WARDAHKU................

Saturday, 1 October 2011

syurga seorang isteri

Dengan nama Allah yang Maha suci, dan Allah itulah Maha tinggi...
Hanya pada Allah, tempat menundukkan diri dengan penuh rasa kerdil dan hina atas segala kelemahan diri yang penuh terpalit noda dan dosa..



Allahhu akbar 3x!

Rs sudah lama tidak bernyawa blog ini..setahun mungkin? hampir mungkin...masyaAllah, banyak benar perkara yang berlaku..Ternyata kita manusia hanya mampu menjadi perancang..sehebat mana pun kita dalam merancang namun, apa yang bakal terjadi hanya terletak padaNya.He knows better..

Sudah setahun bahtera perkahwinanku belayar di samudera dunia pinjaman Allah...Sungguh daku bersyukur dikurniakan Allah dgn suamiku yang byk bersabar dgn kekurangan diri ini dan byk memberi sokongan dan dorongan dalam menempuh hidup...Sungguh bahagia rasanya berada dalam kasih dan sayang seorang suami yg sgt memahami diri ini..MasyaAllah..Suamiku adalah sahabat baikku..bila terpaksa berjauhan untuk tahun terakhir sebagai seorang pelajar perubatan, dipisahkan dgn benua dan lautan, united kingdom dan malaysia, dgn masa yg berbeza, benar-benar menguji ketabahan hatiku..MasyaAllah..tidak pernah rasa perit dan pedih seperti ini ya Allah..Allah, sesungguhnya tempat seorang isteri adalah di sisi suami..dan tidak sabar rsnya, ingin pulang ke tanah air bertemu dgn suamiku yang tercinta..br dpt mengenal diri sndri, bhw sukarnya utk meniti hari-hari ini tanpa suamiku di sisi..Maka Ya Allah, hanya doa mohon pertolongan, pimpinan,lindungan drMu yg dpt ku pohon





Dan setiap kali ku telaah buku 'Wahai wanita, jadikan dirimu bidadari syurga' yang kubeli bersama suami, setiap kali kali itu, titisan air mata bakal jatuh ke pipi. Sungguh banyaknya salah silapku terhadap suamiku..banyaknya lagi yg perlu kubaiki sbg isteri..apakah bandingannya diri ini dgn bidadari syurga yang telah Allah ciptakan utk suami yg soleh yang setia menanti..Allah,jauhnya beza dgn diriku....


Oleh itu wahai sang ister, ingin daku berpesan kepada mu (terutama diriku),


Allah telah hadiahkan kamu insan yang mengasihimu, yg menjagamu zahir dan batin, yang menyayangi keluargamu, yang selalu mengajakmu utk kebaikan, yang bersabar dgn kerenahmu, yang bekerja keras utk mencari rezeki buatmu dan keluarga.....


Maka janganlah kamu mengungkit2 akan kebaikanmu padanya..Kerana ianya amat dicela..Jangan kamu mengadu domba keburukannya pada org ramai kerana itu sgtlah terhina..jangan kamu sakiti hatinya, kerana kamu akan dicerca bidadari syurga..


Ukirkanlah senyum selalu untuknya dan senangkan hatinya tatkala memandangmu..Peliharalah dirimu dan maruahmu hanya utk suamimu..lembutkan tutur bicaramu utk suamimu..hiasilah dirimu,kecantikanmu hanya utk tatapannya..


Seandainya ada waktu yang kamu merasa susah, letih dan payah, ingatlah dan ingatlah..syurga seorang isteri itu adalah pada suaminya..lapangkan hatimu, kerana Allah pasti mengurniakanmu ganjaran yang berlipat kali ganda....


sabda Nabi SAW " Sebaik-baik perempuan adalah isteri yang jika kamu memandangnya, ia akan membahagiakanmu,jika kamu menyurhnya ia akan mentaatimu, jika kamu pergi dia akan menjaga harta dan harga dirimu"




Wallahhu'alam

No comments: