WARDAHKU................

Friday, 26 September 2008

PEAK DISTRICT:Registration Started

Salam semue.
Untuk menyambut dan memeriahkan kedatangan juniors2 ke manchester nih, kami akan mengadakan satu aktiviti yg BEST utk gather all the juniors so that u guys bole meet and get to know each other better. Maka, wujudlah prograamm:




FRESHER'S DAY OUT

PEAK DISTRICT:Registrati on Started

Peak District: Sebuah Kembara







Memukau pandangan melakar pengalaman





















Bergembira dalam menghayati sebuah kehidupan
















Menjejak dan mendaki gunung harapan


















Mengukir manis sebuah persahabatan





DATE: 12 OCTOBER (SUNDAY)
VENUE: PEAK DISTRICT
(SILA click di sini UTK GMBAR....CANTEK TMPAT NIH~~~)
ACTIVITIES: HIKING + GAMES

OPEN TO ALLL JUNIORSS~JOM JOIN RAMAI2.THE MORE THE MERRIER =)

PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT PADA:

HASSAN (L): 07515429548
ASMA' (P): 07515270656
MUTIAH (P): 07500297365

PENDAFTARAN JUGA BOLE DIBUAT TIME BUKA PUASE MCOT HARI SABTU NIH....MAKA JOM RAMAI2 DTNG BUKA PUASE SABTU NIH DI INT SOCIETY jam 6.00PTG.

Monday, 22 September 2008

Senyap-senyap sudah mahu pergi

Ramadhan senyap-senyap sudah mahu pergi...

Apakah Ramadhan kali ini sudah cukup bermakna buat kita?

Apakah kita bakal menemui Ramadhan lagi?

Ramadhan kali ini...di perantauan lagi...senyap sunyi..dia mula pergi..

tanpa sebarang ucap kata mahu pun salam teristimewa

ada suatu kesedihan di lubuk hati yang sukar utk kuungkapkan

terasa syahdu jiwa mengucapkan selmat tunggl pada Ramadhan dgn harapan mahu berjumpa lagi

namun siapakah yg tahu akan adakah kesempatan buatku lagi


masih belum cukup amalanku pd Ramadhan kali ini

masih byk lubang2 kosong yg perlu di isi lagi

oh Ramadhan...kau sudah mahu pergi..tidak akan menunggu lagi

sudah sepurnama kau berikan peluang pd manusia di dunia

utk mencari dan memiliki sebuah kebahagiaan hakiki

sepurnama juga telah kau sedia menanti pohonan rindu pd Ilahi

serta sepurnama juga kau telah menunggu andai ada rintihan taubat dari jiwa yg merayu

maka sudah tiba masa kau mahu berlalu

andai tiada peluang utk ku bertemumu lagi

ku harap Ramadhan kali ini akan kuingati

dan Ramadhan mengingatiku...

senyap-senyap sudah mahu pergi

bulan yg mulia

anugerah Ilahi
Ramadhan kareem

Sunday, 21 September 2008

utk seorang sahabat..

Subhanallah....telah selamat masuk ke dalam hall dh..dah siap mengemas smue...
hidup baru akan bermula lg..
dalam perang dan perjuangan..
Ramadhan pun berlalu dgn cpt sekali..terlalu byk suka dan duka yg berlaku dlm Ramadhan kali ini...

Istimewa buat sahabatku yg berada di sana...
kuatkanlah hatimu...kukuhkan jiwamu...segala g berlaku itu adlh ketentuan Allah..jgn sesekali kau berputus asa dgnNya..semua ini cuma lah secebis dugaan..
Walau ke mana jua langkah mu nnti, sentiasa ingt,aku selalu mendoakanmu...sudah tiba masanya utk kita mencari dan kembali ke pangkalnya....
kuatkan hatimu..byk2kn berdoa..

sesungguhnya,kita xprnh tahu apa yg sebnr2nya terbaik utk kita..kdg2 apa yg kita nak belum tentu yg paling baik utk kita..

Hanya Allah sahaja yg mengetahui apa yg terbaik utk kita..jadi pohonlah padaNya.pohonlah..pohonlah...pohonlah..Allah itu tidak kejam..Allah Maha Pengasih...

Bulatkan tekadmu..aturkan langkahmu..pedulikan apa yg dikata org...mulakan hidupmu yg baru..pandang terus ke hadapan..jgn teragak-agak lagi..

belajarlah bertanggungjawab atas diri sdri..masa utk menyalahkan org lain sudah tiada lagi..membesarlah menjadi org yg dewasa dan matang..sekarang bukan lagi masa utk bersuka ria..

ingtlah, bhw aku akan sentiasa mendoakanmu..walaupun kita jarang bersua atau berjumpa, atau berbicara..jauh di sudut hati,aku selalu teringtkn mu dan mendoakan kejayaanmu dunia dan akhirat..

Wednesday, 17 September 2008

Sunday, 14 September 2008

Datanglah...Jangan pergi..

Ya Allah.....

Sering aku terkedu bila berbicara dgnMu

Mengapakah sendu hati ini terkunci dalam peti sepi

Ya Allah...sungguh Kau tahu hatiku merana dalam bait2 kehidupan yg menipu

Aku lemah dalam kealpaan

Lama benar xkuhadapkn pandangnku ke langitMu

Mengagumi sebuah kebesaran..sepi itu bagai menghantui diriku yg rapuh

Aku Cuma mampu menangis dlm sendu...Tuhan mengapakah diriku perit benar rsnya...

Mengapa rantai itu xmampu kubuka

Mengapa cintaMU xkunjung tiba..terasa mudah air mata ini mengalir..pd rapuh dan lempuh imanku

Aduhai Tuhan......berikanlah aku sebuah ketenangan

Setenang awan yg bergerak di langitMU

Berikanlah aku sinar cahaya dalam selubung kegelapan ini

Patah hati....biarknlah ia patah..andai gantinya cintaMu

Jatuh tersungkur..biarlah jatuh..andai luka itu dibaluti dgn redhaMU

Ketenangn dtglah singgah ke hatiku

Dtglah singgah di persimpngn teratakku

Dtglah jgn pergi...

Your Name

Your Name

I wrote your name in the sky,
but the wind blew it away.
I wrote your name in the sand,
but the waves washed it away.
I wrote your name in my heart,
and forever it will stay.

Wednesday, 10 September 2008

Kt pengajian ustaz Badarudin-kodiang


alhamdulillah...da smpi pn adik kt Mesir.....so how was it??
betul ke 40 kali lg teruk kebersihn die dr perlis..huhuh.....sabar je la yaa...

so,nnti akan start era baru..buku baru..dh no turning back..belajar rajin2...

ayun laju-laju sampai cucur atap...

selamat berjaya......teguh hati...jgn bersendiri..perjuangn perlukan ramai mujahidah...

Monday, 8 September 2008

Edisi : 2(xtra) Kisah Teladan Sepanjang Zaman

*Catatan penting berkaitan tanda-tanda kenabian Rasulullah dan Salman Farisi

ringkasan dari kitab Syamail Tirmizi


sila baca sedikit ringkasan mengenai kitab syamail tirmizi di post yg bertajuk Kitab Syamail Tirmizi.


Catatan 1

'Allamah Baijuri rahmatullah 'alaihi telah menerangkn bhw Salman Farisi r.a adlh seorg pendita agama zaman silam. Umurnya menjangkau 250 thn dan menurut riwayat lain umurnya smpi 350 thn. Beliau telah membaca sendiri daripada kitab agamanya mengenai tanda-tanda nabi yg akhir. Kitab-kitab itu mnyebut antara tanda-tanda nabi akhir zaman ialah baginda menolak sedekah tapi menerima hadiah dan ada tanda cap mohor kenabiaan di badannya. Apabila Salman menguji ketiga-tiga tanda ini wujud lantas beliau memeluk Islam. Tanda-tanda ini juga telah diberitahu oleh paderi Nasrani.


Catatan 2

Telah dinyatakan daripada hadis yg disebutkan sebelum ini (post sebelum ni)bhw Rasulullah bersabda" Kami tidak makan sedekah" Jadi siapakah yg dimaksudkan "kami" tersebut.

Mengenai perkara ini, terdapat perbezaan pendapat di kalangn ulama'.Ada yg mengatakan "kami" yg digunakan adlh sbg jamak bg org pertama digunakan utk dirinya sdri.

Sebahagian ulama'pula mengatakan bhw "kami: merujuk kdp golongan nabi

Sedangkan ulama'-ulama' lain menegaskan bhw "kami" itu merujuk kpd Rasulullah dan ahli-ahli bait (keluarga dan keturunan Rasulullah) yg mana mengambil sedekah adalah haram. Alasan akhir inilah yg benar dan dalam permasalahn agama pun diberikan hukum yang sama


Catatan 3


Dalam hadis menyebut Rasulullah telah membeli Salman yakni hamba kpd seorg yahudi. Sebenarnya ini bukanlah suatu pembelian kerana Rasulullah menjadikannya seorg "Muktab" dan satu jumlah dirham yg byk telah ditetapkan utk bayaran kpd "makatibat"(yakni suatu persetujuan di antara tuan dan hambanya bhw si hamba td akan mencari sejumlah wang utk dibayarkan kpd tuannya dan setelh pembyrn tersebut dia akan dibebskn.)

Disamping byrn yg Salman kne byr,maka beliau jg dimestikan menanam 300 btg pokok tamar dan menjaganya sehingga berbuah. Rasulullah sendiri menagmbil tugas menanmpokok tersebut dgn tgnnya sdri yg mulia dan sebg mukjizat hanya dlm setahun, berbuahlah pohon tamar tersebut kecuali sebatg pokok yg ditanam umar.Maka Rasulullah mencabut pokok tersebut dan menggantikan dgn yg lain. Walaupun di tanam luar musim,pohon tamar tersebut mengeluarkan buah. Inilah mukjizat yg kedua di Madinah. Kebun ini masih lg dikenali sbg Kebun Salman.



Catatan 4


Salman r.a dtg dr Isfahan,suatu daerah di Iran. Bapanya ketua bagi daerah tersebut dan tersangt sygkan anaknya. Salman belajar agamaMajusi dgn tekunnya sehingga tidak lama kemudian beliau seakan menjadi seorg pendita besar dan penjaga kuil-kuil. Tetapi setelah beliau memeluk agama Nasrani, bapanya membelenggu kakinya dgn rantai dan mengurungnya di dalam rmh seumpama tawanan. Walaubagaimnapun, beliau dpt memboloskan dirinya dan menyertai satu kafilah menuju ke Syam. Beliau mengharungi begitu byk penderitaan dan kesukaran di perjalann, ditangkap dan menjd hamba dan akhirnya beliau tiba di Madinah(utk mencari Rasul terakhir)

Wallahhu 'Alam

Edisi : 2 Kisah Teladan Sepanjang Zaman

Khatamun-Nubuwwah
(Cap Mohor Kenabian)

ringkasan dari kitab Syamail Tirmizi


sila baca sedikit ringkasan mengenai kitab syamail tirmizi di post yg bertajuk Kitab Syamail Tirmizi.

Cap mohor kenabiaan adalah suatu perkara yg sgt penting dan bermakna,ini adalah satu mukjizat kenabian yg xdpt dipertikaikan.

Cap Mohor Rasulullah telah ada pd jasadnya sejak kecil lg.Sebuah hadis riwyat Aisyah r.a dalam kitab Fathul Bari menyatakan bhw tatkala Rasulullah menghembuskan nafas terakhir, para sahabt seolah-olah tidak menerima kewafatannya, maka ketika itulah Asma r.a mengutarakan kekuatan hujjah " cap mohor Rasulullah" yg sudah tiada lg yg memeberi maksud dan bukti bhw baginda sudah wafat

Ibn Hibban menyatakan bhw perkataan " Muhammad Rasulullah" tertulis pd cap mohor kenabian.sedangkan hadis lain ada menyebut bhw perkataan " Antal Mansur" telah terukir pdnya.Ukiran ini bermaksud " Pergilah ke mana sj, kamu akan diselamatkn".Bagi membuktikan kewujudan Cap Mohor Kenabian,maka Imam Tirmizi telah mengajukan 8 buah hadis



Cap Mohor Seumpama Buhul Cadar

Said Ibn Yazid r.a meriwayatkn bhw

" Ibu saudaraku(sebelah ibu) membwku berjumpa Rasulullah S.A.W dan memberitahu baginda " Anak saudara sy ini sakit" Maka Rasulullah pun menyapu tgnnya yg mulia ke ats kepala sy dgn penuh kasih sayang sambilmemohon keberkatan utk sy. Kemudian baginda berwudhu dan baki air darinya lantas sy minum. Kemudian sy berdiri di belakangnya dan terlihat Cap Mohor Kenabiaan yg seumpama satu buhul cadar yg dibentangkan di atas katil"



Cap Mohor seumpama ketumbuhan merah sebesar telur merpati

Jabir meriwaytkan bhw

" Aku tlh melihat Cap Mohor Kenabian itu di tgh-tgh bahu, bentuknya seperti ketumbuhn yang berwarna merah sebesar telur burung merpati."



Cap Mohor seumpama segumpalan bulu

'Ilba ibn Ahmar berkata bhw 'Amr Ibn Akhtab r.a meriwytkn satu peristiwa kpdnya sebagaimana yg berikut "

"Suatu ketika Rasulullah memintanya berkhidmat memicit pinggangnya dgn sabdanya " Ya Abu Zaid, marilah hampiriku dan urutlah belakangku ini." Maka saya mulalah mengurut. Dengan tidak disengajakn jari sytersentuh cap mohor kenabian. Apila 'Ilba bertanya 'Amr bagaimana bentuk Cap Mohor Kenabian maka beliau pn menjawab :"Seumpama satu gumpalan bulu"


*Hadis ini seolah-olah bercanggh dgn hadis2 yg lain yg telah disebutkan sblm ini, namun sebenarnya tiada percanggahan kerana sbnrnya Cap Mohor Kenabian adlh seumpama suatu ketul daging yang boleh mengembang dan menguncup. Ia seumpama satu bintil tahi lalat yg ditumbuhi bulu-bulu. Maka dgn hal yg sedemikian sebahagian menyatakan sebg segumpalan bulu, yg lain mengatakan satu bintil dan stghnya membandingkan dgn satu buhul dan juga seperti telur merpati.

Cap Mohor pembuktian kenabian

Buraidah r.a meriwayatkan bhw

" Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah maka dtglah Salman Farisi kpd Rasulullah dgn membw sedulang penuh dgn tamar-tamar yg masih segar an memberikannya kpd baginda. Baginda bertanya," Apakah ini" Salman r.a menjwb " inilah sedekah utk Tuan dan shbt2 Tuan." Baginda memberitahu " Kami tidak memakan sedekah"

Pada hari kedua Salman r.a membawa sedulang lagi penuh tamar dan berkata : "Tamar-tamar ini adalah hadiah" Maka barulah Rasulullah makan beserta sahabt-sahabatnya. Kemudian Salman terlihat cap mohor kenabian dan terus memeluk Islam.

Salman ketika itu adlh hamba suruhan seorg yahudi. Rasulullah telah membelinya dgn beberapa dirham yakni dgn cara mengambil upah menanam beberapa btg pokok tamar. salman telah bekerja di kebun itu sehinggalah pokok-pokok tamar tersebut berbuah. Rasulullah juga telah membantu menanam pokok-pokok tamar tersebut. Di antara pokok-pokok yg ditanam tersebut terdapat sebatang pokok yg ditanam oleh Umar r.a.Kesemua pokok-pokok tamar itu hidup subur kecuali sbtg pokok yg tidak hidup.Rasulullah telah bertanya mengenai sbtg pokok yg tidak hidup itu.Umar menjawab " Ya Rasulullah, akulah menanamnya." Rasulullah telah mencabut pokok itu dan menanamnya semula lalu hidup dgn suburnya."


*kisah dan catatn mengenai Salman Farisi dan tanda-tanda kenabian Rasulullahdi post seterusnya slps ni.*



Cap Mohor sebesar penumbuk dan berbintil

Abdullah Ibn Sarjis meriwaytkn sebagaimana berikut:

" Saya pergi berjumpa Rasulullah ketika org ramai hadir bersama. Saya berpusing-pusing dikelilingnya seperti ini;(beliau menunjukkan cara berpusing tersebut).Rasulullah dapat menangkap niat sy dan membuang cadar daripada badannya yg mulia. Saya lihat cap mohor kenabian yg sama besar dgn penumbuk,ditgh bahunya dan satu bintil terdapat di atsnya.

Kemudian saya pergi ke hadapannya dan berkata " Ya Rasulullah! Semoga Allah mengampunkan Tuan" Maka baginda pun menjawb " Semoga Allah juga mengampunkn kamu!" Orang ramai bertanya kpd saya sama ada Rasulullah berdoa utk keampunn sy.


Saya berkata baginda berdoa utk sy dang juga utk mereka dan baginda telah bersabda dgn ayat Al-quran berikut :

"mintalah ampun utk dirimu dan juga org-org Islam yg lain" (Muhammad:19)


Cap Mohor terletak di antara dua bahu

Ibrahim bin Muhammad telah mendengr salah seorg anaklelaki Ali bin Abu Talib r.a berkata:

" Apabila Ali menceritakan mengenai diri Rasulullah maka beliau akan menceritakn dgn pjg lebar.Beliau berkata : "Diantara kedua bahunya terdpt cap mohor kenabian iaitu cap mohor sekalian nabi"

Cap Mohor terdapat di belakang Rasulullah

Riwayat daripada Abu Nadlrah Al-'Aufi sebagaimana yg berikut:

: Aku telah bertanya Abu Sa;ed Al-Khudry mngenai cap mohor Rasulullah.Beliau berkata " Cap mohor itu terdapat pd bahagian belkng Rasulullah,ianya merupakan daging yg tersembul"

*kisah dan catatn mengenai Salman Farisi dan tanda-tanda kenabian Rasulullahdi post seterusnya slps ni.*

Wallahhu 'Alam..

