WARDAHKU................

Wednesday 21 April 2010

Surah-surah yang dianjurkan amalan


Membaca Al-quran adalah salah satu ibadat yang paling utama yang telah dianugerahkan Allah kepada kita. Malah Allah telah berjanji memberikan ganjaran yang besar kepada hambanya yang mengamalkan bacaan Al-quran. seperti yang telah difirmankan Allah dalam Surah Fathir ayat 29 dan 30


ertinya " Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah, mendirikan sembahyang dan membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak pernah rugi. Agar Tuhan mencukupkan pahala mereka serta menambahkan mereka dari kurniaanNya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Pembalas."

Malah Nabi S.A.W pernah bersabda yang matannya berbunyi
" Ibadah umatku yang amat utama ialah membaca Al-Quran."

Kadang-kadang hati kita dilandah gelombang gundah gulana, rasa tidak tenang, rasa terlampau banyak dosa menggunung tinggi, ambillah wudhu' dan bacalah kalimah Tuhanmu yang indah ini. Kerana setiap kalimah yang dibaca adalah penawar yang sangat berharga.. Malah tidak akan sia-sia pun si pembaca kerana ganjaran pahala yang telah dianugerahkan Allah.



Kita juga selalu mendengar amalan-amalan surah tertentu yang sering dibacakan saban hari. Andai selama ini, kita belum tahu dari mana munculnya amalan tersebut, maka selepas membaca artikel ini, insyaAllah sudah tahu di akhirnya.. Seandainya sudah tahu, ayuhlah tingkatkanl lagi kefahaman dan keingatan terhadap dalil-dalil ini supaya amalan yang kita buat itu lebih bermakna dan tidak sia-sia.

oleh itu, saya ingin menyentuh beberapa surah pada hari ini.Berikut adalah dalil berkaitan dengan fadhilat dan amalan surah.

1. surah kahfi. سورة الكهف


Antara dalil yang tersebut antaranyaa membacasurah kahfi pada hari jumaat dan malamnya.
Hadis Nabi SAW berbunyi
" Siapa yang membaca surah al-kahfi, nescaya diampunkan dosanya hingga kehari jumaat yang hadapan, dan dipanjangkan cahaya dari tumitnya menjulang ke atas langit"

Dalam riwayat yang lain pula, Nabi saw bersabda:

عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الخُذْرِيّ قَالَ مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

Diriwayatkan dari Abi Said Al-Khudri, ia berkata, Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka Allah SWT akan menyinarinya dengan cahaya antara dia dan rumah yang penuh dengan keindahan. (Sunan Ad-Darimi, 3273)

Malah, dalam riwayat yang lain juga ada menceritakan tentang fadhilat membaca ayat 10 terawal daripada surah Al-kahfi

Dari Abu Darda ra, Rasulullah r bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشَرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ


“Barangsiapa yang menghapal sepuluh ayat dari awal surah Al-Kahfi maka ia akan terlindung dari (gangguan dan fitnah) dajjal.” [H.R. Muslim]


2.Surah Al-Baqarah سورة البقرة

Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:- “Bacalah Al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. BacalahZahrawain, iaitu surah Al-Baqarah dan Ali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah Al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)." - (Muslim)


إن الشيطان ينفر من البيت التي يقرأ فيه سورة البقرة. رواه مسلم

“Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surat Al-Baqarah.: (riwayat Muslim).


3. Surah Al-mulk سورة الملك

Sabda Nabi SAW
" Surah Al-Mulk adalah surah yang mengandungi berbagai manfaat dan yang menyelamatkan manusia dari azab kubur.



4.Surah Ad-Dukhan سورة الدخان

sabda Nabi SAW
" sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada malam arinya nescaya ia akan diampunkan Tuhan pada waktu paginya"



Dipetik dari Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman. apa yang penting, niatnya perlu betul..Jangan membaca al-quran sebab nk menunjuk-menunjuk kepada orang seolah-olah dia alim, atau sbb suaranya sedap melampau...Malah, jaga-jaga jangan pula jadikan membaca Al-quran itu sebagai penyebab dosa, seperti kalau ada orang tengah solat dalam bilik tu, jangan pula kita pergi dan membaca quran dengan suara yang lantang sampai mengganggu solat sahabat..

dan yang paling utama, Al-quran melaknat orang yang membaca Al-quran tetapi tidak mengamalkan isi kandungannya.

wallahhu 'alam..

4 comments:

Anonymous said...

thanks akak..
dpt input yg bguna..

Irnie said...

salam perkenalan.. :) mencari lalu dibawa ke sini..

Anonymous said...

sesuatu yang bernilai untuk di kongsi! Thanks

Anonymous said...

syukran kerana berkongsi ilmu..mohon share