WARDAHKU................

Monday, 7 September 2009

Ada apa dengan Ramadhan








Ramadhan datang penuh barakah..Tersimpan seribu rahsia..Malamnya ada syahdu dan rindu tersimpan.. Namun, berlalunya juga pantas. Betapa ruginya kita andai ia pergi sia-sia. Kerana belum tentu kitakan bertemu lagi dengan Ramadhan seterusnya..

Antara peristiwa yang istimewa dalam bulan Ramadhan ialah Nuzul quran dan juga Lailatul qadar...

Sudah pn kita masuk ke dalam fasa kedua Ramadhan, maka ayuhlah kita sama-sama cuba mengejar sesuatu yang sgt berharga...

Lailatul qadar, ialah malam yang penuh berkat dan kebajikan serta kemuliaan yang bernilai meleihi 1000 bulan yang telah ditakdir dan ditentukan Allah. Ulama sepakat mengatakan bhw lailatul qadar berlaku pada malam yang ganjil bermula daripada sepuluh terakhir ramahdan,u
mpamanya malam 21,23,25,27 atau pn 29
dalam bulan Ramadhan. Pada malam Lailatul qadar, al-quran diturunkan oleh Allah, dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah.


Pada malam ini, para malaikat menanti-nanti untuk mengangkat ibadah dan amalan hamba-hamba Allah yang penuh dengan keimanan, keikhlasan dan ketaqwaan. Malaikat jibrail beserta malaikat-malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan hamba-hamba yang melakukn ibadah pada malam itu. mereka berzikir kepada Allah.. Allah juga menjanjika
n bahawa doa pada malam itu akan diperkenankan Allah

Menurut Imam Qurtubi ,malam lailatul qadar dianugerahkan kepada kita sebagai tanda cintanya Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan umat baginda melebihi umat lain dan dikurniakan malam istimewa itu juga bagi menghiburkan hati Rasulullah SAW.

Beberapa ulama muktabar antaranya Imam Nawawi dan Ibnu Hazm berpendapat bahawa malam lailatul qadar bergilir dari setahun ke setahun, misalnya jika tahun ini berlaku pada malam 21 Ramadan, tahun hadapan akan berlaku pada malam 23 Ramadan.

Jumhur ulama menyatakan lailatul qadar berlaku pada malam 27 Ramadan berdasarkan hadis daripada Ubai ibn Kaab:

Bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kami menunaikan ibadat pada malam itu dan awal pagi 27 Ramadan, tandanya ialah matahari pada awal pagi dalam keadaan tenang, putih dan tidak pucat cuacanya,” (riwayat Tirmizi).

Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abas pula berijtihad bahawa malam lailatul qadar adalah malam ke-27 Ramadan berdasarkan penelitiannya terhadap rahsia surah al-Qadr.

Beliau mendapati ada 30 perkataan dalam surah berkenaan dan perkataan ‘Salamun Hiya’ (Sejahteralah malam itu) terletak pada perkataan ke-27.

Bagaimanapun, apa yang Nabi Muhammad SAW tuntut bukanlah untuk mencari bilakah malam itu akan berlaku tetapi Baginda menyuruh supaya kita beribadat sebanyak mungkin pada 10 hari terakhir Ramadan.

Itu yang patut diperbetulkan dalam persepsi masyarakat dan diamalkan, malah sunnah Rasulullah, baginda sendiri menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.

Jika kita kita beribadat terus-terusan pada 10 malam terakhir Ramadan, maka kita pasti akan beribadat pada malam lailatul qadar malah kita tidak akan rugi apa-apapun jika beribadat pada malam selain malam itu,” katanya.

Justeru, seperti juga saranan Ibnu Qayyim, umat Islam seharusnya memperbanyakkan ibadat pada malam itu dengan membaca al-Quran, berzikir, beristighfar dan bertaubat, bertahajud, memohon doa, bersedekah jariah, bermuhasabah, bertafakur dan menangisi segala dosa silam.

Antara peristiwa-peristiwa penting lain yang berlaku dalam bulan Ramadhan adalah seperti berikut:

1. Penaklukan Kota Makkah

Selama bertahun-tahun, Makkah didominasi oleh nilai-nilai syirik. Tepatnya pada tanggal 20 bulan Ramadhan thun 8 hijriah, dengan kekuatan pasukan seribu tentera, kaum muslimin yang sdahulunya, kembali ke Makkah. Mekah dapat ditakluk tanpa setitis darah pun yang tertumpah

Keberangkatan pasukan muslimin dalam keadaan berpuasa. Namun setelah dekat dengan kota Makkah, sehari sebelumnya, Rasullah berbuka, dan menyuruh para sahabatnya untuk ikut berbuka.


2. Perang Badar

Perang Badar terjadi pada tahun ke-9 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai erti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan.

3. Pernikahan Ali dengan Fatimah berlangsung pada bulan Ramadhan

4. Rasulullah SAW menikahi Hafsah binti Umar ra juga berlangsung pada bulan Ramadhan. Demikian tatkala beliau menikahi Zainab binti Khuzaimah, terjadi pada bulan yang sama.

5. Hancurnya masjid Adh-Dhiror, yakni masjid yang didirikan oleh kaum munafiq untuk menghancurkan dan memecah belah kaum muslimin madinah, terjadi pada bulan Ramadhan.

6.25 Ramadhan 658 H Perang Ain Jalut yang terjadi antara kaum muslimin dan Tartar merupakan perang yang besar dalam sejarah Islam, hal itu menyebabkan Tartar mampu menguasai banyak daerah Islam dan menjatuhkan Khilafah Abbasiah , mereka juga
berhasil membunuh Khalifah Mu'tasim Billah di Baghdad pada tahun 656 H / 1256 M. Penguasaan Tartar meluas sampai wilayah Gazza dibawah pimpinan Hulaku. Kemudian Hulaku mengirim surat meminta kepada Sultan Mamluki "Quds" untuk tunduk dibawah kekuasaan Tartar, permintaan ini ditolak oleh Sultan Quds kerana menunjukan kehinaan dan kelemahan. Lalu beliau memutuskan untuk menghadapi Tartar dalam pererangan. Maka pada hari Jum'at tanggal 25 Ramadhan 658 H bertepatan dengan 6 September 1260 M bertemulah dua pasukan besar di wilayah Ain Jalut. Dalam peperangan ini Sultan Quds mengumandangkan syiar " Wahai Allah tolonglah hamba-Mu Quds dari kaum Tartar." Peperangan ini berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

7.Saidina Ali wafat
Pada hari ini pula Imam Ali bin Abi Thalib RA wafat karena ditikam dengan pisau beracun oleh Abdurrahman bin Muljam
Al Khariji.


8. Penaklukan kota andalusia


No comments: