WARDAHKU................

Thursday, 4 December 2008

Tragedi Natrah


Pulanglah Natrah - Al-Wadi

Salam alaik..Terasa tangan ingin benar menulis isu ni..terime kasih kpd sahabat sy sbb sebut psl perkara ni dlm blog dia..dulu tahu la ttg Tragedi Natrah ni..Namun tidak pernah pulak cari dgn sedetail-detailnya psl cerita disebalik tragedi ni..dan xberkesempatan nk tanya sesipa..Jadi sy amik masa jugak la study psl kisah ni


Banyak blog2 yang menulis berkenaan kisah ni..malah ada buku yang ditulis berkaitan tragedi ni..Selepas membaca dan berfikir ttg kisah ni, dan bila dah phm betul, br rasa nk menulis berkenaan tragedi ni.....Namun sepanjang mencari bende psl ni, ade beberapa khilaf la mengenai fakta natrah..namunkebanyakannya mempunyai sumber yang sama iatitu satu artikel yang pernah ditulis dalam majalah Dewan masyarakat



Kisah ini bermula dengan kelahiran seorang bayi perempuan pada tanggal 1937 24 Mac di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau
Maria Huberdina Hertogh
.Lahirnya bayi ini dalam keluarganya yang berketurunan Belanda dan beragama kristian. Namun Allah telah mengtakdirkan satu kisah hidup yang pjg utk kanak-kanak ini mungkin sebagai pengajaran kepada kita semua generasi kini, ujian utk generasi laludan perjuangan org Islam pada ketika itu, dulu, kini dan selamanya.


Namun pada Disember 1942 atas desakan hidup pada ketika itu, Bertha telah diserahkan kepada Che Aminah Mohamad ketika berusia 5 tahun.Ayah Bertha, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh pada ketika itu telah ditawan oleh tentera Jepun.Kerana bimbang akan keselamatan keluarga mereka, ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya. Siapakah Che Aminah yang telah dipilih oleh Allah utk ini utk memberi kasih sayang kepada seorng kanak-kanak dan menghadapi sebuah lembaran hidup yang penuh dugaan dan menguji keimanan?


Beliau,Che Aminah Mohamad atau Mak Minah hanyalah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Hiduplah Mariaatau Bertha bersama sebuah keluarga Islam ini, dan diberi nama yang indah, Natrah..Tentunya, Che Aminah mahupun Natrah tidak akan pernah terfikir, bahawa di hadapan mereka, ada takdir yang menuggu kedatangan..


Pada 15 November 1945,atas dasar kasih sayang yang telah terikat, Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura . Ini kerana pada ketika itu, penduduk Singapura, Melayau, tanah Melayu, Indonesia, semuanya benci pada bangsa kulit putih yangtelah datang menjajah tanah air mereka..Mereka benci pada bangsa-bangsa ini.Kerana risaukan keselamatan Natrah, maka Aminah membawa Natrah ke tempat yg dirasakan selamat pd ketika itu utk melindunginya.



Allah itu Maha Mengetahiu setiappercaturan alam.Dan siapalah kita sbg hambanya utk melawan takdirNya..kerana setiap yang Allah jadikan pasti ada hikmah dan rahsia tersembunyi disebalinya.Makapada 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah.Pada ketika itu, Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.


Desas desus mengatakan bahawa Natrah berada di Kemaman pada Ogos 1949 berdasarkan maklumat yang diberikan kepada Andrianus oleh polis Semarang

Disangka panas sampi ke petang, rupanya hujan di tgh hari..September 1949 menjadi saksi, detik mula, sebuah keperitan dan juga perjuangan org Islam. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

Sarjan Hertogh telah membuat satu musihat pada 12 April 1950 yang telah membuatkan Che Aminah membawa Natrah ke Singapura



Pada 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura



24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura

28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.


Alhamdulillah, pada28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill. dan dibawa bersamanya. Kerana takut peristiwa ini berulang, pada 1 Ogos 1950, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor iatu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah. Beza fizikal org putih, org arab dengan org melayu adalah sgt ketara.Mungkin genetik dan jugacara pemakanan turut mempengaruhi..Malah dalam Islam asalakan sudah baligh, maka di halalkan.Namun ada segelintir golongan yang memang suka mencari hal dengan umat Islam..


2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.


12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.

12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.


15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.

25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.



1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.


26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.


20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.


15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.


3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.


25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru danpeguam , hidup mewah.


16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.


1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans


1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.


15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.


Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda......


Maka yang di atas adalah rentetan peristiwa Natrah..kalau anda semua google, boleh jumpe segala senarai peristiwa..Ada salah satu peristiwa yang menarik berlaku ketika org2 Melayu melakukan rusuhan Narah pada 12 Disember 1950, seorang pegawai polis terlibat.Ada yang mengatakannamanya inspektor Taha, ada yang berkata nama inspektor Salleh..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Namun ibrah yang perlu diambil ialah, ketika rusuhan itu berlaku, seorang lelaki yang mengetuai rusuhan itu bernama Karim Ghani telah ditahan oleh seorang pegawai polis.Namun Karim Ghani melaungkan sesuatu yang telah menyentap hati pegawai polis tersebut yang juga beragama Islam.."Aku dorg Islam..dan kau juga org Islam.aku dtg utk menyelamatkan aqidah seorang kanak-kanak yang menyebut LAILAHAILLAH...Adakah kau juga yang menyebut LAILAHAILLAH nk menghalang aku??Maka halanglah aku, aku akan tetap pergi!"


Maka pegawai polis tersbut terus berkata" aku bersama-sama kamu" maka berlakulah tembak-menembak pada ketika itu dgn tentera british..18 org telah gugur syahid..manakala beratus-ratus org cedera


Dalam kita menempuhi bulan ini,jomlah kita sama-sama menginsafi kejadian yang telah berlaku berpuluh-puluh tahun dahulu.. namun, peristiwa ini, menjadi titik tolak utk kita berfikir sebenarnya tentang banyak perkara.. Apa itu aqidah? bagaimana nk pertahankanaqidah? Bagaimana nak kukuhkan aqidah sendri?Bagaimana kita nak berhadapan dgn org-org yang mmg berencana utk memusnahkan kita?

Kisah Natrah ini juga mengingtkan sy ttg satu artikel yang prnah sy baca iaitu lontaran fitnah yang dahsyat yg sy pnh baca. Artikel itu menghina Nabi SAW sbg seorang phedophile kerana mengahwini Aisyah yang berumur 9 thn.Astaghfirullah!!!Semoga Allah mengampuni manusia yang berkata begitu...Apa yang Islam gariskn dan halalkan sebenarnya bayak hikmah dan kebaikan disebaliknya...Mungkin isu ni, sy tulis dlm separate post.


Moga-moga kisah ini dapat menjadi pengajaran kepada diri kita..insyaAllah

4 comments:

Anonymous said...

Salam.
Di manakah Dal dapat artikel ini?Di Wikipedia?Atau di Dewan Masyarakat sendiri?Ada versi onlinekah untuk edisi tahun itu?
Sewaktu akak dalam usia 8-9 tahun akak baca sendiri naskhah Dewan Masyarakat ini, ada di rumah nenek akak, menerangkan dengan lengkap kisah natrah dalam 3-4 siri,lengkap dengan gambar dan foto dokumen-dokumen asal..akak langsung tak faham apa pentingnya peristiwa ini pada waktu itu, tapi kisah ini masih dalam ingatan akak sampai sekarang..
Tahu tak asal nama : nadranadia?
Orang Melayu panggil `Natrah', orang putih x sebut Natrah, dia panggil `Nadra'..:).

wardahku said...

tenkiuu,kak nadiah...sy nk copy paste buku gambar buku psl Natrah ni kt sni..tp xleh la pulak..kalau ade sesape, yg terjumpe link kepada buku tu, boleh share2

Dr.Fiza said...

i've noe bout dis b4..
bt never noe such a details like dis...


how such a small thing...change everything....

sgt sedew

Anonymous said...

Assalammualaikum,
Saya mengetahui kisah Nadra dariNovel karangan Isa Kamari. Sungguh begitu mengharu biru memang dan sangat mengusik perasaan.
Saya selalu berdoa bahwa Nadra di akhir hidupnya akan kembali kepangkuan Islam.Amin.