WARDAHKU................

Friday, 22 January 2010

hidup pentas sandiwara

Hidup ini sebuah perjalanan yang panjang..Adakala kita diuji dengan pelbagai keadaan dan cara. Adakala kita dihidangkan dengan kemanisan dan kebahagiaan.Adakala kita menanggung sebuah penderitaan. dan air mata mengalir membasahi sebuah perjalanan..

Ada masa terasa kaki payah untuk melangkah. ada masa kita gagah menapak.dalam setiap ruang perjalanan itu, cuma kita yang tahu siapakah kita sebenarnya. kita mungkin masih boleh tertawa dalam sendu. atau kita masih boleh menangis dalam gembira. tapi kita saja yang tahu apa dalam benak sanubari ini.

Mereka berkata, hidup ini satu sandiwara. benarkah hidup ini satu sandiwara. Pentas lakonan sebuah cerita. Pelakonnya adalah kita.Penghujngnya bakal tiba. Pengarahnya adalah Yang Maha Esa..Hidup sebuah sandiwara..

Dalam pentas ini, kita disinggah dengan perasaan cinta. Tidak kira kepada siapa cinta itu. Cinta itu ada, datang, sama ada bertamu lama, atau sekadar singgah menyapa. mungkin kisah pementasan itu, sehebat kisah cinta Tenggelamnya Kapal Van Wijck atau Di bawah lambaian Kaabah..atau mungkin, cuma cerita biasa didengar manusia. Namun pada siapa cerita itu paling berharga? walau tiada nilai di sisi manusia yang lainnya...cerita itu berharga pada si dia yang sanubarinya tersemai benih cinta itu..si dia yang hatinya berkecai dengan dengan kehampaan...si dia yang merasa tiap satu daripadanya..bukan kita..

terkadang jua, kita disapa dengan kedukaan yang tidak dirancang. kita dirundung pilu yang menikam kalbu. Pemergian orang yang selama ini ada di depan mata. atau kerana sesuatu yang kita impi tidak kesampaian malah berlaku sebaliknya. nah, bakal kita lihat pelbagai reaksi manusia. ada antara kita jatuh tersungkur menyembah bumi mengadu apakah nasib ini yang menimpa diri. ada antara kita sudah lupa apa tujuan dan apa carian dalam perjalanan ini. ada juga antara kita yang jatuh tersungkurnya itu cuma sebuah permulaan kepada sebuah keberanian yang tak dapat kau duga dan kau ukur dengan ukuran dunia. cuma hanya dia, yang tahu.

pentas sandiwara...ada penyesalan, ada kemarahan, ada kebahagiaan...pada waktu kita merasakan bahawa kta lah manusia paling malang atas muka bumi ini, jangan lupa ,kawan, ada manusia lebih merana dari apa yang dikau tanggung sekarang. apa yang dirimu lalui hanyalah secebis daripada carikan kertas kisah duka daripada kamus duka dunia zaman berzaman. sakit yang dikau rasa cuma lah serpihan duri kecil yang bersepahan di tepi jalan yang panjang ini..

dan ada antara kita, yang pementasannya, kisah sandiwara ini, tidak lama..sebentar cuma berbanding yang lain. pementasan itu berakhir pada waktu yang mungkin tidak pernah dijangka, dalam keadaan yang tidak pernah diduga. mungkin kita akan terpinga dan terduduk terpana. terfikir apakah ini sebuah ilusi atau sesuatu yang nyata..


ingat kawan, ingin daku berpesan..tidak kiralah andai hidup ini satu sandiwara, satu perjalanan mahu pun satu pementasan.. kita yang melalui dan mengemudi bahtera kehidupan ini. kita yang merasa dan terasa. bangunlah dari lena dan mimpi yang panjang..kerana setiap perjalanan atau pementasan ini, menghala ke titik penamatnya...jangan sampai kita mash dalam keadaan terlena lagi tatkala kita sampai ke titik akhirnya..

kita adalah kita. yang membesar dalm dunia. belajar dari setiap perkara agar kita tidak menjadi sia-sia..manusia lain boleh berkata-kata.dan kita tiada hak untuk menghalang mereka. namun cuma kita saja yang tahu, adakah kita sudah menjadi orang yang berguna dari sebelumnya..

hidup dalam pentas sandiwara..hidup adalah sebuah kembara. pelayaran di sebuah samudera..nun di sana, hujung pandangan mata, adalah titik akhirnya..

Tuesday, 5 January 2010

Snow: Kelas cancel, surgery cancel



Cuti winter yang 2 minggu cuma berlalu macam tu saja. xterasa langsung setiap saat yang berlari pergi meninggalkan diri ini yang masih dalam keadaan baru bgn dari lena selepas mendapat suntikan anaesthesia.

Sekarang tiba pula musim exam yang xsabar-saba nak menjengah ruang hidupku..sabar-sabar..masih holiday mood nih. dan lebih sehari dua, salji mula mengganas di manchester.. sampaikan sekolah-sekolah, universiti di tutup kerana tiada kenderaan yang boleh melalui jalan dengan selamat katanya...

Pagi semalam, kelas kt hospital mula pukul 8 pagi.. Maka kami meredah salji ke hospital utk haematology teaching..da sesampai di sana, cuma ada lecturer tu saja.. dan kami 4 orang pelajar muslim, malaysia...huhuh...


Daripada berpulu-puluh surgery yang ada dlm rota surgery kt department of anesthesia tu, hanya tinggl 3-5 theatre saja yang digunakan.. Sebab lebih kurang 20 org anaesthetist xturn up kat hospital semalam...

Hari ni, hari rabu, university hantar emel lagi, yang univesity akan ditutup lagi.. dalam hati xnafi ada perasaan gembira sket..hehe..sbb kalo x ari ini, terpaksa travel jauh, naik satu bas, kemudian jalan kaki selama 30 minit ke GP yang terletak jauh dari kawasan ini..ditambah dengan kesejukan yang menggigit ni, tak terdaya kumenanggung walaupun pada pandangan mataku salji itu sungguh suci dan menginsafkan. namun, kadang-kadang boleh jadi mara bahaya.

Banyak jalan-jalan ditutup.M6 greater manchester south bound jugak ditutup, jalan liverpool jgk ditutup dan banyak lagi sbb snow.. ada yag ditutup sbb berlaku kemalangan.. Sungguh mengerikan apabila sahaat2 ada menceritakan kemalangan yang berlaku kepada seorang pejalan kaki yang dilanggar sebuah lori..nauzubillah.....

Pbl mateku, Karl dan khalis pun duk seronok cerita, xpnh jadi lagi mcm ni seingt diorg waktu diorg kecik2...Tapi yang paling kelakarnya, si karl ni bercerita betapa orang international ni jakun betul tgk snow. sampai ketuk pintu rmh die, mintk tlg die amik gmbr diorg bersama snow.. ishishish..maka, berbunyilah suara kami bdk2 malaysia ni, yela, mane pnh ktrg ada snow kt negara ktrg..haha...

Begitulah kebesaran Allah yang maha esa...ada perkara yang diluar jangkaan kita..dan setiap perkara yang berlaku itu ada sebab musababnya...kita rasa sesuatu perkara yang bertentangan dengan kehendak dan hajat kita itu sebagai bala dan bencana, siapa tahu sebenarnya ia adalah rahmat daripda Allah swt. Teringat seseorang pernah perkata, semua bala itu adalah rahmat kecuali bala neraka..