WARDAHKU................

Friday, 24 October 2008

malamku..langitku..



Andai bisa daku berbicara lagi.....
Biarlah segunung harap bergema kembali...
Andai mampu kupahatkan dalam langit yg meluas biru...
Ingin kucoretkan lukisan hidupku....

Dan bintang ingin kugapai..
namun bulan mula tertawa..

secebis pengalaman belum cukup menjadikan aku
menggapai bintang

Ada sesuatu yang masih hilang dalam perjalanan ini
ada yang masih belum cukup...

tapi manusia tak pernah akan sempurna..dan aku belajar utk tidak gentar dgn bayang-bayang sendri...

Baru kini aku mula faham apa kata-katamu, abah....
Rindunya aku pd mama dan abah....terkenang pd sebuah memori yang indah...bahagianya ketika itu...

tersenyum aku pada kenangan...dan kenangan itu acap kali datang singgah dalam fikiranku...alangkah bahagia andai dpt ku lihat kembali kenangan itu..

Sudah bertahun berlalu...dan hidup ini terlalu laju rasanya berubah..masa juga tak jemu-jemu meninggalkan aku..siang silih berganti..malam juga begitu...

sesak rasanya kadangkala, bila terperangkap dalam kenangan..kerana membuatkan aku rs ingin memberhentikan waktu dan pulang ke masa lalu...namun, hakikatnya...tiada siapa yg mampu....

namun, aku bersyukur, masa itu terus berlalu dan berlalu....aku bersyukur segalanya silih berganti...kerana sekurang-kurangnya, aku dapat menghargai saat-saat indah itu pada hari ini walaupun hanya sebagai sebuah kenangan...

dan aku bersyukur kerana aku masih mampu berkata utk hari ini, yg aku pernah ada kenangn yg terindah itu...

Masa lalu...pahit atau manis...sama ada terkesan atau tidak...bahagia atau duka....aku bersyukur aku pernah laluinya...

tergambar di fikiranku, sewaktu kecilku, dgn anak patung yg suka aku pegang upside down..jalan dan berlari bermain dgn mama dan abahku....tidak kusangka, aku telah jauh membesar dari dulu...dan aku pasti yg paling terasa ialah mama dan abah....depan mata mereka aku membesar..dari seorg kanak-kanak kecil, yg hanya tahu menangis, meminta, bermain...menjadi aku hari ini...

maka wajarlah, berat hati mama ku, utk mengizinkan aku mendirikan rumah tangga ku sendriri bila izin aku pinta...mungkin luluh hatinya, bila menyedari, aku akan memulakan hidup baru dgn seorg insan lain yg bukan dirinya....bagaimana, kalau aku seorg ibu nnti...apakah perasaan ku pula.....

namun, kasih ibu itu, tiada sempadan, tidak bertepi dan tidak ada ukuran...ibu mana yang tidak sayangkan anak....


tiba-tiba aku sedar, sebenarnya, hidup ini sentiasa perlu kita bersedia utk berpisah, bila-bila masa...kerana,kita semua pasti akan mati...andai kita sedih berpisah dalam keadaan kita hidup...terpisah dgn jarak, keadaan atau kehidupan..perlulah kita ingt, perpisahan yg pasti, tetap akan berlaku, iaitu mati....

sejauh mana pun, kaki kita ini melangkah..setinggi mana jua kita cuba melompat.....kita pasti akan kembali ke taman azali.....

biarlah rama-rama itu terus terbang..
biarlah ia terbang jauh..
biarlah ia terbang tinggi...
biarlah bunga itu terus kembang..
biarlah ia mekar mewangi...
biarlah kasih itu bersemi...
biarlah sayang itu kekal abadi...
biarlah hati berlagu rindu..
biarlah malamku indah seperti selalu..
seperti aku masih kecil dahulu...
tatkala aku mula mengira bintang di langit
bersama ayahku..dan ibuku...
tatkala aku mula belajar mengagumi cantiknya langitku..
dan malam terus sunyi dalam rindu..

Tuesday, 21 October 2008

ingin melamar bahagia

Malam ni, banyak pula berita yg sgt menyedihkan singgah di lubuk hati...lalu bertamu dan membuatkan aku rs sungguh pilu......

Takziah kpd keluarga sahabatku, Ben dengan pemergian kedua-dua atuk dan neneknya....

Apa khabar agaknya saudara-saudaraku yg dirindui nun jauh di sana? apa khabar tok? aidid?apa khabar kanak-kanak yg menceriakan ruangan hidupku selama ini?aiman, aizat, amirul, amir, abby, cekeliu,anas dan yg lain2.......selalu aku terkenangkan kalian...riuh rendah kita suka bermain...main futsal, badminton..pergi berkelah...main tuju kasut...lumba basikal...kalau time wat bbq, ramai2 pulak kejar itik kt tepi rmh utk disembelih.....
mungkin, kalian xprnh sedar betapa besarnya erti kalian smua dlm hidupku.....diriku menjadi tersangt bahagia dgn kehadiran kalian...


Amir dan amirul yg masing-masing baru sekolah rendah....telah kehilangan ayah mereka buat selamanya...dan aku masih igt saat2 itu pd cuti musim panas yg lalu..kerana tatkala kejadian itu berlaku, mereka dtg meminta bantuan ayahku.....
Cekeliu pula, telah kehilangan satu-satunya adiknya,dlm nahas jalan raya....
mereka terlalu kecil...tapi mereka telah diuji Allah dgn pelbagai keadaan.....Dan aku melihat perubahan yg berlaku pd mereka....namun, hakiktnya, mereka masih terlalu kecil utk memahami hakikat sebuah kehidupan.....
tapi kalian mengajarku, utk bangun dan melihat dunia dgn cara yg sungguh berbeza.....

Lebih teristimewa buat mama,abah dan tok yg berada di kampung......Juga adikku yg berada di Mesir...suka duka diharung bersama....macam-macam utk diceritakan...
Selalu terkenang segala memori indah yg kita lalui...segala kenangn yg sering menbuatku tersenyum......dan aku juga takut bila memikirkan, apakah yg akan terjadi pdku andai aku hilang kalian.........


Menarik benar kisah hidup kita sebagai manusia...kadang pilu singgah di taman hati...kadang bahagia datang menyapa...mereka dtg dan pergi..pd masa dan ketika yg mungkin kita xdpt sangka....

Aku ingin melamar bahagia di jiwa..supaya jadimilikku selamanya....dan aku ingin memiliki taman rasa, agar dpt kuhiasi dgn bunga-bunga gembira dan suka....

tapi, mata terus termenung jauh....mengimpikan dunia idaman...dan terus mata merenung jauh....pd sebuah masa depan yg belum tentu ceritanya...

aku ingin menjdai penulis novel cinta...penyair kota bahagia...pelukis gambar bermakna....kerana aku mahu memiliki impianku selama ini.....
hidup dalam bahagia hakiki bawah lembayung Ilahi.....bersama insan yang aku kasihi.....bersama keluarga yg kucintai.....

Monday, 20 October 2008

Happy Birthday Mama





Selamat Hari Lahir buat mama yang dirindui dan disayangi...terima kasih atas segala jasa dan kasih sayang yg tiada tolok bandingnnya....hanya Allah saja yg dpt membalasnya....

semoga sentiasa bahagia dan dipermudahkan Allah setiap perjalanan dan urusan

semoga diberi ketenangan dan keimanan yg teguh di hati dalam menghadapi setiap dugaan dan cubaan

semoga diberi ketajamanakal dalam merencana setiap haldan tujuan..

semoga digolongkan dlm golongan isteri-isteri yg soleh, ibu-ibu mithali, hamba-hamba yg beriman...

i love u from the bottom of my heart.....

HaPpY bIrThDaY MaMa :21 OCT 2008

Friday, 17 October 2008

PROUD OF YOU


Alhamdulillah....malam masih lagi membuat aku segar..seakan-akan hidup bersama mataku yg celik ini....

Hidup ini,penuh dengan pelbagai onak dan cabaran..kadang-kadang kita merasa senang...Namun kadang- kadang susah datang bertandang...dalam kepedihan dan keperitan, adakalanya kita rs seperti mahu sahaja berlari meninggalkan segala..Namun tiap kali terjaga, kita masih di katil yg sama..

Namun adaseorg insan yg amat aku kagumi,yg mendidik aku, agar jgn melarikandiri, tapi hadapi dugaan itu, dgn penuh kesabaran.. dan aku sgt berbangga memanggilnya ABAH....

Abah, lama benar, kakak menjadi pemerhati setia, saksi setia dan peminat setia diri abah..Sudah lama kakak menyaksikan kerut di wajah abah...sunyi yg menghiasi bibir abah...dan penat yg menyarungi diri abah..dan kakak tahu,selama ini jugalah, beratnya tanggungn abah dari mata kakak yg melihat...

Kadangkala,abah cuba mengesat air mata yg jatuh,sembunyi-sembunyi..maka, tiap kali itu juga, air mata ini yg berderai bersepai di pipi..Namun, jarang sekali, abah luahkan rs hati kpd sesiapa pun...sungguh rs itu abah pendam dalam-dalam.....

Sudah berkali, kakak lihat abah jatuh...byk kali juga kakak lihat bayang wajah kecewa...Namun, takpernah terkeluar oleh kata-kata di bibirmu..malah, acap kali juga, kita di uji oleh insan yg dengki dan hasad...Maka, keluarga kita, di uji dgn kuasa allah yg Maha Kaya....

Tapi abah,tak pernah kakak lihat abah tersungkur dan meraung menyesali dan menangisi nasib diri....tapi abah bangun...bangun tanpa menoleh barang sedikit ke belakang...

walau siapalah kita pd pandangn mereka...walau mereka tak mungkin memberi kita peluang utk mencapai cita-cita...walau kita di pandang rendah pd mata mereka...abah xpnhhirau pun...abah sungguh optimis..abah yakin, rezeki itu milik Allah..Andai Allah nk bg pdkita,kita akan dptnya, bila-bila dan di mana jua....

Bila angin taufan pnh cuba mencabut akar rumah tangga kita, abah xpernah hilang sabar atau hilang haluan atau kewarasan..Malah kakak yg menjadi saksi..kakak yg memandang ke dalam mata abah...kakak juga yg memegang tgn abah ketika itu...dan sungguh kakak sgt berbangga dgn abah yg kakak miliki......


Dan pada hari ini, tsunami telah berlalu pergi..hujan ribut telah berhenti..Mentari menyinar kembali..bersama indahnya riwarna pelangi...Sebuah kisah yg menjadikan kita semua lebih dewasa dari hari semalam yg penuh suka dan duka..

Kakak kagum dengan kesungguhan abah..keberanian..dan kesabaran..kasih sayang yg xpernah bertepi..kepada kami sekeluarga...hanya Allah yg dpt membalasi..

Terima kasih, abah..kerana selalu mempercayai kakak...Terima kasih kerana sentiasa menerima kakak seadanya..Bukan hasil akhir yg perlu dibanggakan..Namun semangat abah,ketabahan, kesabaran, dan segalanya yg telah abah potretkan selama ini yg menjadi sumber inspirasi..

I am so proud to call you my ABAH... i love you so much....


Thursday, 16 October 2008

minoriti di UK

Esok akan bermula lagi rutin harian yang panjang seprti sediakala..panjang kerana selalu keliru apa yang paling penting untuk dibuat dulu.ada sedikit masalah dgn nk mem"prioritise"..
Tengah buat PBL ni, rs penat pulak mata dan spine..kerusi hall tahun ni, buat masalah back pain makin kronik ni...kononnya, budget hall lari...hall byk rugi tahun lps.sbb tu thn ni dh xde lg free desk lamp..ditambah masalah lampu bilik yg sgt romantik ni..seakan-akan membuaikan lagu utk tidur je..aduhai...dugaan hidupku..but, it should not be an excuse kan...


Terbaca pendapat sahabat-sahbat ttg prejudis terhadap golongan minoriti kt UK..maka bila dibincangkan soalan minoriti ni, zapp, terkenalah pada dahi kita, org malaysia kt UK ni..prejudiskah mereka di UK ni terhdap golongan minoriti yang tinggal di negara mereka ni? hmmm...Siapa golongan minoriti? kenapa org prejudis? apa kesannya?Ada yg kate, sbb kte ni org Asia, org layan kita ni, cm melukut di tepi gantang..mungkin ada antara sahabt yg berdepan dgn masalah mcm ni. Kadang-kadang masalah yg kita hadapi ni, kecil je sbnrnya, namun our way of perception, or handling it, making it bigger..


Namun tidakboleh juga dinafikan perkara-perkara mcm ni ada kebenarannya..lebih baik, kalau sy berckp berdasarkn pengalamn..Sbg seorg penuntut uni of manchester, and as a medical student, tiap2 hari kne deal dgn org2 putih ni..belajar pun ngn diorg..sbb problem based learning..nk ke, xnk ke, suke ke, xsuke ke, muke diorg jugak yg perlu dihadap..mula-mula sampai dulu, masyaAllah,mmg xphm langsung, ape la diorg ni ckp...dah guna teknik baca bibir pun, xjalan jugak....bila kita pulak yg ckp, diorg pun xphm...mmg frustrated betul time tu...maka, mcm-mcm usaha la digunakan utk memahami loghat mereka ini...to make thing even worse, one of the PBL assessment is to speak during PBL session..kalo x, mmg xdpt markah la...alahai......macam mana la agaknya..diorg ckp kita xphm..kita ckp diorg pn xphm...
namun, Alhamdulillah, seiring masa yg berlalu, things became much easier than before..dh xrs mcm itik ngn ayam dh...perlahan-lahan..seolah-olah, luka yg telah smbuh...maybe im lucky..ada kwn2 mat saleh yg sgt supportive..dan diorg respect me, my cultural, my religion as well as my ideas..


belum pnh lg berjumpa pengalamn yg pelik2 mcm sahabt2 sy ni..ada antara sahabat sy ni, yg di anak tirikan oleh lecturer mereka, sbb berbangsa melayu, atau generally dr asia, dan juga beragama Islam..malah sy pnh dgr crite, pak guard kt whitworth park ni, pnh mengeluarkan satu statement iaitu " i dont like asian people"...why??ape salah kami? knape?? adakah ini dipanggil racist??bukan itu shj, pnh jg, disebuah station bas, sewaktu tgh beratur nk nek bas..sekumpulan girls dr malaysia, yg bertudung litup semuanya, dihina oleh seorg lelaki mat saleh yg berpakaian ala-ala hip hop sambil merangkul erat pinggang girlfirend die dgn berkata "Holly Jesus, this country is for white!" Huh....nasib baik la xberlaku adegan bertempur di situ....
Well, Islam came as a stranger and also goes as a stranger..But whoever be among the stranger or become the stranger is the lucky one...


Hakikatnya, org mmg akan pandng pelik pd stranger..betul x? dalam hidup kita sehari-hari pun, mesti kita akan pandang pelik kt benda yg pnh kita nmpk sebelum ini...atau pn cthnya, bdk2 sekolah...smua bdk sekolah rendah, kne pakai bj seragam warna putih,kain hitam atau blue black dan sebagainya...mcm mana kalau satu hari, ada seorg bdk sekolah ni, p sekolah dgn memakai bj kebaya bersulam-sulam, ada byk labuci..mesti org tgk pelik jgk kn....maka jd dlm golongn yg dipandang pelik ni, lumrah alamlah utk menghdapi pelbagai dugaan...
sebenarnya, kita septutnya mempergunakan "kepelikan" ini dgn bijak...bagaimana??? Dalam pada kita mmg sudah sedia menjdi center of attraction ramai org, kita perlulah menggunakan peluang ini utk bersaing secara sihat..cthnya, dlm kes PBL td...semestinya, memerlukan usaha yg sedikit lebih dr org lain..namun apa slhnya berusaha? it wont do any harm..keduanya...jgn cepat melatah bila kena maki hamun dgn org-org yg mungkin ada diskriminasi dlm jiwa mereka....cool......kita xmahu mencari gaduh..tapi, dalam masa yg sama, kita xmahu jgk dipijak-pijak kepala oleh mereka...ada masa yg kita perlu pertahankan hak dan maruah kita...


alamak, sebenarnya, byk lagi nk tulis...tapi ada hal emergency pulak...belum duk kt A&E lg ni...sambungan nnti.......

Monday, 6 October 2008

FUiYO 2008 - Fun with iLuvislam's Youth in Overseas

sapa2 nak jalan2 London, atau nak jalan2 ke tempat yang TIKET MURAH, FUiYO is your solution!

LINK to FUiYO webpage

FUiYO 2008 - Fun with iLuvislam’s Youth in Overseas


Before London’s Olympic 2012, lets go to London 2008!
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Glasgow was a history, London is a mystery. Formerly known as ‘iLuvislam goes to Glasgow’ (IGTG), this year it will be FUiYO 2008 - Fun with iLuvislam’s Youth in Overseas.

When is it?
24 - 26 December 2008

Where is it?
South London Scout Centre, London (Zone 3) - 13 minutes from Victoria Station


Event and Registration fees
As the saying goes - What u give, u get back!

What you give:
1. Register yourself and be part of FUiYO 2008
2. Registration fee of ONLY £33 or €43

You get back:
1. Inspiring & motivational talk by British Muslim speaker,
2. Educational talk and sharing moment from historian,
3. Group discussion with trained facilitators,
4. Build up your ukhuwah and networking - meet NEW friends from all over the Europe
5. Character-building physical activities,
6. Awesome games and quiz,
7. Forum with excellent students in the UK.

MashaAllah. Wait no more, give urself the chance of a lifetime, come and join us in this fantastic, memorable winter delicacy, FUiYO 2008. Stay tune for latest news and updates and don’t forget, be there!

Sunday, 5 October 2008

selamat hari raya

alhamdulillah...dalam kedinginan yang meratah setiap isi daging dan tulang, berjaya jugak aku meredah hari-hari istimewa yang berlalu dengan pantas sekali..hari raya aku di perantauan lagi...

lama benar rasanya tak menulisbarang sepatah kata di blog ni..maklumlah, banyak benar "open house" yang memanggil-memanggil untuk menikmati makanan percuma lagi lazat..:) tahniah kpd semua yang telah berjaya!!

bagaimana agaknya mama dan abah menyambut hari raya berdua sahaja tahun ini...moga-moga, selamat semua...

aku lemparkan pandangan ke luar jendela...menjadi saksi setia pada perubahan cuaca yang tidak dapat dijangka...panas disangka sampai ke petang..tapi rupanya hujan beserta angin dtg bertandang..namun tiba-tiba, matahari, malu-malu menyinarkan diri kembali...sedang memengan payung berlindung dari hujan dan angin, tiba-tiba semuanya ghaib dalam sekelip mata...

itulah bumi manchester...

masuk kali ini, sudah payung ke 4? ke 5? semuanya musnah di baham angin..sungguh dahsyat...

semester ini, sungguh mencabar..mencabar kekuatan akalku, fizikalku malah emosiku...dan aku telah berjanji untuk tidak mahu kalah dalam perjuangan ini....huh, tapi berat benar setiap cabaran dan dugaan yang mendatang...

tapi aku selalu yakin bahawa, Allah tahu yang aku mampu menghadapinya..maka dengan itu, aku yang menerimanya..

laluilah hari-hari dengan rasa gembira..

selamat hari raya aidilfitri

Friday, 26 September 2008

PEAK DISTRICT:Registration Started

Salam semue.
Untuk menyambut dan memeriahkan kedatangan juniors2 ke manchester nih, kami akan mengadakan satu aktiviti yg BEST utk gather all the juniors so that u guys bole meet and get to know each other better. Maka, wujudlah prograamm:




FRESHER'S DAY OUT

PEAK DISTRICT:Registrati on Started

Peak District: Sebuah Kembara







Memukau pandangan melakar pengalaman





















Bergembira dalam menghayati sebuah kehidupan
















Menjejak dan mendaki gunung harapan


















Mengukir manis sebuah persahabatan





DATE: 12 OCTOBER (SUNDAY)
VENUE: PEAK DISTRICT
(SILA click di sini UTK GMBAR....CANTEK TMPAT NIH~~~)
ACTIVITIES: HIKING + GAMES

OPEN TO ALLL JUNIORSS~JOM JOIN RAMAI2.THE MORE THE MERRIER =)

PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT PADA:

HASSAN (L): 07515429548
ASMA' (P): 07515270656
MUTIAH (P): 07500297365

PENDAFTARAN JUGA BOLE DIBUAT TIME BUKA PUASE MCOT HARI SABTU NIH....MAKA JOM RAMAI2 DTNG BUKA PUASE SABTU NIH DI INT SOCIETY jam 6.00PTG.

Monday, 22 September 2008

Senyap-senyap sudah mahu pergi

Ramadhan senyap-senyap sudah mahu pergi...

Apakah Ramadhan kali ini sudah cukup bermakna buat kita?

Apakah kita bakal menemui Ramadhan lagi?

Ramadhan kali ini...di perantauan lagi...senyap sunyi..dia mula pergi..

tanpa sebarang ucap kata mahu pun salam teristimewa

ada suatu kesedihan di lubuk hati yang sukar utk kuungkapkan

terasa syahdu jiwa mengucapkan selmat tunggl pada Ramadhan dgn harapan mahu berjumpa lagi

namun siapakah yg tahu akan adakah kesempatan buatku lagi


masih belum cukup amalanku pd Ramadhan kali ini

masih byk lubang2 kosong yg perlu di isi lagi

oh Ramadhan...kau sudah mahu pergi..tidak akan menunggu lagi

sudah sepurnama kau berikan peluang pd manusia di dunia

utk mencari dan memiliki sebuah kebahagiaan hakiki

sepurnama juga telah kau sedia menanti pohonan rindu pd Ilahi

serta sepurnama juga kau telah menunggu andai ada rintihan taubat dari jiwa yg merayu

maka sudah tiba masa kau mahu berlalu

andai tiada peluang utk ku bertemumu lagi

ku harap Ramadhan kali ini akan kuingati

dan Ramadhan mengingatiku...

senyap-senyap sudah mahu pergi

bulan yg mulia

anugerah Ilahi
Ramadhan kareem

Sunday, 21 September 2008

utk seorang sahabat..

Subhanallah....telah selamat masuk ke dalam hall dh..dah siap mengemas smue...
hidup baru akan bermula lg..
dalam perang dan perjuangan..
Ramadhan pun berlalu dgn cpt sekali..terlalu byk suka dan duka yg berlaku dlm Ramadhan kali ini...

Istimewa buat sahabatku yg berada di sana...
kuatkanlah hatimu...kukuhkan jiwamu...segala g berlaku itu adlh ketentuan Allah..jgn sesekali kau berputus asa dgnNya..semua ini cuma lah secebis dugaan..
Walau ke mana jua langkah mu nnti, sentiasa ingt,aku selalu mendoakanmu...sudah tiba masanya utk kita mencari dan kembali ke pangkalnya....
kuatkan hatimu..byk2kn berdoa..

sesungguhnya,kita xprnh tahu apa yg sebnr2nya terbaik utk kita..kdg2 apa yg kita nak belum tentu yg paling baik utk kita..

Hanya Allah sahaja yg mengetahui apa yg terbaik utk kita..jadi pohonlah padaNya.pohonlah..pohonlah...pohonlah..Allah itu tidak kejam..Allah Maha Pengasih...

Bulatkan tekadmu..aturkan langkahmu..pedulikan apa yg dikata org...mulakan hidupmu yg baru..pandang terus ke hadapan..jgn teragak-agak lagi..

belajarlah bertanggungjawab atas diri sdri..masa utk menyalahkan org lain sudah tiada lagi..membesarlah menjadi org yg dewasa dan matang..sekarang bukan lagi masa utk bersuka ria..

ingtlah, bhw aku akan sentiasa mendoakanmu..walaupun kita jarang bersua atau berjumpa, atau berbicara..jauh di sudut hati,aku selalu teringtkn mu dan mendoakan kejayaanmu dunia dan akhirat..

Wednesday, 17 September 2008

Sunday, 14 September 2008

Datanglah...Jangan pergi..

Ya Allah.....

Sering aku terkedu bila berbicara dgnMu

Mengapakah sendu hati ini terkunci dalam peti sepi

Ya Allah...sungguh Kau tahu hatiku merana dalam bait2 kehidupan yg menipu

Aku lemah dalam kealpaan

Lama benar xkuhadapkn pandangnku ke langitMu

Mengagumi sebuah kebesaran..sepi itu bagai menghantui diriku yg rapuh

Aku Cuma mampu menangis dlm sendu...Tuhan mengapakah diriku perit benar rsnya...

Mengapa rantai itu xmampu kubuka

Mengapa cintaMU xkunjung tiba..terasa mudah air mata ini mengalir..pd rapuh dan lempuh imanku

Aduhai Tuhan......berikanlah aku sebuah ketenangan

Setenang awan yg bergerak di langitMU

Berikanlah aku sinar cahaya dalam selubung kegelapan ini

Patah hati....biarknlah ia patah..andai gantinya cintaMu

Jatuh tersungkur..biarlah jatuh..andai luka itu dibaluti dgn redhaMU

Ketenangn dtglah singgah ke hatiku

Dtglah singgah di persimpngn teratakku

Dtglah jgn pergi...

Your Name

Your Name

I wrote your name in the sky,
but the wind blew it away.
I wrote your name in the sand,
but the waves washed it away.
I wrote your name in my heart,
and forever it will stay.

Wednesday, 10 September 2008

Kt pengajian ustaz Badarudin-kodiang


alhamdulillah...da smpi pn adik kt Mesir.....so how was it??
betul ke 40 kali lg teruk kebersihn die dr perlis..huhuh.....sabar je la yaa...

so,nnti akan start era baru..buku baru..dh no turning back..belajar rajin2...

ayun laju-laju sampai cucur atap...

selamat berjaya......teguh hati...jgn bersendiri..perjuangn perlukan ramai mujahidah...

Monday, 8 September 2008

Edisi : 2(xtra) Kisah Teladan Sepanjang Zaman

*Catatan penting berkaitan tanda-tanda kenabian Rasulullah dan Salman Farisi

ringkasan dari kitab Syamail Tirmizi


sila baca sedikit ringkasan mengenai kitab syamail tirmizi di post yg bertajuk Kitab Syamail Tirmizi.


Catatan 1

'Allamah Baijuri rahmatullah 'alaihi telah menerangkn bhw Salman Farisi r.a adlh seorg pendita agama zaman silam. Umurnya menjangkau 250 thn dan menurut riwayat lain umurnya smpi 350 thn. Beliau telah membaca sendiri daripada kitab agamanya mengenai tanda-tanda nabi yg akhir. Kitab-kitab itu mnyebut antara tanda-tanda nabi akhir zaman ialah baginda menolak sedekah tapi menerima hadiah dan ada tanda cap mohor kenabiaan di badannya. Apabila Salman menguji ketiga-tiga tanda ini wujud lantas beliau memeluk Islam. Tanda-tanda ini juga telah diberitahu oleh paderi Nasrani.


Catatan 2

Telah dinyatakan daripada hadis yg disebutkan sebelum ini (post sebelum ni)bhw Rasulullah bersabda" Kami tidak makan sedekah" Jadi siapakah yg dimaksudkan "kami" tersebut.

Mengenai perkara ini, terdapat perbezaan pendapat di kalangn ulama'.Ada yg mengatakan "kami" yg digunakan adlh sbg jamak bg org pertama digunakan utk dirinya sdri.

Sebahagian ulama'pula mengatakan bhw "kami: merujuk kdp golongan nabi

Sedangkan ulama'-ulama' lain menegaskan bhw "kami" itu merujuk kpd Rasulullah dan ahli-ahli bait (keluarga dan keturunan Rasulullah) yg mana mengambil sedekah adalah haram. Alasan akhir inilah yg benar dan dalam permasalahn agama pun diberikan hukum yang sama


Catatan 3


Dalam hadis menyebut Rasulullah telah membeli Salman yakni hamba kpd seorg yahudi. Sebenarnya ini bukanlah suatu pembelian kerana Rasulullah menjadikannya seorg "Muktab" dan satu jumlah dirham yg byk telah ditetapkan utk bayaran kpd "makatibat"(yakni suatu persetujuan di antara tuan dan hambanya bhw si hamba td akan mencari sejumlah wang utk dibayarkan kpd tuannya dan setelh pembyrn tersebut dia akan dibebskn.)

Disamping byrn yg Salman kne byr,maka beliau jg dimestikan menanam 300 btg pokok tamar dan menjaganya sehingga berbuah. Rasulullah sendiri menagmbil tugas menanmpokok tersebut dgn tgnnya sdri yg mulia dan sebg mukjizat hanya dlm setahun, berbuahlah pohon tamar tersebut kecuali sebatg pokok yg ditanam umar.Maka Rasulullah mencabut pokok tersebut dan menggantikan dgn yg lain. Walaupun di tanam luar musim,pohon tamar tersebut mengeluarkan buah. Inilah mukjizat yg kedua di Madinah. Kebun ini masih lg dikenali sbg Kebun Salman.



Catatan 4


Salman r.a dtg dr Isfahan,suatu daerah di Iran. Bapanya ketua bagi daerah tersebut dan tersangt sygkan anaknya. Salman belajar agamaMajusi dgn tekunnya sehingga tidak lama kemudian beliau seakan menjadi seorg pendita besar dan penjaga kuil-kuil. Tetapi setelah beliau memeluk agama Nasrani, bapanya membelenggu kakinya dgn rantai dan mengurungnya di dalam rmh seumpama tawanan. Walaubagaimnapun, beliau dpt memboloskan dirinya dan menyertai satu kafilah menuju ke Syam. Beliau mengharungi begitu byk penderitaan dan kesukaran di perjalann, ditangkap dan menjd hamba dan akhirnya beliau tiba di Madinah(utk mencari Rasul terakhir)

Wallahhu 'Alam

Edisi : 2 Kisah Teladan Sepanjang Zaman

Khatamun-Nubuwwah
(Cap Mohor Kenabian)

ringkasan dari kitab Syamail Tirmizi


sila baca sedikit ringkasan mengenai kitab syamail tirmizi di post yg bertajuk Kitab Syamail Tirmizi.

Cap mohor kenabiaan adalah suatu perkara yg sgt penting dan bermakna,ini adalah satu mukjizat kenabian yg xdpt dipertikaikan.

Cap Mohor Rasulullah telah ada pd jasadnya sejak kecil lg.Sebuah hadis riwyat Aisyah r.a dalam kitab Fathul Bari menyatakan bhw tatkala Rasulullah menghembuskan nafas terakhir, para sahabt seolah-olah tidak menerima kewafatannya, maka ketika itulah Asma r.a mengutarakan kekuatan hujjah " cap mohor Rasulullah" yg sudah tiada lg yg memeberi maksud dan bukti bhw baginda sudah wafat

Ibn Hibban menyatakan bhw perkataan " Muhammad Rasulullah" tertulis pd cap mohor kenabian.sedangkan hadis lain ada menyebut bhw perkataan " Antal Mansur" telah terukir pdnya.Ukiran ini bermaksud " Pergilah ke mana sj, kamu akan diselamatkn".Bagi membuktikan kewujudan Cap Mohor Kenabian,maka Imam Tirmizi telah mengajukan 8 buah hadis



Cap Mohor Seumpama Buhul Cadar

Said Ibn Yazid r.a meriwayatkn bhw

" Ibu saudaraku(sebelah ibu) membwku berjumpa Rasulullah S.A.W dan memberitahu baginda " Anak saudara sy ini sakit" Maka Rasulullah pun menyapu tgnnya yg mulia ke ats kepala sy dgn penuh kasih sayang sambilmemohon keberkatan utk sy. Kemudian baginda berwudhu dan baki air darinya lantas sy minum. Kemudian sy berdiri di belakangnya dan terlihat Cap Mohor Kenabiaan yg seumpama satu buhul cadar yg dibentangkan di atas katil"



Cap Mohor seumpama ketumbuhan merah sebesar telur merpati

Jabir meriwaytkan bhw

" Aku tlh melihat Cap Mohor Kenabian itu di tgh-tgh bahu, bentuknya seperti ketumbuhn yang berwarna merah sebesar telur burung merpati."



Cap Mohor seumpama segumpalan bulu

'Ilba ibn Ahmar berkata bhw 'Amr Ibn Akhtab r.a meriwytkn satu peristiwa kpdnya sebagaimana yg berikut "

"Suatu ketika Rasulullah memintanya berkhidmat memicit pinggangnya dgn sabdanya " Ya Abu Zaid, marilah hampiriku dan urutlah belakangku ini." Maka saya mulalah mengurut. Dengan tidak disengajakn jari sytersentuh cap mohor kenabian. Apila 'Ilba bertanya 'Amr bagaimana bentuk Cap Mohor Kenabian maka beliau pn menjawab :"Seumpama satu gumpalan bulu"


*Hadis ini seolah-olah bercanggh dgn hadis2 yg lain yg telah disebutkan sblm ini, namun sebenarnya tiada percanggahan kerana sbnrnya Cap Mohor Kenabian adlh seumpama suatu ketul daging yang boleh mengembang dan menguncup. Ia seumpama satu bintil tahi lalat yg ditumbuhi bulu-bulu. Maka dgn hal yg sedemikian sebahagian menyatakan sebg segumpalan bulu, yg lain mengatakan satu bintil dan stghnya membandingkan dgn satu buhul dan juga seperti telur merpati.

Cap Mohor pembuktian kenabian

Buraidah r.a meriwayatkan bhw

" Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah maka dtglah Salman Farisi kpd Rasulullah dgn membw sedulang penuh dgn tamar-tamar yg masih segar an memberikannya kpd baginda. Baginda bertanya," Apakah ini" Salman r.a menjwb " inilah sedekah utk Tuan dan shbt2 Tuan." Baginda memberitahu " Kami tidak memakan sedekah"

Pada hari kedua Salman r.a membawa sedulang lagi penuh tamar dan berkata : "Tamar-tamar ini adalah hadiah" Maka barulah Rasulullah makan beserta sahabt-sahabatnya. Kemudian Salman terlihat cap mohor kenabian dan terus memeluk Islam.

Salman ketika itu adlh hamba suruhan seorg yahudi. Rasulullah telah membelinya dgn beberapa dirham yakni dgn cara mengambil upah menanam beberapa btg pokok tamar. salman telah bekerja di kebun itu sehinggalah pokok-pokok tamar tersebut berbuah. Rasulullah juga telah membantu menanam pokok-pokok tamar tersebut. Di antara pokok-pokok yg ditanam tersebut terdapat sebatang pokok yg ditanam oleh Umar r.a.Kesemua pokok-pokok tamar itu hidup subur kecuali sbtg pokok yg tidak hidup.Rasulullah telah bertanya mengenai sbtg pokok yg tidak hidup itu.Umar menjawab " Ya Rasulullah, akulah menanamnya." Rasulullah telah mencabut pokok itu dan menanamnya semula lalu hidup dgn suburnya."


*kisah dan catatn mengenai Salman Farisi dan tanda-tanda kenabian Rasulullahdi post seterusnya slps ni.*



Cap Mohor sebesar penumbuk dan berbintil

Abdullah Ibn Sarjis meriwaytkn sebagaimana berikut:

" Saya pergi berjumpa Rasulullah ketika org ramai hadir bersama. Saya berpusing-pusing dikelilingnya seperti ini;(beliau menunjukkan cara berpusing tersebut).Rasulullah dapat menangkap niat sy dan membuang cadar daripada badannya yg mulia. Saya lihat cap mohor kenabian yg sama besar dgn penumbuk,ditgh bahunya dan satu bintil terdapat di atsnya.

Kemudian saya pergi ke hadapannya dan berkata " Ya Rasulullah! Semoga Allah mengampunkan Tuan" Maka baginda pun menjawb " Semoga Allah juga mengampunkn kamu!" Orang ramai bertanya kpd saya sama ada Rasulullah berdoa utk keampunn sy.


Saya berkata baginda berdoa utk sy dang juga utk mereka dan baginda telah bersabda dgn ayat Al-quran berikut :

"mintalah ampun utk dirimu dan juga org-org Islam yg lain" (Muhammad:19)


Cap Mohor terletak di antara dua bahu

Ibrahim bin Muhammad telah mendengr salah seorg anaklelaki Ali bin Abu Talib r.a berkata:

" Apabila Ali menceritakan mengenai diri Rasulullah maka beliau akan menceritakn dgn pjg lebar.Beliau berkata : "Diantara kedua bahunya terdpt cap mohor kenabian iaitu cap mohor sekalian nabi"

Cap Mohor terdapat di belakang Rasulullah

Riwayat daripada Abu Nadlrah Al-'Aufi sebagaimana yg berikut:

: Aku telah bertanya Abu Sa;ed Al-Khudry mngenai cap mohor Rasulullah.Beliau berkata " Cap mohor itu terdapat pd bahagian belkng Rasulullah,ianya merupakan daging yg tersembul"

*kisah dan catatn mengenai Salman Farisi dan tanda-tanda kenabian Rasulullahdi post seterusnya slps ni.*

Wallahhu 'Alam..

Sunday, 7 September 2008

buat adikku: Simfoni 3

Assalamualaikum...
so tomorrow will be a big day ye.....

dah nk berangkt ke mesir...jg dri elok2...jgn tinggl solat....selalu bc quran ye....selalu doa mintk tlg kt Allah...

anggplah,ini sebuah permulaan ke sebuah hidup yg baru...buang segala yang keruh....gather smueyg jernih....

akak doakan agar perjalannmu dipermudahkan Allah.....

r u sure xsedih langsung nk tggl rmh ni???ish2...jgn tipu dri sdri...:) nk jd tough girl ye...heheh...i noe u very much la,dik

semoga sentiasa dlm iman.....

akak doakan kebahagiaan adik...dan kejayaan dunia akhirt

ps:i love u

Saturday, 6 September 2008

O Ramadhan

O RAMADHAN !!!

O Ramadhan, finally you are here!
The month I hold my heart so dear
Much we have toiled to play different roles
Now I rejuvenate the spirit and tired soul

O Ramadhan it’s been a long wait!
Now’s time to reflect on our state!
Standing in long nights’ prayer
Every moment as precious treasure

Muslims is mosques in straights formation
The symphony of Quranic recitations
Hold my heart full of joy unexplained
The state which the heart weeps in awe

Of the fountain of Allah’s greatness and Mercy
Sighing and to contemplate deeply
Of the unangelic deeds I did hastily
Now I take time to sit and reflect

On all my actions which I must correct
To clean the heart we must try
The stained soul we must also purify
Our minds be chained – free from stress

The nafs we must lock and suppress
Waste not time to idle in worldly cares
For Ramadhan is month of pure comfort
To delight is his pleasure and cleanse our sin

From the restless heart within
Striving and fighting the inner foe
As tears of repentance starts to flow
As sweet love for Allah grows and grows

buat adikku: Simfoni 2

Angin itu masih bertiup kencang
dingin itu terus meratah setiap isi dan tulang
jiwa itu masih lagi mencari sesuatu yg hilang
lalu bergemalah suara pinta yg lantang

lalu kita menjadi pengunjung di muzium sejarah silam
membeli tiket masa dan merantau ke dunia lama
bkn utk meratap dan menangisi duka dan luka
sekadar ingin mengubah sejarah hari tua yg akan tiba

jgn gentar pd derita
jgn terpedaya pd suka
jgn kalah pd kesilapan
kerana kita cuma manusia biasa
yg ada nafsu dan hawa

oleh itu ingtlah...
perjuangn melwannya adalah yg paling utama
mati dalam perjalanannya kan bersama syuhada
bkn hasil akhir yg akan ditanya oleh Maha Pencipta
tp adakah pernah kau mencuba dan berusaha
pokok ceritanya

ps: i love u

Edisi : 1 Kisah Teladan Sepanjang Zaman

Mengenai Rupa Bentuk Rasulullah
ringkasan dari kitab Syamail Tirmizi

sila baca sedikit ringkasan mengenai kitab syamail tirmizi di post yg bertajuk Kitab Syamail Tirmizi.


Wajah Rasulullah S.A.W

Sheikh Hafiz Abu Isa Muhammad Ibn Isa Tirmizi berkata: adalah di luar kemampuan manuia uk menggambarkan mengenai rupa bentuk Nabi S.A.W,jauh dr kesanggupan sesiapapun utk menceritakan insan yg penuh cahaya ini.Walaubagaimanapun, para sahabat (r.anhum), disebabkan jiwa mereka yg bercahaya dan mempunyai kesanggupan, telah cuba menggambarkan rupa bentuknya utk memberikan sdikit bayangan baginda kpd kita utk memuaskan hati kita dgnnya.

'Allamah Qurtubi rahmatullah 'alaihi berkata bhw kseluruhan kekacakan Rasulullah S.A.W tidaklah dizahirkan,jika tidak manusia tidak dpt menoleh sedikit pndangn pun ke arahnya.
Kecantikan Nabi Yusuf terserlah dgn sepenuhnya berbanding kecantikan Rasulullah di mana ia tidak diserlahkan sepenuhnya oleh Allah.
Al-Barra' Bin 'Azib berkata beliau tidak pernah melihat sesiapa yg terlebih tampan dr Rasulullah S.A.W. Sayidina Ali berkata bhw beliau tidak pernah melihat sesiapu yg terlebih kacak dan segak sama adasebelum atau sesudahnya.

Hind r.a berkata bhw wajah Rasulullah menyinar sperti bulan purnama penuh
Jabir r.a meriwayatkan bhw suatu ketika semasabulan terang bederang "daku sdg melihat kpd wajah Rasulullah dan juga ke arah bulan.tetapi mengikut pandanganku, wajah Rasulullah terlebih cntik drpd bulan"

Anas r.a pnh berkata bhw

"Rasulullah tidaklah tersgt tinggi dan tidak juga tersgt rendah dan warna wajahnya tidaklah terlalu putih umpama air kapur dan tidak pula pucat pudar.Rambut mulia nabi tidak terlalu lurus dan tidak pula terlampau kerinting.Allah mengurniakan kenabian kpdnya tatkala umur 40 thn.Beliay tinggal di mekah 10 th dan madinah 10 thn dan Allah mewafatkannya ketika umur mencapai lebih 60 thn dan uban yg ada pada rambut dan janggutnya tidak melebihi 20 helai"

Daripada Aisya r.a terdapat dua ungkapan kata2 yg telah dicatatkan yg maksudya" Sekiranya kawan2 Zulaikha yg telah memotong jari2 mereka ketika melihat seimbas wajah Yusuf a.s ,melihat wajah Rasulullah S.A.W, pastilah mereka juga akan memotong hati-hati mereka"
Andaianda mahu melihat akan contoh kecintaan yg menalam para sahabt terhadap Rasullulah, bolehlah membaca "Kisah Dan Perjuangan Para Sahabat" susunan Syaikhulhadis Maulana Muhammad Zakariyya.

Al-Barra Bin A'zib meriwayatkan:
"RAsulullah seorang yang berperawakan sederhana,mempunyai dada yang bidang(jarak antara kedua bahunya lebar),rambutnya lebat menjuntai sehingga mencecah kedua cuping telinganya.Baginda sering memakai pakaian merah di mana tiada seorg pn yg pernah aku lihat lebih kacak darinya"



Perihal rupa Rasulullah dari riwayat Saiyidina Ali

Diriwayatkan dari Ibrahim Ibn Muhammad rahmatullah'alaihi,cucunda kpd Ali bhw bila mana Ali r.a, bilamana menceritkan mengenai rupa nabi, beliau selalu menyebut bhw :

"Rasulullah tidaklah tersangat tinggi dan tidak juga tersngt rendah tetapi memiliki tubuh sebgaimana yg dimiliki pd org2 yg sederhana.Rambutnya tidak terlampau lurus dan tidak juga terlampau berketak-ketak tetapi keadaan berombak-ombak.Badannya tidak gemuk.Begitulah juga wajahnya tidak bulat tetapi bujur.Warna wajah Rasulullah biasa dgn sedikit kemerah-merahan.Matanya tersangt hitam dan bulu keningnya panjang.Tulang-tulang sendi di bdnnya tebal (besar)-(pergelangan tgn,siku,lutut) .Bahagian di antara kedua-dua bahu dipenuhi daging2 ( berisi).Badan Rasulullah tidak berbulu-tidak ada bulu-bulu di seluruh badannya.walaubagaimanapun terdapat suatu barisan bulu daripada dada terus ke pusat.tangannya ya=g mulia penuh dgn isi2 daging.Apabila Rasulullah berjalan,baginda akan melangkah ke depan dgn kukuh,seolah-olah baginda berjalan menuruni tanah curam,menurun dari tepat tinggi ke tempat yg rendah.Apabila baginda menumpukan perhatian kpd seseorg,baginda melakukannya dgn seluruh jasad ( iaitu bukanlah seperti org yg berbangga diri yg memandang sambil lewa sj atau menyorot pandangn dgn mata sj tetapi baginda akan memusingkan seluruh tubuhnya yg mulia dan menoleh mukanya yg bercahaya utk memberi perhatian).Di antara dua bahunyaterdapat tanda kenabian.Pangkat kenabian berakhir pdnya.Baginda lebih dermawan daripada segala makhluk dan plg dipercayai percakapannya dan terlebih lemah lembut hatinya daripada smua manusia. Baginda adalah dr golongn keluarga yg plg mulia"




Kulit Rasulullah

Abu Hurairah berkata:

Rasulullah berkulit putih,kacak dan menawan dan nampak seolah tubuh bdnnya diperbuat drpd perak.Rambutnya sedikit berketak-ketak


Gigi Rasulullah

Abdullah Abbas menyatakan bhw:

Gigi hadapan Rasulullah sedikit jaraknya daripada yg lain,gigi itu tidak terlampau rapat.Apabila baginda bersabda, keluarlah cahaya daripa celah2 giginya.


Wallahhu a'lam...