WARDAHKU................

Friday 4 September 2009

Pulangnya Natrah:Sambungan post Tragedi Natrah

Sesungguhnya, dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali...

Sudah lama tidak menulis sbb baru pulang dari cuti summer...cuti yang sgt memberi makna mendalam pada diri ini...Salah satunya dengan berita yang pilu, pemergian Natrah atau Bertha Hertogh pada 9 Julai lalu.Beliau meninggal pada umur 72 tahun kerana leukimia di kediamannya di Belanda.Tragedi Natrah

Seandainya sesiapa yang pernah mengikuti penulisan sy berkenaan Natrah dahulu, ini merupakan kesinambungan dari kisah tersebut...Isi tulisan yang bakal sy tulis ini adalah hasil wawancara Wanita Hari Ini 10 dan 14 Julai 2009 dengan dua orang tokoh berkenaan isu Natrah serta pembacaan saya..

Seorang penulis kisah Natrah sejak 1989 yang bernama Datin Fatini Yaakub yang juga pernah bertemu dan mewawancara Natrah serta ahli keluarganya dan juga Dato' Professor Zaleha Kamaruddin dekan fakulti undang-undang UIA telah berkongsi pengalaman dan kisah disebalik Tragedi Natrah... Mungkin kisah ini telah dilupakan oleh generasi sekarang... Kepada sesiapa yang belum pernah mendengar tentang kisah ini, boleh la rujuk post sy yang terdahulu untuk mengetahui details yang lebih lanjut....

Datin Fatini sedang dalam proses menerbitkan bukunya yang menceritakan kisah hidup Natrah.. InsyaAllah buku ini akn diterbitkan tahun depan..Namun apa yang dikesali beliau ialah, beliau berhajat untuk menemui Natrah lagi kerana beliau sedang menyiapkan bab terakhir buku tersebut. Namun ajal datang menjemput Natrah.

Datin Fatini telah berkesempatan menemurah Mansor Adabi, suami pertama Natrah sehari sebelum Mansor meninggal dunia. Mansor telah menyerahkan sebuah fail yang berkaitan kisah Natrah kepada beliau.. Beliau juga telah menemuramah suami kedua Natrah sewaktu mereka telah pun bercerai.. Beliau juga telah berjaya menemuramah Natrah di Amerika Syarikat....Beliau ada menceritakan bahawa, sebelum beliau berjaya menemuramah Natrah ketika di US, Natrah ada pulang ke tanah Melayu.. Namun Natrah tidak mahu berjumpa dengan beliau mahupun mana-mana wartawan kerana takut dan prejudis beliau terhadap orang-orang Melayu.. Natrah takut jika orang-orang Melayu yang merupakan saudara mara mereka yang terbunuh dan terlibat semasa Tragedi Natrah pada tahun 1950 dahulu akan datang menuntut dendam daripadanya...Natrah sgt takut kerana dia sedar bahawa dialah punca rusuhan itu berlaku suatu ketika dahulu...

Namun, sy yakin, walaupun Natrah berfikiran begitu, orang melayu dan Islam tidak menyimpan dendam sedikit pun pd Natrah..Malah perjuang mereka dahulu adalah pengorbanan dan jihad yang dibanggakan.. Dahulu, orang-orang Melayu Islam tidak gentar langsung untuk membela agama Islam..puncanya kerana seorng islam yang disuruh keluar Islam dan ditukar agamanya.. Ramai yang berani dan lantas bangun untuk menegakkan kemuliaan agama Islam... Namun sedihnya, sekarang ini, dalam pada kita hidup aman makmur bawah Satu Malaysia, masih adakah yang sanggup berkorban nyawa dan seluruh hidup untuk mempertahankan agama...

Sedikit kisah tambahan Natrah, update dr post sy yang lalu... Pada awalnya, konflik terjadi apabila, Ntarah dan keluarga angkatnya dibawa ke mahkamah atas isu hak penjagaan. dan bukan hal agama lagi.. Namun kerana ada masalah teknikaliti, perbicaraan disambung pada hari lain.. Dalam masa sehari selepas perbicaraan pertama tersebut, Che Aminah, ibu angkat Natarah telah mengahwinkan Ntarah dgn Maansor Adabi... Oleh itu, salah seorng hakim pada ketika itu menimbulkan unsur keraguan bahawa perkahwinan terseut hanyalah strategi Che Aminah untuk mendapatkan Natrah...

Kemudian mahkamah bersidang lagi...Pada ketika itu, Mahkamah tidka menggunakan undang -undang Islam tetapi common Law untuk menafikan pernihkahan Mansor Adabi dan Natrah. Ditambah undang-undang Belanda bahawa kanak-kanak perempuan bawah umur (Natrah berumur 13 thn ketika itu) tidak boleh berkahwin melainkan mendapat kebenaran ratu Belanda. Keputusan Mahkamah ini dibuat dalam masa 5 minit perbicaraan...Orang Melayu ketika itu tidak berpuas hati, seolah-olah pihak mahakamah bias dan mereka sebenrnya sprti telah merancang keputusn tersebut..

Natrah dipanggil ke kamar hakim dan ditanya mahu tinggal dengan siapa.. Natrah menjawab Che Aminah..Namun mahkamah menafikan pilihannya atas hujah kebajikan kanak-kanak kerana persekitaran Natrah pada ketika itu ialah keluarga angkatnya.. Mahkamah berpendapat bhw, sekiranya didedahkan dgn persekitaran keluarga asalnya, pasti dia mahu tinggal bersama mereka juga

Kemarahan orang Islam pada ketika itu bertambah lagi selepas Natrah dibawa pulang ke Belanda kerana provokasi sebuah surat khabar Inggeris di Belanda yang memaparkan gambar Natrah melutut di Patung Virgin Mary. Orang Melayu menganggap Natrah telah dipaksa melakukan perkara sedemikian kerana memang Natrah mahu terus kekal dalam agama Islam


Begitulah tmbahan kisah Natrah....Sebuah kisah yang telah dilupakan... Namun sekiranya anda berminat bolehla kita tunggu buku keluaran Datin Fatini utk mengetahui kisah mendalam tragedi Natrah agar menjadi iktibar kepada kita semua


Setiap yang tejadi pasti ada hikmah disebaliknya...sama ada kita mahu berfikir atau pun tidak...Yang pasti, kita harus merenung kembali di mana Islam di hati kita......sejauh mana cinta kita pada Islam......

Tragedi Natrah adalah kisah cinta seluas lautan hidup...cinta orang melayu pada agama...cinta Natrah pada suami dan keluarga angkatnya...Ke mana hilangnya cinta pada agama pada masa kini...adakah telah hilang ditelan tsunami...atau mati terkubur di persimpangan 'globalisasi'
tepuk dada, fikirlah sendiri...

walllahhu a'lam

No comments: