WARDAHKU................

Saturday, 18 December 2010

Aku adalah seorang pejuang Islam

Allahhu akbar!! Allahhu akbar!! Allahhu akbar!!
Allah lebih Maha mengetahui, Maha pengasih lagi Maha penyayang..Rahmat Ilahi sesungguhnya tiada tepi dan tebingnya...

Dan aku adalah seorang pejuang Islam..ingin aku terus menjadi pejuang Islam...tetapkanlah hatiku utk terus berjuang...


Tatkala sedang makan2 bersama Dr. Zawani, kak dayah, kak dibah, asma dan afiqah, suami yang tersayang menghantar satu text msg yang sungguh pendek, tapi membuatkan tgnku menggeletar, perkataan pertama yang terucap separuh ingin menjerit ialah 'Ya ALLAH!'

text tersebut berbunyi
'syg, mas afzal dah meninggal pagi tadi'





Innalillahhi wainna ilaihi raji'un...siapakah mas afzal, sehinggakan namanya disebut-sebut tak henti2 sejak dari dulu sehingga kini..dia bukan seorang jutawan muda, tokoh majalah remaja, atau apa2 saja yang dikepoh2kan dalam dunia hedonisme kini...tapi beliau disisi kami, yang telah menjadi saksi perjalanan hidupnya, beliau adalah pejuang Islam yang tiada erti kalah dalam kamusnya...

walau beliau di uji sewaktu bergelar pelajar tahun akhir perubatan yang ada beberapa bulan saja lagi akan menduduki exam terakhir dengan penyakit lymphoma, xprnh pula keluar dr mulut beliau ketika menyampaikan ceramah, tazkirah,kuliah subuh ketika program2, perkataan2 yang berunsur rungutan, keluhan dan apalah nasib...

namun yang terkeluar dari mulut beliau ialah kata-kata hebat seorang pejuang Islam...senyuman walaupun dalam kesakitan tetap terukir di bibir...walaupun tidak berkenalan rapat dgn beliau, namun bagaimana aura beliau singgah di hati rata-rata sahabat yang pernah mendengar nama atau mengenali beliau..

Gugur seorang pejuang dari muka bumi Allah...ternyata Allah lebih menyayangi hambaNya....wahai pejuang Islam seantero dunia yang lain!!!ayuh bangun, dan laungkan Allahhu akbar!!!!!ayuh mara langkahmu dgn penuh keimanan!!!ayuh kita tegakkan kembali Islam pujaan!! ayuh kita teruskan perjuangan ini sampai kita juga bergelar syuhada!!!ayuh, jgn hentikan larian langkahmu, deruan kuda2mu...ayuh mara kita ke depan...mencari syurga Allah yang abadan abada.....

Ya Allah, tempatkanlah mas afzal di tempat orang-orang yang solih...kerana hidupnya, tiada yang kami nampak dgn mata kami, kecuali kebaikan, ketinggian budi dan kegigihannya menyebarkan agamaMu..sesungghnya Engkau lebih Mengetahui....aminnnn....

site ke blog mas:http://masafzal.blogspot.com/
site ke blog saifulislam: http://saifulislam.com/

No comments: