WARDAHKU................

Thursday 23 April 2009

4 perkara KeneJaga Pandangan






Ramai dari kita kalo sebut jaga pandangan, perkara pertama yang kita pk, adalah jg pandangan dr tgk pompuan cantik, lelaki hensem dan sebagainya...namun, sedar tak sedar, jaga pandangan tu ada makna lainnya jgk..seperti yang akan diceritakan di bawah ini..maka, perlulah kita sedaya upaya reflect balik la diri kita nih..tahap n level mana agaknya kita..

Video di atas ini jgk, mempamerkan hikmah sebenar mengapa Allah n Nabi suh kita jg pandangan, khusunya dgn yang bukan mahram..bayangkan betapa hebatnya chemical reaction yang berlaku dlm badan hanya dgn sebuah pandangan..hebat2!..kerana itu lah Allah suh kita jauhi kan...

KItab 1-Terjemahan ke bahasa Melayu: Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Hidad..

Siapa imam ini,korng semua leh google la..tp kitab ni diguna dalam pengajian ustaz badarudian,majlis mufti kedah kt kodiang..

Sesungguhnya mata adalah kurniaan Allah utk memudahkan manusia buat mcm2 perkara dan kerja harian.Bayangkan saja kalau kita xde mate..atau buta ka..Maka kita perlu mensyukuri nikmat mata yangAllah kurniakan.

Kesalahan menggunakan mata bukan pada tempatnya sgt banyak seperti
1) Melihat wanita yang bukan muhrim
2)Melihat gambar yang menimbulkan nafsu
3) Memandang seorang mukmin yang lain dengan pandangan yang rendah,hina dan kecil
4)mengintip aurat
5) mengintip keaiban orang lain

Selain dari surah an-nur ayat 30 dan 32, satu hadis disebut dalam kitab ini maksudnya
"Pandangan itu adalah suatu anak panah yang beracun daripada panah-panah iblis. Barangsiapa meninggalkannya lantaran takut kepada Allah, nescaya dia akan mengurniakan baginya peribadatan yang dirasakan kemanisannya di hati

Nabi Isa alaihis salam berkata:
Pandangan itu menimbulkan rasa berahi di hati, dan itu saja sudah cukup untuk menfitnahi tuannya


Dalam Kitab Bidayatul Hidayah( Permulaan Jalan Hidayah) karangan Imam hujjatul Islam, Al-ghazali, dibawah tajuk cara meninggalkan maksiat zahir iaitu melibtkan semua anggota 7 kita nih, imam ghazali ada kupas berkenaan dengan penjagaan mata

Jagalah baik-baik seluruh anggotamu. Terutamanya anggota yang tujuh kerana pintu neraka itu tujuh pula dan telah ditentukan setiap pintu itu dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan maksiat dengan salah satu antara 7 anggoya iaitu mata, telinga,lidah perut, kemaluan, tangan dan kaki
Maka cubalah elakkan mata daripada 4 perkara di bawah..kalo rasa nk ternampak tu, cepat2 berpaling:

1) melihat perempuan bukan mahram (aurat dan dgn syahwat)
2) Melihat gambar2 lucah yang membangkitkan syahwat
3) Melihat org lain dgn pandangan hina