Manx cat-tail-less cat I would like to share something about Isle of Man (a self governed British crown dependency).a part from beautiful scenery, Masya Allah, lovely people and tourist attraction island, one unique thing about it is Manx Cat.. Manx stand for Isle of Man btw..
Manx cat adalah kucing istimewa tmpt ni, dan kucing ini tidak berekor. bkn sbb org potong ekor die, tp die mmg xberekor..kucing ini dipercayai mula hidup atas muka bumi Allah ni sejak tahun 1700..ada org kate 1800..selain tiada ekor, Manx cat mempunyai kaki belakang yg lebih panjang dr kaki depan..Ini terjadi kerana genetic mutation dalam species ini..
Ada beberapa legend circulate dikalangan masyarakat di sini ttg kucing ini for why they are tail-less...antaranya ialah: Noah closed the door to his arc on a cat’s tail, which cut the tail off. Malah mereka ada poem utk ini
Said the Cat, and he was a Manx, Oh, Captain Noah wait! I’ll catch the mice to give you thanks And pay for being late! So the Cat got in, but Oh, His tail was a bit too slow! Legend kedua pula mengatakan bahawa species ini adalah hasil daripada kacukan arnab dan kucing..sbb manx cat hops alot mcm rabbit.. Legend ketiga pula kata, person on the Isle of Man ran over a cats tail with a motorcycle, since there are a lot of motorcycles on the island. Some say that when the Manx cat went to the Isle of Man, that they were considered an offspring of an ancient goddess and are considered sacred. Some people also on the Isle of Man say that cats have a king of their own, and that it is one of the Manx cats. The cat lives an ordinary life as a normal house cat by day and at night he assumes the regal powers he was born to have, and if the cat owner is mean to the King of the Manx cats, then they will be punished and have his revenge.
Sekarang ni, Manx cat sudah ssh dijumpai...menghampiri zaman kepupusannya..malah ada breeders yg just cut off the tail when kucing tu dilahirkan tanpa ada medical support menyebabkan kucing tersebut menderita dan ada nerve damage, infection dan sbgnya...
Dari segi perangai, Manx cat sgt playful, intelligence and kadang2 dikatakan ada bizzare behavior dan kadang2 boleh behave like a dog...forexample kalau baling small thing, kucing ni akan lari tgkap bende tu mcm dog selalu buat..Selain tu, Manx cat sgt suka human..sbb tu ramai nk ambil manx cat sbg pet di rumah...
Another thing is, ada sesetengah species Manx cat yang sgt suka air unlike ordinary cat yang xleh renjis air sket pun..Manx cat suka main air..therefore, diorg senang la dicuci dan dimandikan..
Manx cat syndrome
Oleh kerana berlaku genetic mutation yang menyebabkan ekor mereka ini terlampau pendek, berlaku beberapa masalah kesihatan dlm species ini...antaranya ialah the shortened of their spine..dan menyebabkan spinal cord damage that leads to more probs such as bowel, bladder and etc.20% of manx cat yg ade masalah ini dan jangka hayat plg lama dicatatkan ialah 5 thn..manakala manx cat yg tidak mengalami masalah ini dikatakan mampu hidup sehingga mid to upper teens..which is quite long compare to normal cat...
Dengan nama Allah yang Maha suci, dan Allah itulah Maha tinggi... Hanya pada Allah, tempat menundukkan diri dengan penuh rasa kerdil dan hina atas segala kelemahan diri yang penuh terpalit noda dan dosa..
Allahhu akbar 3x!
Rs sudah lama tidak bernyawa blog ini..setahun mungkin? hampir mungkin...masyaAllah, banyak benar perkara yang berlaku..Ternyata kita manusia hanya mampu menjadi perancang..sehebat mana pun kita dalam merancang namun, apa yang bakal terjadi hanya terletak padaNya.He knows better..
Sudah setahun bahtera perkahwinanku belayar di samudera dunia pinjaman Allah...Sungguh daku bersyukur dikurniakan Allah dgn suamiku yang byk bersabar dgn kekurangan diri ini dan byk memberi sokongan dan dorongan dalam menempuh hidup...Sungguh bahagia rasanya berada dalam kasih dan sayang seorang suami yg sgt memahami diri ini..MasyaAllah..Suamiku adalah sahabat baikku..bila terpaksa berjauhan untuk tahun terakhir sebagai seorang pelajar perubatan, dipisahkan dgn benua dan lautan, united kingdom dan malaysia, dgn masa yg berbeza, benar-benar menguji ketabahan hatiku..MasyaAllah..tidak pernah rasa perit dan pedih seperti ini ya Allah..Allah, sesungguhnya tempat seorang isteri adalah di sisi suami..dan tidak sabar rsnya, ingin pulang ke tanah air bertemu dgn suamiku yang tercinta..br dpt mengenal diri sndri, bhw sukarnya utk meniti hari-hari ini tanpa suamiku di sisi..Maka Ya Allah, hanya doa mohon pertolongan, pimpinan,lindungan drMu yg dpt ku pohon
Dan setiap kali ku telaah buku 'Wahai wanita, jadikan dirimu bidadari syurga' yang kubeli bersama suami, setiap kali kali itu, titisan air mata bakal jatuh ke pipi. Sungguh banyaknya salah silapku terhadap suamiku..banyaknya lagi yg perlu kubaiki sbg isteri..apakah bandingannya diri ini dgn bidadari syurga yang telah Allah ciptakan utk suami yg soleh yang setia menanti..Allah,jauhnya beza dgn diriku....
Oleh itu wahai sang ister, ingin daku berpesan kepada mu (terutama diriku),
Allah telah hadiahkan kamu insan yang mengasihimu, yg menjagamu zahir dan batin, yang menyayangi keluargamu, yang selalu mengajakmu utk kebaikan, yang bersabar dgn kerenahmu, yang bekerja keras utk mencari rezeki buatmu dan keluarga.....
Maka janganlah kamu mengungkit2 akan kebaikanmu padanya..Kerana ianya amat dicela..Jangan kamu mengadu domba keburukannya pada org ramai kerana itu sgtlah terhina..jangan kamu sakiti hatinya, kerana kamu akan dicerca bidadari syurga..
Ukirkanlah senyum selalu untuknya dan senangkan hatinya tatkala memandangmu..Peliharalah dirimu dan maruahmu hanya utk suamimu..lembutkan tutur bicaramu utk suamimu..hiasilah dirimu,kecantikanmu hanya utk tatapannya..
Seandainya ada waktu yang kamu merasa susah, letih dan payah, ingatlah dan ingatlah..syurga seorang isteri itu adalah pada suaminya..lapangkan hatimu, kerana Allah pasti mengurniakanmu ganjaran yang berlipat kali ganda....
sabda Nabi SAW " Sebaik-baik perempuan adalah isteri yang jika kamu memandangnya, ia akan membahagiakanmu,jika kamu menyurhnya ia akan mentaatimu, jika kamu pergi dia akan menjaga harta dan harga dirimu"
sudah lama tidak menulis atau berkongsi ilmu di ruang maya ini...masyaAllah, telah kalah dengan kesibukan duniawi yang melampau....
dan dalam kesibukan itu kadang-kadang kita mungkin saja tertipu dengan buaian syaitan dan terlupa kita pada matlamat sebenar kita di muka bumi ini....saban kali kita kalah dengan permainan ini, saban kali jua kita akan memohon ampun dari Yang Maha Esa. tapi tidak hairan jua, saban kali itu juga kita ulangi kembali kesilapan silam..Allahhu akbar!
oleh itu, sebagai mengingatkan diri sendiri, ingin ku mulakan dengan prinsip yang perlu ditanam dalam hati oleh setiap insan yang bergelar dirinya MUSLIM...
ayat yang ingin dikongsi ialah dari surah An-Nisa ayat ke 59... Firman Allah
maksudnya:
" Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulul amri ( pemegang kuasa) diantara kamu. Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu maka kembalilah kepada Allah (Al-quran) dan Rasul( sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya"
sebab nuzul ayat ini ada diceritakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang menceritakan beberapa peristiwa di mana berlaku perselisihan antara sahabat pada zaman Nabi dahulu tentang beberapa perkara.
oleh itu, Allah menurunkan ayat ini dalam erti kata memberi ketetapan jua panduan, waimma apa jua perselisihan atau perbezaan pendapat yang tercetus, segalanya perlulah merujuk kepada ketaatan kepada Allah, ketaatan kepada Rasul dan ulul amri...rujuk semula kepada Al-quran dan as-sunnah..nescaya hasilnya akan lebih baik dari yang kita jangka..
oleh itu, ingin saya berkongsi tafsir ayat ini dengan lebih jelas lagi supaya kita semua dapat memahami apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan
1) Taat kepada Allah 2) Taat kepada Rasul 3) Taat kepada ulul amri
Huraian tafsir yang bakal saya kongsikan ialah daripada Tafsir ibn Kathir dan Tafsir Al-azhar...
Sekiranya dalm kehidupan kita seharian sama ada sebagai seorang pelajar, anak, sahabat, suami atau isteri dan juga sebagai ahli masyarakat serta pendokong dakwah islamiyah, ketiga-tiga prinsip ini harus kita hadam dan faham dengan sebenar-benarnya supaya kita tidak tersilap langkah dan jadilah kita pak turut yang tidak tahu apa hujung apa pangkalnya..
Malah, Allah telah janjikan dalam ayat tersebut juga, asalkan kita benar mengikuti apa yang telah Allah katakan, maka kita akan dapat kebaikan yang lebih yang mungkin selama ini tidak pernah kita terfikir...Jika sebaliknya pula, kita tidak mengikuti apa yang telah disyariatkan Allah, rugilah kita, dan kemudharatan lah yang bakal kita terima instead of kebaikan...
Namun, dalam memahami perintah Allah ini, harus kita teliti dengan baik, apakah maksud yang ingin Allah sampaikan dengan pensyariatan ini...Ayuh kita mulakan dengan konsep taat kepada Allah.
1) Taat kepada Allah
Taat kepada Allah beerti kita tidak boleh tidak, kita perlu patuh pada perintah Allah dengan mengamalkan isi kitab suci Al-quran.. Setiap ajaran dan larangan wajib kita turuti..Seandainya ada saja perkara yang tidak kita patuhi atau kita berbuat sebaliknya, beerti, kita belum lagi taat kepada Allah dengan sepenuhnya..
Selain itu, konsep taat kepada Allah bermaksud melaksanakan hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah sekalipun hati rasa berat, tidak pula merasa sesuai dengan keinginan dan kehendak peribadi sendiri..ini kerana, setiap apa yang telah Allah perintahkan itu, ada terkandung kemaslahatannya dan apa yang telah Allah larang itu terkandung kemudharatannya...
ulasan peribadi:
Namun sedar tak sedar, dewasa ini, banyak perkara yang kita pilih mengikut citarasa kita serta keinginan dan kehendak peribadi dan terus mengabaikan apa yang Allah kehendaki...Kita hukum manusia dengan hukuman hand made sendiri sebab kita rasa hukum Allah garis tu, mcm kurang sesuai saja..memandai saja kita rasa hukum Allah kurang sesuai..ataupun sebab kita rasa ooh, ini bukan cara yang aku suka.aku tidak akan mendapat benefit dari ini..maka kita ubah dan kita canggah dari apa yang Allah mahu....
adakah sebenarnya, kita tidak yakin dengan janji Allah?...kan Allah sudah kata, Allah akan berikan masalahat yang lebih baik untuk kita andai kita ikut perintahNya..tapi kita masih jua tidak percaya...Bukankah Allah itu sentiasa menepati janjiNya..
2) Taat kepada Rasul
Konsep taat kepada Rasul membawa maksud, mengiuti ajaran yang telah dibawa oleh Rasul kerana Rasul adalah pembawa amanat dari Allah. dan amanat Allah ini jatuh kepada segenap manusia di atas muka bumi ini..
dan amanat-amanat Allah itu tercatat dengan jelas dalam Al-quran serta hadis-hadis qudsi... dan Allah juga memerintahkan kita untuk mengikuti dan mematuhi Rasul kekasihNya..oleh itu, harus kita contohi Rasulullah dalam segenap ruangan hidup kita dalm setiap perkara yang kita lakukan harus kita ikuti sunnahnya...
ulasan peribadi:
sunnah nabi itu sungguh banyak dan luas untuk kita pelajari..dan banyak iktibar dan panduan yang boleh kita dapati daripadanya...Namun, ada jua insan yang masih mengucapkan tidak tahu apa nabi buat..nabi dah tidak ada mcm mana nk tgk contoh....sayang sungguh bila kudengar jawapan itu...bukankah dalam hadis telah diceritakan dengan banyaknya kisah nabi, amalan-amalan nabi untuk kita turuti...kalau tidak masakan ahli-ahli hadis mendedikasikan hidup mereka khas untuk meneliti beribu-ribu hadis yang ada untuk kita jadikan rujukan pada hari ini. oleh itu, jangan jadikan alasan tidak ada rujukan..
kemudian ada pula alasan, kami, bukan budak sekolah agama, mana kami tahu..kami xpnh belajar hadis ni....ini alasan yang lagi tidak boleh saya terima....tolonglah jangan jadikan alasan itu untuk membela dan menyedapkan hati mu untuk mengatakan kamu tidak tahu tentang nabi..kerana alasan itu sebenarnya adalah ilham dari syaitan durjana..dan andai kamu jadikan alsan itu prinsip kamu, maka kamu telah tewas dan termakan dengan hasutan syaitan...zaman moden sekarang ini, lagi luas cabang dan cara yang terbentang untuk mencari ilmu, mencari hadis, mencari kisah-kisah nabi..kalau takut tersalah sumber, jangan risau....ustaz-ustaz yang kita tahu autorotinya, zaman sekarang ini sudah pun mempunyai blog, laman untuk memuatkan buku-buku yang sahih, audio-audio ceramah dan sebagainya...malah, kalau ada apa-apa soalan siap boleh email terus mereka untuk bertanya dan ada juga yang memberi nombor telefon untuk di sms dan sebagainya...ha, apa alasan lagi nk bagi..sebenarnya, semua benda sudah ada depan mata, sama ada mahu atau tak mahu saja untuk berusaha..jadi, jgnlah gunakan alasan-alasan syaitan itu...sakit telinga dan sakit hati juga mendengarnya..Astaghfirullah..Auzubilahhi minasyaithanirrajim....jauhkanlah kami dari syaitan yang direjam..
3) Taat kepada ulul amri
Konsep ini membawa maksud untuk patuh kepada ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh pemegang kekuasaan. Orang-orang yang memegang kuasa( merujuk kepada kitab tafsir) ialah pemerintah, penguasa, alim ulama dan pemimpin-pemimpin. Apabila mereka telah sepakat dalam sesuatu hal, maka wajib kita untuk turuti dan melaksanakannya tetapi dengan SYARAT.
SYARATnya ialah perintah tu tidak bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan Allah dalam Al-quran..dan tidak bercanggah dengan perintah dan agama Allah. Kalau tidak demikian halnya maka: pertama kita tidak wajib untuk melaksanakan perintah itu. dan kedua bahkan kita WAJIB untuk menentangnya kerana tidak dibenarkan seseorang itu taat dan patuh kepada sesuatu yang merupakan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.
Ini kerana sabda Nabi SAW <!--[if gte mso 9]>Normal0falsefalsefalseEN-USX-NONEX-NONEMicrosoftInternetExplorer4 لاطاعة لمخلوق في معصية الخالق
"Tidak ( dibenarkan) taat kepada makhluk didalam hal-hal yang merupakan maksiat kepada Khalik ( Allah)"
ulasan peribadi:
Tepuk dada tanya diri sendiri..berapa banyak kemungkaran yang telah kita saksikan dengan mata kepala sendiri dan berapa banyak pula usaha kita untuk menghalangnya..atau pernahkah kita ada lintasan hati pun untuk menghalang kemungkaran itu dari terus menerus menular...jangan nk diharapkan bangkit berjuang dengan tangan, kaki dan badan..mulut pun berat untuk berbicara paling kurang nak berikan kefahaman yang sebenar kepada kawan-kawan, ahli keluarga dan sebagainya.takut dikata alim sangat dan sebagainya....maka dalam hati saja lah kita duk berjuang..Allah....dan itulah iman yang paling lemah...
Sebut tentang iman paling lemah ni, kita kena juga selalu beringat..kita selalu salah tafsir hadis tersebut, bila hadis mengatakan
" apabila kamu melihat kemungkaran, maka tegahlah dengan tangan. Kalau tidak boleh, tegahlah dengan lisan..kalau tidak boleh juga tegahlah dengan hati.dan itu lah selemah-lemah iman"
kita punya kesalahan dalam menafsir hadis ini ialah, so xpe lah, tegah dgn hatinya..kira ok la..takpe la iman yang paling lemah..kita bukan ustaz...masyaAllah brothers and sisters!!!!wake up!!
ini lah penyakit masyarakat..dah seronok dalam comfort zone...sampai bila kita nak ok dengan selemah-lemah iman itu..dari kita baligh sampai dah tua nnti kah? asyik, ada iman paling lemah saja...tidak ada kemajuan dalam diri namanya..malah, sebenarnya iman paling lemah ni lah iman yang paling bahaya dalam diri kita..kenapa?? sebabnya, kalau lah kita sudah asyik biasakan diri kita dengan iman paling lemah for a long time, takut-takut lama-lama iman paling lemah tu pun dah xlarat, dn takut tercabut terus iman itu.nauzubillah...
i give u satu analogi...tayar kereta...kita compare iman yang lemah ni, dengan tayar kereta yang sudah tidak ada bunga...ok,bayangkan, kita punya kereta ni, 4 tayar sudah haus..tapi, oleh kerana rasa selesa dh, xpelah, asalkan boleh jalan, xpayahlah tukar...nnti abis duit pulak, makan masa pulak nk p tukar tayar kat kedai..maka kita pun pakai sajalah tayar tu..kalau sebulan dua masih ok la lagi kan...tapi kalau kita pakai saja lagi, dari setahun ke dua tahun ke tiga tahun...lepas tu, jalan bukan semua ada tar..kalau kita balik kampung ka, ada lalu batu kerikil, tanah merah dan sebagainya..tu belum lagi cuaca..kadang-kadang time panas selamat lagi..kalau time hujan, jalan plak jadi licin..tambah kalau kat lebuh raya, ada angin melintang..lepas tu ada signboard awas! gajah melintas! ha, agak-agak lama mana tayar yang sudah tidak bunga itu mampu bertahan? bukan saja membahayakan diri sendiri malah membahayakan orang lain kan..
Begitu juga lah iman yang lemah....makin lama kalau kita tidak perbaharui, iman itu mungkin saja akan tercabut terus...rugilah kita...malah kita akan bawa kerugian kepada ahli keluarga, masyarakat dan agama...kerana kita tidak dapat menyumbangkan kebaikan dan perubahan ke arah redha Allah untuk bawa family dan masyarakat ke arah tersebut...kita bahayakan diri kita dan orang lain jua...jangan sampai di akhirat kelak, diri kita, keluarga kita serta masyarakat menuntut hak mereka dari kita....nauzubillah min zalik
4) dan yang akhirnya..seandainya sesuatu perselisihan itu, tidak dapat dicapai kata sepakatnya, maka harus kembali kepada Al-quran dan as-sunnah..jika tidak ada haruslah dicari persamaan atau diqiaskan untuk mencapai kata putus..dan setentunyalah , mereka yang boleh dan layak untuk melakukan qias cumalah mereka yang berilmu pengetahuan dalam yakni alim ulama
Allahhu akbar!! Allahhu akbar!! Allahhu akbar!! Allah lebih Maha mengetahui, Maha pengasih lagi Maha penyayang..Rahmat Ilahi sesungguhnya tiada tepi dan tebingnya...
Dan aku adalah seorang pejuang Islam..ingin aku terus menjadi pejuang Islam...tetapkanlah hatiku utk terus berjuang...
Tatkala sedang makan2 bersama Dr. Zawani, kak dayah, kak dibah, asma dan afiqah, suami yang tersayang menghantar satu text msg yang sungguh pendek, tapi membuatkan tgnku menggeletar, perkataan pertama yang terucap separuh ingin menjerit ialah 'Ya ALLAH!'
text tersebut berbunyi 'syg, mas afzal dah meninggal pagi tadi'
Innalillahhi wainna ilaihi raji'un...siapakah mas afzal, sehinggakan namanya disebut-sebut tak henti2 sejak dari dulu sehingga kini..dia bukan seorang jutawan muda, tokoh majalah remaja, atau apa2 saja yang dikepoh2kan dalam dunia hedonisme kini...tapi beliau disisi kami, yang telah menjadi saksi perjalanan hidupnya, beliau adalah pejuang Islam yang tiada erti kalah dalam kamusnya...
walau beliau di uji sewaktu bergelar pelajar tahun akhir perubatan yang ada beberapa bulan saja lagi akan menduduki exam terakhir dengan penyakit lymphoma, xprnh pula keluar dr mulut beliau ketika menyampaikan ceramah, tazkirah,kuliah subuh ketika program2, perkataan2 yang berunsur rungutan, keluhan dan apalah nasib...
namun yang terkeluar dari mulut beliau ialah kata-kata hebat seorang pejuang Islam...senyuman walaupun dalam kesakitan tetap terukir di bibir...walaupun tidak berkenalan rapat dgn beliau, namun bagaimana aura beliau singgah di hati rata-rata sahabat yang pernah mendengar nama atau mengenali beliau..
Gugur seorang pejuang dari muka bumi Allah...ternyata Allah lebih menyayangi hambaNya....wahai pejuang Islam seantero dunia yang lain!!!ayuh bangun, dan laungkan Allahhu akbar!!!!!ayuh mara langkahmu dgn penuh keimanan!!!ayuh kita tegakkan kembali Islam pujaan!! ayuh kita teruskan perjuangan ini sampai kita juga bergelar syuhada!!!ayuh, jgn hentikan larian langkahmu, deruan kuda2mu...ayuh mara kita ke depan...mencari syurga Allah yang abadan abada.....
Ya Allah, tempatkanlah mas afzal di tempat orang-orang yang solih...kerana hidupnya, tiada yang kami nampak dgn mata kami, kecuali kebaikan, ketinggian budi dan kegigihannya menyebarkan agamaMu..sesungghnya Engkau lebih Mengetahui....aminnnn....
site ke blog mas:http://masafzal.blogspot.com/ site ke blog saifulislam: http://saifulislam.com/
bumi manchester sudah mula terasa dingin.....ada bibit-bibit frost mula munculkan diri di atas bumbung-bumbung kereta....garam ditabur di mana-mana utk mencairkan air atas jalan raya....
Semester ni berlalu sudah dgn pantas...sungguh tak kusangka...terasa banyak perkara dan pengalaman yang sangat berharga yang membawa byk pengajaran dalam hidup sepanjang semester ni...
Attachment kt psychiatric ward plg byk kenangan berharga...xpernah pun tahu selama ini bahawa, diri ini sgt suka berbual dgn pesakit schizophrenia,bipolar dan sebagainya.....it can take me hours beborak ngn diorg..i love the most so far..
rs kagum dan kasihan dgn nasib yang menimpa diri mereka..nauzubillah min za lik....teringt salah sorg patient yang baru pertama kali dtg utk berjumpa doktor di hospital..dan kebetulan ada students pulak dlm consultant room..she keep saying yang die dgr voices tgh bercakap kpd die, berkenaan die.....n kadang rs rs org pegang die...so ini adalah gabungn auditory and tactile hallucination....n tetibe saja, doktor yang tgh duk tanya soalan mintk diri utk keluar bilik consultation..maka tinggal si pesakit dan medical students...maka, berpalinglah pesakit itu kepada students ni ( including me) ...lalu bertanya sambil menunjuk ke arah siling dan mata memandang dgn liar...can you the voices...tell me can you hear them ? n diriku yang tetibe je ringan pulak mulut ni nk menjawab...."im very sorry we cant hear the voice..very sorry" Lalu pesakit itu terus meninggikan suara" why do you have to pretend??why do you pretending not hearing them?Liar" Allahhu akbar.......
kecut rs perut..takut kne terkam pn ade...nasib baikla, sang doktor kembali ke bilik semula....kasihan beliau....ternyata trauma dalam hidup yang di lalui pesakit tersebut menghantui dirinya hingga kini...
rs bersyukur dalam ke hadrat Ilahi......
Lagi terasa di hati bila dgr crita seorang manusia ini, yang juga mempunyai masalah yang lebih kurang sama dgn pesakit sebelum ini, yang merupakan seorang lelaki yang beragama Islam....beliau telah di siksa oleh tentera Israel sewaktu beliau di Palestin.....dan beliau telah di abuse secara sexual oleh tentera Israel.....mak,ayah,adi, abang kne bunuh dpn mata..bergenang air mataku bila beliau bercerita..Allahhu akbar......tiada siapa boleh imagine kepedihan dan siksa yang dilalui....hingga akhirnya tewas dia dgn trauma dan tekanan..dan Allah uji dgn penyakit schizop.........
Rugi dan silap byklah diri, kalau setiap kali, n tiap2 hari slps balik dari attachment kt hospital, kalau tiada rs bersyukur dgn nikmat Tuhan yang telah diberikan kpdku, suamiku yang tercinta, mama n abah yang sgt ku sayangi dan cintai, adikku yang sorg saja yang kumiliki yang kusayang......Allah, lindungilah kami...dan selamatkanlah kami semua.....
Alhamdulilah..syukur dan pujianku utk MU,Allah.....
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang lagi Maha Pencinta.......
*sigh* MasyaAllah, lama sudah masa berlalu rupanya.....dalam sedetik saja, hidup kita boleh berubah.....
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, dalam setiap rintangan dan ujian yang Allah hantarkan ada rahmat disebalik setiapnya.....
Pertamanya, gembira dan bersyukur tidak terkata kerana akhirnya, majlis perkahwinanku berlangsung dengan lancar pada bulan 8 yang lalu...Alhamdulillah.....
Walau ada saja pelbagai dugaan di tengah2 proses, namun kerana bantuan Allah, berkat doa semua pihak, bantuan dr semua keluargaku yang tercinta, mama, abah, adik, saudara maraku yang byk sgt membantu, dan juga sahabat2 serta adik2 usrahku, yang sanggup dtg membantu pada hari kenduri....MasyaAllah..jazakumullahhu khairan kasiiiiiirr, yang mampu daku ucapkan..doa dr kami semoga anda semua di rahmati dan diberkati Allah......
Allah itu Maha Adil dan Pengasih..kerana tatkala manusia dalam kegembiraan dunia, Allah akan dtgkan sedikit ujian dan peringatan supaya aku tidak terus lupa dgn matlamat sbnr penciptaan manusia..
selang seminggu dua slps kenduri, kami semua dikejutkan dgn musibah yang menimpa, Wa Dan, bapa saudaraku yang sulung,yang lebih dikenali sbg ustaz osman di kawasn tempat tinggl beliau...beliau diserang stroke yang menyebabkan sebelah badan lumpuh dan ada kesukaran utk bercakap serta swallowing...namun Alhamdulillah, Wa sudah semakin sembuh sekarang...
kemudian, sebaik pulang ke UK, terdengar pula berita bencana di Perlis.. Perlis di landa banjir...habis rumah2 di kampungku,tanah tempat jatuh dan bangunku......sedih rasanya, xdpt berada di sisi keluarga utk membantu...namun , jihad dan panggilan Allah, utk menuntut ilmu telah ku sahut dan akan terus kudukung....Alhamdulillah, semuanya selamat sudah.....
kemudian, tiba pula berita yang paling mengejutkan, dan merentap hatiku...selama seminggu terasa seperti terawang-awangan, rs tidak percaya dgn berita yang sampai melalui sms oleh mama....cikgu hasmadi sudah pulang ke rahmatullah........innalillah......insan yang sgt aku look up to, n respect.....akhirnya Allah sudah ada aturan dan ketentuannya....guru yang mengajarku dr sekolah rendah ( sekolah kebangsaan kampong salang), yang tak pernah putus hunbungn bukan setakat guru dan pelajar, tapi kawan rapat dgn ku sehingga ke hari ini.... Beliau adalah insan istimewa...tanya saja sesiapa yang menjadi anak muridnya..tak kira la dari kelas mana pun, pertama, kedua dan ketiga...everyone loved him.....guru bahasa melayu....tapi, kelasnya, tidak pernah bosan sedikit pun....yes,sgt bersetuju dgn tulisan adikku di blognya, yang cikgu madi ni so special..kalau waktu sekolah rendah, cikgu xmasuk kelas kita hepi..tp, if cikgu madi, jgn ckp xmasuk kelas, if lewat 2 minit pun, akan berbondong2 pelajar pergi ke bilik beliau ajak masuk kelas.....he was amazing.....
he's the one yang mengajarku menjadi kawan karib kepada kamus dewan seawal aku di darjah 5...i was always trying to be the best in his class, to get his attention....dia yang mula mengajarku, utk give reason utk setiap ucapan dan perbuatan yang terucap....convince him, he said.... n yes, tiap hari, die akan challenge student, f anyone boleh mengenal pasti kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh guru besar semsa ucapannya sewaktu perhimpunan pagi......
he was the one who encourage me, to participate in syarahan,debat bahasa melayu sewaktu di sekolah menengah.....n turn out to be, debat, adalah memori plg manisku sepanjang hidupku......
satu lagi perkara besar yg dipengaruhi cikgu madi ke atas diri ini ialah, ping pong...started playing secara main-main waktu darjah 4 or 5...tiap2 petng lps elas fardhu ain, p main pinpong ngn cikgu madi n cikgu hasnol...mula dr itu, pngong jd permainan favourite sampai ke bangku uni...time sekolah menengah, pernah wakil sekolah,tp xpnh lps peringkat zon pun kt negeri sembilan tu, sbb player lain, semuenye ialah protege malaysia utk permainan nih...huhuh..kemudian kt kolej mara banting...main jgk wakil kolej..n kt uni of manchester jgk for notts game......walaupun xsehebat mana, xpnh pun boleh smpai peringkt kebangsaan ke, or wakil malaysia ka, but it is my big pieces of my life......
namun xpnh daku sempat bgtau cikgu, yg cikgu adalah sumber inspirasi hidup..cikgu pergi dulu......walau pun sempat melwat cikgu kt pusat dialisis kangar dlu, waktu cikgu di masukkan ke hospital kerana heart attack dan kidney failure, sy xmampu nk ckp apa2 pun bila duduk depan cikgu......bila waktu tu, air mata sy mengalir laju...mengalir tak henti2......cikgu ckp kt saya, jangan nangis,dalila...jgn nangis........how could i stop srying when u said that,cikgu..how could i.....sy dh cuba utk ctrl diri sebelum masuk ward, utk xnangis...i was so shocked to see what happenned to u that time....dan air mata tu cikgu, xboleh di tahan lagi...maafkan sy cikgu...sy tau sy xpatut wat mcm tu......n waktu mama, mama yg mulakan bicara dgn cikgu, tanya khabar cikgu...n cikgu pandang sy, cikgu ckp, selepas mcm2 terjadi kt sy, lps satu heart attack ke satu heart attack, lps muntah2 darah dn sebagainya, dalila, sy pernah, sy pernah putus asa......tapi alhamdulillah, hari ni sy redha dn terima hakikat yg terjadi..dan selagi sy mampu, sy akan hadapinya......cikgu makin kurus sgt3...bruising everywhere....n when i told u sy nk kawin dh....cikgu senyumm...cikgu kata Alhamdulillah...semoga semua selamat....tahniah,dalila...sy mintak mungkin sy xdpt nk p kenduri awk.....sy doa semua selamat..kata cikgu....n slps kahwin, sy ngn suami, n adik nk p melawat cikgu....tp cikgu tiada..sy tanya nurse, die ckp, cikgu di transfer kt dialis tmpt lain...jd, sy hanya buat phone call, utk bercakap ngn cikgu...cikgu kata, xpa, kita jumpa lain kali,insyaaAllah...kalau kita xjumpa lagi, cikgu doakan semua selamat......
itu kali terakhir suara cikgu yg ku dengar..walau cikgu tgh menahan kesakitan, cikgu asyik berlakon macho n cool...siap boleh berlawak jenaka lagi........cikgu, semoga roh cikgu tenang di negera sana....semoga cikgu digolongkan dalam golongan yang bahagia di sana...kerana cikgu manusia yang sgt baik...jasa cikgu mendidik anak2 murid cikgu, sgt besar..n yg keluar dr mulut cikgu adalah nasihat dan pendapat cikgu utk lihat anak2 murid cikgu berjaya..
kalau dlu, bila sy n adik, n abah n mama, wat mkn2, bbq ka, cikgu akan dtg rmh, join kami bergelak ketawa...sekarang, semuanya hanya tinggal kenangan............
ingin daku mengungkapkan seribu satu kata penuh makna tanda terima kasihku pada kalian mendidik dan mengajar diri ini erti kehidupan....
dalam perjalanan yang penuh dengan ranjau dan cabaran, luka dan kepedihan, ditempuhi bersama walau dalam kepayahan
saat duka dan susahku, kalian ada sbg teman..ingin daku berkongsi dengan kalian, saat suka ku..
ingin daku menjemput kalian semua, ke hari yang sangat bermakna buat diri ini, Majlis Perkahwinan ku pada 24 July ini..INSYAALLAH
boleh lawati web ini :
http://mohdlatiffi-nurdalila.weddingkami.com/
kehadiran sekalian sgt dihargai...maaf atas segala salah dan silap..
kenang dan sebut daku dalam doa mu.........
Thursday, 20 May 2010
Salam alaik.... Jualan mega datang lagi!! Khas buat kaum muslimat....
Dari 14 Deramore Street, kami ingin menawarkan barangan keperluan muslimat seperti brooches, handsock, tudung dan stocking dengan harga berpatutan buat anda...
Berikut adalah antara barangan yang kami tawarkan
Tudung
bidang 55
warna-putih, biru, blueblack, brownish
harga-5 pds
Handsock
warna- brown, biru muda, biru cair, pink cair
mempunyai renda2 dihujungnya
harga- 1.50 pds each
Brooches
pelbagai warna dan design
ada yang berpasangan dan ada yang solo
range harga dari 50 pence ke 2 pds
Stocking
warna-hitam dan brown
knee high level
made in syrian
Andai anda berminat untuk 1) membeli 2) melihat dengan lebih dekat 3) menempah 4) bertanya dengan lebih lanjut
boleh hubungi : nurdalila sahidan no phone 07889458034 emel:mainmind9@yahoo.com atau facebook
boleh juga dtg ke rmh 14 Deramore Street, Rusholme, Manchester
free delivery service is provided dalam lingkungan kawasan yang reachable by stagecoach atau magic bus sahaja
Salam alaik...kali ini, saya nk berkongsi tentang kitab baru pulak. kalau sebelum ni, sy pernah bercerita tentang beberapa kitab lain yang saya rs sgt bermanfaat untuk dibaca dan dijadikan rujukan.sebagai starter untuk kalian semua mencari salinan asal kitab tersebut dan menghadamkannya.yang sebelum ini telah saya tulis kt sini cuma cebisan-cebisan dan petikan kecil daripada kitab-kitab tersebut dan ulasan dari pemahaman saya sendiri.Antara kitab yang pernah saya ceritakan ialah Kitab syamail Tirmizi, Kitab Riadus solihin, kitab nasihat agama dan wasiat iman, Hidup Ibadat,Kitab Muhimmah, dan sebagainya lagi..sudah tak ingat. Ini cumalah perkongsian saja, dan sesungguhnya saya bukan lah orang yang layak untuk menafsir dan menterjemah apatah lagi syarah kitab-kitab ini.
Namun, selayang pandangan mata ini, rasanya, sangat rugi seandainya kita tidak cuba mengenali penulis-penulis Islam yang hebat di luar sana dan hasil tulisan mereka serta mendalami caband-cabang ilmu yang sangat luas.Penulis-penulis seperti imam ghazali, hasan al-banna, mustafa masyhur dan ramai lagi Masya Allah, tak mampu saya senaraikan semua di sini.
Namun suka saya memanjangkan pesanan Imam Tirmizi sewaktu membaca hasil tulisan atau buku-buku khususnya dan menunut ilmu umumnya, ilmu yang ditimba itu katanya, janganlah sekadar tujuan menuntutnya hanya sekadar menambah bilangannya, tetapi sebar luaskan, sampaikan kepada orang disekelilingmu dan ilmu yang baik itu, amalkan lah sebaiknya.
oleh itu kali ni saya teringin nak berkongsi kitab yang seterusnya iaitu kitab talbis iblis karangan Ibn al-Jauzi. sudah lama proses mencari kitab talbis iblis dalam bahasa melayu..penerokaan dunia siber yang belum mendapatkan hasil yang dicari. Namun yang terjumpa kitab terjemahan ke dalam bahasa Inggeris dan juga audio kuliah syarah kitab ini yang dalam bahasa melayu...di Manchester ni, mmg lah tak dapat nk jumpa buku-buku bahasa melayu dijual kt kedai-kedai.rasa juga dalam hati nk p bershopping di Pustaka Darussalam ke, Pustaka Aman ka..rindu tanah airku..Maka perkongsian ini adalah hasil bacaan dalam bahasa Inggeris. ps: kalau sesiapa da kitab ni dlm bahasa melayu, sy nkk!!
Lebih baik kiranya saya mula dengan pengenalan sedikit siapakan ibnu jauzi ini..ada yang menulis nama beliau dengan ejaan al jawzee ada juga menulis dengan ejaan aljauzi.kedua-duanya sama saja. nama sebenar beliau ialah Abdur Rahman ibni Alee ibni Jaafar Al Jawzee. Beliau dilahirkan di kota Baghdad pada kira-kira 1114CE. Beliau telah membesar dengan menuntut ilmu-ilmu agama daripada ulama-ulama tersohordi zaman beliau ketika itu antaranya ialah bapa saudaranya sendiri Muhammad Ibn Naasir al-Baghdaadee, yang merupakan ulama hadis, fekah dan arabic grammar.
Al-Jauzi menjadi ulama terkenal dan merupakan al-haafith di zaman beliau. Beliau mendalami ilu Linguistik, Sirah, Tafsir dan Fiqh. Malah beliau merupakan orang yang tertingi antara ulama-ulama mazhab hambali pada zaman beliau. Biodata lengkap berkenaan beliau boleh anda rujuk dalam kitab tersebut.
Kitab ini menceritakan tentang apakah dan bagaimanakah tipu daya iblis yang berlaku kepada manusia zaman ini, tanpa kita sedar atau dalam sedar. Bagaimana iblis menggunakan taktik kotor, memanipulasikan agama lagu menyelewengkan manusia. malah tiupan tipu daya tersebut dihembuskan ke minda-minda manusia yang pelbagai golongan. yang alim mahupun tidak.
Al-jauzi memulakan penulisan kitab ini dengan pengenalan. Dan untuk post ini, saya akan menceritakan tentang pengenalan dahulu yang .Bismillahhirrahmanirrahim....
Allah SWT telah menurunkan dan menganugerahkan kepada kita umat manusia, kitab yang suci lagi mulia yakni Al-furqan. Al-Furqan terkandung di dalamnya pesanan Alah, kalimah Allah, peringatan, kasih sayang dan cinta Allah, pengajaran daripada kisah-kisah terdahulu, nasihat dan tunjuk ajar yang mana haq yang mana batil, yang mana baik dan yang buruk serta undang-undang yang bebas dari rasuah dan kezaliman.
Anugerah yang hebat dianugerahkan kepada kita ialah akal. Akal serta kepandaian yang membezakan kita dengan binatang. Kerana akal juga lah ajaran Islam yang dibawakan oleh nabi Muhammaad SAW diterima dan disedari oleh umat sebelum kita. Namun oleh kerana ada perkara yang akal tidak mampu untuk memenuhi segala kemahuan setiap individu atas muka bumi ini, maka kerana itu, Al-quran diturunkan.
Kemudian sejarah hidup manusia bermula dengan penciptaan Nabi Adam (alaihissalam). Lalu bermulalah keturunan nabi Adam hidup di atas muka bumi ini dengan ajran dan peraturan yang telah Allah ajarkan kepada Adam. Sehinggalah Qabil telah memilih untuk mengingkari ajaran dan peraturan Allah ini dan memilih untuk mengikut nafsu dengan membunuh saudaranya sendiri yakni Habil.
Nafsu yang tidak terkawal telah memecah belahkan manusia kepada kaum-kaum atau kelompok-kelomok dan agama -agama tertentu dan telah menyesatkan mereka dan muncullah penyembahan berhala-berhala. Oleh kerana ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi bertentangan kehendak dan nafsu mereka, bertentangan dengan adat tradisi amalan mereka,maka mereka memilih untuk mengikut amalan sesat itu, mengikut nafsu dan mengikut pemimpin kaum mereka yang sesat. dengan ini, maka memanglah mereka telah memastikan diri mereka dalam kesesatan yang nyata serta memakbulkan hasrat Iblis laknatullah.
Nabi telah diutuskan untuk menyampaikan dakwah dan ajaran yang jelas lagi suci untuk umat manusia. Namun, bermulalah peranan syaitan untuk memutar belitkan ajaran yang cusi tadi, menimbulkan keraguan tentang ajaran tersebut, mencampuradukkan racun dengan penawarnya, menutup jalan yang lurus dan mencipta disekelilingnya jalan-jalan yang bercabang.dan begitulah kerja syaitan, menghasut manusia sehingga hari kiamat.
Ada antara manusia yang dahulunya memilih untuk menyembah berhala di dalam dan diluar kaabah. Ada golongan arab dahulu yang mengisytiharkan sesetngah binatang itu terlarang untu mereka seperi Saaiabah, seekor unta yang dibiar bebas memagut rumput, Bahheerah iaitu anak Saaibah (female offspring) yang telinganya mereka potong.Waseelah iaitu seekor kambing biri-biri yang telah beranak 7 kali. dan setiap kali melahirkan anak, akan melahirkan 2 ekor kembar betina.Haamm, a stallion camel yang disembahkan kepada Tuhan dalam certain rites.Mereka juga menanam ank perempuan mereka hidup-hidup serta menganiayai anak-anak yatim.
Oleh kerana itu Allah mengutuskan Nabi Muhammaad SAW untuk merawati dan membawa sinar iman dan Islam dan kasih sayang dan keadilan kepada mereka. Mereka hidup menerima Islam sesudah kedatangan Islam walaupun bukan semua yang menganut agama Islam. Namun pabila sesudah Nabi wafat,ramai orang yang berpaling yakni murtad dan telah berpecah belah lah manusia dan wujud la pelbagai ajran dan kefahaman dan agama. Tipu daya iblis ini mudah tejadi apabila timbulnya the dark night of ignorence.
petikan daripada kata-kata Aljauzi
" i decided to warn people about satan's cunning strategies by pointing out his traps because the exposure of evils is a warning against falling into it. In Sahih Bukhari and Muslim, hadith related to Hudhaifah which he said "people used to ask Allah's messenger about the good but i used to ask him about the evil for fear of it catching hold of me" Abdullah Ibn Abbas juga berkata " By Allah, i do not believe there is anyone on earth today whom the devil would like to see dead more than me" Then people ask him why . He said "By Allah, when the devil makes an innovation in the west or east and a man carries it to me, i counter it with sunnah and it return to him as he sent it."
Consequetly i wote this book to warn people against the trial of devil.I sought to frighten them by removing the devil's mask and by exposing his evil tactics. And Allah helps everyone who is truthful and whose intentions are wholly sincere"
Waalahualam..ini cuma bahagian permulaan kitab ini. insyaAllah seandainya diizinkan Allah, sy terus ke bab seterusnya..
Membaca Al-quran adalah salah satu ibadat yang paling utama yang telah dianugerahkan Allah kepada kita. Malah Allah telah berjanji memberikan ganjaran yang besar kepada hambanya yang mengamalkan bacaan Al-quran. seperti yang telah difirmankan Allah dalam Surah Fathir ayat 29 dan 30
ertinya " Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah, mendirikan sembahyang dan membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak pernah rugi. Agar Tuhan mencukupkan pahala mereka serta menambahkan mereka dari kurniaanNya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Pembalas."
Malah Nabi S.A.W pernah bersabda yang matannya berbunyi
" Ibadah umatku yang amat utama ialah membaca Al-Quran."
Kadang-kadang hati kita dilandah gelombang gundah gulana, rasa tidak tenang, rasa terlampau banyak dosa menggunung tinggi, ambillah wudhu' dan bacalah kalimah Tuhanmu yang indah ini. Kerana setiap kalimah yang dibaca adalah penawar yang sangat berharga.. Malah tidak akan sia-sia pun si pembaca kerana ganjaran pahala yang telah dianugerahkan Allah.
Kita juga selalu mendengar amalan-amalan surah tertentu yang sering dibacakan saban hari. Andai selama ini, kita belum tahu dari mana munculnya amalan tersebut, maka selepas membaca artikel ini, insyaAllah sudah tahu di akhirnya.. Seandainya sudah tahu, ayuhlah tingkatkanl lagi kefahaman dan keingatan terhadap dalil-dalil ini supaya amalan yang kita buat itu lebih bermakna dan tidak sia-sia.
oleh itu, saya ingin menyentuh beberapa surah pada hari ini.Berikut adalah dalil berkaitan dengan fadhilat dan amalan surah.
1. surah kahfi.سورة الكهف
Antara dalil yang tersebut antaranyaa membacasurah kahfi pada hari jumaat dan malamnya.
Hadis Nabi SAW berbunyi
" Siapa yang membaca surah al-kahfi, nescaya diampunkan dosanya hingga kehari jumaat yang hadapan, dan dipanjangkan cahaya dari tumitnya menjulang ke atas langit"
Diriwayatkan dari Abi Said Al-Khudri, ia berkata, Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka Allah SWT akan menyinarinya dengan cahaya antara dia dan rumah yang penuh dengan keindahan. (Sunan Ad-Darimi, 3273)
Malah, dalam riwayat yang lain juga ada menceritakan tentang fadhilat membaca ayat 10 terawal daripada surah Al-kahfi
“Barangsiapa yang menghapal sepuluh ayat dari awal surah Al-Kahfi maka ia akan terlindung dari (gangguan dan fitnah) dajjal.” [H.R. Muslim]
2.Surah Al-Baqarah سورة البقرة
Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:- “Bacalah Al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. BacalahZahrawain, iaitu surah Al-Baqarah dan Ali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah Al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)." - (Muslim)
إن الشيطان ينفر من البيت التي يقرأ فيه سورة البقرة. رواه مسلم
“Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surat Al-Baqarah.: (riwayat Muslim).
3. Surah Al-mulk سورة الملك
Sabda Nabi SAW
" Surah Al-Mulk adalah surah yang mengandungi berbagai manfaat dan yang menyelamatkan manusia dari azab kubur.
4.Surah Ad-Dukhan سورة الدخان
sabda Nabi SAW
" sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada malam arinya nescaya ia akan diampunkan Tuhan pada waktu paginya"
Dipetik dari Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman. apa yang penting, niatnya perlu betul..Jangan membaca al-quran sebab nk menunjuk-menunjuk kepada orang seolah-olah dia alim, atau sbb suaranya sedap melampau...Malah, jaga-jaga jangan pula jadikan membaca Al-quran itu sebagai penyebab dosa, seperti kalau ada orang tengah solat dalam bilik tu, jangan pula kita pergi dan membaca quran dengan suara yang lantang sampai mengganggu solat sahabat..
dan yang paling utama, Al-quran melaknat orang yang membaca Al-quran tetapi tidak mengamalkan isi kandungannya.