Sunday, 7 September 2008

buat adikku: Simfoni 3

Assalamualaikum...
so tomorrow will be a big day ye.....

dah nk berangkt ke mesir...jg dri elok2...jgn tinggl solat....selalu bc quran ye....selalu doa mintk tlg kt Allah...

anggplah,ini sebuah permulaan ke sebuah hidup yg baru...buang segala yang keruh....gather smueyg jernih....

akak doakan agar perjalannmu dipermudahkan Allah.....

r u sure xsedih langsung nk tggl rmh ni???ish2...jgn tipu dri sdri...:) nk jd tough girl ye...heheh...i noe u very much la,dik

semoga sentiasa dlm iman.....

akak doakan kebahagiaan adik...dan kejayaan dunia akhirt

ps:i love u

Saturday, 6 September 2008

O Ramadhan

O RAMADHAN !!!

O Ramadhan, finally you are here!
The month I hold my heart so dear
Much we have toiled to play different roles
Now I rejuvenate the spirit and tired soul

O Ramadhan it’s been a long wait!
Now’s time to reflect on our state!
Standing in long nights’ prayer
Every moment as precious treasure

Muslims is mosques in straights formation
The symphony of Quranic recitations
Hold my heart full of joy unexplained
The state which the heart weeps in awe

Of the fountain of Allah’s greatness and Mercy
Sighing and to contemplate deeply
Of the unangelic deeds I did hastily
Now I take time to sit and reflect

On all my actions which I must correct
To clean the heart we must try
The stained soul we must also purify
Our minds be chained – free from stress

The nafs we must lock and suppress
Waste not time to idle in worldly cares
For Ramadhan is month of pure comfort
To delight is his pleasure and cleanse our sin

From the restless heart within
Striving and fighting the inner foe
As tears of repentance starts to flow
As sweet love for Allah grows and grows

buat adikku: Simfoni 2

Angin itu masih bertiup kencang
dingin itu terus meratah setiap isi dan tulang
jiwa itu masih lagi mencari sesuatu yg hilang
lalu bergemalah suara pinta yg lantang

lalu kita menjadi pengunjung di muzium sejarah silam
membeli tiket masa dan merantau ke dunia lama
bkn utk meratap dan menangisi duka dan luka
sekadar ingin mengubah sejarah hari tua yg akan tiba

jgn gentar pd derita
jgn terpedaya pd suka
jgn kalah pd kesilapan
kerana kita cuma manusia biasa
yg ada nafsu dan hawa

oleh itu ingtlah...
perjuangn melwannya adalah yg paling utama
mati dalam perjalanannya kan bersama syuhada
bkn hasil akhir yg akan ditanya oleh Maha Pencipta
tp adakah pernah kau mencuba dan berusaha
pokok ceritanya

ps: i love u

Edisi : 1 Kisah Teladan Sepanjang Zaman

Mengenai Rupa Bentuk Rasulullah
ringkasan dari kitab Syamail Tirmizi

sila baca sedikit ringkasan mengenai kitab syamail tirmizi di post yg bertajuk Kitab Syamail Tirmizi.


Wajah Rasulullah S.A.W

Sheikh Hafiz Abu Isa Muhammad Ibn Isa Tirmizi berkata: adalah di luar kemampuan manuia uk menggambarkan mengenai rupa bentuk Nabi S.A.W,jauh dr kesanggupan sesiapapun utk menceritakan insan yg penuh cahaya ini.Walaubagaimanapun, para sahabat (r.anhum), disebabkan jiwa mereka yg bercahaya dan mempunyai kesanggupan, telah cuba menggambarkan rupa bentuknya utk memberikan sdikit bayangan baginda kpd kita utk memuaskan hati kita dgnnya.

'Allamah Qurtubi rahmatullah 'alaihi berkata bhw kseluruhan kekacakan Rasulullah S.A.W tidaklah dizahirkan,jika tidak manusia tidak dpt menoleh sedikit pndangn pun ke arahnya.
Kecantikan Nabi Yusuf terserlah dgn sepenuhnya berbanding kecantikan Rasulullah di mana ia tidak diserlahkan sepenuhnya oleh Allah.
Al-Barra' Bin 'Azib berkata beliau tidak pernah melihat sesiapa yg terlebih tampan dr Rasulullah S.A.W. Sayidina Ali berkata bhw beliau tidak pernah melihat sesiapu yg terlebih kacak dan segak sama adasebelum atau sesudahnya.

Hind r.a berkata bhw wajah Rasulullah menyinar sperti bulan purnama penuh
Jabir r.a meriwayatkan bhw suatu ketika semasabulan terang bederang "daku sdg melihat kpd wajah Rasulullah dan juga ke arah bulan.tetapi mengikut pandanganku, wajah Rasulullah terlebih cntik drpd bulan"

Anas r.a pnh berkata bhw

"Rasulullah tidaklah tersgt tinggi dan tidak juga tersgt rendah dan warna wajahnya tidaklah terlalu putih umpama air kapur dan tidak pula pucat pudar.Rambut mulia nabi tidak terlalu lurus dan tidak pula terlampau kerinting.Allah mengurniakan kenabian kpdnya tatkala umur 40 thn.Beliay tinggal di mekah 10 th dan madinah 10 thn dan Allah mewafatkannya ketika umur mencapai lebih 60 thn dan uban yg ada pada rambut dan janggutnya tidak melebihi 20 helai"

Daripada Aisya r.a terdapat dua ungkapan kata2 yg telah dicatatkan yg maksudya" Sekiranya kawan2 Zulaikha yg telah memotong jari2 mereka ketika melihat seimbas wajah Yusuf a.s ,melihat wajah Rasulullah S.A.W, pastilah mereka juga akan memotong hati-hati mereka"
Andaianda mahu melihat akan contoh kecintaan yg menalam para sahabt terhadap Rasullulah, bolehlah membaca "Kisah Dan Perjuangan Para Sahabat" susunan Syaikhulhadis Maulana Muhammad Zakariyya.

Al-Barra Bin A'zib meriwayatkan:
"RAsulullah seorang yang berperawakan sederhana,mempunyai dada yang bidang(jarak antara kedua bahunya lebar),rambutnya lebat menjuntai sehingga mencecah kedua cuping telinganya.Baginda sering memakai pakaian merah di mana tiada seorg pn yg pernah aku lihat lebih kacak darinya"



Perihal rupa Rasulullah dari riwayat Saiyidina Ali

Diriwayatkan dari Ibrahim Ibn Muhammad rahmatullah'alaihi,cucunda kpd Ali bhw bila mana Ali r.a, bilamana menceritkan mengenai rupa nabi, beliau selalu menyebut bhw :

"Rasulullah tidaklah tersangat tinggi dan tidak juga tersngt rendah tetapi memiliki tubuh sebgaimana yg dimiliki pd org2 yg sederhana.Rambutnya tidak terlampau lurus dan tidak juga terlampau berketak-ketak tetapi keadaan berombak-ombak.Badannya tidak gemuk.Begitulah juga wajahnya tidak bulat tetapi bujur.Warna wajah Rasulullah biasa dgn sedikit kemerah-merahan.Matanya tersangt hitam dan bulu keningnya panjang.Tulang-tulang sendi di bdnnya tebal (besar)-(pergelangan tgn,siku,lutut) .Bahagian di antara kedua-dua bahu dipenuhi daging2 ( berisi).Badan Rasulullah tidak berbulu-tidak ada bulu-bulu di seluruh badannya.walaubagaimanapun terdapat suatu barisan bulu daripada dada terus ke pusat.tangannya ya=g mulia penuh dgn isi2 daging.Apabila Rasulullah berjalan,baginda akan melangkah ke depan dgn kukuh,seolah-olah baginda berjalan menuruni tanah curam,menurun dari tepat tinggi ke tempat yg rendah.Apabila baginda menumpukan perhatian kpd seseorg,baginda melakukannya dgn seluruh jasad ( iaitu bukanlah seperti org yg berbangga diri yg memandang sambil lewa sj atau menyorot pandangn dgn mata sj tetapi baginda akan memusingkan seluruh tubuhnya yg mulia dan menoleh mukanya yg bercahaya utk memberi perhatian).Di antara dua bahunyaterdapat tanda kenabian.Pangkat kenabian berakhir pdnya.Baginda lebih dermawan daripada segala makhluk dan plg dipercayai percakapannya dan terlebih lemah lembut hatinya daripada smua manusia. Baginda adalah dr golongn keluarga yg plg mulia"




Kulit Rasulullah

Abu Hurairah berkata:

Rasulullah berkulit putih,kacak dan menawan dan nampak seolah tubuh bdnnya diperbuat drpd perak.Rambutnya sedikit berketak-ketak


Gigi Rasulullah

Abdullah Abbas menyatakan bhw:

Gigi hadapan Rasulullah sedikit jaraknya daripada yg lain,gigi itu tidak terlampau rapat.Apabila baginda bersabda, keluarlah cahaya daripa celah2 giginya.


Wallahhu a'lam...

Kitab Syamail Tirmizi

Edisi: Kisah Teladan Sepanjang Zaman-dari kitab Syamail Tirmizi

beberapa pos selepas ini, adalah kupasan dan terjemahan dari kitab Syamail Tirmizi,Ringkasan Syamail Tirmizi yang pd asalnya dalam bahasa Gujerat.

Syamail Muhammadiah adalah kitab yang memaparkan kehidupan Rasulullah SAW.Ia berbeza dari Sirah yang memaparkan kehidupan Rasullullah SAW semenjak dari baginda dilahirkan lebih mirip kepada sejarah hidup baginda.Sedangkan samail pula memaparkan berkenaan batang tubuh baginda itu sendiri seperti bentuk tubuh baginda,akhlak baginda ,pakaian baginda, cara baginda bergurau dan lain-lain.

Banyak kitab-kitab Syamail yang disusun oleh ulamak,namun kitab Syamail yang paling terkenal ialah kitab Syamail yang disusun oleh Muhaddith terkenal Abu Isa at-Tirmizi penyusun Kitab Sunan At-Tirmizi.


Terdapat beberapa tokoh yang terlibah secara langsung mahupun tidak langsung dlm pembikinan kitab ini, iatitu Sheikhul Hadis Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi,Mufti Ahmed E.Bemat dan juga Abdul Aziz bin Abdul Hamid dan ramai lagi.Abdul aziz binAbdul Hamd merupakan penterjemah kitan ini ke dalambahasa Malaysia.

Ringkasan Syamail Tarmizi adalah petikan dari kitab masyhur karangan Imam Tirmizi iaitu " Syamail" yang di dalamnya mencatitkan segala-galanya mengenai Rasulullah dari periwayatan para sahabat.

Pesanan kepada pembaca

1)Janganlah membaca hadis-hadis nabi semata-mata utk menambahkan ilmu seseorang, kerana ia akan mendatangkan sedikit sahaja manfaat kepada pembaca. Manfaat sebenar ialah apabila seseorang itu membaca hadis-hadis tersebut utk memperbaharui iman dan keyakinan terhadap Rasulullah dan memperoleh hidayah

Imam Ahmad berkata :Mana-mana saja Hadis Rasulullah S.A.W yang daku dpt tahu, daku beramal dgnnya"

2) ketika membaca kitab ini, hendaklah anda bayangkan bhw sdg duduk di dlm majlis Rasulullah S.A.W bahawa baginda sdg besabda dan anda menengarnya.tanamkan rs cinta di dalam hatimu kpdnya.

3) Apa yang anda baca, bacakanlah pula kpd isteri2 dan anak2 anda

pesanan di atas daripada Maulana Mufti Ahmad E.Bemat

ps: dari pengalaman sy seorg insan yg kerdil, waktu baca kitab ni, byk sgt perkara yg menyentuh hati dan perasaan. jadi sy harap, dgn tertulis di blog ini, dpt memberi manfaat kpd sesiapa yg membacanya...

edisi ini, bukanlah ingin mengupas keseluruhan kitab ini,cuma ingin berkongsi beberepa pengajaran.isnad iaitu rantaian periwayatan dalam ktab ini telah digugurkan dalamkitab ringkasan ini.utk mendapat isnad yg lengkap anda perlu merujuk kpd kita syamil sunan tirmizi yang lengkap.
kitab hasil tulisan imam tirmizi ini plg terkenal membicarakan ttg Rasulullah.

Friday, 5 September 2008

buat adikku: Simfoni 1

adikku, Nurhafizah.......8 hb ni dah nk berangkat ke Mesir....utk itu, akan kubingkiskan sesuatu sbg hadiah buatmu sebelum pemergianmu..

hanya dikau seorang insan yg bergelar adikku...seumur hidup kita berdua, byk benar suka duka,pahit luka yg telah dilalui bersama.dari kecik, selalu bergaduh sama2.main2 sama2..sebelum tido tiap2 mlm, men lukis2 n teka..

as now, we grow up, byk pulak crita yg dikongsi bersama..no matter how much we fight, i still love u as my sister. i still dont wanna let u be in trouble..

mungkin diri ini bukan seorng kakak yg paling baik dlm dunia ini.apa yg ku mahukn, adlah kebahagian dan kejayaan hidupmu dunia dan akhirat.mungkin kadang2 ada perkara yg dikau xsenang atau xska.tp, smua itu yang kukatakan, adalah utk kebaikan hidupmu..

kini dikau telah menjadi dewasa.tp masih ada juga perangai kanak2..apa yg ku ingin katakan ialah, jgn kau mudah mengalah dlm perjuangn menuju Allah..pilihlah kawan yg dpt membimbingmu ke jalan kebaikan..kerana kita akan mudah mengikut arus.teguhkan kakimu...
sentiasa ingt Allah waktu sush atau senang.xslh kalau mahu menangis,namun bangun kembalislps itu, bina hidup yg baru.

dalam hidup ini, dlm satu ketika, kau pasti akan melakukan keputusan yg slh.atau kesilapan..tika itu, mohonlah pada Allah.kerana setiap yg Dia jadikan pasti ada hikmah di sebaliknya.jgn kau rs lemah dan berputus asa.cari cahaya yg dpt membimbingmu.

yang penting, jgn meninggi diri dgn apa yg dimiliki.kerana semua ini bknmilik kita.semuanya hanya pinjaman.ingt selalu apa matlamat kita..jgn bersedih dgn nasib diri..tp bersedihlah andai dikau tidak pernah berusaha utk mengubahnya..

ps:i love u

Ramadhan...dan harapan.ucapan utk teristimewa

Alhamdulillah...doaku di makbulkan Allah.segala puji dan syukur hanya utkNya...

istimewa buat keluargaku yang sentiasa mendoakanku...terima kasih ats segalanya..diri ini sgt merindui kalian..tidak mahu kukecewakan kalian. akan kuteruskan perjuangn ini dgn semangt dan dorongn kalian.berikanlah kata-kata semangat pd ku,agar aku xmerasa lemah di pertengahan jalan Allah.

istimewa buat teman setiaku yg berada jauh di mata.terima kasih ats sokongn dan doayg berpanjangn dari mu.yang sentiasa mengingtknku supaya menjadi lebih dewasa. yg sentiasa mendorongku utk trus berusaha. hatimu penuh dgn kesabaran.sungguh aku selalu mencemburui kematanganmu dan sikapmu dalam masa sama,aku turut mengagumimu.dalam diamaku berazam utk mencontohimu.terima kasih kerana sentiasa ada di sini.

kpd sahabat2 ku sekalian.kalian inspirasiku..yang jauh atau dekat..terima kasih atas segalanya.yang manis atau pahit yg ditrima, aku garap smua jdkan sebuah pengajaran.aku mula belajar utk menjadi seorg insan.

Ramadhan kali ini....mungkin adakah lagi ramadhan nnati utkku..Ya Allah...mudahkanlah perjalananku..sepinya sungguh perjuangan ini tanpa teman di sisi..ya Allah...bersama Ramadhan ini, berikanlah aku sebuah harapan,ya Allah...berikanlah kami semua kejayaan dan kebahagiaan.

Thursday, 4 September 2008

cebisan ramadhan

Bismillahhirrahmanirrahim......

Alhamdulillah....Bertemu lagi aku dgn Ramadhan...kali ini, Ramadhan di perantauan lagi..terkenang suasana yg gembira tika di tanah tumpah darah tercinta...
Dalam kerinduan yang menggamit jiwa, aku tempuh dgn penuh rasa bangga.kerana aku tahu, ini salah sebuanh pengorbanan di jalan Allah..

Kadang-kadang, ada suara yg melemahkan jiwa..membuatkan ku resah gelisah.dan meratap pd rindu yg mencengkam jiwa.ada suara yg seakan meruntuhkan kekuatan jiwaku utk meneruskan perjuangan ini.seakan menyuruh ku berpatah kembali..
kala itu, aku hanya ada Allah, tempat kubergantung harap..

Dalam pada tiada seorang insan pun yg mengerti jiwa dan perasaanku..Dia ada bersamaku.
Dalam pada aku mahu jatuh tersungkur menyembam bumi,lalu darah mengalir,Dia mengingatkanku kpd ganjaran sebuah pengorbanan..berharganya setitis darah yg mengalir itu...

Ramadhan menggamit jiwaku utk berkelana ke suatu alam yg bahagia..Seindah lakaran cinta suci "Di bawah lindungan Kaabah" karangan Pak Hamka..

Ramadhan,bawakanlah daku impian dan harapan yang sudah lama kunantikan..