Bismillahhirrahmanirrahim...
sudah lama diri disibuk dengan mehnah dan tribulasi dunia ini...lama benar ada kesempatan untuk duduk dan menulis barang satu dua kata..Allahhu Akbar!! Apakah manusia ini sering kali leka dengan pelbagai urusan dunia yang terkadang ada saja yang sia-sia..
Namun, teringat tentang salah satu hadis antara hadis himpunan imam nawawi dalam bukunya hadith arba'in..hadis yang ke 42 : Allah mengampun segala dosa.
اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاآَانَ مِنْكَ وَلاَ
أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ،
إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا
مَغْفِرَةً
[رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkanAku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau,andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
Antara pengajaran hadis yang tercatat dalam kitab imam nawawi ialah
1) Luasnya rahmat Allah dan belas kasihan Allah yang tidak terbatas
2) Allah menjanjikan ampunan kepada sesiapa yang memohon ampunan daripada Allah dengan syarat tidak mensyirikkan Allah
3) Syirik kepda Allah adalah dosa yang sangat besar dan tidak akan mendapat keampunan daripada Allah
4) Bersangka baiklah kepada Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang lagi Maha Pengampun
Hadis ini seolah-olah Allah ingin memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman bahawa keampunan Allah itu sangat luas. Dalam masa yang sama bukanlah untuk menggalakkan manusia untuk terus menerus melakukan dosa.
Rahmat dan keampunan Allah sangat besar. Ada riwayat yang menyatakan sampai hari kiamat nanti pintu taubat akan terbuka untuk hambanya sampailah masa matahari terbit daripada sebelah barat. para ulama berbincang mengenai frasa 'pintu taubat ' inii dengan lebih terperinci. sebagaimana yang kita tahu, bahawa, peredaraan bumi, matahari, bulan telah menjadikan seolah-olah matahari kelihatan terbit dan tenggelam. Keluasan tempat 'terbit' dan 'tenggelamnya' matahari ini telah dikaji oleh para saintis sejak dahulu lagi. ukur lilit matahari dan sebagainya. Maka telah ditemui bahawa, ruang terbit dan terbenamnya matahari ini adalah seluas 40 ke 70 tahun perjalanan luasnya...betapa besarnya ruang ini. 'pintu taubat' dalam hadis di atas telah dikaitkan dengan tmpt matahari tenggelam dan terbenam. bolehlah kita sama-sama bayangkan bahawa luas dan besarnya rahmat Allah tersebut kepada manusia. bayangkan sudah berapa tahun kita hidup dimuka bumi ini, dan sudah berapa lama Allah memberi dan membuka pintu taubat yang luas itu untuk kita..
Ada ulama juga menyatakan bahawa, rahmat Allah ini ada 100. 1 daripa rahmat Allah ini, telah Allah turunkan dan berikan kepada sekian alam dan makhluk di dunia ini. dan 99 lagi Allah simpan. Lihat saja dunia ini, walau susah dan derita mana pun kita, kita masih ada kawan, keluarga, masih wujud manusia yang sayang-menyayang, yang saling membantu..masih ada ciptaan Allah yang indah seperti laut, langit yang memberi ketenangan kepda kita sewaktu kita kesedihan.. Bayangkan saja rahmat Allah yang masih Allah pegang, khas untuk hamba-hambaNya yang bertaubat.
Dalam kita Riadatussolihin, ada disebut tentang satu hadis yang mahsyur yang dikira, ramai orang pernah mendengar petikan cerita ini. hadis ini merupakan hadis muttafakun alaik, bukhari dan muslim. cerita tentang pembunuh bersiri yang telah membunuh 99 orang dan mencari jalan taubat. cerita ini dikisahkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada sahabat-sahabat. dan peristiwa berkaitan pemuda ini berlaku sebelum zaman nabi lagi.
"Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi S.A.W bersabda, “Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang. Kemudian dia ingin bertaubat. Dicarinya seorang yang paling alim. Lalu ditunjukkan kepadanya seorang ahli ibadah. Dia menyatakan bahawa dia telah membunuh 99 orang. Adakah dia boleh bertaubat? Jawab ahli ibadah itu, “Tidak!”. Lalu dibunuh pula ahli ibadah itu. Kini jumlah orang yang dibunuhnya berjumlah 100 orang.
Kemudian dia mencari orang yang paling alim, maka ditunjukkan kepadanya. Maka beliau menyatakan kepada orang alim itu bahawa dia telah membunuh 100 orang. Apakah dia boleh bertaubat? Jawab orang alim tersebut, “Ya! Sesiapa yang berhajat bertaubat tiada sesiapa yang boleh menghalangnya berbuat demikian. Pergilah kamu ke suatu tempat (diterangkan sifatnya di mana terdapat orang-orang yang taat kepada Allah S.W.T). Beribadahlah bersama mereka dan janganlah kembali ke negerimu kerana negeri itu tempat penjahat.”
Penghujung hadis ini memiliki beberapa jalan penamat yang berbeza daripada periwayat yang berbeza
riwayat 1
ada riwayat menceritakan bahawa jarak lelaki itu dengan kampung terbaik baik yang ditujunya itu cuma tinggal sejengkal lagi dan sudah kelihatan pintu gerbang tempat tersebut. maka malaikat rahmah mengambilnya
riwayat 2
dalam riwaya lain pula, diceritakan bahawa Allah telah memerintahkan bumi untuk melipat-lipatkan dirinya supaya jarah dari tempat kejahatan itu menjadi jauh manakala jarak dengan tempat kebaikan itu menjadi dekat
riwayat 3
ada yang mengatakan bahawa pemuda itu sampai ditengah-tengah antara tempat yang baik dan tempat yang jahat. Namun dada lelaki itu melebihi ke tempat yang baik
Begitulah bukti rahmat Allah yang tidak bertepi....Dalam hadis 42 imam Nawawi data ada petikan yang menyebutkan
يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ
yang bermaksud "Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu'
ulama berkata bahwa, andai dosa manusia ini dapat ditukarkan kepada bentuk fizikal nescaya segala himpunan dosa itu akan memenuhi ruang langit dan bumi ini. Namun Allah berkata bahawa, keampunan Allah itu malah lebih besar daripada itu..MasyaAllah..
marilah kita banyak-banyakkan beristighfar dan memohon ampun..bukan saja utk diri kita tetapi kaum keluarga kita...kerana andai kita memohon doa utk orng lain, malaikat akan mendoakan untuk kita 10 kali ganda...
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment