WARDAHKU................

Friday, 18 June 2010

Wednesday, 2 June 2010

walimah










salam alaik....kehadapan semua sahabat....

ingin daku mengungkapkan seribu satu kata penuh makna tanda terima kasihku pada kalian mendidik dan mengajar diri ini erti kehidupan....

dalam perjalanan yang penuh dengan ranjau dan cabaran, luka dan kepedihan, ditempuhi bersama walau dalam kepayahan

saat duka dan susahku, kalian ada sbg teman..ingin daku berkongsi dengan kalian, saat suka ku..

ingin daku menjemput kalian semua, ke hari yang sangat bermakna buat diri ini, Majlis Perkahwinan ku pada 24 July ini..INSYAALLAH

boleh lawati web ini :

http://mohdlatiffi-nurdalila.weddingkami.com/


kehadiran sekalian sgt dihargai...maaf atas segala salah dan silap..

kenang dan sebut daku dalam doa mu.........

Thursday, 20 May 2010

Salam alaik....
Jualan mega datang lagi!!
Khas buat kaum muslimat....

Dari 14 Deramore Street, kami ingin menawarkan barangan keperluan muslimat
seperti brooches, handsock, tudung dan stocking
dengan harga berpatutan buat anda...

Berikut adalah antara barangan yang kami tawarkan


Tudung
  • bidang 55
  • warna-putih, biru, blueblack, brownish
  • harga-5 pds





Handsock
  • warna- brown, biru muda, biru cair, pink cair
  • mempunyai renda2 dihujungnya
  • harga- 1.50 pds each



Brooches
  • pelbagai warna dan design
  • ada yang berpasangan dan ada yang solo
  • range harga dari 50 pence ke 2 pds







Stocking
  • warna-hitam dan brown
  • knee high level
  • made in syrian



Andai anda berminat untuk
1) membeli
2) melihat dengan lebih dekat
3) menempah
4) bertanya dengan lebih lanjut

boleh hubungi :
nurdalila sahidan
no phone 07889458034
emel:mainmind9@yahoo.com
atau
facebook

boleh juga dtg ke rmh
14 Deramore Street, Rusholme, Manchester

free delivery service is provided
dalam lingkungan kawasan yang reachable by stagecoach atau magic bus sahaja


Monday, 17 May 2010

Talbis Iblis: pengenalan


Salam alaik...kali ini, saya nk berkongsi tentang kitab baru pulak. kalau sebelum ni, sy pernah bercerita tentang beberapa kitab lain yang saya rs sgt bermanfaat untuk dibaca dan dijadikan rujukan.sebagai starter untuk kalian semua mencari salinan asal kitab tersebut dan menghadamkannya.yang sebelum ini telah saya tulis kt sini cuma cebisan-cebisan dan petikan kecil daripada kitab-kitab tersebut dan ulasan dari pemahaman saya sendiri.Antara kitab yang pernah saya ceritakan ialah Kitab syamail Tirmizi, Kitab Riadus solihin, kitab nasihat agama dan wasiat iman, Hidup Ibadat,Kitab Muhimmah, dan sebagainya lagi..sudah tak ingat. Ini cumalah perkongsian saja, dan sesungguhnya saya bukan lah orang yang layak untuk menafsir dan menterjemah apatah lagi syarah kitab-kitab ini.

Namun, selayang pandangan mata ini, rasanya, sangat rugi seandainya kita tidak cuba mengenali penulis-penulis Islam yang hebat di luar sana dan hasil tulisan mereka serta mendalami caband-cabang ilmu yang sangat luas.Penulis-penulis seperti imam ghazali, hasan al-banna, mustafa masyhur dan ramai lagi Masya Allah, tak mampu saya senaraikan semua di sini.

Namun suka saya memanjangkan pesanan Imam Tirmizi sewaktu membaca hasil tulisan atau buku-buku khususnya dan menunut ilmu umumnya, ilmu yang ditimba itu katanya, janganlah sekadar tujuan menuntutnya hanya sekadar menambah bilangannya, tetapi sebar luaskan, sampaikan kepada orang disekelilingmu dan ilmu yang baik itu, amalkan lah sebaiknya.



oleh itu kali ni saya teringin nak berkongsi kitab yang seterusnya iaitu kitab talbis iblis karangan Ibn al-Jauzi. sudah lama proses mencari kitab talbis iblis dalam bahasa melayu..penerokaan dunia siber yang belum mendapatkan hasil yang dicari. Namun yang terjumpa kitab terjemahan ke dalam bahasa Inggeris dan juga audio kuliah syarah kitab ini yang dalam bahasa melayu...di Manchester ni, mmg lah tak dapat nk jumpa buku-buku bahasa melayu dijual kt kedai-kedai.rasa juga dalam hati nk p bershopping di Pustaka Darussalam ke, Pustaka Aman ka..rindu tanah airku..Maka perkongsian ini adalah hasil bacaan dalam bahasa Inggeris. ps: kalau sesiapa da kitab ni dlm bahasa melayu, sy nkk!!


Lebih baik kiranya saya mula dengan pengenalan sedikit siapakan ibnu jauzi ini..ada yang menulis nama beliau dengan ejaan al jawzee ada juga menulis dengan ejaan aljauzi.kedua-duanya sama saja. nama sebenar beliau ialah Abdur Rahman ibni Alee ibni Jaafar Al Jawzee. Beliau dilahirkan di kota Baghdad pada kira-kira 1114CE. Beliau telah membesar dengan menuntut ilmu-ilmu agama daripada ulama-ulama tersohordi zaman beliau ketika itu antaranya ialah bapa saudaranya sendiri Muhammad Ibn Naasir al-Baghdaadee, yang merupakan ulama hadis, fekah dan arabic grammar.


Al-Jauzi menjadi ulama terkenal dan merupakan al-haafith di zaman beliau. Beliau mendalami ilu Linguistik, Sirah, Tafsir dan Fiqh. Malah beliau merupakan orang yang tertingi antara ulama-ulama mazhab hambali pada zaman beliau. Biodata lengkap berkenaan beliau boleh anda rujuk dalam kitab tersebut.


Kitab ini menceritakan tentang apakah dan bagaimanakah tipu daya iblis yang berlaku kepada manusia zaman ini, tanpa kita sedar atau dalam sedar. Bagaimana iblis menggunakan taktik kotor, memanipulasikan agama lagu menyelewengkan manusia. malah tiupan tipu daya tersebut dihembuskan ke minda-minda manusia yang pelbagai golongan. yang alim mahupun tidak.


Al-jauzi memulakan penulisan kitab ini dengan pengenalan. Dan untuk post ini, saya akan menceritakan tentang pengenalan dahulu yang .Bismillahhirrahmanirrahim....



Allah SWT telah menurunkan dan menganugerahkan kepada kita umat manusia, kitab yang suci lagi mulia yakni Al-furqan. Al-Furqan terkandung di dalamnya pesanan Alah, kalimah Allah, peringatan, kasih sayang dan cinta Allah, pengajaran daripada kisah-kisah terdahulu, nasihat dan tunjuk ajar yang mana haq yang mana batil, yang mana baik dan yang buruk serta undang-undang yang bebas dari rasuah dan kezaliman.


Anugerah yang hebat dianugerahkan kepada kita ialah akal. Akal serta kepandaian yang membezakan kita dengan binatang. Kerana akal juga lah ajaran Islam yang dibawakan oleh nabi Muhammaad SAW diterima dan disedari oleh umat sebelum kita. Namun oleh kerana ada perkara yang akal tidak mampu untuk memenuhi segala kemahuan setiap individu atas muka bumi ini, maka kerana itu, Al-quran diturunkan.



Kemudian sejarah hidup manusia bermula dengan penciptaan Nabi Adam (alaihissalam). Lalu bermulalah keturunan nabi Adam hidup di atas muka bumi ini dengan ajran dan peraturan yang telah Allah ajarkan kepada Adam. Sehinggalah Qabil telah memilih untuk mengingkari ajaran dan peraturan Allah ini dan memilih untuk mengikut nafsu dengan membunuh saudaranya sendiri yakni Habil.


Nafsu yang tidak terkawal telah memecah belahkan manusia kepada kaum-kaum atau kelompok-kelomok dan agama -agama tertentu dan telah menyesatkan mereka dan muncullah penyembahan berhala-berhala. Oleh kerana ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi bertentangan kehendak dan nafsu mereka, bertentangan dengan adat tradisi amalan mereka,maka mereka memilih untuk mengikut amalan sesat itu, mengikut nafsu dan mengikut pemimpin kaum mereka yang sesat. dengan ini, maka memanglah mereka telah memastikan diri mereka dalam kesesatan yang nyata serta memakbulkan hasrat Iblis laknatullah.


Nabi telah diutuskan untuk menyampaikan dakwah dan ajaran yang jelas lagi suci untuk umat manusia. Namun, bermulalah peranan syaitan untuk memutar belitkan ajaran yang cusi tadi, menimbulkan keraguan tentang ajaran tersebut, mencampuradukkan racun dengan penawarnya, menutup jalan yang lurus dan mencipta disekelilingnya jalan-jalan yang bercabang.dan begitulah kerja syaitan, menghasut manusia sehingga hari kiamat.

Ada antara manusia yang dahulunya memilih untuk menyembah berhala di dalam dan diluar kaabah. Ada golongan arab dahulu yang mengisytiharkan sesetngah binatang itu terlarang untu mereka seperi Saaiabah, seekor unta yang dibiar bebas memagut rumput, Bahheerah iaitu anak Saaibah (female offspring) yang telinganya mereka potong.Waseelah iaitu seekor kambing biri-biri yang telah beranak 7 kali. dan setiap kali melahirkan anak, akan melahirkan 2 ekor kembar betina.Haamm, a stallion camel yang disembahkan kepada Tuhan dalam certain rites.Mereka juga menanam ank perempuan mereka hidup-hidup serta menganiayai anak-anak yatim.

Oleh kerana itu Allah mengutuskan Nabi Muhammaad SAW untuk merawati dan membawa sinar iman dan Islam dan kasih sayang dan keadilan kepada mereka. Mereka hidup menerima Islam sesudah kedatangan Islam walaupun bukan semua yang menganut agama Islam. Namun pabila sesudah Nabi wafat,ramai orang yang berpaling yakni murtad dan telah berpecah belah lah manusia dan wujud la pelbagai ajran dan kefahaman dan agama.
Tipu daya iblis ini mudah tejadi apabila timbulnya the dark night of ignorence.

petikan daripada kata-kata Aljauzi

" i decided to warn people about satan's cunning strategies by pointing out his traps because the exposure of evils is a warning against falling into it. In Sahih Bukhari and Muslim, hadith related to Hudhaifah which he said "people used to ask Allah's messenger about the good but i used to ask him about the evil for fear of it catching hold of me" Abdullah Ibn Abbas juga berkata " By Allah, i do not believe there is anyone on earth today whom the devil would like to see dead more than me" Then people ask him why . He said "By Allah, when the devil makes an innovation in the west or east and a man carries it to me, i counter it with sunnah and it return to him as he sent it."

Consequetly i wote this book to warn people against the trial of devil.I sought to frighten them by removing the devil's mask and by exposing his evil tactics. And Allah helps everyone who is truthful and whose intentions are wholly sincere"

Waalahualam..ini cuma bahagian permulaan kitab ini. insyaAllah seandainya diizinkan Allah, sy terus ke bab seterusnya..

doakan sy lulus exam.....

Wednesday, 21 April 2010

Surah-surah yang dianjurkan amalan


Membaca Al-quran adalah salah satu ibadat yang paling utama yang telah dianugerahkan Allah kepada kita. Malah Allah telah berjanji memberikan ganjaran yang besar kepada hambanya yang mengamalkan bacaan Al-quran. seperti yang telah difirmankan Allah dalam Surah Fathir ayat 29 dan 30


ertinya " Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah, mendirikan sembahyang dan membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak pernah rugi. Agar Tuhan mencukupkan pahala mereka serta menambahkan mereka dari kurniaanNya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Pembalas."

Malah Nabi S.A.W pernah bersabda yang matannya berbunyi
" Ibadah umatku yang amat utama ialah membaca Al-Quran."

Kadang-kadang hati kita dilandah gelombang gundah gulana, rasa tidak tenang, rasa terlampau banyak dosa menggunung tinggi, ambillah wudhu' dan bacalah kalimah Tuhanmu yang indah ini. Kerana setiap kalimah yang dibaca adalah penawar yang sangat berharga.. Malah tidak akan sia-sia pun si pembaca kerana ganjaran pahala yang telah dianugerahkan Allah.



Kita juga selalu mendengar amalan-amalan surah tertentu yang sering dibacakan saban hari. Andai selama ini, kita belum tahu dari mana munculnya amalan tersebut, maka selepas membaca artikel ini, insyaAllah sudah tahu di akhirnya.. Seandainya sudah tahu, ayuhlah tingkatkanl lagi kefahaman dan keingatan terhadap dalil-dalil ini supaya amalan yang kita buat itu lebih bermakna dan tidak sia-sia.

oleh itu, saya ingin menyentuh beberapa surah pada hari ini.Berikut adalah dalil berkaitan dengan fadhilat dan amalan surah.

1. surah kahfi. سورة الكهف


Antara dalil yang tersebut antaranyaa membacasurah kahfi pada hari jumaat dan malamnya.
Hadis Nabi SAW berbunyi
" Siapa yang membaca surah al-kahfi, nescaya diampunkan dosanya hingga kehari jumaat yang hadapan, dan dipanjangkan cahaya dari tumitnya menjulang ke atas langit"

Dalam riwayat yang lain pula, Nabi saw bersabda:

عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الخُذْرِيّ قَالَ مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

Diriwayatkan dari Abi Said Al-Khudri, ia berkata, Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka Allah SWT akan menyinarinya dengan cahaya antara dia dan rumah yang penuh dengan keindahan. (Sunan Ad-Darimi, 3273)

Malah, dalam riwayat yang lain juga ada menceritakan tentang fadhilat membaca ayat 10 terawal daripada surah Al-kahfi

Dari Abu Darda ra, Rasulullah r bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشَرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ


“Barangsiapa yang menghapal sepuluh ayat dari awal surah Al-Kahfi maka ia akan terlindung dari (gangguan dan fitnah) dajjal.” [H.R. Muslim]


2.Surah Al-Baqarah سورة البقرة

Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:- “Bacalah Al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. BacalahZahrawain, iaitu surah Al-Baqarah dan Ali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah Al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)." - (Muslim)


إن الشيطان ينفر من البيت التي يقرأ فيه سورة البقرة. رواه مسلم

“Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surat Al-Baqarah.: (riwayat Muslim).


3. Surah Al-mulk سورة الملك

Sabda Nabi SAW
" Surah Al-Mulk adalah surah yang mengandungi berbagai manfaat dan yang menyelamatkan manusia dari azab kubur.



4.Surah Ad-Dukhan سورة الدخان

sabda Nabi SAW
" sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada malam arinya nescaya ia akan diampunkan Tuhan pada waktu paginya"



Dipetik dari Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman. apa yang penting, niatnya perlu betul..Jangan membaca al-quran sebab nk menunjuk-menunjuk kepada orang seolah-olah dia alim, atau sbb suaranya sedap melampau...Malah, jaga-jaga jangan pula jadikan membaca Al-quran itu sebagai penyebab dosa, seperti kalau ada orang tengah solat dalam bilik tu, jangan pula kita pergi dan membaca quran dengan suara yang lantang sampai mengganggu solat sahabat..

dan yang paling utama, Al-quran melaknat orang yang membaca Al-quran tetapi tidak mengamalkan isi kandungannya.

wallahhu 'alam..

Monday, 12 April 2010

bila education menjadikan diri takbur...


Salam alaik kepada semua...salam satu malaysia...hehe

Sekadar peringatan utk diri sendiri buat masa ini dan masa depan...oleh kerana sudah beberapa hari demam, maka my brain choose to think about something nostalgic....oleh kerana itu, gmbr di bawah ini terkeluar...kerana rindu sgt kepada si budak kecik yang bernama aidit ni..dah 4-5 thn gambr ni di ambil di suatu hari raya..abaikan daku yang sudah kepenatan dn mls nk pk dh sbb penat sgt p beraya n mkn2 kt dlm kampung tu..samapi aidit pun dh nk tertdo dh punn...aidit punye cite-cite skang ni, kalau ikut informasi terkini nk jadi kambing.....aishhhhh...bdk2 kecil ni..mengrut-ngarut betul ckp..adik, kak la dgq, adik mls nk p sekolah ekk..nnti kak la balik malaysia, kak la hantar adik p balaik polis ek, ckp kt polis tgkp bdk ni, dia mls p sekolah..hehehe...seperti kwn ayah ku buat kt anak die..hehe..yang bestnye, bile belok je motor masuk balai polis, turun motor, siap panggil polis yang kebetulan tgh jalan keluar balai tu, suh tgkp anak die sbb mls p sekolah, polis tu automatik tanpa skrip berlakon sama, nk tangkp bdk kecik tu..hahah..semenjak daripada itu, xpernah xmau p sekolah lagi dh..nice one la pak cik!


Bila kita sudah dewasa ni, makin banyak yang kita dapat faham ttg apa sebenarnya kehidupan..kadang-kadang bila terimbas kembali waktu kecik-kecik dlu, rs kelakar dan menyesal jgk, kenapalah aku bertindak sedemikian rupa ketika dulu..Lain orang,lain cara pembesaran dan didikannya...namun, apa pun, diri ini sangat bersyukur kerana dikurniakan ibu dan ayah, yang sgt menekankan pendidikan kepada ku, dan mendidik diri ini, sehingga ke hari ini..syukur alhamdulillah, sesungguhnya walau apa pun yang terjadi, mereka mengajarkan yang mana baik, yang mana buruk, yang mana hak mana batil...syukur juga kepada ibu dan ayah ku kerana menghantar ke sekolah menengah agama persekutuan labu walau aku menangis-menangis sampai mengugut kaunselor dlu nk balik rmh yang jauh di utara tanah air...

walaupun, pada hari ini, orang ada banyak persepsi buruk pada orang-orang dari sekolah agama, atas sebab-sebab yang pelbagai, tapi aku bersyukur sungguh-sungguh ke hadrat Ilahi, sbb aku ditemukan dengan guru-guru yang banyak mengajar aku dulu malah sekarang pun ttg menjadi manusia berguna..pengalaman yang sgt berharga..kalau mahu disenaraikan nama-nama mereka, mmg banyak, apatah lagi jasa-jasa mereka yang melangit luas...

Teringat pula, waktu mula-mula masuk smapl, minggu orientasi, dengan senior-senior..biasala, minggu orientasi mmg 'mencabar' tapi bila abis saja, rs mmg kelakar dan seronok sbnrnya..tapi sewaktu melalui minggu tersebut, takutnya teramat..semue senior akan guna nama palsu yang direka masing-maisng,nama yang pelik2..puteri ratu gunung meletup la, ape2 la, semue la ade...n then kne cr sape mereka.. benda yang paling diingati is, bila kene amik signature senior-senior tingkatan 5 time tu...utk amik signature mesti kene buat something kan...one of them yang i really remember, is kne bilang, berapa banyak kuntum bunga yang ada dalam asrama pelajar perempuan ni..lagi, kne bilang berapa kwat besi yang ada kt tingkap...another thing yang kne buat is, kne nyanyi lagu tema cerite kluang man antara dua blok asrama supaya semua org leh dgr..ape lagi ramai la senior-senior lain keluar jenguk kt koridor asrama tu...mmg la kne gelakkkk..adusss....yang paling diingati is, kne telefon ibu kepada salah seorang kakak ni, ckp pd ibu tersebut yang superman kirim salam..dan pesan kepada ibu tersebut beberapa barang permintaan kakak tersebut utk ibu itu bawa hujung minggu tersebut kepada beliau sbb time tu visitors leh datang...i dun really remember how i pass through that phone call..but i did.. ape la agaknya perasaan si ibu tersebut...

bila mencecah tingktan 5, junior-junior pulak kene dtg amik signature kami..hehe...one of the most amazing thing i remember was, bile ade sorg dtg nk ami signature, masuk ke dalam my room that time, roomate smue pn tgh menunggu-nunggu jgk..sbb my room kongsi dgn lebih kurang 10 org lagi yang bilik ni je yang katil bkn due tingkt..n semuenye tingktn 5 n 6 dlm bilik tu, maka ramaila junior-junior yang dtg nk amik sign...ramai-ramai jgk la, bork2, kenal..n also ada task yang kne dilakukan..tgh bisng-bising sbb ramai org ni, there was one girl, came to me and ask my signature.. so i ask her, can you sing? and she said, yes i can.. so i said " plz sing one song that you know" i honestly didnt expect anything..to be honest... she chose a quite hard song, from a very talented and powerful singer which is ning baizura, selagi ada..

once she started singing, the whole room was quiet and paying attention to her. she started with ' selagi ada cinta di hatiku..selagi ada rindu yang membara..selagi air mata ini mengalir....." i was so shocked...suaranye masyaAllah, sebijik macam ning baizura!!! it was stunning...maka lepas itu, if anybody yang dtg mintk my signature, i wont ask them to do anything, i just sign it..haha..well, it was fun as a senior, and it was fun as a junior as well to experience just one week of orientation..eventhough it was sometimes hard and tough, full of tears, but honestly it was fun...

being said that, now, i believe that, sepatutnya, yang perlu dibuat ialah eratkan silaturrahim antara senior and junior....patutnya, yang akak perlu lebih matang..yang adik perlu menghormati yang tua, begitu juga yang tua kne hormat yang muda...sepatutnya, xde konsep buli membuli seperti yang kita salu dgr cerite-cerite legend ntah dari mana-mana yang buli sgt teruk tu...i dont know, rsnye, if xde minggu orientation tu, mungkin, xkan pernah buat bende-bende pelik speerti menyanyi lagu kluang man bg satu asrama dgr..i wont probably do that ever.. but bile think back, it was kinda fun....

mungkin hari ni, ramai org sudah cepat matang, sudah educated...maka fikiran juga sudah berubah...namun sayang sgt, sesetngah org t, sbb rs diri terlalu educated, maka education itu telah memakan dirinya sendiri..sampaikan setiap bende, setiap perkara, perlu hanya guna logik akal, kne berhujah guna level of his education....n rs diri tu bangga sangt bergelar developed country n rs mereka ni pandai sgt....


satu statement yang plg xleh diterima ialah, pada manusia ini, dia menganggap bhw, agama hanya diperlukan oleh developing country saja...sbb mereka belum well educated.. oleh itu, agama ni yang leh ajar mereka, yang mana baik yang mana buruk..kalau x mereka ni xleh berfikir...dan si dia ini berkata lagi, kalau developed country cm die ni, xperlu dah agama, sbb kami dh leh pk baik buruk setiap perkara..contoh yang sedare ni berikan ialah pre marital sex.. nape agama kamu mengharamkan pre marital sex..malah agama kamu meletakkan hukuman kepada org yang buat sex sebelum kahwin...well,takut keturunan jadi haru biru dan sebagainya...kalau kami yang dh educated ni die kate, xperlu pun nk halal haramkan satu bende sbb kami pun tau mane baik mana buruk..pre marital sex mmg xleh, sbb nnti incrase risk of sexual transmitted disease la, penyakit itu lah, penyakit ini la, so, mmg menghancurkan diri..malah nnti akan ramai org wat abortion...so, its just education..kata mamat ni...



rs cm nk lepuk je die ni..semue bende die cuma pk logik akal, n rs diri pandai sgt la...ni la contoh manusia yang bila education tu dh mengaburi mate die...bila sifat ujub, takabur, sum'ah ni dah bermaharajalela dalam benak hati dan fikiran..mcm ni lah jadi nya...rasa diri hebat, bijak pandai bestari dan sebagainya...nauzubillah....ini semua tipu daya syaitan durjana...sepatutnya, makin berilmu kita, semakin banyak yang kita pelajari, semakin kita sedar betapa luas dan besarnya ilmu Allah ni...malah utk tahu ilmu Allah ni, kita kne pergi sekolah, pergi kolej, universiti utk belajar..bukan ilmu ni dtg bergolek-golek mc bola...even ilmu nk men bola pun kite kne belajar, kne berlatih dan sebagainya...bila dh dpt sket je ilmu dh arrogant dh..aisshhh..bak kata org melayu, manusia ni, makin banyak ilmu die ade, patutnya makin la rasa humble, bak resmi padi semakin berisi, ia tunduk menyembah ke bumi....org dulu-dulu pun tau, siap bg peringtan kt kita, kalau dh pandai sgt, jagn duk menyombong diri, tunduk, rs diri tu rendah supaya, kita tidak ditipu oleh syaitan....


semoga Allah bg hidayah dan taufik kepada kita semua, kepada si dia yang tertulis td, dn kpd yang membaca.....kita byk dosa, byk wat kesalahan spjg hidup ni...maka bykkn istighfar....

astaghfirullah.....

Wednesday, 31 March 2010

7 macam pahala yang dpt dinikmati slps mati

Alhamdulilah...setelah sekian lama tidak dapat membuka blog sendiri, akhirnya berjaya juga..rupa-rupanya, discovery channel yang menjadi punca masalah yang tak berkesudahan ni


Alhamdulillah!!!!!!!!!Berita gembira buat adikku!!!! setelah bertahun lamanya kita menunggu. Alhamdulillah, jangan lupa sujud syukur, dik....dapat juga biasiswa dari jpa belajar kt Mesir sesudah 2 tahun berlalu dan menjadi pengembara di bumi Mesir, bumi anbia..alhamdulillah....im so so happy....semoga lepas ni, adik xtertekan lagi...boleh jgk kita ringankan beban mama n abah...im so happy for you...rs nk p mesir n hug u!! usaha yang penat lelah tu, tidak sia-sia...syukur beribu kali syukur....tahniah dik...congrates!!

Hari ni, ingin nak berkongsi dua hadis yang diriwayatkan oleh Anas R.A dan Abu Hurairah R.A.

7 Macam Pahala yang Dapat dinikmati Selepas Matinya.

Dari Anas r.a berkata bahawa ada 7 macam pahala yang dapat diterima sesudah matinya.

1) Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan untuk beramal ibadat di dalamnya

2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum darinya.

3) Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada yang membacanya

4) Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya

5) Sesiapa yang menanam tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung

6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh yang mempelajarinya.

7) Orang meninggalkan anak soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8) yakni anak yang selalu diajari ilmu quran maka orang yang mengajarnya akna mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda " Apabila mati seorang anak adam itu, maka terhentilah amalannya melainkn 3 perkara:

1) Sedekah yang berterusan yakni amal jariah yang dilakukannya dahulu
2) Ilmu yang berguna yang diajarkan dan diamalkan oleh orang
3) Doa anak-anak yang soleh untuknya

Thursday, 25 March 2010

Words for My Friends







MuHaMmAd HaMoOd

--- Asalam - o - Alikum ---






Some Words For My Friend
The old man turned to me and asked
"How many friends have you?"
Why 10 or 20 friends have I,
And named off just a few...





He rose quite slow with effort
And sadly shook his head
"A lucky child you are
To have so many friends," he said





But think of what you're saying
There is so much you do not know
A friend is just not someone
To whom you say "Hello"





A friends a tender shoulder
On which to softly cry
A well to pour your troubles down
And raise your spirits high





A friend is a hand to pull you up
From darkness and despair...
When all your other "so called" friends
Have helped to put you there





A true friend is an ally
Who can't be moved or bought
A voice to keep your name alive
When others have forgot





But most of all a friend is a heart
A strong and sturdy wall
For from the hearts of friends
There comes the greatest love of all!!!





So think of what I've spoken
For every word is true
And answer once again my child
How many friends have you???





And then he stood and faced me
Awaiting my reply
Softly I answered
"If lucky...... one have "I"

"You!!!!"
A best friend is the shoulder you can cry on.
When you are alone,
They keep you company.
When you are sad,
They cheer you up.


They have the trust you are looking for.
When you have a problem...
They solve it.
When you need to talk...
They will listen.




And best friends have a love that can't be explained.
It's unimaginable!
How great God is
just when you expected nothing
He gives you the biggest something




when you think life seems so stressful
and there's none to care when you feel depressful
He's there in your heart to ease the pains
and also there with you when it rains




You must be wondering why I'm saying all this
It's because God has put my heart at ease
by giving me a friend like you
that's always there when the day is blue





True lovers are those who care without hesitations, who remember without limitations, who give without expectations and who love even without communication ...... hamud2k2@...




Saturday, 20 March 2010

Secret of Different Sexes

salam alaik...semalam berpicnic bersama adik-adik usrah ku, timbul satu cerite menarik..thanks iman for sharing this with all of us.. i found this very interesting and eye opening..tambah2 lagi, sgt rs kahum dgn ciptaan Allah yang Maha besar.. docmentary ini telah ditayangkan di BBC channel suatu ketika..dan merupakan kajian beberapa golongan. kajian ini berkaitan dengan perbezaan gender laki dan perempuan, kenapa dan mengapa serta saintifik explaination berkaitan dengn nya..

satu lagi teori yang menarik ialah, panjang jari manis dan jari telunjuk boleh menunjukkan level of testosteron hormone during birth utk setiap manusia..dan ada fakta menarik berkaitan ini.dan ianya applicable to both man and woman..

utk tahu lebih lanjut, i strongly recommend to watch this video..Maha suci Allah....



Secret of Sexes part 1





Secret of Sexes part 2





Secret of Sexes part 3





Secret of Sexes part 4





Secret of Sexes part 5




Saturday, 13 March 2010

Pintu Taubat Allah itu Luas




Bismillahhirrahmanirrahim...

sudah lama diri disibuk dengan mehnah dan tribulasi dunia ini...lama benar ada kesempatan untuk duduk dan menulis barang satu dua kata..Allahhu Akbar!! Apakah manusia ini sering kali leka dengan pelbagai urusan dunia yang terkadang ada saja yang sia-sia..

Namun, teringat tentang salah satu hadis antara hadis himpunan imam nawawi dalam bukunya hadith arba'in..hadis yang ke 42 : Allah mengampun segala dosa.


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ
اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاآَانَ مِنْكَ وَلاَ
أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ،
إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا
مَغْفِرَةً
[رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]


Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkanAku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau,andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.


Antara pengajaran hadis yang tercatat dalam kitab imam nawawi ialah

1) Luasnya rahmat Allah dan belas kasihan Allah yang tidak terbatas
2) Allah menjanjikan ampunan kepada sesiapa yang memohon ampunan daripada Allah dengan syarat tidak mensyirikkan Allah
3) Syirik kepda Allah adalah dosa yang sangat besar dan tidak akan mendapat keampunan daripada Allah
4) Bersangka baiklah kepada Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang lagi Maha Pengampun



Hadis ini seolah-olah Allah ingin memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman bahawa keampunan Allah itu sangat luas. Dalam masa yang sama bukanlah untuk menggalakkan manusia untuk terus menerus melakukan dosa.


Rahmat dan keampunan Allah sangat besar. Ada riwayat yang menyatakan sampai hari kiamat nanti pintu taubat akan terbuka untuk hambanya sampailah masa matahari terbit daripada sebelah barat. para ulama berbincang mengenai frasa 'pintu taubat ' inii dengan lebih terperinci. sebagaimana yang kita tahu, bahawa, peredaraan bumi, matahari, bulan telah menjadikan seolah-olah matahari kelihatan terbit dan tenggelam. Keluasan tempat 'terbit' dan 'tenggelamnya' matahari ini telah dikaji oleh para saintis sejak dahulu lagi. ukur lilit matahari dan sebagainya. Maka telah ditemui bahawa, ruang terbit dan terbenamnya matahari ini adalah seluas 40 ke 70 tahun perjalanan luasnya...betapa besarnya ruang ini. 'pintu taubat' dalam hadis di atas telah dikaitkan dengan tmpt matahari tenggelam dan terbenam. bolehlah kita sama-sama bayangkan bahawa luas dan besarnya rahmat Allah tersebut kepada manusia. bayangkan sudah berapa tahun kita hidup dimuka bumi ini, dan sudah berapa lama Allah memberi dan membuka pintu taubat yang luas itu untuk kita..


Ada ulama juga menyatakan bahawa, rahmat Allah ini ada 100. 1 daripa rahmat Allah ini, telah Allah turunkan dan berikan kepada sekian alam dan makhluk di dunia ini. dan 99 lagi Allah simpan. Lihat saja dunia ini, walau susah dan derita mana pun kita, kita masih ada kawan, keluarga, masih wujud manusia yang sayang-menyayang, yang saling membantu..masih ada ciptaan Allah yang indah seperti laut, langit yang memberi ketenangan kepda kita sewaktu kita kesedihan.. Bayangkan saja rahmat Allah yang masih Allah pegang, khas untuk hamba-hambaNya yang bertaubat.



Dalam kita Riadatussolihin, ada disebut tentang satu hadis yang mahsyur yang dikira, ramai orang pernah mendengar petikan cerita ini. hadis ini merupakan hadis muttafakun alaik, bukhari dan muslim. cerita tentang pembunuh bersiri yang telah membunuh 99 orang dan mencari jalan taubat. cerita ini dikisahkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada sahabat-sahabat. dan peristiwa berkaitan pemuda ini berlaku sebelum zaman nabi lagi.


"Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi S.A.W bersabda, “Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang. Kemudian dia ingin bertaubat. Dicarinya seorang yang paling alim. Lalu ditunjukkan kepadanya seorang ahli ibadah. Dia menyatakan bahawa dia telah membunuh 99 orang. Adakah dia boleh bertaubat? Jawab ahli ibadah itu, “Tidak!”. Lalu dibunuh pula ahli ibadah itu. Kini jumlah orang yang dibunuhnya berjumlah 100 orang.

Kemudian dia mencari orang yang paling alim, maka ditunjukkan kepadanya. Maka beliau menyatakan kepada orang alim itu bahawa dia telah membunuh 100 orang. Apakah dia boleh bertaubat? Jawab orang alim tersebut, “Ya! Sesiapa yang berhajat bertaubat tiada sesiapa yang boleh menghalangnya berbuat demikian. Pergilah kamu ke suatu tempat (diterangkan sifatnya di mana terdapat orang-orang yang taat kepada Allah S.W.T). Beribadahlah bersama mereka dan janganlah kembali ke negerimu kerana negeri itu tempat penjahat.”

Maka orang itu pun menuju ke sana. Dalam perjalanan itu dia telah mati mengejut. Maka berlakulah pertengkaran antara Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Kata Malaikat Rahmat, “Dia datang untuk bertaubat kepada Allah SWT dengan sepenuh hatinya.” Kata Malaikat Azab pula, “Sesungguhnya dia belum pernah langsung melakukan kebajikan.” Lalu datang pula kepada mereka malaikat yang berupa manusia sebagai hakim antara mereka. Lantas hakim itu berkata, “Ukurlah antara dua negeri itu, manakah yang lebih dekat kepadanya, ia adalah untuknya.” Maka mereka mengukurnya dan didapati bahawa yang hampir kepadanya ialah negeri yang dituju. Lantas Malaikat Rahmat menyelamatkan rohnya.”.


Penghujung hadis ini memiliki beberapa jalan penamat yang berbeza daripada periwayat yang berbeza

riwayat 1
ada riwayat menceritakan bahawa jarak lelaki itu dengan kampung terbaik baik yang ditujunya itu cuma tinggal sejengkal lagi dan sudah kelihatan pintu gerbang tempat tersebut. maka malaikat rahmah mengambilnya

riwayat 2
dalam riwaya lain pula, diceritakan bahawa Allah telah memerintahkan bumi untuk melipat-lipatkan dirinya supaya jarah dari tempat kejahatan itu menjadi jauh manakala jarak dengan tempat kebaikan itu menjadi dekat

riwayat 3
ada yang mengatakan bahawa pemuda itu sampai ditengah-tengah antara tempat yang baik dan tempat yang jahat. Namun dada lelaki itu melebihi ke tempat yang baik


Begitulah bukti rahmat Allah yang tidak bertepi....Dalam hadis 42 imam Nawawi data ada petikan yang menyebutkan

يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ
yang bermaksud "Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu'

ulama berkata bahwa, andai dosa manusia ini dapat ditukarkan kepada bentuk fizikal nescaya segala himpunan dosa itu akan memenuhi ruang langit dan bumi ini. Namun Allah berkata bahawa, keampunan Allah itu malah lebih besar daripada itu..MasyaAllah..



marilah kita banyak-banyakkan beristighfar dan memohon ampun..bukan saja utk diri kita tetapi kaum keluarga kita...kerana andai kita memohon doa utk orng lain, malaikat akan mendoakan untuk kita 10 kali ganda...

wallahu'alam

Friday, 22 January 2010

hidup pentas sandiwara

Hidup ini sebuah perjalanan yang panjang..Adakala kita diuji dengan pelbagai keadaan dan cara. Adakala kita dihidangkan dengan kemanisan dan kebahagiaan.Adakala kita menanggung sebuah penderitaan. dan air mata mengalir membasahi sebuah perjalanan..

Ada masa terasa kaki payah untuk melangkah. ada masa kita gagah menapak.dalam setiap ruang perjalanan itu, cuma kita yang tahu siapakah kita sebenarnya. kita mungkin masih boleh tertawa dalam sendu. atau kita masih boleh menangis dalam gembira. tapi kita saja yang tahu apa dalam benak sanubari ini.

Mereka berkata, hidup ini satu sandiwara. benarkah hidup ini satu sandiwara. Pentas lakonan sebuah cerita. Pelakonnya adalah kita.Penghujngnya bakal tiba. Pengarahnya adalah Yang Maha Esa..Hidup sebuah sandiwara..

Dalam pentas ini, kita disinggah dengan perasaan cinta. Tidak kira kepada siapa cinta itu. Cinta itu ada, datang, sama ada bertamu lama, atau sekadar singgah menyapa. mungkin kisah pementasan itu, sehebat kisah cinta Tenggelamnya Kapal Van Wijck atau Di bawah lambaian Kaabah..atau mungkin, cuma cerita biasa didengar manusia. Namun pada siapa cerita itu paling berharga? walau tiada nilai di sisi manusia yang lainnya...cerita itu berharga pada si dia yang sanubarinya tersemai benih cinta itu..si dia yang hatinya berkecai dengan dengan kehampaan...si dia yang merasa tiap satu daripadanya..bukan kita..

terkadang jua, kita disapa dengan kedukaan yang tidak dirancang. kita dirundung pilu yang menikam kalbu. Pemergian orang yang selama ini ada di depan mata. atau kerana sesuatu yang kita impi tidak kesampaian malah berlaku sebaliknya. nah, bakal kita lihat pelbagai reaksi manusia. ada antara kita jatuh tersungkur menyembah bumi mengadu apakah nasib ini yang menimpa diri. ada antara kita sudah lupa apa tujuan dan apa carian dalam perjalanan ini. ada juga antara kita yang jatuh tersungkurnya itu cuma sebuah permulaan kepada sebuah keberanian yang tak dapat kau duga dan kau ukur dengan ukuran dunia. cuma hanya dia, yang tahu.

pentas sandiwara...ada penyesalan, ada kemarahan, ada kebahagiaan...pada waktu kita merasakan bahawa kta lah manusia paling malang atas muka bumi ini, jangan lupa ,kawan, ada manusia lebih merana dari apa yang dikau tanggung sekarang. apa yang dirimu lalui hanyalah secebis daripada carikan kertas kisah duka daripada kamus duka dunia zaman berzaman. sakit yang dikau rasa cuma lah serpihan duri kecil yang bersepahan di tepi jalan yang panjang ini..

dan ada antara kita, yang pementasannya, kisah sandiwara ini, tidak lama..sebentar cuma berbanding yang lain. pementasan itu berakhir pada waktu yang mungkin tidak pernah dijangka, dalam keadaan yang tidak pernah diduga. mungkin kita akan terpinga dan terduduk terpana. terfikir apakah ini sebuah ilusi atau sesuatu yang nyata..


ingat kawan, ingin daku berpesan..tidak kiralah andai hidup ini satu sandiwara, satu perjalanan mahu pun satu pementasan.. kita yang melalui dan mengemudi bahtera kehidupan ini. kita yang merasa dan terasa. bangunlah dari lena dan mimpi yang panjang..kerana setiap perjalanan atau pementasan ini, menghala ke titik penamatnya...jangan sampai kita mash dalam keadaan terlena lagi tatkala kita sampai ke titik akhirnya..

kita adalah kita. yang membesar dalm dunia. belajar dari setiap perkara agar kita tidak menjadi sia-sia..manusia lain boleh berkata-kata.dan kita tiada hak untuk menghalang mereka. namun cuma kita saja yang tahu, adakah kita sudah menjadi orang yang berguna dari sebelumnya..

hidup dalam pentas sandiwara..hidup adalah sebuah kembara. pelayaran di sebuah samudera..nun di sana, hujung pandangan mata, adalah titik akhirnya..