mmg best..hehe..

pesanan Yyvone kepda sy, when you become a doctor, just remember, if whenever you want to just order us around, remember when the time you were a medical student, how busy and lots of the work that the nurse should do every day from morning until the next morning.and the nurse has to do all the dirty works...remember that..

insyaAllah, Yyvone, i will remember that...i dont manage to even sit down at all waktu tu..berjalan sana sni,amik itu, amik ini. even though xbyk belajar lg clinically, just tlg2 Yyvone dlu, tp mmg rs penat....

but seriously, xsbr nk tggu wardshift seterusnya.....

this is what MRI dean proud about,there is no MRSA infection in MRI for the last 6 months at all due to the hygeinic rules in the hospital....clean and clear...well done!!!

im so tired and exhausted....but honestly, today is a wonderful day...tambahan pula, mlm ni dh mlm ke 21 ramahdan kan..sudah bermula 10 terakhir ramadhan...

dont miss it..

Wednesday 9 September 2009

Hadis Rasulullah S.A.W mengenai wanita



salam alaik......kala ini jam menunjukkan pukul 10 mlm waktu manchester....semalam, rumah seorang warga manchester telah dipecah masuk...yang plg dahsyat, kejadian berlaku pada pukul 5 ptg!!!har masih lagi terang-berderang pada musim summer ni..berani betul perompak2 tu...pintu pn habis dikopak..rumah tu pulak, ltknya di kawasan yang mmg ramai org, tepi jalan, dkt "shopping complex" yang bernama Worldwide..masyaAllah...nauzubillah.......


Banyak-banyakkanlah berdoa mintk dilindung dr bala bencana..


apa yang sy ingin kongsikan bersama pembaca mlm ni ialah beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai wanita..Hadis ini sy petik dari buku yang bertajuk " Bunga Kebahagiaan". saya pasti, mesti ramai yang sudah mengenali buku ini..Buku ini ditulis oleh ulama yang terkenal di tanah air kita Tuan Guru Nik Aziz. Sy sangat suka gaya penulisan buku ini.staright to the point dan banyak mengajar serta memberi panduan dan nasihat.. Buku ini sy kategorikan MESTI BACA kepada semua orang, tak kira lah sama ada anda sudah berkahwin, atau mahu berkahwin atau belum mahu berkahwin...


Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat. Ketika ditanya kepada Rasulullah mengenainya, baginda menjawab " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"



2. Apabila seorang perempuan mengandung janin di dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dgn 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahtan daripadanya.


3. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd di jalan Allah


4. Apabila seorang prempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa seperti keadaan ibunya yang melahirkannya.


5. Apabila anak yang lahir disusui, setiap tegukan susunya itu akan diberikan satu kebajikan.


6. Apabila semalaman si ibu tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, Allah memberinya pahala seperti memerdekan 70 orang hamba dgn ikhlas bagi membela agama Allah.


7. Barangsiapa yang menggembirakan hati anak perempuannya, darjatnye seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atasnya


8. Barangsiapa yang membawa hadiah, contohnya barang-barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendakalh mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa ynag menggembirakan hati anak perempuan, dia seolah-olah memerdekan anak Nabi Ismail.


9. Tiap-tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah akan masukknnya ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya. ( 10000 tahun lebih awal)


10. Perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepda suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikhendaki.


11. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah RA berkata " Aku bertanya kepada baginda Rasulullah ' Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?' Jawab Rasulullah SAW, ' Suaminya.' Aku bertanya lagi ' Siapa pula yang brhak terhadap lelaki?' Baginda menjawab,'ibunya'"


13. Apabila kedua-dua ibu bapa memanggilmu, jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.


14. Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan dilaut, burung di udara, malaikat dilangit serta matahari dan bulan akan beristighfar kepdanya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, pintu-pintu neraka akan tertutup dan pintu-pintu syurga akan terbuka. Masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendaki tanpa dihisab.


16.Syurga itu terletak di bawah kaki ibu.


17. Wanita yng tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama-sama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.


18. Barangsiapa yang mempunyai 3 orang anak perempuan ataupun 3 saudara perempuan ataupun 2 anak perempuan mahupun 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dan mendidik mereka denga penuh rasa takwaserta bertangungjawab, maka baginya balasan syurga.


19. Daripada Aisyah RA " Barangsipa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka
.

Berjuang bersama kelembutan bersulam ketegasan.

Monday 7 September 2009

Ada apa dengan Ramadhan








Ramadhan datang penuh barakah..Tersimpan seribu rahsia..Malamnya ada syahdu dan rindu tersimpan.. Namun, berlalunya juga pantas. Betapa ruginya kita andai ia pergi sia-sia. Kerana belum tentu kitakan bertemu lagi dengan Ramadhan seterusnya..

Antara peristiwa yang istimewa dalam bulan Ramadhan ialah Nuzul quran dan juga Lailatul qadar...

Sudah pn kita masuk ke dalam fasa kedua Ramadhan, maka ayuhlah kita sama-sama cuba mengejar sesuatu yang sgt berharga...

Lailatul qadar, ialah malam yang penuh berkat dan kebajikan serta kemuliaan yang bernilai meleihi 1000 bulan yang telah ditakdir dan ditentukan Allah. Ulama sepakat mengatakan bhw lailatul qadar berlaku pada malam yang ganjil bermula daripada sepuluh terakhir ramahdan,u
mpamanya malam 21,23,25,27 atau pn 29
dalam bulan Ramadhan. Pada malam Lailatul qadar, al-quran diturunkan oleh Allah, dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah.


Pada malam ini, para malaikat menanti-nanti untuk mengangkat ibadah dan amalan hamba-hamba Allah yang penuh dengan keimanan, keikhlasan dan ketaqwaan. Malaikat jibrail beserta malaikat-malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan hamba-hamba yang melakukn ibadah pada malam itu. mereka berzikir kepada Allah.. Allah juga menjanjika
n bahawa doa pada malam itu akan diperkenankan Allah

Menurut Imam Qurtubi ,malam lailatul qadar dianugerahkan kepada kita sebagai tanda cintanya Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan umat baginda melebihi umat lain dan dikurniakan malam istimewa itu juga bagi menghiburkan hati Rasulullah SAW.

Beberapa ulama muktabar antaranya Imam Nawawi dan Ibnu Hazm berpendapat bahawa malam lailatul qadar bergilir dari setahun ke setahun, misalnya jika tahun ini berlaku pada malam 21 Ramadan, tahun hadapan akan berlaku pada malam 23 Ramadan.

Jumhur ulama menyatakan lailatul qadar berlaku pada malam 27 Ramadan berdasarkan hadis daripada Ubai ibn Kaab:

Bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kami menunaikan ibadat pada malam itu dan awal pagi 27 Ramadan, tandanya ialah matahari pada awal pagi dalam keadaan tenang, putih dan tidak pucat cuacanya,” (riwayat Tirmizi).

Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abas pula berijtihad bahawa malam lailatul qadar adalah malam ke-27 Ramadan berdasarkan penelitiannya terhadap rahsia surah al-Qadr.

Beliau mendapati ada 30 perkataan dalam surah berkenaan dan perkataan ‘Salamun Hiya’ (Sejahteralah malam itu) terletak pada perkataan ke-27.

Bagaimanapun, apa yang Nabi Muhammad SAW tuntut bukanlah untuk mencari bilakah malam itu akan berlaku tetapi Baginda menyuruh supaya kita beribadat sebanyak mungkin pada 10 hari terakhir Ramadan.

Itu yang patut diperbetulkan dalam persepsi masyarakat dan diamalkan, malah sunnah Rasulullah, baginda sendiri menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.

Jika kita kita beribadat terus-terusan pada 10 malam terakhir Ramadan, maka kita pasti akan beribadat pada malam lailatul qadar malah kita tidak akan rugi apa-apapun jika beribadat pada malam selain malam itu,” katanya.

Justeru, seperti juga saranan Ibnu Qayyim, umat Islam seharusnya memperbanyakkan ibadat pada malam itu dengan membaca al-Quran, berzikir, beristighfar dan bertaubat, bertahajud, memohon doa, bersedekah jariah, bermuhasabah, bertafakur dan menangisi segala dosa silam.

Antara peristiwa-peristiwa penting lain yang berlaku dalam bulan Ramadhan adalah seperti berikut:

1. Penaklukan Kota Makkah

Selama bertahun-tahun, Makkah didominasi oleh nilai-nilai syirik. Tepatnya pada tanggal 20 bulan Ramadhan thun 8 hijriah, dengan kekuatan pasukan seribu tentera, kaum muslimin yang sdahulunya, kembali ke Makkah. Mekah dapat ditakluk tanpa setitis darah pun yang tertumpah

Keberangkatan pasukan muslimin dalam keadaan berpuasa. Namun setelah dekat dengan kota Makkah, sehari sebelumnya, Rasullah berbuka, dan menyuruh para sahabatnya untuk ikut berbuka.


2. Perang Badar

Perang Badar terjadi pada tahun ke-9 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai erti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan.

3. Pernikahan Ali dengan Fatimah berlangsung pada bulan Ramadhan

4. Rasulullah SAW menikahi Hafsah binti Umar ra juga berlangsung pada bulan Ramadhan. Demikian tatkala beliau menikahi Zainab binti Khuzaimah, terjadi pada bulan yang sama.

5. Hancurnya masjid Adh-Dhiror, yakni masjid yang didirikan oleh kaum munafiq untuk menghancurkan dan memecah belah kaum muslimin madinah, terjadi pada bulan Ramadhan.

6.25 Ramadhan 658 H Perang Ain Jalut yang terjadi antara kaum muslimin dan Tartar merupakan perang yang besar dalam sejarah Islam, hal itu menyebabkan Tartar mampu menguasai banyak daerah Islam dan menjatuhkan Khilafah Abbasiah , mereka juga
berhasil membunuh Khalifah Mu'tasim Billah di Baghdad pada tahun 656 H / 1256 M. Penguasaan Tartar meluas sampai wilayah Gazza dibawah pimpinan Hulaku. Kemudian Hulaku mengirim surat meminta kepada Sultan Mamluki "Quds" untuk tunduk dibawah kekuasaan Tartar, permintaan ini ditolak oleh Sultan Quds kerana menunjukan kehinaan dan kelemahan. Lalu beliau memutuskan untuk menghadapi Tartar dalam pererangan. Maka pada hari Jum'at tanggal 25 Ramadhan 658 H bertepatan dengan 6 September 1260 M bertemulah dua pasukan besar di wilayah Ain Jalut. Dalam peperangan ini Sultan Quds mengumandangkan syiar " Wahai Allah tolonglah hamba-Mu Quds dari kaum Tartar." Peperangan ini berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

7.Saidina Ali wafat
Pada hari ini pula Imam Ali bin Abi Thalib RA wafat karena ditikam dengan pisau beracun oleh Abdurrahman bin Muljam
Al Khariji.


8. Penaklukan kota andalusia


Saturday 5 September 2009

Dunia Paranormal

Meneroka dunia paranormal....ade sesiapa yang berminat utk mendalami dan membongkar rahsia dunia ini...

kenapa tibe2 nk bercerita ttg perkara ni??

1) sy suka tgk cerita hantu berbanding cintan cintun..
2) rs nk berkongsi ngn semua org psl ni

sy percaya ramai orang mempunyai pandangn yang berbeza mengenai paranormal ke, jin ke, hiseria ke, ape2 la...tp apa yang harus kita ingt, sebagai seorang muslim, kita percaya bahawa adanya benda2 ghaib ini...

sama ada mereka boleh mencederakan, atau menyakitkan kita itu lain ceritanya..kalau mereka boleh pun, semua itu cumalah dengan keizinan Allah

Harus diingat jin dan syaitan adalah dua jenis entiti yang berbeza.dicipta Allah dari bahan yang berbeza..Menurut buku "Berdialog Dengan Jin Islam" (karangan siapa maaf ye, sy ah terlupa sbb bc buku ni time sekolah menengah dulu.)Buku ini ditulis dalam bahasa lain dan diterjemah ke dalam bahasa melayu. Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia...betul atau tidak Allah Maha tahu..

Apa yang diceritakan dalm buku ini ialah, bagaimana penulis dapat berdialog dengan jin yang baru memeluk Islam.Jin ini memasuki badan seorang manusia dan menggunakan anggota badan manusia tersebut untuk berbicara bersama penulis..Banyak cerita dan kisah yang diungkapkan dalam buku tersebut termasuk kisah jin di segi tiga bermuda.. sy kira elok pembaca mencari buku ini untuk mengetahui dengan lebih dalam..

Sy teringat akan satu ceramah yang disampai oleh ustaz ismail kamus mengenai alam jin ini...
Antara pesanan ustaz yang sy paling ingat ialah, andai kata ular masuk ke dalam rumah kita, jgn terus di bunuh..tapi kena bagi warning dlu ..
" wahai ular, engkau ni jin ke binatang? kalau kau jin baik engkau keluar dari tempat ni. Jangan ganggu keluarga aku"

Sudah beberapa kali ular masuk ke dalam rumah kt malaysia.. Ular tedung senduk, ular sawa burung dan sebagainya.. Langkah pertama sy bila terserempak ngn ular dalam rumah ialah MENJERIT " ABAHHHHHHH!!!Ada ullaarrrr!!!" hehe..maka abah pn akan dtg berlari sambil membawa buluh....ha, satu lagi pantang larang ular ni...orang-orang kampung, orang-orang tua dulu percaya kalau nk bunuh ular kne gune kayu buluh saja...baru boleh pukul die..lepas tu kne terus tanam ke ape ke..xleh biar die kne embun..kalau x, boleh hidup balik,,betul ke?????entah la..Allah Maha tahu...

Berbalik pada cerita tadi...kemudian, bila abah datang, abah terus saja nk pukul...Perasaan seorang ayah sentiasa fikirkan nk lindung anak dan keluarga dulu..tak fikir keselamatan diri sendri dlu...tu hebatnya seorang ayah.....tp sblum sempat abah mahu pukul, " abah, nanti sat!!!jgn tibai( pukul dalam loghat utara) dia...Kita kene warning dluuuu!!" maka kalo bab2 mewarning ular ni, dalam family tu, mmg la keje sy...tiap kali ular masuk rmh.. " Ular, hang ni jin ka ular haa? kalau jin, bek hang keluar, keluar skang...jgn kaco keluarga aku..ni bkn tempat hang..ni tempat kami!!"

pastu ular tu xbergerak-gerak pn.." agaknya ular ni xphm bhs melayu kutt" lalu warning yg sama aku bg dlm bahasa inggeris pulak..haha..tiada apa2 reaksi, lalu abah pn terus memukul ular tersebut.....sampai la mati...sewaktu kes ni berlaku, ular yang masuk tu, ular katam tebu, sejenis ular yang berbisa dan berbahaya....

Jika anda digigit ular:

  • Cuba bunuh ular tersebut kerana ia penting, bagi tujuan mengenal pasti antivenin bagi bisa ular tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan daripada kesilapan menyuntik antivenin yang salah, ia tidak hanya sia-sia malah juga boleh membahayakan nyawa si mangsa.
  • Tetapi jangan membuang terlalu banyak masa untuk membunuh ular itu kerana rawatan awal kepada mangsa adalah lebih penting.
    Di samping itu amat dikhuatiri ketika sibuk membunuh ular itu ia mungkin akan digigit sekali lagi.
  • Untuk membunuh ular, gunakan kayu panjang, jika boleh gunakan buluh. Pukul dengan kuat di bahagian belakang kepala ular tersebut tetapi seboleh-bolehnya jangan hancurkan kepalanya kerana ular juga boleh dikenal pasti dari bentuk kepalanya.
    Sekiranya percubaan membunuh ular tersebut tidak berjaya, mencukupi jika anda dapat mengingati saiz dan corak warna ular tersebut.
  • Walaupun ular tersebut telah mati, anda haruslah berhati-hati ketika memegangnya. Jangan cuba mengusik kawan atau bermain-main dengannya kerana berkemungkinan ular tersebut masih hidup.
    Walaupun ular tersebut telah mati, bisanya masih boleh membahayakan sekiranya tersuntik ke tubuh sehingga 1 jam setelah ular tersebut mati

Begitu sket kisah ular.....berbalik kepada kisah berkaitan dengan jin..kisah ini ada diceritakan dalam buku yang sy maklumkan pada awal post ini....berlaku di suatu tempat, seorang telah melihat ada ular masuk ke dalam rumahnya... lalu dia terus memukulnya...ditakdirkan Tuhan, rupa-rupanya ular itu adalah jin yang merupakan diri dalam bentuk ular...sejak dari itu, orang tersebut telah terkena penyakit misteri..

Menurut jin islam tersebut lagi..Selalunya, jin-jin yang merupakan diri dalm rupa ular ini, suka duduk di atas alang-alang rumah...
tetapi, seandainya anda tengah bawa kereta atas jalan raya..kemudian tiba-tiba ada ular melintas, seorang pak cik sy yang merupakan seorang ustaz berkata, sunat kita langgar ular tersebut..maksud lang tu, macam tindih ngn tayar kereta....wallahhu a'lam..mungkin anda boleh bertanya ustaz anda masing-masing...


ada satu kisah ini, seorang lelaki baru sampai ke sebuah tempat..dia mencari rumah untuk di sewa sementara dengan harga yang murah..lalu berjumpa dengan sebuah rumah yang sudah agak buruk dan nampak terbiar tetapi sewanya murah.. Lalu pemuda ini pn menginap di rumah tersebut...sewaktu dia tidur pada malam itu, badan di alih..2, 3 malam kejadian ini berlaku..dan pada satu malam dia nekad untuk berpura-pura tidur..badan diangkat naik sampai ke syiling..lalu beliau membaca ayat qursi kuat2...namun, ada satu suara yang mengikut membaca ayat qursi tersebut...seolah-olah mengejeknya..namun dia baca lagi..sampai ke ayat 2 waqaf terakhir..suara itu berhenti...dan pemuda itu, jatuh ke atas tilam nya balik...kelihtan di dinding rmh ada kesan terbakar.....

pengajaran, sewaktu membaca ayat al-quran, kita perlu yakin dgn kuasa Allah..selain itu, pesan ustaz islail kamus, tajwidnya juga kne betul..kalau tidak nnti diejek saja oleh makhls halus itu...mereka pn tahu ....

setakat ni dulu cerita 2 psl jin ni..nk kongsi mcm2 lg..tapi tiba2 rs bulu roma meremang pulak... sy pnh jg la menyaksikan beberpa kes dengan mata kepala sendiri kejadian2 pelik, dan penyakit2 misteri yang terkene pd manusia disebabkan makhluk2 ini..sewaktu menunjungi rmh seorang tukang urut yang mahir dlm bab2 ilmu ghaib ini..beliau ada byk patient yang tunggu..maysa Allah..mmg ngeri...ada yang mcm sudah tiada rupa manusa lgi..tiga hari tiga mlm jgk la duk teringt rupa tersebut...nauzubillah...

kita kene ingat, sesungguhnya Allah itu lbih berkuasa dari segala-galanya...pd masa yang sama kita kena la jugak jg adab2 kita...mcm kalo orng lelaki, bila nk kencing, jgn la kencing merata-rata ikut sedap hati saja..mana tahu tempt tu, rmh tmpt tinggl makhluk halus ke....

kemudia bila kita pulang ke rumah dari tempat yang jauh2, jgn terus masuk ke dalam rumah..ini merupakan pesan nabi Muhammad S.A.W sendiri....sebaliknya, baca dulu 3 Qul dlu kt luar dari rumh, tmpt2 yang jauh sket...baca ayat2 al-quran mintk dijauhkan dari bala2 mcm tu..sbb khuatir ada bende yang menumpang pulang...takut mengganggu anak dan isteri kita pula..tambhan kanak2 kecil yang Allah buaka hijab dpt meliht mereka..arwah tokwan sy dlu, mmg selalu amalkan benda ni..waktu kecik2 dlu, sy xphm apa yang dia buat...lepas smpi sj, dia akan turun motor..pergi kt ada kawan pokok2 kat rmh tu..mulut terkumat-kamit..bc doa..pastu br masuk rmh..sekarang baru sy fhm

Selain itu, nabi juga berpesan, kalau travel jauh2, jgn la balik ke rumah lewat malam sgt..balik lg awal daripada itu...

bila masuk dalam hutan jgn pulak mulut tu over sgt...bkn tmpt kita tu..

dan menurut buku tersebut lagi, syaitan suka tempat yang antara dua...contohnya antara panas dan redup..antara lena dan terjaga...dan sebagainya...kerana sewaktu ini,, manusia paling lemah...sy ada pengalaman sendiri, kes antara lena dan terjaga ni.. berlaku di smapl dlu..mmg tgh laloq time tu..dh nk tidur dah...br nk lelap..tibe2, nampak org pakai telekung tgh berdiri kt pintu..2 saat selepas itu, bende dh ada kt tepi katil sy...waktu, terus pejam mata, baca ayat qursi, sebut nama Allah..pastu hilang....kemudian sy bingkas bangun dr katill.waktu tu tingktn empat..kt smapl, satu dorm ada 20 orang semua...jadi sy pn dr katil...tgk kawan2, kakak-kakak, adik2 lain semua tgh tdo..sy pun tawaf dorm tu, sambil baca ayat qursi..sy pergi dari satu katil ke sayu katil dr satu penjuru ke satu penjuru...ni cr sy untuk hilangkan takut...if sy mcm rs ternmpk bende pelik ke, sy mesti p cek ape die bende tu, supaya pasti ape bende...cerita ni, sy xpnh cerita kt ahli bilik sy time tu..sbb sy tau, ada yang mmg xboleh dgr langsung cerita2 ni...nnti takut pulak nk masuk bilik...begitulah...nauzubillah...mungin ada dosa sy ari tu, Allah nk bg balasan kut....xmau nmpk ape2 lg..nauzubillahh..

setakat ini dulu pasal dunia paranormal berdasarkan pengalaman sy yg xseberapa...tetibe rs seram sejuk pulak....

tanam dlm hati, Allah tu lg kuat, lg powerful dr segala-galanya..seloroh ustaz ismail kamus, beliau berkata, makhluk-makhluk halus tu sj je nk main-main ngn kita...:)

sesungguhnya Allah la tempat kita mengadu, memohon perlindungan dan pertolongan..Tiada lain selain Allah....ALLAHHU AKBAR!!!!!!

Friday 4 September 2009

Innalillah..Pulangnya nenekku ke pangkuan Allah

Baru beberapa jam yang lepas coretan perginya Natrah bertemu Maha Esa ku tulis...Kemudian, aku berbuka puasa bersama sahabat serumah....Kemudian, berita kedua kuterima..pulangnya tok, ke sisi Allah dalam bulan Ramadhan ini.....

saat kutulis ini, baru saja selesai membaca tahlil dan yasin...Moga Allah tempatkan tok ditempat yang mulia..sungguh sedih kurasa..xsempt bertemu tok buat kali terakhir dan memohon ampun darinya...sungguh ada banyak penyesalan dalam diri.....sedih dan pilu dalam hati...Allah sj yg tahu

Ingin kukongsikan beberapa perkara dengan sesiapa yang membaca post ini...
Pertama, jika anda mendengar berita kematian, ini lah doa yang boleh dibaca...( maaf xcr dlm bahasa arab kt internet. ni terjemahannya saja)

" Sesungguhnya kita semua kepunyaan Allah, dan kepadaNyalah sesungguhnya kita sekalian kembali. dan sesungguhnya kepada tuhan kitalah pasti kita akan pulang. Ya Allah, tuliskanlah dia di sisiMu dalam jumlah orang-orang yang baik.Jadikanlah buku suratannya dalam golongan orang yang masuk syurga. Gantikanlah dia dikalangan keluarganya pada orang-orang yang masih ada. dan jangan engkau sekatkn kami akan pahalanya dan tidak engkau jadikan sebagai suatu cubaan berat kemudian daripa kematiannya ini.." amiinn....


Kedua yang ingin aku kongsikan, lebih kepada iktibar untuk semua supaya pentingnya kita menjaga kesihatan serta berikhtiar..sesungguhnya ajal maut cumalah di tanganNya

Tok, menghidap diabetes...Umurnya juga sudah lanjut 74 thn..tahun lepas, jari kakinya luka..aku masih ingt sewaktu balik cuti summer thn lalu, tok dimasukkan ke hospital kerana luka yang tidak sembuh..aku ingt waktu meneman tok tinggal di hospital dulu... sepupu-sepupu ku,kak cik n.aini, kak cik atun, mak jang, dan ramai lg...bergilir-gilir jg tok di hospital..alhamdulillah, tok sihat...

Pada tahun ini, genap setahun...aku cuti summer lagi...pulang ke malaysia...kaki tok luka lagi..kali ni, lukanya teruk...doktor ckp sudah gangrene....bagi sesiap yang tidak tahu, gangrene ni adalah decay of body tissue disebabkan cell death atau tissue necrosis.. Dengan kate lain, tisu kt kaki tok, dah mati..dan bahagian atas tapak kaki tok, sudah jadi hitam....makin lama, makin melarat...walaupun belum lagi sampai ke betis, namun, doktor sarankan utk buat below knee amputation( BKA)..ini utk mengelakkan septicaemia atau jangkitan kuman dalam darah yang boleh menyebabkan bahaya yang lg teruk andai kuman menyerang cell body yang lain...

Kandungan glukos tinggi...suhu badan naik kerana infection..jadi, anak-anak tok, abah, pak jang, pak ngah, dan kami cucu-cucunya berbincang keputusan apa yang perlu dibuat..potong kaki mmg tidak dinafikan satu keputusan yang besar..namun, melihat kepada consequences yang lebih teruk, abah dan aku setuju untuk potong kaki tok begitu juga beberapa saudara yang lain..aku telefon umi..minta nasihat umi...umi juga saran benda yang kerana khuatir septicaemia..

Namun, akhirnya, tok di discharge tanpa sebarang operation kerana mengikut keputusan saudara mara yang lain...Mungkin sebenarnya, ini perancangan Allah...Allah Maha Tahu...satu malam, sebelum aku pulang ke UK, tok tidak boleh bernafas...waktu tu, aku dan adik baca yasin di sisi tok...kak cik, mak jang, pak jang dan abah, gilir2 urut badan tok...kemudian aku dan kak cik plak..tok mengerang...dia cakap sakit seluruh bdn...kami bisikkan kt tok, 'tok bw mengucap tok..lailaha illallah.... istighfar, tok...astaghfirullah'......

hanya itu yang aku mampu lakukan waktu tu...kemudian, pak jang dan abah buat keputusan drastik, untuk bawa tok ke hospital..mereka mmg mahu kaki tok diptong sejak ari tu lagi, kerana tahu kesan yang lebih teruk akan jadi..akhirnya, tok masuk hospital lg..esok harinya, aku bertolak ke LCCT, untuk berangkat ke London dan kemudian ke Manchester..

Hari-hari aku di sini, adik akan telefon memberitahu apa perkembangan tok..adik kata, tok batuk teruk..lalu bw masuk hospital..adik bercakap dgn doktor..doktor kata, tok dh kena upper respiratory tract infection... kidney tok dah rosak dalam masak 2 bulan saja...mata tok dah mmg lama kabur, secondary complivation of diabetes.. dan akhirnya, doktor sahkan tok kena atypical pneumonia....

doktor sudah xmampu nk buat apa-apa..mereka sudah berusaha yang terbaik...kuman telah merebak ke peparu akhirnya....septicaemia....perkara yang aku takut berlaku, akhirnya berlaku...tok masuk icu...dan td, Allah telah menjemputnya pulang ke pankuan Allah..innalillah.....


cerita ini merupakan pengajaran kpd semua...mmg kita xboleh nk salahkan sesiapa dalam soal ini..walau pun kita rs, apa yang kita nk tu betl...perkara sebegini sering terjadi...terutamanya di Malaysia....mmg tidak dinafikan perubatan tradisional yang benar-benar betul, boleh diterima pakai..namun, andai sengaja refuse hospital treatment utk perubatan kampung yang xlogik, tambahan lagi, pesakit sudah kronik, adalah sgt xappropriate...

andai anda medical student yang bc ni, you should understand better.. how people refusing treatment..at least it is not happen a lot in UK compare to Malaysia..in the end of the day, the doctor has to follow patient's best interest...i was in that place as the relative, and i know how frustrated the doctor was when it happenned...

mmg, perkara ini sush untuk diubah..pegangan and people belief mmg ssh untuk diubah..malah ada segolongan orang yang lg kasihan..mudah terpedaya dengan promosi orang.pantang dgr, boleh menyembuhkan penyakit...terus beli....kopi yang boleh sembuhkan darah tinggi la, kertas infra red yang leh sembuhkan lah, tilam yang boleh merawat la, mcm2 la.....i dont totally deny that perhaps those company might actually did their research regarding that, tp, fikir-fikirlah...jgn sampai kita mudah terpengaruh....mungkin juga ada mujarabnya..Lebih-lebih lagi yang menyembuhkan penyakit bukannya kita tapi Allah....

But people, we have to educate our society....malaysian society...i do believe in traditional and conventional medicine..but to some extent, you have to trust the doctor as well..why?? because they know, and they learnt about it...badan kita ni, dari immune system ke nervous system, bukan bende yang simple..they are billion zillion times very complex...everything are connected...even if you learnt it,mungkin ada bende yang masih belum kita tahu..sbb bdn ini ciptaan Allah...

dan tidak dinafikan, doktor juga ada melakukan kesilapan..adakah mungkin kerana itu, orang-orang di Malaysia suka guna rawatan tradisional???

nasihat sy, pertama, andai anda tahu, ada hereditary sesuatu penyakit, take safety percautions..mmg kne sengsara sket..kurngkan gula ke, kurangkan daging ke dan sebagainya....tp utk kebaikan diri..kita hidup bkn utk suka2,ikut sedap perut kita ja.. kita ni khalifah Allah..

and if you have high blood pressure, diabetes ke, tolongla jgn tinggl mkn ubat...plz.....i see many2 times dh...depan mata, org yg kna high bp, jadi koma, kemudian salur darah kt otak pecah....these diseases, they dont give us alarm..when they come, they wont never go away..if u r unlucky, you will go away with them....

sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubat...dan ingt, tak kira doktor ke, tok bomoh ke, ustaz atau sesiapa pun, hanya Allah yang paling berkuasa....kalau mahu ikut rawatan alternatif, jgn main semberono je..pilih la yang benar-benar boleh dipercayai seperti darus syifa, dan sebagainya...jang mudah terpengaruh dgn promosi orang-orang yang mahu cr untung hasil jualan produk2 mereka....educate ourselves plz.....

plg perlu dijauhi adalah syirik..jgn la p jumpa sami siam ke pulak, mintk tangkal ke ape, ke...

akhir kalam perkongsian sy...ikhlas dr hati...

Pulangnya Natrah:Sambungan post Tragedi Natrah

Sesungguhnya, dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali...

Sudah lama tidak menulis sbb baru pulang dari cuti summer...cuti yang sgt memberi makna mendalam pada diri ini...Salah satunya dengan berita yang pilu, pemergian Natrah atau Bertha Hertogh pada 9 Julai lalu.Beliau meninggal pada umur 72 tahun kerana leukimia di kediamannya di Belanda.Tragedi Natrah

Seandainya sesiapa yang pernah mengikuti penulisan sy berkenaan Natrah dahulu, ini merupakan kesinambungan dari kisah tersebut...Isi tulisan yang bakal sy tulis ini adalah hasil wawancara Wanita Hari Ini 10 dan 14 Julai 2009 dengan dua orang tokoh berkenaan isu Natrah serta pembacaan saya..

Seorang penulis kisah Natrah sejak 1989 yang bernama Datin Fatini Yaakub yang juga pernah bertemu dan mewawancara Natrah serta ahli keluarganya dan juga Dato' Professor Zaleha Kamaruddin dekan fakulti undang-undang UIA telah berkongsi pengalaman dan kisah disebalik Tragedi Natrah... Mungkin kisah ini telah dilupakan oleh generasi sekarang... Kepada sesiapa yang belum pernah mendengar tentang kisah ini, boleh la rujuk post sy yang terdahulu untuk mengetahui details yang lebih lanjut....

Datin Fatini sedang dalam proses menerbitkan bukunya yang menceritakan kisah hidup Natrah.. InsyaAllah buku ini akn diterbitkan tahun depan..Namun apa yang dikesali beliau ialah, beliau berhajat untuk menemui Natrah lagi kerana beliau sedang menyiapkan bab terakhir buku tersebut. Namun ajal datang menjemput Natrah.

Datin Fatini telah berkesempatan menemurah Mansor Adabi, suami pertama Natrah sehari sebelum Mansor meninggal dunia. Mansor telah menyerahkan sebuah fail yang berkaitan kisah Natrah kepada beliau.. Beliau juga telah menemuramah suami kedua Natrah sewaktu mereka telah pun bercerai.. Beliau juga telah berjaya menemuramah Natrah di Amerika Syarikat....Beliau ada menceritakan bahawa, sebelum beliau berjaya menemuramah Natrah ketika di US, Natrah ada pulang ke tanah Melayu.. Namun Natrah tidak mahu berjumpa dengan beliau mahupun mana-mana wartawan kerana takut dan prejudis beliau terhadap orang-orang Melayu.. Natrah takut jika orang-orang Melayu yang merupakan saudara mara mereka yang terbunuh dan terlibat semasa Tragedi Natrah pada tahun 1950 dahulu akan datang menuntut dendam daripadanya...Natrah sgt takut kerana dia sedar bahawa dialah punca rusuhan itu berlaku suatu ketika dahulu...

Namun, sy yakin, walaupun Natrah berfikiran begitu, orang melayu dan Islam tidak menyimpan dendam sedikit pun pd Natrah..Malah perjuang mereka dahulu adalah pengorbanan dan jihad yang dibanggakan.. Dahulu, orang-orang Melayu Islam tidak gentar langsung untuk membela agama Islam..puncanya kerana seorng islam yang disuruh keluar Islam dan ditukar agamanya.. Ramai yang berani dan lantas bangun untuk menegakkan kemuliaan agama Islam... Namun sedihnya, sekarang ini, dalam pada kita hidup aman makmur bawah Satu Malaysia, masih adakah yang sanggup berkorban nyawa dan seluruh hidup untuk mempertahankan agama...

Sedikit kisah tambahan Natrah, update dr post sy yang lalu... Pada awalnya, konflik terjadi apabila, Ntarah dan keluarga angkatnya dibawa ke mahkamah atas isu hak penjagaan. dan bukan hal agama lagi.. Namun kerana ada masalah teknikaliti, perbicaraan disambung pada hari lain.. Dalam masa sehari selepas perbicaraan pertama tersebut, Che Aminah, ibu angkat Natarah telah mengahwinkan Ntarah dgn Maansor Adabi... Oleh itu, salah seorng hakim pada ketika itu menimbulkan unsur keraguan bahawa perkahwinan terseut hanyalah strategi Che Aminah untuk mendapatkan Natrah...

Kemudian mahkamah bersidang lagi...Pada ketika itu, Mahkamah tidka menggunakan undang -undang Islam tetapi common Law untuk menafikan pernihkahan Mansor Adabi dan Natrah. Ditambah undang-undang Belanda bahawa kanak-kanak perempuan bawah umur (Natrah berumur 13 thn ketika itu) tidak boleh berkahwin melainkan mendapat kebenaran ratu Belanda. Keputusan Mahkamah ini dibuat dalam masa 5 minit perbicaraan...Orang Melayu ketika itu tidak berpuas hati, seolah-olah pihak mahakamah bias dan mereka sebenrnya sprti telah merancang keputusn tersebut..

Natrah dipanggil ke kamar hakim dan ditanya mahu tinggal dengan siapa.. Natrah menjawab Che Aminah..Namun mahkamah menafikan pilihannya atas hujah kebajikan kanak-kanak kerana persekitaran Natrah pada ketika itu ialah keluarga angkatnya.. Mahkamah berpendapat bhw, sekiranya didedahkan dgn persekitaran keluarga asalnya, pasti dia mahu tinggal bersama mereka juga

Kemarahan orang Islam pada ketika itu bertambah lagi selepas Natrah dibawa pulang ke Belanda kerana provokasi sebuah surat khabar Inggeris di Belanda yang memaparkan gambar Natrah melutut di Patung Virgin Mary. Orang Melayu menganggap Natrah telah dipaksa melakukan perkara sedemikian kerana memang Natrah mahu terus kekal dalam agama Islam


Begitulah tmbahan kisah Natrah....Sebuah kisah yang telah dilupakan... Namun sekiranya anda berminat bolehla kita tunggu buku keluaran Datin Fatini utk mengetahui kisah mendalam tragedi Natrah agar menjadi iktibar kepada kita semua


Setiap yang tejadi pasti ada hikmah disebaliknya...sama ada kita mahu berfikir atau pun tidak...Yang pasti, kita harus merenung kembali di mana Islam di hati kita......sejauh mana cinta kita pada Islam......

Tragedi Natrah adalah kisah cinta seluas lautan hidup...cinta orang melayu pada agama...cinta Natrah pada suami dan keluarga angkatnya...Ke mana hilangnya cinta pada agama pada masa kini...adakah telah hilang ditelan tsunami...atau mati terkubur di persimpangan 'globalisasi'
tepuk dada, fikirlah sendiri...

walllahhu a'lam