WARDAHKU................

Wednesday 31 December 2008

Friday 26 December 2008

muhasabah hijrah

salam alaik...sudah puas cuba memfokuskan diri utk baca buku..baru sampi bab neural tissue ni..jauh lagi perjalananku nk menghabiskan semua bab...

tapi, tangan terasa gatal utk menulis..hati bagaikan melonjak-lonjak suh tulis la apa-apa yang boleh ditulis....

Hari ni, tanah air digemparkan dengan sebuah blog yang direka utk menghina nabi..maka keluarlah berita buletin utama tv3 26 december 2008...maka, merata-rata kt blog2 memberi komen soal manusia ni...tapi macam2 la plak spekulasi...no tepon tu kedai kreta la,macam2 la..yang pasti org yang menulis blog tersebut,tak tau la nk ckp cmna..xdak ayat mahupun perkataan yang mampu diucapkan..dah la tak lama saja lagi nk menyambut awl muharam tahun 1430 H......

sebut ja pasal maal hijrah ni, tak terlepas kita dari menyingkap sejarah junjungan mulia memperjuangkan sebuah penghijrahan utk umat islam...maka teringat sebuah nasyid yang aku suka sgt dgr zaman tadika dulu...bercakap pasal tadika ni..seawal usia 4 thn, aku p tadika arqam..xingt sgt pun apa yang belajar kt situ..yang aku ingt, kt situ baca muqaddam dan makan bihun goreng dalam talam...lepas lebih kurang setahun lebih kt situ, aku pindah lak ke tadika PRASIS kt perlis....dua tahun duk sni..dan aku xtau la kenapa, kenangan and ajaran ustazah aku kt sni melekat sebati dalam jiwa aku smpi sekarang...ustazah yang mengajar aku kt situ namanya ustaza Nurain...

believe it or not, ustazah tu, smpai sekarang kenal aku...huhu...walaupun dia ajar aku zaman tadika dlu...aku rs sbb diri ini sangat la nakal..berlari sana sini..ingat lagi, sbb ada sorg budak laki ni saja ja tarik tudung aku, aku berlari mengejarnya satu tadika, dapat ja, aku bg sepakan terunggul kt budak ni..huhu..betapa ganasnya diriku ini..sungguh aku tak percaya..kesian budak tu..ingtn ustazahterhadap aku membuatkan aku xjugak lupa padanya..sebelum fly ke manchester, aku p tadika aku tu balik,nk berjumpa dgn ustazah nurain..tp xdak org kt rumah..



antara yang paling aku ingt, nasyid2 dr soutus sofwa ni selalu dipasang..seperti hypnotize aku hafal semua nasyid2 ni..tiap2 pagi,sebelum kelas mula, kami akan nasyid beramai nasyid Di Pondok Kecil..lepas tu bila rehat dan time makan, lagu praise be to Allah,Jam tujuh dan jugak adik2 aku salu dipasang..juga sebuah nasyid tentang guru....kerana kenangan ini,membuatkan aku mengoogle soutus sofwa...lalu aku menemukan sesuatu yang mungkin ramai dh tau,tapi aku yang xtahu menahu lagi..

soutus sofwa bwh arqam jgk,mcm nada murni...kalau nk diingtkn, mmg byk nasyid2 yang best ni pelopor dia org2 arqam...tak dinafikan, nasyid2 dari arqam atau nama barunya rufaqa' mmg sgt menyentuh hati...namun kebanyakan nasyidnya tidak lah menyelewengkan aqidah..tapi, ada juga antara nasyidnya, yang mungkin bw maksud lain kalau diperhalusi...insyaAllah soutus sofwa tidak begitu..contoh nasyid2 soutus sofwa ialah maal hijrah, akhlak mulia,adik-adikku sayang, praise be to Allah dan banyak lagi...dan juga, banyak antara nasyid2 kumpulan arqam ini dinyanyikan semula oleh kumpulan nasyid kini seperti raihan,rabbani dan sebagainya...

nampak gayanya, jauh benar topik yang nk diulas terulas...namun...niat di hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mama dan abah yang telah membesarkanku dengan penuh kesabaran,kesusahan dan juga kasih sayang yang tidak terhingga....terima kasih kepada ustazah nurain yang telah banyak memulakan corak hidupku sebagai seorang kanak-kanak dulu..ustazah, tabahlah menghadapi dugaan hidup yang menimpa dirimu.....



sempena maal hijrah yang xlama lagi ni, ingin rasa berkongsi dengan semua petikan dari kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali




Ketahuilah bahawa manusia di dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada tiga

Pertama: Orang yang mencari ilmu untuk menjdikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat.Maka orang ini termasuk dalam golongan beruntung.



Kedua: Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan yang segera(dunia) dan mendapatkan kemuliaan,pangkat dan harta benda,sedangkan dia sendiri menyedari hal ini dan merasakan di dalam hatinya akan kejahatan keadaan yang sedang di alaminya dan kehinaan maksudnya.Maka orang ini adalah berada di dalam golongan yang berbahaya.Jikalau dia mati sebelum sempat bertaubat,maka dibimbangi ia akan mati dalam keadaan su-ul khatimah kemudian urusannya terserahlah kepada kehendak Allah(kalau mahu dimaafkan atau diseksa).Tetapi kalau mendapat taufik sebelum matinya lalu dia bertaubat dan sempat mengamalkan ilmu yang dituntut dan sempat pula membuat pembetulan terhadap apa yang tercedera dan tercuai.Maka bolehlah dia dikumpulkannya bersama golongan yang beruntung,kerana bertaubat daripada dosanya sama seprti otang yang tidak berdosa.


Ketiga; orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang dituntut sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya.Dia menggunakan ilmu yang dituntut itu untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut keuntungan dunia.Walaupun demikian,dia masih terpedaya lagi dengan sangkaannya bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah kerana dia masih lagi pada zahirnya menyerupai ulama.Dia bercakap seperti percakapan para ulama dan berpakaian seperti pakaian para ulama,pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak haloba dalam menghimpunkan kekayaan dunia.Orang seperti ini termasuk dalam golongan bina,jahil dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat tipis harapan untuk ia bertaubat kepada Allah kerana dia telah menyangka bahawa dirinya trmasuk dalam golongan orang yang baik.Pada hal ia telah lupa akan hadis Rasulullah SAW


"Selain daripada dajjal ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada dajjal.Lalu ada orang yang bertanya:Apakah itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Mereka ialah Ulama Su' yakni ulama yang jahat"



Ya Allah, ampunilah kami ya Allah,yang dalam sedar malah dalam tidak sedar melakukan banyak dosa padaMu...ampunilah kami.......

wallah hu 'alam...

Thursday 25 December 2008

Jesus-christ:God or Apostle part 1-7

salam alaik...alhamdulillah, i managed to upload these videos..ive already upload the first part of this debate..you can check my previous post regarding this topic.ive got 7 part all together..but, this time i will only upload just the first 3 parts. InsyaAllah, the rest will come afterwards.

Again, ths is a debate held in manchester, at roscoe building between a muslim speaker and a christian speaker. The speakers were given time to speak. after that, each speaker were given a chance to ask each other 3 questions each. and after that, the floor got the opportunity to ask question to any speaker. unfortunately, i didnt record the Q&A session due to technical error.

The speaker in white shirt is christian while the speaker in black jubah is muslim.
part 1,2,3 is from a christian speaker
part 4,5,6 is from the muslim speaker

part 1



part 2




part 3






part 4




part 5




part 6



part 7

fi lailatin min al layali

bermula dengan pencarian video sebuah nasyid yang memukau hatiku



khas utk sahabatku yang ditimpa sebuah dugaan..bersabarlah..renungilah bait-bait nasid ini...

في ليلة من الليال
لست أدري ما اعتراني
ظلمةٌ تغمرني يا رب

Di suatu malam dari sekian malam,
Aku tidak tahu apa yang terjadi padaku,
Kegelapan menyelubungi diriku, wahai Tuhan.


الأرض ضاقت والسماء
وقلبي ما عرف الضياء
والدمع بات يبكي يا إلهي


Bumi dan langit ku rasakan sempit,
Hatiku tidak menjumpai cahaya,
Dan air mataku sentiasa bercucuran, wahai Tuhanku.


عصيت والذنب كبير
وإني في حزني أسير
مقيد بالذنب يا رب

Aku ingkar dan dosaku bertimbun,
Sesungguhnya aku di dalam penjara kesedihan,
Dirantai oleh dosa-dosaku, wahai Tuhan.


فهل يستحق يا إلهي
العفو مجرماً
مقرٌّ بالذنوب يا إلهي

Akan layakkah, wahai Tuhanku,
kemaafan diberikan kepada si pesalah,
yang sering berbuat dosa, wahai Tuhanku?


أنت الذي خلقتني
رحمتني ورزقتني
دوماً يا رب قد كنت معي

Engkau yang menciptakanku,
Mengasihiku dan memberikanku rezeki,
Wahai Tuhan, Engkau sentiasa mendampingiku,


لكنني نأيت عنك
نسيت ما قد كان لك
وسرت في طريقي يا إلهي

Namun aku pula menjauhi-Mu,
Aku melupai apa yang ada pada-Mu,
Dan aku mengikuti jalanku sendiri, wahai Tuhanku.


واليوم يا رب أعود
من ظلمة خلف الحدود
فالقلب منكسر وطرفي حائر


Pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
daripada kegelapan di belakang sempadan,
Hatiku berkecai dan jalanku mengelirukan,


وأنا الغريق فلا أرى
إلا سواك لي منقذاً
لا ملجأ ولا منجى إلا أنت
يا إلهي

Aku yang kelemasan tidak melihat sesiapa
melainkan Engkau untuk menyelamatkanku,
Tiada tempat berpaling, tiada penyelamat kecuali Engkau, wahai Tuhanku!



firman Allah dalam satu hadis qudsi yang membawa maksud

" Aku di sisi mereka yang hancur hatinya kerana mengingati aku"


dan aku ingin berkongsi seuah kisah yang mungkin sudah ramai orang yang tahu....dan aku petik kisah ini dari kitab bidayatul hidayah yang telah dibawa oleh ibuku.(terima kasih,mama..terima kasih ua pada ustaz badaruddin, ustaz pengajian kami kt kodiang dulu kerana beliau juga menjdikan kitab ini salah satu silbus utk kami kupas bersama-sama)..kitab ini adalah karangan imam hujjatul islam imam ghazali. ..

Imam ibnu Al Jauzi menghikayatkan daripada Ahmad(saudara imam Ghazali r.a) yang menceritakan kisah kematian Imam Ghazali r.a.Berkata Imam Ahmad tersebut: Setelah terbit fajar hari isnin 14 jamadil awal 505 h, saudaraku(imam ghazali) berwudhuk dan terus sembahyang subuh.selepas sembahyangsubuh beliau berkata "bawalah ke sini kain kapanku" Lalu beliau mengambil kain kapan sambil berkata " Aku telah bersedia utk dtg memenuhi panggilanmu dengan penuh ketaatan dan kepatuhan" .Setelah itu beliau meghunjurkan kakinya menghadap kiblat dan beliau terus menghembuskan nafasnya yang terakhir utk memenuhi panggilan Tuhannya dengan penuh ketenangan....semoga Allah mencucuri beliau dengn rahmat yang luas dan semoga Allah memberi keberkatan kepada kta dgn ilmu yang beliau tinggalkan...


hujjatul islam.....imam Ghazali

adakah kita mampu bersedia sebegitu rupa utk menyahut panggilan Ilahi kpd kita???
astghfirullahha illallahha kana tauwaba.....

nape kene bc blog org?

Bismillah arrahman arrahim......

dah lama rasanya xmenulis sebarang entry...mama dtg manchester aritu....bersama kwn mama dan sepupuku...jd p jalan2 tgk apa yang ada kt negeri mat saleh ni...alhamdulillah, mama dh selamat smpi malaysia..

maka tinggllah aku sorg2 kt manchester ni..sunyi..sbb smua org balik christmas...oxford road yg mmg salu bz kosong..tmbh2 ari ni, 25 december....

maka kesunyian ni aku trima dgn sebuah berita ttg seorg sahabat baikku yang ditimpa masalah..betapa hidup kita ini, selalu disinggah oleh masalah....aku turut bersedih...lalu tangan ni pun mula la membaca blog2 yang wujud kt internet ni..dua blog yang aku bc, buat aku xberhenti menangis sgt2 ni..kagum aku dgn kwn2 ku yang hebat menulis..tulisan yang menyentuh hati pembaca..mengingtkan aku pada tuhan..

suatu masa dulu, aku tringn sgt, org salu ingtkan aku..ingtkanlah aku pd Allah...tp, waktu tu, aku mcm hilang dr mereka.....bila aku hampiri, lain jd nya...aku mahu kwn yg salu bckn aku ayat al-quran..yang salu ingtkan aku ttg kisah2 sahabat..yang menjawab persoalan aku, bukan sj dgn logik akal, tp dgn janji-janji Allah..sbb aku rs tenang sgt bila mcm tu...dulu, kt smapl, aku rs sgt hepi..xtaula, kalau pengalaman smapian len berbeza ngn aku, tapi apa yg aku dpt, adlh plg best dlm hidup kt smapl....tp bila kuar, bila aku rs tandus dgn belaian rohani, aku cuba mencari..tp,dipendekkan cerita, len jdnya...dlm kata lain, aku hilang mereka dr byk segi....

aku mula hanyut dgn dunia..dgn alam kolej kononnya...byk benda yang aku menyesal selama hidup aku....dan pd hari ini..aku sedar....kita xboleh manjakan diri..jgn tunggu apa yang kita nk dtg kpd kita..dan kita xleh jdkan alasan utk xberbuat apa-apa ...kalau ada sesapa yang pernah rs apa yang aku rs...aku ada cadangan yang baik utk korg..

andai kata, ada suatu ketika, korg rs sedih, kosong, ada yang xkena ngn hati, nk bgtau kwn2 rs serba xkena..xleh la nk expect semua org nk layan kita...bacalah, dan carilah blog sahabat2 ...mungkin dpt membantu..xbyk, sedikit pun jadilah...ada peringtn2 dan kisah2 yang mereka tulis, tak pun, kalau diorg copy paste pn, xkesah la, yang mengingtkan kita ttg sesuatu yang simple je, tp kita sering lupa...moga Allah merahmati kalian...

jd jawapan kepd nape kene bc blog org pd aku....kalau dlm list, yg plg top sekali ialah, mengingtkan diri pd Allah aka muhasabah la....jd,cr la blog2 yang suit your need...sbb, xsemua org mempunyai kemahiran yang sama..ada org suka menulis isu2 yang tertentu..begitu jgk org lain...

oleh itu, aku nk berkongsi apa yang aku dpt ari ni ngn semua org...oleh kerana entry ni dh pjg berjela..aku tulis kt entry baru lah ye....
salam alaik

Thursday 11 December 2008

Jesus-christ:God or Apostle part 1





a debate was held, last night between a muslim speaker and a christian speaker. the debate was a blast!!! eventhough ive got some sort of blister after the ice skating riadhah with my adik2 usrah, but all of us went to the talk right after that.alhamdulillah, i felt so great to be among the participants,to watch and witnessed such a smashing and faith strenghtening debate especially for muslim.




there were also a lot of christian that went to the debate.i would like to upload the video here, to share with other people.Do witness the undeniable greatness of Allah!!!do witness the truth of Islam and how the christian misinterpret alot of things even from the very beginning of the translation of the injil...


Praise be upon Allah,alhamdulillah..i would like to write a lot of things about the debate last night. but i dare say that, you will feel so move when you watch it yourself. Unfortunately, i wasnt able to record the question and answer session, which i believe and all of my friends agreed were tremendous!!but, i've already ask kak hanis to find the video.


So,all my friends, lend me your ears for a once in a while valuable chance to listen to such beneficial debate to strengthen our iman..the video comes in several parts. both speaker are honourable speaker that always been debating about islam and christian.

the debate was held in roscoe bulding,university of manchester.
the first speaker is from the christian.and the next speaker is muslim.believe me, you will find out something really interesting in this debate when the revealation happenned!!!

Bismillah.....ikuti part berikutnya nanti....part 1: the speaker is the representative from the christian.



Thursday 4 December 2008

Tragedi Natrah


Pulanglah Natrah - Al-Wadi

Salam alaik..Terasa tangan ingin benar menulis isu ni..terime kasih kpd sahabat sy sbb sebut psl perkara ni dlm blog dia..dulu tahu la ttg Tragedi Natrah ni..Namun tidak pernah pulak cari dgn sedetail-detailnya psl cerita disebalik tragedi ni..dan xberkesempatan nk tanya sesipa..Jadi sy amik masa jugak la study psl kisah ni


Banyak blog2 yang menulis berkenaan kisah ni..malah ada buku yang ditulis berkaitan tragedi ni..Selepas membaca dan berfikir ttg kisah ni, dan bila dah phm betul, br rasa nk menulis berkenaan tragedi ni.....Namun sepanjang mencari bende psl ni, ade beberapa khilaf la mengenai fakta natrah..namunkebanyakannya mempunyai sumber yang sama iatitu satu artikel yang pernah ditulis dalam majalah Dewan masyarakat



Kisah ini bermula dengan kelahiran seorang bayi perempuan pada tanggal 1937 24 Mac di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau
Maria Huberdina Hertogh
.Lahirnya bayi ini dalam keluarganya yang berketurunan Belanda dan beragama kristian. Namun Allah telah mengtakdirkan satu kisah hidup yang pjg utk kanak-kanak ini mungkin sebagai pengajaran kepada kita semua generasi kini, ujian utk generasi laludan perjuangan org Islam pada ketika itu, dulu, kini dan selamanya.


Namun pada Disember 1942 atas desakan hidup pada ketika itu, Bertha telah diserahkan kepada Che Aminah Mohamad ketika berusia 5 tahun.Ayah Bertha, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh pada ketika itu telah ditawan oleh tentera Jepun.Kerana bimbang akan keselamatan keluarga mereka, ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya. Siapakah Che Aminah yang telah dipilih oleh Allah utk ini utk memberi kasih sayang kepada seorng kanak-kanak dan menghadapi sebuah lembaran hidup yang penuh dugaan dan menguji keimanan?


Beliau,Che Aminah Mohamad atau Mak Minah hanyalah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Hiduplah Mariaatau Bertha bersama sebuah keluarga Islam ini, dan diberi nama yang indah, Natrah..Tentunya, Che Aminah mahupun Natrah tidak akan pernah terfikir, bahawa di hadapan mereka, ada takdir yang menuggu kedatangan..


Pada 15 November 1945,atas dasar kasih sayang yang telah terikat, Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura . Ini kerana pada ketika itu, penduduk Singapura, Melayau, tanah Melayu, Indonesia, semuanya benci pada bangsa kulit putih yangtelah datang menjajah tanah air mereka..Mereka benci pada bangsa-bangsa ini.Kerana risaukan keselamatan Natrah, maka Aminah membawa Natrah ke tempat yg dirasakan selamat pd ketika itu utk melindunginya.



Allah itu Maha Mengetahiu setiappercaturan alam.Dan siapalah kita sbg hambanya utk melawan takdirNya..kerana setiap yang Allah jadikan pasti ada hikmah dan rahsia tersembunyi disebalinya.Makapada 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah.Pada ketika itu, Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.


Desas desus mengatakan bahawa Natrah berada di Kemaman pada Ogos 1949 berdasarkan maklumat yang diberikan kepada Andrianus oleh polis Semarang

Disangka panas sampi ke petang, rupanya hujan di tgh hari..September 1949 menjadi saksi, detik mula, sebuah keperitan dan juga perjuangan org Islam. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

Sarjan Hertogh telah membuat satu musihat pada 12 April 1950 yang telah membuatkan Che Aminah membawa Natrah ke Singapura



Pada 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura



24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura

28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.


Alhamdulillah, pada28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill. dan dibawa bersamanya. Kerana takut peristiwa ini berulang, pada 1 Ogos 1950, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor iatu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah. Beza fizikal org putih, org arab dengan org melayu adalah sgt ketara.Mungkin genetik dan jugacara pemakanan turut mempengaruhi..Malah dalam Islam asalakan sudah baligh, maka di halalkan.Namun ada segelintir golongan yang memang suka mencari hal dengan umat Islam..


2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.


12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.

12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.


15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.

25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.



1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.


26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.


20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.


15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.


3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.


25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru danpeguam , hidup mewah.


16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.


1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans


1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.


15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.


Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda......


Maka yang di atas adalah rentetan peristiwa Natrah..kalau anda semua google, boleh jumpe segala senarai peristiwa..Ada salah satu peristiwa yang menarik berlaku ketika org2 Melayu melakukan rusuhan Narah pada 12 Disember 1950, seorang pegawai polis terlibat.Ada yang mengatakannamanya inspektor Taha, ada yang berkata nama inspektor Salleh..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Namun ibrah yang perlu diambil ialah, ketika rusuhan itu berlaku, seorang lelaki yang mengetuai rusuhan itu bernama Karim Ghani telah ditahan oleh seorang pegawai polis.Namun Karim Ghani melaungkan sesuatu yang telah menyentap hati pegawai polis tersebut yang juga beragama Islam.."Aku dorg Islam..dan kau juga org Islam.aku dtg utk menyelamatkan aqidah seorang kanak-kanak yang menyebut LAILAHAILLAH...Adakah kau juga yang menyebut LAILAHAILLAH nk menghalang aku??Maka halanglah aku, aku akan tetap pergi!"


Maka pegawai polis tersbut terus berkata" aku bersama-sama kamu" maka berlakulah tembak-menembak pada ketika itu dgn tentera british..18 org telah gugur syahid..manakala beratus-ratus org cedera


Dalam kita menempuhi bulan ini,jomlah kita sama-sama menginsafi kejadian yang telah berlaku berpuluh-puluh tahun dahulu.. namun, peristiwa ini, menjadi titik tolak utk kita berfikir sebenarnya tentang banyak perkara.. Apa itu aqidah? bagaimana nk pertahankanaqidah? Bagaimana nak kukuhkan aqidah sendri?Bagaimana kita nak berhadapan dgn org-org yang mmg berencana utk memusnahkan kita?

Kisah Natrah ini juga mengingtkan sy ttg satu artikel yang prnah sy baca iaitu lontaran fitnah yang dahsyat yg sy pnh baca. Artikel itu menghina Nabi SAW sbg seorang phedophile kerana mengahwini Aisyah yang berumur 9 thn.Astaghfirullah!!!Semoga Allah mengampuni manusia yang berkata begitu...Apa yang Islam gariskn dan halalkan sebenarnya bayak hikmah dan kebaikan disebaliknya...Mungkin isu ni, sy tulis dlm separate post.


Moga-moga kisah ini dapat menjadi pengajaran kepada diri kita..insyaAllah

Monday 1 December 2008

Raya Haji



Assalamualaikum dan salam sejahtera... .

Diharap semua ahli keluarga MCOT berada dalam keadaan sihat sejahtera; mental, fizikal dan emosi. Berikut merupakan pengumuman aktiviti yang akan dijalankan oleh Exco Kerohanian, insyallah...


************ ********* **
Sambutan Raya Aidiladha
Se-Manchester
************ ********* **


Tarikh: 8 Disember 2008
Waktu: 1900 - 2100
Tempat: Barnes Wallis Underground

Aturcara:

Takbir
Sharing session: "Aidiladha"
Makan (supper)



Dengan segala hormatnya, kami menjemput dan mempersilakan ahli keluarga MCOT untuk menghadiri program ringkas ini atas semangat untuk meraikan perayaan kedua terpenting bagi umat Islam.