WARDAHKU................

Friday, 26 December 2008

muhasabah hijrah

salam alaik...sudah puas cuba memfokuskan diri utk baca buku..baru sampi bab neural tissue ni..jauh lagi perjalananku nk menghabiskan semua bab...

tapi, tangan terasa gatal utk menulis..hati bagaikan melonjak-lonjak suh tulis la apa-apa yang boleh ditulis....

Hari ni, tanah air digemparkan dengan sebuah blog yang direka utk menghina nabi..maka keluarlah berita buletin utama tv3 26 december 2008...maka, merata-rata kt blog2 memberi komen soal manusia ni...tapi macam2 la plak spekulasi...no tepon tu kedai kreta la,macam2 la..yang pasti org yang menulis blog tersebut,tak tau la nk ckp cmna..xdak ayat mahupun perkataan yang mampu diucapkan..dah la tak lama saja lagi nk menyambut awl muharam tahun 1430 H......

sebut ja pasal maal hijrah ni, tak terlepas kita dari menyingkap sejarah junjungan mulia memperjuangkan sebuah penghijrahan utk umat islam...maka teringat sebuah nasyid yang aku suka sgt dgr zaman tadika dulu...bercakap pasal tadika ni..seawal usia 4 thn, aku p tadika arqam..xingt sgt pun apa yang belajar kt situ..yang aku ingt, kt situ baca muqaddam dan makan bihun goreng dalam talam...lepas lebih kurang setahun lebih kt situ, aku pindah lak ke tadika PRASIS kt perlis....dua tahun duk sni..dan aku xtau la kenapa, kenangan and ajaran ustazah aku kt sni melekat sebati dalam jiwa aku smpi sekarang...ustazah yang mengajar aku kt situ namanya ustaza Nurain...

believe it or not, ustazah tu, smpai sekarang kenal aku...huhu...walaupun dia ajar aku zaman tadika dlu...aku rs sbb diri ini sangat la nakal..berlari sana sini..ingat lagi, sbb ada sorg budak laki ni saja ja tarik tudung aku, aku berlari mengejarnya satu tadika, dapat ja, aku bg sepakan terunggul kt budak ni..huhu..betapa ganasnya diriku ini..sungguh aku tak percaya..kesian budak tu..ingtn ustazahterhadap aku membuatkan aku xjugak lupa padanya..sebelum fly ke manchester, aku p tadika aku tu balik,nk berjumpa dgn ustazah nurain..tp xdak org kt rumah..



antara yang paling aku ingt, nasyid2 dr soutus sofwa ni selalu dipasang..seperti hypnotize aku hafal semua nasyid2 ni..tiap2 pagi,sebelum kelas mula, kami akan nasyid beramai nasyid Di Pondok Kecil..lepas tu bila rehat dan time makan, lagu praise be to Allah,Jam tujuh dan jugak adik2 aku salu dipasang..juga sebuah nasyid tentang guru....kerana kenangan ini,membuatkan aku mengoogle soutus sofwa...lalu aku menemukan sesuatu yang mungkin ramai dh tau,tapi aku yang xtahu menahu lagi..

soutus sofwa bwh arqam jgk,mcm nada murni...kalau nk diingtkn, mmg byk nasyid2 yang best ni pelopor dia org2 arqam...tak dinafikan, nasyid2 dari arqam atau nama barunya rufaqa' mmg sgt menyentuh hati...namun kebanyakan nasyidnya tidak lah menyelewengkan aqidah..tapi, ada juga antara nasyidnya, yang mungkin bw maksud lain kalau diperhalusi...insyaAllah soutus sofwa tidak begitu..contoh nasyid2 soutus sofwa ialah maal hijrah, akhlak mulia,adik-adikku sayang, praise be to Allah dan banyak lagi...dan juga, banyak antara nasyid2 kumpulan arqam ini dinyanyikan semula oleh kumpulan nasyid kini seperti raihan,rabbani dan sebagainya...

nampak gayanya, jauh benar topik yang nk diulas terulas...namun...niat di hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mama dan abah yang telah membesarkanku dengan penuh kesabaran,kesusahan dan juga kasih sayang yang tidak terhingga....terima kasih kepada ustazah nurain yang telah banyak memulakan corak hidupku sebagai seorang kanak-kanak dulu..ustazah, tabahlah menghadapi dugaan hidup yang menimpa dirimu.....



sempena maal hijrah yang xlama lagi ni, ingin rasa berkongsi dengan semua petikan dari kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali




Ketahuilah bahawa manusia di dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada tiga

Pertama: Orang yang mencari ilmu untuk menjdikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat.Maka orang ini termasuk dalam golongan beruntung.



Kedua: Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan yang segera(dunia) dan mendapatkan kemuliaan,pangkat dan harta benda,sedangkan dia sendiri menyedari hal ini dan merasakan di dalam hatinya akan kejahatan keadaan yang sedang di alaminya dan kehinaan maksudnya.Maka orang ini adalah berada di dalam golongan yang berbahaya.Jikalau dia mati sebelum sempat bertaubat,maka dibimbangi ia akan mati dalam keadaan su-ul khatimah kemudian urusannya terserahlah kepada kehendak Allah(kalau mahu dimaafkan atau diseksa).Tetapi kalau mendapat taufik sebelum matinya lalu dia bertaubat dan sempat mengamalkan ilmu yang dituntut dan sempat pula membuat pembetulan terhadap apa yang tercedera dan tercuai.Maka bolehlah dia dikumpulkannya bersama golongan yang beruntung,kerana bertaubat daripada dosanya sama seprti otang yang tidak berdosa.


Ketiga; orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang dituntut sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya.Dia menggunakan ilmu yang dituntut itu untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut keuntungan dunia.Walaupun demikian,dia masih terpedaya lagi dengan sangkaannya bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah kerana dia masih lagi pada zahirnya menyerupai ulama.Dia bercakap seperti percakapan para ulama dan berpakaian seperti pakaian para ulama,pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak haloba dalam menghimpunkan kekayaan dunia.Orang seperti ini termasuk dalam golongan bina,jahil dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat tipis harapan untuk ia bertaubat kepada Allah kerana dia telah menyangka bahawa dirinya trmasuk dalam golongan orang yang baik.Pada hal ia telah lupa akan hadis Rasulullah SAW


"Selain daripada dajjal ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada dajjal.Lalu ada orang yang bertanya:Apakah itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Mereka ialah Ulama Su' yakni ulama yang jahat"



Ya Allah, ampunilah kami ya Allah,yang dalam sedar malah dalam tidak sedar melakukan banyak dosa padaMu...ampunilah kami.......

wallah hu 'alam...

No comments: