WARDAHKU................

Friday, 14 November 2008

tenang yg panjang

Serpicahan kaca itu bersepai atas tanah gersang
bingit bunyinya ke hujung dunia
luka jari-jari yg bersentuhan

dalam ketenangan raut wajah, tersimpan seribu satu rahsia abadi
mengapa hidup ini terlalu payah utk dihadap
ada pelbagai tafsiran yg tersembunyi
dan ada secebis kekuatan yg menyuruh terus berdiri dan berlari

namun pabila hati itu sudah lelah
maka jatuh terkulai mencium tanah
tiada derapan kaki berlari
tiada kudrat utk berdiri lagi
menitis dan mengalir air mata jernih
menangisi warna kehidupan

waktu itu, membuatkan aku merindui malam-malamku yg indah
dan mata terpejam merasai dingin mlm
aku bukan manusia gagah
yg mampu melihat dunia dari bermacam kaca mata
aku bukan manusia hebat yang mampu berkata walau dalam duka

kerana aku hanya seorang perempuan yang berjiwa sempit
kaca mataku, kaca mata hati
aku memandang dunia dengan hatiku
aku mengangumi sesuatu dgn penuh hatiku
aku menangisi sesuatu dgn hatiku
aku menyintai sesuatu dgn hatiku
aku mungkin insan yg masih mundur
yg hanya tahu mendahulukan perasaanku
dan aku melihat kegembiraan itu dr benda-benda yg kecil

maka aku menjadi terlalu ingin mengecapi apa yg hatiku ingini
namun, aku belum cukup kuat utk menempuh jalan itu
tak pernah semudah yg aku harapkan

kerana dalam hidupku,
aku cuma mahu hidup bahagia dalam segala erti
salahkah aku mengejar bahagiaku

belum kutahu, lama manakah lagi hayatku
belum kudapat setiap yg aku ingini
andainya semuanya sudah terlambat bg ku nnti
aku harap bahagia ku impi hadir pd insan-insan yg aku sayangi

Ya Tuhan, aku hidup dalam jalan yg panjang
Tersungkur aku pd dugaanMu, Tuhan
Sungguh aku xmampu bertahan lg dalam emosi yg menikam jiwa
aku tidak mahu membinasakan sesiapa
dan aku ingin bertemu dgn bahagia yg selamanya
Tuhan, hadirlah dlm jiwaku
Berikanlah cintaMu pdku
aku dalam ketandusan pengharapan
katakanlah padaku yg aku masih lg di perjalanan
Berikanlah kekuatan utkku kembali berlari dan berjalan
Wahai Tuhan, Engkau sentiasa di sisiku
Namun aku sentiasa melupakanMu
berikanlah keyakinan dalam hatiku..
Agar aku bisa bersama malamku


dan aku ingin terus terbang tanpa mengepakkan sayap
aku ingin terus melayang di langit yg biru
aku ingin sebuah tenang yang panjang
agar air mata ini mengalir sejuk di pipi

No comments: