WARDAHKU................

Saturday, 6 September 2008

Kitab Syamail Tirmizi

Edisi: Kisah Teladan Sepanjang Zaman-dari kitab Syamail Tirmizi

beberapa pos selepas ini, adalah kupasan dan terjemahan dari kitab Syamail Tirmizi,Ringkasan Syamail Tirmizi yang pd asalnya dalam bahasa Gujerat.

Syamail Muhammadiah adalah kitab yang memaparkan kehidupan Rasulullah SAW.Ia berbeza dari Sirah yang memaparkan kehidupan Rasullullah SAW semenjak dari baginda dilahirkan lebih mirip kepada sejarah hidup baginda.Sedangkan samail pula memaparkan berkenaan batang tubuh baginda itu sendiri seperti bentuk tubuh baginda,akhlak baginda ,pakaian baginda, cara baginda bergurau dan lain-lain.

Banyak kitab-kitab Syamail yang disusun oleh ulamak,namun kitab Syamail yang paling terkenal ialah kitab Syamail yang disusun oleh Muhaddith terkenal Abu Isa at-Tirmizi penyusun Kitab Sunan At-Tirmizi.


Terdapat beberapa tokoh yang terlibah secara langsung mahupun tidak langsung dlm pembikinan kitab ini, iatitu Sheikhul Hadis Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi,Mufti Ahmed E.Bemat dan juga Abdul Aziz bin Abdul Hamid dan ramai lagi.Abdul aziz binAbdul Hamd merupakan penterjemah kitan ini ke dalambahasa Malaysia.

Ringkasan Syamail Tarmizi adalah petikan dari kitab masyhur karangan Imam Tirmizi iaitu " Syamail" yang di dalamnya mencatitkan segala-galanya mengenai Rasulullah dari periwayatan para sahabat.

Pesanan kepada pembaca

1)Janganlah membaca hadis-hadis nabi semata-mata utk menambahkan ilmu seseorang, kerana ia akan mendatangkan sedikit sahaja manfaat kepada pembaca. Manfaat sebenar ialah apabila seseorang itu membaca hadis-hadis tersebut utk memperbaharui iman dan keyakinan terhadap Rasulullah dan memperoleh hidayah

Imam Ahmad berkata :Mana-mana saja Hadis Rasulullah S.A.W yang daku dpt tahu, daku beramal dgnnya"

2) ketika membaca kitab ini, hendaklah anda bayangkan bhw sdg duduk di dlm majlis Rasulullah S.A.W bahawa baginda sdg besabda dan anda menengarnya.tanamkan rs cinta di dalam hatimu kpdnya.

3) Apa yang anda baca, bacakanlah pula kpd isteri2 dan anak2 anda

pesanan di atas daripada Maulana Mufti Ahmad E.Bemat

ps: dari pengalaman sy seorg insan yg kerdil, waktu baca kitab ni, byk sgt perkara yg menyentuh hati dan perasaan. jadi sy harap, dgn tertulis di blog ini, dpt memberi manfaat kpd sesiapa yg membacanya...

edisi ini, bukanlah ingin mengupas keseluruhan kitab ini,cuma ingin berkongsi beberepa pengajaran.isnad iaitu rantaian periwayatan dalam ktab ini telah digugurkan dalamkitab ringkasan ini.utk mendapat isnad yg lengkap anda perlu merujuk kpd kita syamil sunan tirmizi yang lengkap.
kitab hasil tulisan imam tirmizi ini plg terkenal membicarakan ttg Rasulullah.

No comments: