WARDAHKU................

Tuesday, 26 May 2009

attention, nurhafizah, mera adik

1 dan 2

3 dan 4

5 dan 6

7 dan 8

9 dan 10

11 dan 12
13 dan 14


15 dan 16


adik, adik tgk antara 16 jam ni, yang mana yang paling suka..then bgtau kt akak.ada byk lg choice actually, adala dlm 5 ribu..tp akak dh xlarat nk pick la..sbb semuanya akak berkenan..hehehe..so, adik pilih yang mana satu..bgtau akak cepat..leave a msg kt sni pn ok..bgtau cepat tau, sbb nnti dh nk balik malaysia, xsempat jam nk smpi kt akak..hope you like my choice..a bit lady like la for you..hehehe..sorryy..kalo nk yang sporty sket bgtau len..ok:)

Men's Casio Watch G-Shock GW-M5600-1ER


Casio G-Shock G-Lide Series Watch (GLX-5600-1DR)


(CASIO) G-Shock (DW-5600B-1AVER)

Tuesday, 19 May 2009

NILAI SEBUAH PEKERJAAN

Emel ini telah diforwardkan ke emel saya..bila dibaca-baca2..sangat menarik isinya..

NILAI SEBUAH PEKERJAAN

"Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R.Covey - pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

"Sebab minat biologi?", saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

"Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya.Ramai yang mengangguk.

"Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa.Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma" , saya menyambung provokasi.

"Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor,isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kenaberdikari", saya terus mencucuk jarum.

"Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya", saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar,anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain,

ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.


Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti. Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang?

Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

"Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya ulang sekali lagi.


Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.


PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAH PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan.


Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya?

Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya;

· Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit.

· Maafkan saya,hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.


NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah , walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum . Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk.

Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan. .. tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur .

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem'poligami' kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?


NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya.

Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai
material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang,'mereka adalah generasi yang kesunyian'.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat " Begin With the End in Mind".

Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor

perubatan , jurutera dsb

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya?

Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.


PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ' CEO ' kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.


Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.


Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.


Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.


Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.


Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

Sunday, 17 May 2009

Jom kita puasa

Salam alaik....
Menemui sahabat perjuangan yang dikasihi



Jom Puasa Sunat Isnin Khamis


Jom Kite semua pakat puasa sunat esok hari isnin ek....

Dalam musim exam ni..dah jarang dpt jumpe semua orang kn..semoga ikatan hati antara kita semua terus berpadu, bersimpul mati.hehe..

Jom kita sama-sama betulkan niat kita semua...n bertaubat byk2 atas segala dosa dan noda yang pernah, sedang atau akan kita buat...




Kepada semua sahabat yang telah lama mengenali diri ini,yang baru mengenali dan tidak mengenali pun, sy ucapkan ribuan terima kasih atas perkenalan ini. Semoga ada rahmat disebaliknya. Masa suka , jadikanlah kenangan berharga..Masa pahit dan pedih ayuhlah kita jadikan pengajaran yang jangan diulang lagi..



Maafkan salah silap yang pernah dilakukan sepanjang perkenalan. Memang byk perkara yang sgt disesali. Betapa masih kanak-kanak pemikiran ketika dahulu. Kalau ada yang ada menyimpan dendam di hati, maafkanlah diri ku..How i wish i can turn back time. ada byk perkara yang xmahu dibuat sejak awl lg..Ingin sgt kembali ke smap labu..sangat2 merindui biah solehah tersebut, yang tercicir pada zaman kolej ku...huhuhu...

Tapi, kita kan org Islam, sepatutnya, kena baiki diri setiap hari..mana boleh duduk menyesal sjkan...ala kul lihal....terima kasih semua kerana telah mendidik aku menjadi seorg manusia dan belajar dari pengalaman..




apa lagi, jom sesame kite puasa sunat ramai2 tau...Doakan exam sy ye....Sangat mengasihi kalian semua..Harap sgt, dpt jumpa kalian dalam syurga nnti.aminn
ucapan teristimewa buat sahabat-sahabat ku di Manchester: Terima kasih byk2 ats segalanya..Terime kasih ahli2 flat sy yang byk mengajar sy jd manusia,kak nadiah,kak dibah,kak hanis, kak wani, kak farah, qamar, kak farah, Ai Ling yang ade je crite die tiap2 ari..hehe.juga kepada Rachel, gadis British dr Belfast yang salu masak brownies kt kitrg..kpd teh,madihah, shahirah n cuna, thank you ats tunjuk ajar time camping study group kite..hehe.korng sgt2 membantu sy.Semoga Allah tolong kalian lebih dr kalian tlg sy.
Kepada adikku, nurhafizah, belajar rajin2 k...akak doa adik cemerlang exam. Be a better person. way better than me, k..xsabar nk jumpa adik, mama n abah, aidit summer nanti.. i miss my family more than anything now..so homesick.( semue ni sbb madihah, teh n shahirah yang balik awl nnti..xaci!!..hehe)

All the best every one.

Thursday, 23 April 2009

4 perkara KeneJaga Pandangan






Ramai dari kita kalo sebut jaga pandangan, perkara pertama yang kita pk, adalah jg pandangan dr tgk pompuan cantik, lelaki hensem dan sebagainya...namun, sedar tak sedar, jaga pandangan tu ada makna lainnya jgk..seperti yang akan diceritakan di bawah ini..maka, perlulah kita sedaya upaya reflect balik la diri kita nih..tahap n level mana agaknya kita..

Video di atas ini jgk, mempamerkan hikmah sebenar mengapa Allah n Nabi suh kita jg pandangan, khusunya dgn yang bukan mahram..bayangkan betapa hebatnya chemical reaction yang berlaku dlm badan hanya dgn sebuah pandangan..hebat2!..kerana itu lah Allah suh kita jauhi kan...

KItab 1-Terjemahan ke bahasa Melayu: Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Hidad..

Siapa imam ini,korng semua leh google la..tp kitab ni diguna dalam pengajian ustaz badarudian,majlis mufti kedah kt kodiang..

Sesungguhnya mata adalah kurniaan Allah utk memudahkan manusia buat mcm2 perkara dan kerja harian.Bayangkan saja kalau kita xde mate..atau buta ka..Maka kita perlu mensyukuri nikmat mata yangAllah kurniakan.

Kesalahan menggunakan mata bukan pada tempatnya sgt banyak seperti
1) Melihat wanita yang bukan muhrim
2)Melihat gambar yang menimbulkan nafsu
3) Memandang seorang mukmin yang lain dengan pandangan yang rendah,hina dan kecil
4)mengintip aurat
5) mengintip keaiban orang lain

Selain dari surah an-nur ayat 30 dan 32, satu hadis disebut dalam kitab ini maksudnya
"Pandangan itu adalah suatu anak panah yang beracun daripada panah-panah iblis. Barangsiapa meninggalkannya lantaran takut kepada Allah, nescaya dia akan mengurniakan baginya peribadatan yang dirasakan kemanisannya di hati

Nabi Isa alaihis salam berkata:
Pandangan itu menimbulkan rasa berahi di hati, dan itu saja sudah cukup untuk menfitnahi tuannya


Dalam Kitab Bidayatul Hidayah( Permulaan Jalan Hidayah) karangan Imam hujjatul Islam, Al-ghazali, dibawah tajuk cara meninggalkan maksiat zahir iaitu melibtkan semua anggota 7 kita nih, imam ghazali ada kupas berkenaan dengan penjagaan mata

Jagalah baik-baik seluruh anggotamu. Terutamanya anggota yang tujuh kerana pintu neraka itu tujuh pula dan telah ditentukan setiap pintu itu dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan maksiat dengan salah satu antara 7 anggoya iaitu mata, telinga,lidah perut, kemaluan, tangan dan kaki
Maka cubalah elakkan mata daripada 4 perkara di bawah..kalo rasa nk ternampak tu, cepat2 berpaling:

1) melihat perempuan bukan mahram (aurat dan dgn syahwat)
2) Melihat gambar2 lucah yang membangkitkan syahwat
3) Melihat org lain dgn pandangan hina

Wednesday, 4 March 2009

wahhh,,,banyakknyeee keje.....so, lepaskan perasaan jap..semoga dalam keadaan aman segala neuron2 ku dlm brain ni....ditambah esok clinical partner ku yang mahu ke GP visit menaiki basikalnye..kt stockport pulak tu!!!haiiyyaa,xkan daku ingin naik basikal jgk di tgh dingin ni..huhuh...dalm hati rs xm xgentlemen la mamat ni..tp, kte xleh berpkrn buruk kn kt org...ish..ish..ish..xbek2..make bantai la esok, gne peta britain ni sorg2...malaysia boleh!!!!harap-harap jumpe la klinik tu dgn diri ku....

xmau tulis pjg2..ade byk pbl yg nk disiapkan which is impossible to be finish by tomorrow...huhhuhu..harap-harap sekadar yg dibuat ni, mampu menyumbang sesuatu esok punye pbl......

yg sedang mental dan emotional breakdown...rs mcm nk p duk bilik madihah je.....tabah,dalila...tabahh....

Sunday, 1 March 2009

MAXIS-Unmasking the Beauty Of Islam




Jangan lepaskan peluang mengikuti aktiviti-aktiviti sepanjang minggu MAXIS..sila lihat yahoo group MCOT....

cepat-cepat daftarkan diri anda untuk setiap aktiviti..
hadiah lumayan menanti peserta

Saturday, 28 February 2009

Thursday, 26 February 2009

Pertandingan Busana Muslimah:MAXIS



Sesungguhnya Allah itu canti dan menyukai kecantikan

Mahu kelihatan anggun dan bergaya? Mahu melihat bakat-bakat yang tersembunyi? Mahu mengasah ketajaman fikiran? Mahu mengeratkan silaturrahim?

Inilah masanya kita bersama-sama hadir ke

MAXIS-Maximise Islam
Unmasking The Beauty Of ISlam


BUSANA MUSLIMAH




tema
wanita berkerjaya

khas untuk kaum muslimat sahaja

bertempat di
Barnes Wallis


pada: 18 MARCH 2009

waktu 7.30-10.00 malam

Hadiah lumayan menanti anda

Pertandingan ini terbuka kepada semua muslimat Manchester umumnya, dan boleh jgk ajak kawan-kawan dr kawasan lain seperti salford dan seluruh UK kalau diorg berminat..

Tapi, setiap batch WAJIB menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil sebagai model untuk fesyen show.Kalau lebih lagi digalakkan..

Kalau ada anda ingin bertanding bawah tiket usrah MCOT atau usrah MSM pun boleh2...
outline dan syarat-syarat pertandingan:

1)Model hendaklah di make up dan dihias dalam masa 15 minit apabila pertandingan bermula

2)cuma 3 orang saja dibenarkan untuk menghias model dalam masa 15 minit tersebut

3) boleh pakai baju2 cantik di tempt kejadian atau pakai dr rumah

4) kemudian model akan bergerak atas runway

5)Model kemudian dikehendaki mempamerkan salah satu bakat yang ingin dipersembahkan selama 3 minit.
cthnye: menyanyi, bernasyid,menari,silap mata,demonstrasi cara-cara nk masak brownies, menghafal ayat-ayat al-quran, tilawah alquran dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing

6) kemudian model-model akan ditanyakan satu soalan


di akhir acara, akan ada persembahan dancerobic
insyaAllah

sila beri nama sesiapa yang berminat kepada sy sebelum 18 march

nurdalila sahidan
mainmind9@yahoo.com
2nd year medic

Monday, 23 February 2009

Semoga Allah membantu gadis ini



Being a hooker is summing I love

Shock confession of maths prodigy who turned to life of vice

This article is taken from news of the world: www.newsoftheworld.co.uk

MATHS genius turned hooker Sufiah Yusof reveals how she drives men wild... by reciting EQUATIONS to her clients as they have sex.

And the Asian beauty defiantly claims that selling her body for up to £1,000 a time provides her with a far more glamorous life than she ever dreamt of when she went to Oxford University aged just 13.

"My clients love the fact that I can stimulate their minds AND their bodies," she boasts in a shockingly frank interview with the News of the World.

"And I don't believe my education has been wasted—in fact I usually take problem sheets with me to solve before appointments."

Sufiah decided to CONFESS ALL after we revealed how the former child prodigy was working as a £130-an-hour prostitute while studying for a masters in economics.

It is the latest heartbreaking twist to a life that seemed so full of promise—but went tragically wrong when she cracked under the pressure of her bullying father's cruel academic regime and fled university at 15.

Eight years on, he is now in jail for sexually assaulting two girl pupils and Sufiah has somehow convinced herself that her seedy new career is the answer to all her problems.

"People think escorting is sleazy and terrible but I don't see it like that," she says. "I've always had a high sex drive—and now I'm getting all the sex I want—and guys are much better in bed with an escort than a girlfriend.

"I have men who are thrilled about my passion for mathematics. In fact one made me recite equations while he pleasured me, then I gave him oral sex while he chatted about algebra. It drove him wild."

And brainbox Sufiah has worked out that subtracting your respectability to become a prostitute can equal big money.

Peeling

"I have a nice life and I am in control," she says. "I hate this stereotype society has of escorts being exploited. It is so far from the truth.

"My clients treat me like a princess. One guy I see in London took me shopping on Bond Street. He bought me a beautiful black Gucci dress for £700 and then took me to Selfridges and told me to pick any handbag I liked."

She chose a £600 Gucci clutch. "I'm a Primark and Topshop girl normally! I felt like Julia Roberts in Pretty Woman.

"Later that night we went for dinner. I wore my Gucci dress and sexy lingerie and took great pleasure in peeling it off for him later on back at his hotel."

Sufiah was working as an administrative assistant earning £ 16,000 a year in Manchester when an escort agency boss approached her in a bar four months ago. She'd run up debts of £3,500 in rent arrears and credit cards.

And she was still haunted by her hellish childhood—subjected to her father Farooq's Accelerated Learning Technique where she studied maths day in day out in rooms kept freezing cold to improve her concentration.

So the big rewards the agency boss promised seemed more than tempting. "I have studied so intensely for so many years I wanted to have fun," she says.

She can't see the sordid side of prostitution—and instead likens herself to Belle De Jour—the saucy hooker played by Billie Piper in the TV drama.

"I'd read Belle De Jour's Diary of a London Call Girl and was fascinated," she said. "When this immaculate lady in a designer suit asked if I had ever considered escorting, I found it appealing.

"I went home, researched agencies on the internet and found one I thought looked professional. I sent them photographs and they put me on their site." A couple of days later Sufiah was offered her first client. She recalls: "I felt quite nervous but excited too. I slipped on some black lace underwear and stockings and suspenders and a dress, and just though, ‘Wow, this is thrilling.'

"He was waiting for me at the bar of the Hilton. I expected him to be older but when I saw him he was lovely.

"He was only in his late 20s, tall and handsome. I thought, ‘I can't believe I'm getting paid to have sex with this man.'

"I'd have been thrilled if he chatted me up in a bar. We had a drink then went upstairs to his room and had fantastic sex. I left that night feeling totally elated having had an amazing time with £250 in my purse." Since then, she has built up a base of regular rich clients and sees between five and ten men each week. Her sugar daddies have treated her to fabulous clothes, designer bags, trips on yachts and even helicopter rides.

Sufiah brags that she can earn more than £1,000 in a night by having diner with a client and staying over. "It's like they want to rescue me. One man asked me how much I earned a year. I said £60,000. He told me, ‘I'll pay that amount straight into your bank and buy you a flat and you can be my mistress.'

"But I don't want that because I'm happy doing what I do. Now I wonder if I could go back to a normal relationship, where you watch EastEnders and have boring sex. I've got used to being treated like a princess."

It is as if she has run away from reality—just as she ran away from university and her father's dominance at 15.

Sufiah becomes solemn and subdued when she talks of her upbringing. "As I grew older I began to clash with my father," she says. "He was violent on occasions. Because he pushed me so far academically, I became more confident for a girl of my age. I grew up too quickly.

"From 11, I was studying maths all the time. I didn't have any friends. I wasn't in the Brownies. My father said they didn't teach Muslim values. I hardly ever played with other children."

She passed her maths A level aged 12 and started at St Hilda's College, Oxford. "It was an amazing place but I was too young. By the time I was 15 I wanted to be in control of my life. I fought back."

Sufiah sparked a two week nationwide police hunt when she ran away instead of going home at the end of term, saying she'd "had enough of 15 years of physical and emotional abuse". Her father claimed she had been kidnapped and brainwashed by members of a socialist organisation.

But now, speaking about it for the first time, Sufiah says: "I couldn't bear the thought of going home so I ran away. I'd saved up £200 and found a hostel in London for £14 per night. After a week I moved to a hostel in Bournemouth. I knew I could survive on my own."

When she was found in an internet cafe, Sufiah refused to go home and was placed in foster care by Bournemouth social services. She says: "I stayed with two families who were very good to me. My mum and dad would call me and ask me to go home—but I didn't want to."

Rich

Her 50-year-old father is now in jail for 18 months after being convicted of sexually assaulting two 15-year-old girls he taught at his home in Coventry.

When Sufiah reached 18 she returned to Oxford to continue her studies—and fell in love with fellow student Jonathan Marshall. They married a year later but it barely lasted a year.

"At the time I thought we would be together forever, but we married too young and grew apart," she says.

After the split she moved back to London where she taught maths in the evenings to make ends meet. Then six months ago she moved to Manchester—and stumbled across her new career. "I'm still only young and I can't decide what I want to do," she says. "My escort work provides me with a fabulous life.

"I still enjoy learning and I find it puts me in the right frame of mind for an intelligent conversation with my clients." But she admits not all her sexual encounters work out. "At the end of the day you don't have to sleep with a client if you don't want to. I've done that twice now. Both men were young and very nervous. I just left.

"The dullest client I've ever had was a rich man who talked about cars all night. It was really, really boring."

Sufiah is well aware she could easily find a job in the City where she could match her £60,000 a year sex earnings.

But she said: "I don't want to take anything away from people who do jobs like that but it's not for me. I have a nice life. I don't want for anything."

Her mother Halimahton is now divorcing jailed Farooq and is desperate for her daughter to get in touch with her. "I was shaking when I found out what had become of her," she says.

But talking about her bitter split with her parents, Sufiah says: "I would describe our relationship as estranged.

"I have contact with them occasionally but I couldn't speculate on what they will make of my new life.

"I don't have any regrets. I've never felt more confident about my body and I've had some of the best sex of my life."



Salam wbt....

MALAM INSPIRASI GAZA as attached here...jom pakat 2 sume tgok n sertai nye..

VIVA ..VIVA ...PALESTINA 3X...

Malam Inspirasi Gaza adalah malam khas memperingati our brothers and sisters di Gaza.marilah kite same2 meringnkan penderitaan mereka...mereka juga adlh saudara Islam kite sume...FREE..FREE..PALESTINE..

Ia adalah mlm bersama penutup minggu MAXIS..diharapkan mendapat sambutan yg menggalakkan dari warge MCOT sume...

sebarang persoalan atau kemusykilan mengenai pertandingan atau persembahan dlm attachment tersebut,bolehla menghantar email kepada sy personally ,mutiah, al_hambra88@yahoo.com

sekian,wassalam wbt..

yg benar,
mutiah
AJK Buletin Minggu Maxis..

Thursday, 19 February 2009

FOOD STALL MCOT



Salam wbt...

Can u all read this conversation??....

Anam: Weh,aku teringin giler nak makan nasi goreng pattaya,makanan
feveret aku tuh
..
tapi aku bukan nye rajin ngat nak masak...biase la duk kat hall,
bukan nye rajin ngat nak
masak-masak ni...huhu..eh,ko reti x masak nasi goreng pattaya??
masak utk aku...
aku teringi
n bangat nak makan though...

Nazir : huhu...aku mane reti...tpi kan aku dengar Sabtu ni kan
MCOT ade nak buka gerai
utk Manchester Games 2009 ni...pastu aku dgr diorng nak jual
Nasi goreng pattaya!!...
jom kite pegi beli!!..xpayah kite masak,dah alang2 ,kite beli jela,
senang pun senang...


Anam: owh yeke???wah2,langkah kanan betul aku kali ni...
jom2,meh kite pakat g sane...
wah,akhirnya perut ni dpt jgk nak mkn nasi goreng pattaya..
tenkiu my prend....


Sudah bace perbualan sebentar td?Anda malas utk memasak???
Mahu makan masakan Melayu yang lazat lagi berkhasiat???

Sudah jemu dengan menu spaggeti dan macaroni buatan sendiri???
Di sini tiba masanye MCOT ingin mengadakan >>>>>




MANCHESTER GAMES 2009
FOODSTALL

Date: 21 February 2009 (SATURDAY)
Time: 1000 - 1500
Venue: MMU Student Union

Di sini,MCOT akan membuka sebuah gerai untuk jualan sempena
Manchester Games 2009...Kami akan menyediakan menu yg best-best utk
santapan anda semua...Antara menu jualan ialah>>>>


  • NASI GORENG PATTAYA + AYAM CELUP TEPUNG
(SEDAP WA CAKAP LUU)



  • NASI PUTIH + AYAM MASAK MERAH
((ADAKAH INI MENU KEGEMARAN ANDA??))

  • SARDIN ROLL((murah n sedap))
  • BANANA COKTAIL (CONFIRM best gile banana coktail ni)
  • AIR SODA GUMBIRA (mahu tahu apakah soda gumbira ????meh
kite pakat2 serbu gerai mcot
  • TELUR GEGAR @ MATA LEMBU (boleh makan bersama nasi)

Haa ape tunggu lagi...Jom kite same2 memeriahkan lagi food stall MCOT
kali ini..insyaAllah harganye amatlah berpatutan...ajak kawan-kawan
anda sume datang...
DATANG JGN X DTG!!Boleh belanja kwan2,junior
or senior jgk...hehe...


sekian,wassalam wbt..


MCOT FOR ALL...

Yg sedikit benar,
Nazir
Exco Penerangan

Tuesday, 17 February 2009

akhirnya mampu juga aku menarik nafas sedalam-dalamnya.dan akhirnya setiap bisikan itu mampu menjadi lagu merdu..

mana kan kucari lagi tiap bait-bait dulu..meraba aku dalam kelam.apalah erti hidup tanpa cinta..apalah erti cinta tanpa kasih..

sedangkan angin itu berubah arah..sedangkan ombak itu datang dan pergi..malah malam dan siang itu silih berganti..apakah lagi yang tinggal untuk diriku..mengapa pengharapan itu sesuatu yang amat menyakitkan.mengapa penantian itu sangat menguji kesabaran..

sirna jiwa dalam sepi.lalu sepi mengetuk taman hati.membawa kujauh ke alam sendu..puisi pilu terus bergema.ke segenap pelusuk buana

setiap kata adalah makna.indahnya kata yang disusun melakar rasa..detik demi detik adalah sebuah cinta yang tercipta.

dan kita terus memendam sebuah derita.tanpa tak pernah kita tahu,luka itu kian merona.

aku terus belayar mencari kepastian.cuma ada malam yang menemani perjalananku.menjadi saksi jatuh bangunku.kadang-kadang, terasa lemas ku dalam gapaian nafas.cuba kuberpaut pada rindu yang hanyut.

terus aku belayar jauh..menatap samudera luas membiru..selautan air mata gugur tanpa henti.luntur sebuah kekuatan di jiwa..sendu aku pada ceritera yang bergema..selama ini cekal hatiku pada kehidupan ini.walau sering hidup mengkhianatiku..sering luka menghiris jiwa ku..

duka membawa lari senyuman dari wajahku.andai tidak sempat kuubah cerita ini.coretkan namaku pada awan di langit..agar aku mampu melihat dunia.

tinggalkan aku sendirian mengutip sisa-sisa ini.agar mampu aku berdiri kembali.pada kisah yang pergi..pada kasih yang hilang..pada cinta yang dingin..tinggalkan aku menangisi cerita ini..tinggalkan aku menyelami keindahan yang membesarkan aku menjadi manusia..

mungkinkah masih ada harapan berpanjangan di hujung jalanku..untukku genggam dan berdiri lagi buat sekian kali..ingin ku buru,ingin ku renang tiap cinta dan rindu..ingin ku jadikan semua ini hanya sekadar mimpiku.dan bila aku bangun, ada bahagia yang menanti..

biarlah alam memeluk ku..agar ku bisa tenang dalam kehijauannya..tidur dalam ketenangannya..bernafas dalam lena yang panjang

Tuesday, 10 February 2009

Setinggi-tinggi syukur itu hendaklah selalu diucapkan kepada Allah..Sebanyak-banyak taubat itu hendaklah selalu dipohon daripada Allah...

merenung jauh pada ragam manusia
mengheretku kembali menilik ragam sendiri
roda-roda terus berputar
berlalu jauh dalam hidupku
mengingatkanku betapa sebentarnya
hidup ini untuk dipuja
lalu termenung aku pada tiap rima
memandang jauh ke dalam gelodak jiwa
percanggahan antara hati dan minda
pelik memandang kekalutan dunia
hampa melihat tiap bencana
khuatir untuk masa yang akan tiba

ada masa kita akan tertanya
mengapa kita sering di uji Yang Maha Esa
atau mengapa kita selalu terkena
dalam dilema antara dua
bukankah Dia Maha Pengasih dan Sempurna
sering juga sesal datang menyapa
sesudah layang-layang putus talinya

semuanya hanyalah sebuah ujian pada kita
kerana dunia ini sekadar pinjam-pinjaman sahaja
akhirat jua arah tujunya
pejamlah sebentar wahai mata
rasakanlah dunia dengan deria yang ada
biar tiap kata yang tercipta
jadi belaian tika gerhana
atas cinta pada Yang Maha Esa

Tuesday, 3 February 2009

Ummu Salamah

maka, kisah sedih pun bertimpa-timpa xhenti2.....tapi ada kebaikan jgk disebalik setiap bencana dan musibah yang ALlah jdkan..laptop rosak, buat aku rajin belajar..buat aku kurang sket buat benda2 lara ni....

teringt lak kisah Ummu Salamah salah sorg isteri Rasulullah...Sebelum berkahwin dgn Rasulullah, Ummu Salamah telah berkahwin dengan seorang pejuang Islam yang telah gugur syahid.Namun cintanya yang sgt tebal, menyebabkan dia sungguh bersedih dengan pemergian suami yang dikasihi..

Lalu Rasulullah telah menikahinya...Namun, kerana cintanya terhadap suaminya dahulu, setiap kali Rasulullah menziarahinya, dia akan mengambil zainad, anaknya yang masih kecil untuk disusukan..Lalu Rasulullah pun pulang dr rumah Ummu Salamah..Peristiwa ini berterusan selama beberapa hari kerana Ummu Salamah terlalu mengasihi suaminya yang dahulu...
Namun Allah itu maha Kaya dan Maha Mengetahui setiap segalanya...Akhirnya, hiduplah Ummu Salamah sebagai Ummul Mukminin yang sgt disayangi Rasullulah..Dia sgt bijak dan cantik..dan die menghafal Al-quran serta hadis-hadis Rasulullah


Namun apa yang ingin sy cerita melalui kisah Ummu Salamah ini ialah, tatkala Ummu Salamah bersedihan dengan pemergian suaminya, maka dia teringt akan sebuah hadis Nabi..Nabi berkata, apabila seseorang Muslim itu bersedih hati kerana musibah yang melanda, maka berdoa lah ' Ya Allah simpankanlah balasan baik untuk kesusahan yang melanda ku ini'

maka balasan baik untuk Ummu Salamah adalah menjadi isteri kepada Rasul Allah....

Percayalah setiap kesusahan dan kesulitan itu pasti ada kesenangan di sebalik...selalu ingtkan diri sendiri

Friday, 30 January 2009

jualan murah


Menemui Semua Sahabat dan Taulan...
Alhamdulillah musim exam telah berlalu dengan penuh penantian.

Ayuh buka lembaran baru!!
Sesiapa yang berminat ingin mendapatkan aksesori-aksesori seperti

1) Brooch
ade beberapa jenis brooch yang boleh didapatkan dengan harga serendah 50 pence sehingga 3 pds.

2) Handsock
harge 1.50 pds

3) Tudung bidang 45
harge 3 pds

4) Tudung bidang 60
harge 5 pds

Dibawah merupakan beberapa contoh gambar aksesori..jika anda berminat boleh menghubungi saya
nurdalila sahidan
2nd year medical student
+447842309835
atau dtg saja ke thorncliffe 17 room D



jgn lepaskan peluang ini selagi stok masih ada!!!



Sila war-warkan kepada sahabat-sahabat yang lain




Handsock sgt limited.jadi siapa cepat dia dapat




oleh itu, sila lah jgn malu-malu untuk menghubungi saya untuk mendapatkan barangan yang anda mahukan...

akhir kalam.....

selamat berjaya semua!!!!

Wednesday, 31 December 2008

Friday, 26 December 2008

muhasabah hijrah

salam alaik...sudah puas cuba memfokuskan diri utk baca buku..baru sampi bab neural tissue ni..jauh lagi perjalananku nk menghabiskan semua bab...

tapi, tangan terasa gatal utk menulis..hati bagaikan melonjak-lonjak suh tulis la apa-apa yang boleh ditulis....

Hari ni, tanah air digemparkan dengan sebuah blog yang direka utk menghina nabi..maka keluarlah berita buletin utama tv3 26 december 2008...maka, merata-rata kt blog2 memberi komen soal manusia ni...tapi macam2 la plak spekulasi...no tepon tu kedai kreta la,macam2 la..yang pasti org yang menulis blog tersebut,tak tau la nk ckp cmna..xdak ayat mahupun perkataan yang mampu diucapkan..dah la tak lama saja lagi nk menyambut awl muharam tahun 1430 H......

sebut ja pasal maal hijrah ni, tak terlepas kita dari menyingkap sejarah junjungan mulia memperjuangkan sebuah penghijrahan utk umat islam...maka teringat sebuah nasyid yang aku suka sgt dgr zaman tadika dulu...bercakap pasal tadika ni..seawal usia 4 thn, aku p tadika arqam..xingt sgt pun apa yang belajar kt situ..yang aku ingt, kt situ baca muqaddam dan makan bihun goreng dalam talam...lepas lebih kurang setahun lebih kt situ, aku pindah lak ke tadika PRASIS kt perlis....dua tahun duk sni..dan aku xtau la kenapa, kenangan and ajaran ustazah aku kt sni melekat sebati dalam jiwa aku smpi sekarang...ustazah yang mengajar aku kt situ namanya ustaza Nurain...

believe it or not, ustazah tu, smpai sekarang kenal aku...huhu...walaupun dia ajar aku zaman tadika dlu...aku rs sbb diri ini sangat la nakal..berlari sana sini..ingat lagi, sbb ada sorg budak laki ni saja ja tarik tudung aku, aku berlari mengejarnya satu tadika, dapat ja, aku bg sepakan terunggul kt budak ni..huhu..betapa ganasnya diriku ini..sungguh aku tak percaya..kesian budak tu..ingtn ustazahterhadap aku membuatkan aku xjugak lupa padanya..sebelum fly ke manchester, aku p tadika aku tu balik,nk berjumpa dgn ustazah nurain..tp xdak org kt rumah..



antara yang paling aku ingt, nasyid2 dr soutus sofwa ni selalu dipasang..seperti hypnotize aku hafal semua nasyid2 ni..tiap2 pagi,sebelum kelas mula, kami akan nasyid beramai nasyid Di Pondok Kecil..lepas tu bila rehat dan time makan, lagu praise be to Allah,Jam tujuh dan jugak adik2 aku salu dipasang..juga sebuah nasyid tentang guru....kerana kenangan ini,membuatkan aku mengoogle soutus sofwa...lalu aku menemukan sesuatu yang mungkin ramai dh tau,tapi aku yang xtahu menahu lagi..

soutus sofwa bwh arqam jgk,mcm nada murni...kalau nk diingtkn, mmg byk nasyid2 yang best ni pelopor dia org2 arqam...tak dinafikan, nasyid2 dari arqam atau nama barunya rufaqa' mmg sgt menyentuh hati...namun kebanyakan nasyidnya tidak lah menyelewengkan aqidah..tapi, ada juga antara nasyidnya, yang mungkin bw maksud lain kalau diperhalusi...insyaAllah soutus sofwa tidak begitu..contoh nasyid2 soutus sofwa ialah maal hijrah, akhlak mulia,adik-adikku sayang, praise be to Allah dan banyak lagi...dan juga, banyak antara nasyid2 kumpulan arqam ini dinyanyikan semula oleh kumpulan nasyid kini seperti raihan,rabbani dan sebagainya...

nampak gayanya, jauh benar topik yang nk diulas terulas...namun...niat di hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mama dan abah yang telah membesarkanku dengan penuh kesabaran,kesusahan dan juga kasih sayang yang tidak terhingga....terima kasih kepada ustazah nurain yang telah banyak memulakan corak hidupku sebagai seorang kanak-kanak dulu..ustazah, tabahlah menghadapi dugaan hidup yang menimpa dirimu.....



sempena maal hijrah yang xlama lagi ni, ingin rasa berkongsi dengan semua petikan dari kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali




Ketahuilah bahawa manusia di dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada tiga

Pertama: Orang yang mencari ilmu untuk menjdikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat.Maka orang ini termasuk dalam golongan beruntung.



Kedua: Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan yang segera(dunia) dan mendapatkan kemuliaan,pangkat dan harta benda,sedangkan dia sendiri menyedari hal ini dan merasakan di dalam hatinya akan kejahatan keadaan yang sedang di alaminya dan kehinaan maksudnya.Maka orang ini adalah berada di dalam golongan yang berbahaya.Jikalau dia mati sebelum sempat bertaubat,maka dibimbangi ia akan mati dalam keadaan su-ul khatimah kemudian urusannya terserahlah kepada kehendak Allah(kalau mahu dimaafkan atau diseksa).Tetapi kalau mendapat taufik sebelum matinya lalu dia bertaubat dan sempat mengamalkan ilmu yang dituntut dan sempat pula membuat pembetulan terhadap apa yang tercedera dan tercuai.Maka bolehlah dia dikumpulkannya bersama golongan yang beruntung,kerana bertaubat daripada dosanya sama seprti otang yang tidak berdosa.


Ketiga; orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang dituntut sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya.Dia menggunakan ilmu yang dituntut itu untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut keuntungan dunia.Walaupun demikian,dia masih terpedaya lagi dengan sangkaannya bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah kerana dia masih lagi pada zahirnya menyerupai ulama.Dia bercakap seperti percakapan para ulama dan berpakaian seperti pakaian para ulama,pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak haloba dalam menghimpunkan kekayaan dunia.Orang seperti ini termasuk dalam golongan bina,jahil dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat tipis harapan untuk ia bertaubat kepada Allah kerana dia telah menyangka bahawa dirinya trmasuk dalam golongan orang yang baik.Pada hal ia telah lupa akan hadis Rasulullah SAW


"Selain daripada dajjal ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada dajjal.Lalu ada orang yang bertanya:Apakah itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Mereka ialah Ulama Su' yakni ulama yang jahat"



Ya Allah, ampunilah kami ya Allah,yang dalam sedar malah dalam tidak sedar melakukan banyak dosa padaMu...ampunilah kami.......

wallah hu 'alam...

Thursday, 25 December 2008

Jesus-christ:God or Apostle part 1-7

salam alaik...alhamdulillah, i managed to upload these videos..ive already upload the first part of this debate..you can check my previous post regarding this topic.ive got 7 part all together..but, this time i will only upload just the first 3 parts. InsyaAllah, the rest will come afterwards.

Again, ths is a debate held in manchester, at roscoe building between a muslim speaker and a christian speaker. The speakers were given time to speak. after that, each speaker were given a chance to ask each other 3 questions each. and after that, the floor got the opportunity to ask question to any speaker. unfortunately, i didnt record the Q&A session due to technical error.

The speaker in white shirt is christian while the speaker in black jubah is muslim.
part 1,2,3 is from a christian speaker
part 4,5,6 is from the muslim speaker

part 1



part 2




part 3






part 4




part 5




part 6



part 7

fi lailatin min al layali

bermula dengan pencarian video sebuah nasyid yang memukau hatiku



khas utk sahabatku yang ditimpa sebuah dugaan..bersabarlah..renungilah bait-bait nasid ini...

في ليلة من الليال
لست أدري ما اعتراني
ظلمةٌ تغمرني يا رب

Di suatu malam dari sekian malam,
Aku tidak tahu apa yang terjadi padaku,
Kegelapan menyelubungi diriku, wahai Tuhan.


الأرض ضاقت والسماء
وقلبي ما عرف الضياء
والدمع بات يبكي يا إلهي


Bumi dan langit ku rasakan sempit,
Hatiku tidak menjumpai cahaya,
Dan air mataku sentiasa bercucuran, wahai Tuhanku.


عصيت والذنب كبير
وإني في حزني أسير
مقيد بالذنب يا رب

Aku ingkar dan dosaku bertimbun,
Sesungguhnya aku di dalam penjara kesedihan,
Dirantai oleh dosa-dosaku, wahai Tuhan.


فهل يستحق يا إلهي
العفو مجرماً
مقرٌّ بالذنوب يا إلهي

Akan layakkah, wahai Tuhanku,
kemaafan diberikan kepada si pesalah,
yang sering berbuat dosa, wahai Tuhanku?


أنت الذي خلقتني
رحمتني ورزقتني
دوماً يا رب قد كنت معي

Engkau yang menciptakanku,
Mengasihiku dan memberikanku rezeki,
Wahai Tuhan, Engkau sentiasa mendampingiku,


لكنني نأيت عنك
نسيت ما قد كان لك
وسرت في طريقي يا إلهي

Namun aku pula menjauhi-Mu,
Aku melupai apa yang ada pada-Mu,
Dan aku mengikuti jalanku sendiri, wahai Tuhanku.


واليوم يا رب أعود
من ظلمة خلف الحدود
فالقلب منكسر وطرفي حائر


Pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
daripada kegelapan di belakang sempadan,
Hatiku berkecai dan jalanku mengelirukan,


وأنا الغريق فلا أرى
إلا سواك لي منقذاً
لا ملجأ ولا منجى إلا أنت
يا إلهي

Aku yang kelemasan tidak melihat sesiapa
melainkan Engkau untuk menyelamatkanku,
Tiada tempat berpaling, tiada penyelamat kecuali Engkau, wahai Tuhanku!



firman Allah dalam satu hadis qudsi yang membawa maksud

" Aku di sisi mereka yang hancur hatinya kerana mengingati aku"


dan aku ingin berkongsi seuah kisah yang mungkin sudah ramai orang yang tahu....dan aku petik kisah ini dari kitab bidayatul hidayah yang telah dibawa oleh ibuku.(terima kasih,mama..terima kasih ua pada ustaz badaruddin, ustaz pengajian kami kt kodiang dulu kerana beliau juga menjdikan kitab ini salah satu silbus utk kami kupas bersama-sama)..kitab ini adalah karangan imam hujjatul islam imam ghazali. ..

Imam ibnu Al Jauzi menghikayatkan daripada Ahmad(saudara imam Ghazali r.a) yang menceritakan kisah kematian Imam Ghazali r.a.Berkata Imam Ahmad tersebut: Setelah terbit fajar hari isnin 14 jamadil awal 505 h, saudaraku(imam ghazali) berwudhuk dan terus sembahyang subuh.selepas sembahyangsubuh beliau berkata "bawalah ke sini kain kapanku" Lalu beliau mengambil kain kapan sambil berkata " Aku telah bersedia utk dtg memenuhi panggilanmu dengan penuh ketaatan dan kepatuhan" .Setelah itu beliau meghunjurkan kakinya menghadap kiblat dan beliau terus menghembuskan nafasnya yang terakhir utk memenuhi panggilan Tuhannya dengan penuh ketenangan....semoga Allah mencucuri beliau dengn rahmat yang luas dan semoga Allah memberi keberkatan kepada kta dgn ilmu yang beliau tinggalkan...


hujjatul islam.....imam Ghazali

adakah kita mampu bersedia sebegitu rupa utk menyahut panggilan Ilahi kpd kita???
astghfirullahha illallahha kana tauwaba.....