Assalamualaikum warahmatullah..... segala puji itu hanya untuk Allah yang Maha Sempurna
This is probably my last entry kt blog ni buat setakat ini..rs diri ingin melakukan penghijrahan ke blog baru bersama suami yang dikasihi..Tapi blog ini tidak akan pula ditutup.
Sila follow blog kami yang baru 24/7:The World As We See It Boleh klik
Sila like page facebook kami :Kenali Rasulullah Melalui Hadis..Utk sama2 kita pelajari sunnah Nabi melalui Syamail Muhammadiyah Imam Tirmizi.. Boleh klik
Manx cat-tail-less cat I would like to share something about Isle of Man (a self governed British crown dependency).a part from beautiful scenery, Masya Allah, lovely people and tourist attraction island, one unique thing about it is Manx Cat.. Manx stand for Isle of Man btw..
Manx cat adalah kucing istimewa tmpt ni, dan kucing ini tidak berekor. bkn sbb org potong ekor die, tp die mmg xberekor..kucing ini dipercayai mula hidup atas muka bumi Allah ni sejak tahun 1700..ada org kate 1800..selain tiada ekor, Manx cat mempunyai kaki belakang yg lebih panjang dr kaki depan..Ini terjadi kerana genetic mutation dalam species ini..
Ada beberapa legend circulate dikalangan masyarakat di sini ttg kucing ini for why they are tail-less...antaranya ialah: Noah closed the door to his arc on a cat’s tail, which cut the tail off. Malah mereka ada poem utk ini
Said the Cat, and he was a Manx, Oh, Captain Noah wait! I’ll catch the mice to give you thanks And pay for being late! So the Cat got in, but Oh, His tail was a bit too slow! Legend kedua pula mengatakan bahawa species ini adalah hasil daripada kacukan arnab dan kucing..sbb manx cat hops alot mcm rabbit.. Legend ketiga pula kata, person on the Isle of Man ran over a cats tail with a motorcycle, since there are a lot of motorcycles on the island. Some say that when the Manx cat went to the Isle of Man, that they were considered an offspring of an ancient goddess and are considered sacred. Some people also on the Isle of Man say that cats have a king of their own, and that it is one of the Manx cats. The cat lives an ordinary life as a normal house cat by day and at night he assumes the regal powers he was born to have, and if the cat owner is mean to the King of the Manx cats, then they will be punished and have his revenge.
Sekarang ni, Manx cat sudah ssh dijumpai...menghampiri zaman kepupusannya..malah ada breeders yg just cut off the tail when kucing tu dilahirkan tanpa ada medical support menyebabkan kucing tersebut menderita dan ada nerve damage, infection dan sbgnya...
Dari segi perangai, Manx cat sgt playful, intelligence and kadang2 dikatakan ada bizzare behavior dan kadang2 boleh behave like a dog...forexample kalau baling small thing, kucing ni akan lari tgkap bende tu mcm dog selalu buat..Selain tu, Manx cat sgt suka human..sbb tu ramai nk ambil manx cat sbg pet di rumah...
Another thing is, ada sesetengah species Manx cat yang sgt suka air unlike ordinary cat yang xleh renjis air sket pun..Manx cat suka main air..therefore, diorg senang la dicuci dan dimandikan..
Manx cat syndrome
Oleh kerana berlaku genetic mutation yang menyebabkan ekor mereka ini terlampau pendek, berlaku beberapa masalah kesihatan dlm species ini...antaranya ialah the shortened of their spine..dan menyebabkan spinal cord damage that leads to more probs such as bowel, bladder and etc.20% of manx cat yg ade masalah ini dan jangka hayat plg lama dicatatkan ialah 5 thn..manakala manx cat yg tidak mengalami masalah ini dikatakan mampu hidup sehingga mid to upper teens..which is quite long compare to normal cat...
Dengan nama Allah yang Maha suci, dan Allah itulah Maha tinggi... Hanya pada Allah, tempat menundukkan diri dengan penuh rasa kerdil dan hina atas segala kelemahan diri yang penuh terpalit noda dan dosa..
Allahhu akbar 3x!
Rs sudah lama tidak bernyawa blog ini..setahun mungkin? hampir mungkin...masyaAllah, banyak benar perkara yang berlaku..Ternyata kita manusia hanya mampu menjadi perancang..sehebat mana pun kita dalam merancang namun, apa yang bakal terjadi hanya terletak padaNya.He knows better..
Sudah setahun bahtera perkahwinanku belayar di samudera dunia pinjaman Allah...Sungguh daku bersyukur dikurniakan Allah dgn suamiku yang byk bersabar dgn kekurangan diri ini dan byk memberi sokongan dan dorongan dalam menempuh hidup...Sungguh bahagia rasanya berada dalam kasih dan sayang seorang suami yg sgt memahami diri ini..MasyaAllah..Suamiku adalah sahabat baikku..bila terpaksa berjauhan untuk tahun terakhir sebagai seorang pelajar perubatan, dipisahkan dgn benua dan lautan, united kingdom dan malaysia, dgn masa yg berbeza, benar-benar menguji ketabahan hatiku..MasyaAllah..tidak pernah rasa perit dan pedih seperti ini ya Allah..Allah, sesungguhnya tempat seorang isteri adalah di sisi suami..dan tidak sabar rsnya, ingin pulang ke tanah air bertemu dgn suamiku yang tercinta..br dpt mengenal diri sndri, bhw sukarnya utk meniti hari-hari ini tanpa suamiku di sisi..Maka Ya Allah, hanya doa mohon pertolongan, pimpinan,lindungan drMu yg dpt ku pohon
Dan setiap kali ku telaah buku 'Wahai wanita, jadikan dirimu bidadari syurga' yang kubeli bersama suami, setiap kali kali itu, titisan air mata bakal jatuh ke pipi. Sungguh banyaknya salah silapku terhadap suamiku..banyaknya lagi yg perlu kubaiki sbg isteri..apakah bandingannya diri ini dgn bidadari syurga yang telah Allah ciptakan utk suami yg soleh yang setia menanti..Allah,jauhnya beza dgn diriku....
Oleh itu wahai sang ister, ingin daku berpesan kepada mu (terutama diriku),
Allah telah hadiahkan kamu insan yang mengasihimu, yg menjagamu zahir dan batin, yang menyayangi keluargamu, yang selalu mengajakmu utk kebaikan, yang bersabar dgn kerenahmu, yang bekerja keras utk mencari rezeki buatmu dan keluarga.....
Maka janganlah kamu mengungkit2 akan kebaikanmu padanya..Kerana ianya amat dicela..Jangan kamu mengadu domba keburukannya pada org ramai kerana itu sgtlah terhina..jangan kamu sakiti hatinya, kerana kamu akan dicerca bidadari syurga..
Ukirkanlah senyum selalu untuknya dan senangkan hatinya tatkala memandangmu..Peliharalah dirimu dan maruahmu hanya utk suamimu..lembutkan tutur bicaramu utk suamimu..hiasilah dirimu,kecantikanmu hanya utk tatapannya..
Seandainya ada waktu yang kamu merasa susah, letih dan payah, ingatlah dan ingatlah..syurga seorang isteri itu adalah pada suaminya..lapangkan hatimu, kerana Allah pasti mengurniakanmu ganjaran yang berlipat kali ganda....
sabda Nabi SAW " Sebaik-baik perempuan adalah isteri yang jika kamu memandangnya, ia akan membahagiakanmu,jika kamu menyurhnya ia akan mentaatimu, jika kamu pergi dia akan menjaga harta dan harga dirimu"
sudah lama tidak menulis atau berkongsi ilmu di ruang maya ini...masyaAllah, telah kalah dengan kesibukan duniawi yang melampau....
dan dalam kesibukan itu kadang-kadang kita mungkin saja tertipu dengan buaian syaitan dan terlupa kita pada matlamat sebenar kita di muka bumi ini....saban kali kita kalah dengan permainan ini, saban kali jua kita akan memohon ampun dari Yang Maha Esa. tapi tidak hairan jua, saban kali itu juga kita ulangi kembali kesilapan silam..Allahhu akbar!
oleh itu, sebagai mengingatkan diri sendiri, ingin ku mulakan dengan prinsip yang perlu ditanam dalam hati oleh setiap insan yang bergelar dirinya MUSLIM...
ayat yang ingin dikongsi ialah dari surah An-Nisa ayat ke 59... Firman Allah
maksudnya:
" Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulul amri ( pemegang kuasa) diantara kamu. Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu maka kembalilah kepada Allah (Al-quran) dan Rasul( sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya"
sebab nuzul ayat ini ada diceritakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang menceritakan beberapa peristiwa di mana berlaku perselisihan antara sahabat pada zaman Nabi dahulu tentang beberapa perkara.
oleh itu, Allah menurunkan ayat ini dalam erti kata memberi ketetapan jua panduan, waimma apa jua perselisihan atau perbezaan pendapat yang tercetus, segalanya perlulah merujuk kepada ketaatan kepada Allah, ketaatan kepada Rasul dan ulul amri...rujuk semula kepada Al-quran dan as-sunnah..nescaya hasilnya akan lebih baik dari yang kita jangka..
oleh itu, ingin saya berkongsi tafsir ayat ini dengan lebih jelas lagi supaya kita semua dapat memahami apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan
1) Taat kepada Allah 2) Taat kepada Rasul 3) Taat kepada ulul amri
Huraian tafsir yang bakal saya kongsikan ialah daripada Tafsir ibn Kathir dan Tafsir Al-azhar...
Sekiranya dalm kehidupan kita seharian sama ada sebagai seorang pelajar, anak, sahabat, suami atau isteri dan juga sebagai ahli masyarakat serta pendokong dakwah islamiyah, ketiga-tiga prinsip ini harus kita hadam dan faham dengan sebenar-benarnya supaya kita tidak tersilap langkah dan jadilah kita pak turut yang tidak tahu apa hujung apa pangkalnya..
Malah, Allah telah janjikan dalam ayat tersebut juga, asalkan kita benar mengikuti apa yang telah Allah katakan, maka kita akan dapat kebaikan yang lebih yang mungkin selama ini tidak pernah kita terfikir...Jika sebaliknya pula, kita tidak mengikuti apa yang telah disyariatkan Allah, rugilah kita, dan kemudharatan lah yang bakal kita terima instead of kebaikan...
Namun, dalam memahami perintah Allah ini, harus kita teliti dengan baik, apakah maksud yang ingin Allah sampaikan dengan pensyariatan ini...Ayuh kita mulakan dengan konsep taat kepada Allah.
1) Taat kepada Allah
Taat kepada Allah beerti kita tidak boleh tidak, kita perlu patuh pada perintah Allah dengan mengamalkan isi kitab suci Al-quran.. Setiap ajaran dan larangan wajib kita turuti..Seandainya ada saja perkara yang tidak kita patuhi atau kita berbuat sebaliknya, beerti, kita belum lagi taat kepada Allah dengan sepenuhnya..
Selain itu, konsep taat kepada Allah bermaksud melaksanakan hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah sekalipun hati rasa berat, tidak pula merasa sesuai dengan keinginan dan kehendak peribadi sendiri..ini kerana, setiap apa yang telah Allah perintahkan itu, ada terkandung kemaslahatannya dan apa yang telah Allah larang itu terkandung kemudharatannya...
ulasan peribadi:
Namun sedar tak sedar, dewasa ini, banyak perkara yang kita pilih mengikut citarasa kita serta keinginan dan kehendak peribadi dan terus mengabaikan apa yang Allah kehendaki...Kita hukum manusia dengan hukuman hand made sendiri sebab kita rasa hukum Allah garis tu, mcm kurang sesuai saja..memandai saja kita rasa hukum Allah kurang sesuai..ataupun sebab kita rasa ooh, ini bukan cara yang aku suka.aku tidak akan mendapat benefit dari ini..maka kita ubah dan kita canggah dari apa yang Allah mahu....
adakah sebenarnya, kita tidak yakin dengan janji Allah?...kan Allah sudah kata, Allah akan berikan masalahat yang lebih baik untuk kita andai kita ikut perintahNya..tapi kita masih jua tidak percaya...Bukankah Allah itu sentiasa menepati janjiNya..
2) Taat kepada Rasul
Konsep taat kepada Rasul membawa maksud, mengiuti ajaran yang telah dibawa oleh Rasul kerana Rasul adalah pembawa amanat dari Allah. dan amanat Allah ini jatuh kepada segenap manusia di atas muka bumi ini..
dan amanat-amanat Allah itu tercatat dengan jelas dalam Al-quran serta hadis-hadis qudsi... dan Allah juga memerintahkan kita untuk mengikuti dan mematuhi Rasul kekasihNya..oleh itu, harus kita contohi Rasulullah dalam segenap ruangan hidup kita dalm setiap perkara yang kita lakukan harus kita ikuti sunnahnya...
ulasan peribadi:
sunnah nabi itu sungguh banyak dan luas untuk kita pelajari..dan banyak iktibar dan panduan yang boleh kita dapati daripadanya...Namun, ada jua insan yang masih mengucapkan tidak tahu apa nabi buat..nabi dah tidak ada mcm mana nk tgk contoh....sayang sungguh bila kudengar jawapan itu...bukankah dalam hadis telah diceritakan dengan banyaknya kisah nabi, amalan-amalan nabi untuk kita turuti...kalau tidak masakan ahli-ahli hadis mendedikasikan hidup mereka khas untuk meneliti beribu-ribu hadis yang ada untuk kita jadikan rujukan pada hari ini. oleh itu, jangan jadikan alasan tidak ada rujukan..
kemudian ada pula alasan, kami, bukan budak sekolah agama, mana kami tahu..kami xpnh belajar hadis ni....ini alasan yang lagi tidak boleh saya terima....tolonglah jangan jadikan alasan itu untuk membela dan menyedapkan hati mu untuk mengatakan kamu tidak tahu tentang nabi..kerana alasan itu sebenarnya adalah ilham dari syaitan durjana..dan andai kamu jadikan alsan itu prinsip kamu, maka kamu telah tewas dan termakan dengan hasutan syaitan...zaman moden sekarang ini, lagi luas cabang dan cara yang terbentang untuk mencari ilmu, mencari hadis, mencari kisah-kisah nabi..kalau takut tersalah sumber, jangan risau....ustaz-ustaz yang kita tahu autorotinya, zaman sekarang ini sudah pun mempunyai blog, laman untuk memuatkan buku-buku yang sahih, audio-audio ceramah dan sebagainya...malah, kalau ada apa-apa soalan siap boleh email terus mereka untuk bertanya dan ada juga yang memberi nombor telefon untuk di sms dan sebagainya...ha, apa alasan lagi nk bagi..sebenarnya, semua benda sudah ada depan mata, sama ada mahu atau tak mahu saja untuk berusaha..jadi, jgnlah gunakan alasan-alasan syaitan itu...sakit telinga dan sakit hati juga mendengarnya..Astaghfirullah..Auzubilahhi minasyaithanirrajim....jauhkanlah kami dari syaitan yang direjam..
3) Taat kepada ulul amri
Konsep ini membawa maksud untuk patuh kepada ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh pemegang kekuasaan. Orang-orang yang memegang kuasa( merujuk kepada kitab tafsir) ialah pemerintah, penguasa, alim ulama dan pemimpin-pemimpin. Apabila mereka telah sepakat dalam sesuatu hal, maka wajib kita untuk turuti dan melaksanakannya tetapi dengan SYARAT.
SYARATnya ialah perintah tu tidak bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan Allah dalam Al-quran..dan tidak bercanggah dengan perintah dan agama Allah. Kalau tidak demikian halnya maka: pertama kita tidak wajib untuk melaksanakan perintah itu. dan kedua bahkan kita WAJIB untuk menentangnya kerana tidak dibenarkan seseorang itu taat dan patuh kepada sesuatu yang merupakan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.
Ini kerana sabda Nabi SAW <!--[if gte mso 9]>Normal0falsefalsefalseEN-USX-NONEX-NONEMicrosoftInternetExplorer4 لاطاعة لمخلوق في معصية الخالق
"Tidak ( dibenarkan) taat kepada makhluk didalam hal-hal yang merupakan maksiat kepada Khalik ( Allah)"
ulasan peribadi:
Tepuk dada tanya diri sendiri..berapa banyak kemungkaran yang telah kita saksikan dengan mata kepala sendiri dan berapa banyak pula usaha kita untuk menghalangnya..atau pernahkah kita ada lintasan hati pun untuk menghalang kemungkaran itu dari terus menerus menular...jangan nk diharapkan bangkit berjuang dengan tangan, kaki dan badan..mulut pun berat untuk berbicara paling kurang nak berikan kefahaman yang sebenar kepada kawan-kawan, ahli keluarga dan sebagainya.takut dikata alim sangat dan sebagainya....maka dalam hati saja lah kita duk berjuang..Allah....dan itulah iman yang paling lemah...
Sebut tentang iman paling lemah ni, kita kena juga selalu beringat..kita selalu salah tafsir hadis tersebut, bila hadis mengatakan
" apabila kamu melihat kemungkaran, maka tegahlah dengan tangan. Kalau tidak boleh, tegahlah dengan lisan..kalau tidak boleh juga tegahlah dengan hati.dan itu lah selemah-lemah iman"
kita punya kesalahan dalam menafsir hadis ini ialah, so xpe lah, tegah dgn hatinya..kira ok la..takpe la iman yang paling lemah..kita bukan ustaz...masyaAllah brothers and sisters!!!!wake up!!
ini lah penyakit masyarakat..dah seronok dalam comfort zone...sampai bila kita nak ok dengan selemah-lemah iman itu..dari kita baligh sampai dah tua nnti kah? asyik, ada iman paling lemah saja...tidak ada kemajuan dalam diri namanya..malah, sebenarnya iman paling lemah ni lah iman yang paling bahaya dalam diri kita..kenapa?? sebabnya, kalau lah kita sudah asyik biasakan diri kita dengan iman paling lemah for a long time, takut-takut lama-lama iman paling lemah tu pun dah xlarat, dn takut tercabut terus iman itu.nauzubillah...
i give u satu analogi...tayar kereta...kita compare iman yang lemah ni, dengan tayar kereta yang sudah tidak ada bunga...ok,bayangkan, kita punya kereta ni, 4 tayar sudah haus..tapi, oleh kerana rasa selesa dh, xpelah, asalkan boleh jalan, xpayahlah tukar...nnti abis duit pulak, makan masa pulak nk p tukar tayar kat kedai..maka kita pun pakai sajalah tayar tu..kalau sebulan dua masih ok la lagi kan...tapi kalau kita pakai saja lagi, dari setahun ke dua tahun ke tiga tahun...lepas tu, jalan bukan semua ada tar..kalau kita balik kampung ka, ada lalu batu kerikil, tanah merah dan sebagainya..tu belum lagi cuaca..kadang-kadang time panas selamat lagi..kalau time hujan, jalan plak jadi licin..tambah kalau kat lebuh raya, ada angin melintang..lepas tu ada signboard awas! gajah melintas! ha, agak-agak lama mana tayar yang sudah tidak bunga itu mampu bertahan? bukan saja membahayakan diri sendiri malah membahayakan orang lain kan..
Begitu juga lah iman yang lemah....makin lama kalau kita tidak perbaharui, iman itu mungkin saja akan tercabut terus...rugilah kita...malah kita akan bawa kerugian kepada ahli keluarga, masyarakat dan agama...kerana kita tidak dapat menyumbangkan kebaikan dan perubahan ke arah redha Allah untuk bawa family dan masyarakat ke arah tersebut...kita bahayakan diri kita dan orang lain jua...jangan sampai di akhirat kelak, diri kita, keluarga kita serta masyarakat menuntut hak mereka dari kita....nauzubillah min zalik
4) dan yang akhirnya..seandainya sesuatu perselisihan itu, tidak dapat dicapai kata sepakatnya, maka harus kembali kepada Al-quran dan as-sunnah..jika tidak ada haruslah dicari persamaan atau diqiaskan untuk mencapai kata putus..dan setentunyalah , mereka yang boleh dan layak untuk melakukan qias cumalah mereka yang berilmu pengetahuan dalam yakni alim ulama